Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Thursday, December 3, 2009

HePi AiDiLaDHa..

ermm.. tahun ni, dah kali kedua aku sambut hari raya haji bergelar isteri.. tahun ni pun tak banyak beza sangat ngan taun lepas. kalo tahun lepas kami ada gak g bejalan raya tapi taun ni aku malas plak nak gi berjalan. lepas balik umah mak mertua dan mak aku datang rumah, aku terus memerap kat rumah je..



mak ngan mak cik kat umah nenek aku....
untuk hidangan pagi raya, aku masak mee sup je.. hehe...mak aku pun tak berjalan sangat sebab kesian kat adik aku yang tengah eXam SPM tuh...
so,
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA..


atas motor kapcai adik ipar aku..
ERMMM... hari-hari seterusnya, aku masih duduk di rumah. laki aku dah start sibuk dengan latihan budak2 olahraga sekolah dia.. cuma semalam kami gi tengok wayang.. cadangnya nak gi tengok filem 2012 tapi semua dah FULL.. asyik2 SOLD OUT jeee.....cian my hubby, melepas dia nak tengok citer tuh kat panggung.. huhuhu.....
last2 kami tengok movie senario jee.. haha..

Monday, November 23, 2009

SELAMAT BERCUTI.... Yearghh.. Holiday!!

alhamdulillah.. dah selamat sampai umah.. mencabar jugak aku balik cuti kali ni.. hehe.. kelna rushing gi KL pastu sampai Pudu.. bas plak lambat. hampeh btol.. then, nyaris2 aku tak sampai Penang gara2 salah naik bas sebab tak tengok no plat dulu.. pikir nak cepat naik bas je.. haha..

dalam bas, aku terus duduk tempat aku.. bila masuk kat Hentian Duta. ada la satu family cina, wife ngan anak dia duk kat seat double depan aku. masa tu aku duk kat seat single (5E). pastu husband cina ni tetiba datang kat aku.. dia marah aku, dia kata tempat yang aku duk tu tempat dia.. apa kes?kat dalam tiket aku tulis seat tu laa.. dia tak puas hati.. dia kata dia dah tempah semingu awal, so dia suh aku bangun.. hee elehh, seminggu awal je. aku beli 2 minggu sebelum aku naik bas.. tak kecoh pun.. maka aku ngan baik hati dan kudusnya bangun la gi duk kat tempat kosong lain sambail memberi jelingan "mesra" kat mamat cina tu.bengang giler aku..
nasib baik, tak de orang nak berebut seat lagi ngan aku masa tuh..

aku sampai rumah lepas maghrib disambut suami tersayang kat stesen bas bandar baru teluk intan.. sampai je umah, bila kau masuk dapur...
warghhh.... manggis!! bestnya... hehe... bagus la laki aku dah petik manggis untuk aku.. hehe..


ermm cuti ni nak buat ape ek?? selain melakukan kerja suri rumah seperti kelazimannya..
aku harap planing demi planing yang aku dan suami rancangkan menjadi.. hehe.. jalan-jalan cari happy!!
semoga laki aku ada banyak masa free kat rumah.. tak kena gi kursus or melatih atlit.. huhu.. ini pun minggu depan dia dah kena gi kursus jurulatih badminton.. alaa kena tingal lagi.. huhu..
k la... to all of you and my beloved frenz, aku ucapkan selamat bercuti..

Thursday, November 12, 2009

memanah!!

aku memanah?? memanah cinta lagi? haha...
ermm... pada 7 novermber baru2 ni, persatuan gerko aku telah mengadakan pertandingan memanah tertutup.. arghhh.. akhirnya aku dapat menarik nafas lega. sekurang2nya beban dan tanggungjawab aku sebgai setiausaha persatuan ni dah berkurang sdikit. biarpun pertandingan ini tidak la berjaya dengan begitu meriah dan sempurna tapi ianya tetap berlangsung dengan baik dan lancar. biarpun hari, keadaan dan cuaca yang tidak begitu mengizinkan kerana hujan. semua peserta boleh tersenyum kerana itu lah penamat kepada gerko kami yang sangat dedikasi tuh.. ( tak penah cuti.. tiap mingu wat ada perjumpaan.. langsung tak leh nak ngelat) hehehe....
perancangan untuk mengadakan pertandingan ni yang sentiasa berubah ni, memaksa jawatankuasa pertandingan kami membuat perjumpaan demi perjumpaan. dan aku pula terpaksa menjalankan tugas kesetiausahaan aku dengan kudusnya.. hehehe..
berbalik kepada pertandingan..
sebelum pertandingan berlangsung, semua ahli telah sepakat turun padang dan menyediakan gelanggang yang akan menjadi tempat pertempuran.
pertandingan ini dijalankan dalam dua kategori 20 meter iaitu kategori 30 meter . ia juga melibatkan dua penglibatan secara individu dan berkumpulan. setiap peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan markah kumpulan dikira berdasarkan purata pungutan mata bagi setiap individu dalam kumpulan tersebut.
semua peserta akan memanah sebanyak tiga pusingan dalam setiap kategori dan menggunakan 6 anak panah bagi setiap satu pusingan memanah. mata penuh untuk setiap kategori adalah sebanyak 180 mata. walaupun hari hujan, dan kami terpaksa mempercepatkan pertandingan, namun perserta telahpun menunjukkan yang terbaik..

kalo diikutkan jauh gak jarak 20 meter tu.. yang 30 meter tu lagi laa jauh.. hehe.. ermm.. aku hanya mampu wat yang aku mampu je laa.. nak wat cam na dah tak berbakat. hehhe..
tapi aku ngan bangga ngan kawan aku sorang ni, nurul natasha nadia nama diberi. waktu latihan, dia biasa je.. tapi bila dah hari pertandingan.... wahhh... gempak tuh!! dia dapat tempat kedua untuk kategori individu.. dan kumpulannya pula dapat tempat pertama..
caya lah!! siap lecturer kami offer dia untuk jadi wakil SUKMA tapi kena giat berlatih laa.. hehe..
pertandingan kami tamat pada jam 5 petang.. walaupun lecturer kami komen dan tegur tentang kekurangan kami dari segi pengurusan tapi aku tak kisah.. aku anggap itu sebagai salah satu cara untuk aku timba pengalaman.. ala biasa la tuh.. amatur lagi.. hehe...

biarpun aku tak menang... tapi aku tetap gembira... ( yeke??? hahaha)

ni masa tengah wat preparation sebelum bergerak ke shooting line untk........... ZUPPP!!!!!! (memanah ke target board)

johan untuk kategori kumpulan.. kumpulan G dan tasha, naib johan individu..


Tn haji Shamsudin ngan Pak Wan, lecturer kami menguju kehandalan..


pasukan persatuan Gerko Memanah PISMP ambilan januari 2009, IPRM

my frend and archery............

Wednesday, October 28, 2009

ulangtahun pertama Perkahwinanku

semalam 27 oktober 2009, genap la setahun usia perkahwinan kami. dah dah setahun la aku menjadi isteri. terasa cepat masa berlalu..
kebetulan, seremban ada cuti khas sampai hari isnin, boleh la aku luangkan lebih masa sedikit dirumah.
mungkin kerana ulangtahun yang pertama, aku dan suami excited nak menyambutnya. kami dah sepakat nak sambut di tempat yang kamu selalu keluar gi dating dulu.. Teluk Senangin, Lumut. hehehe...
aku pulak, memang dh merancang nak buat sedikiy kejutan untuk suami tersayang. cuma tak tau menjadi atau tidak.
namun semuanya terpaksa kami awalkan kerana kesibukkan dan ueusan msing2. aku terpaksa balik ke seremban sebelum 27 okt kerana akan menghadiri BIG sementata my Hubby plak kena pergi kursus Bahasa Inggeris di taiping pada hari yang sama.

sebagai tanda kasihku, aku hadiahkan suamiku sepasang tali leher yang baru. kerana aku tahu yang my hubby tu tak de koleksi tali leher yang banyak. lagi satu, dia cuma akan pakai mana yang dia rasa paling suka dan paling selesa.

sepasang tali leher buat suami. pasal beli kat ne dan berapa harga, jangan la di tanya ek.. yang penting ikhlas.. hehe...

waktu aku bagi kat my hubby, dia tekejut sikit dan tak habis2 ucap terima kasih. katanya, "sori coz abang tak de suprise utk ayang"... alaa.. aku tak kisah pun.. tak pe laa.. bukan hadiah yang menjadi ukuran. hehehe..

keesokkan harinya, kami sepakat nak makan tengahhari di luar. jimat. tak yah aku masak. hehe... kami sampai di teluk senangin selepas zohor. ermmm dah lama kami tak sampai ke situ rasanya sepanjang perkahwinan kami, memang kami tak pernah ke situ. dah banyak perubahan tempat tu..

haaa... ini la kejutan dari my hubby, rupanya my hubby dah beli kek sempena ulang tahun kami ni.. ni yang sayang lebih kat my hubby ni. hehhe..

happy wedding annivessary to idris and intan....


lepas makan kek, kami jalan2 dan sembang2..



bila hari dah agak petang, kamu decided nak gi makan. aku teringin sangat nak makan ABC special lat Lumut Waterfront.. memang best..
so hari tuh, kami makan ABC, laicikang, nasi goreng dan char kue tiaw...
lepas makan, jalan2 kat lumut waterfront. then baru balik sebab hari dah nak maghrib.. kami terpaksa balik awal sebab banyak lagi yang perlu disettlekan memandangkan aku akan balik ke seremban keesokkan harinya.






malam tu, aku ironkan baju suamiku untuk dia menghadiri kursus. kejutanku tak habis lagi untuk dia..hehehe..
lepas baju siap di gosok, aku selitkan nota2 kecik dalam poket baju dan seluarnya..
kemudian baju itu aku lipat dan masukkan dalam beg..


bila hari dah siang, dah masa kau berangkat balik ke seremban. suamiku ambil cuti sebab nak hantar aku ke stesen bas.
aku sampai agak lewat di stesen bas. nasib baik tak tertinggal. waktu berpisah ngan suami aku dah merasa sangat rindu. hatiku berdebar-debar. padahal tak sampai lagi satu jam.. rupanya diapun sama.

petang tu, suamiku selamat sampai di Hotel Sri Malaysia, Taiping untuk berkursus selama 2 hari. dan sesi pertamanya bermula pada waktu malam..
malamnya, suami aku terus call aku lepas sesi ceramah dia selesai. dia tekejut sangat bila jumpa kertas dalam poket seluar dan bajunya.. lepas habis call dia mesej plak,
" abg amat tekejut bila jumpa msj2 ni, ingtkan tertinggal kertas dalam seluar. anyway thanks syg.. i appreciate it.... "
waa bahagianya rasa dapat mesej macamtu.. penghargaan dari suami pun dah aku anggap sebagai hadiah..

macam tu la kenangan hari ulangtahun perkahwinanku yang pertama.
aku teringat yg suami aku ada tanya, apa yang boleh aku buat sebagai refleksi kepada setahun perkahwinan kami..
tak banyak boleh aku jawab padanya, tapi mungkin coretan ni, aku tujukan buatnya.. terlalu awal untuk kita menilai utuhnya kasih dan sayang kita, tapi saya bersyukur kerana selama perkenalan kita dari sekolah ke alam pertunangan dan hingga kini, belum pernah kita bermasam muka. saya harap ianya kekal begitu, semoga kita saling memberi dan menerima..
mungkin pasangan lain dah menimang cahaya mata dalam tempoh ini, tapi kita perlu tunggu sedikit masa lagi. besar pengorbanan yang telah abang buat untuk saya.. thanks for everything you have done for me.. semoga ALLAH akan terus merahmati kita dan mengekalkan kita dalam keadaan saling memerlukan dan membantu.... maafkan lah saya andai ada cacat cela dari urus atur saya dari segi makan, pakai hingga la ke bilik tidur..

may ALLAH bless us... amin...

Sunday, October 11, 2009

pameran bahan pemulihan BBM PISMP sem 2

seminggu lepas raya yang lalu, semua bebudak PISMP sem 2 IPGM kampus Raja melewar telah melangsungkan sebuah pameran yang dinamakan pameran bahan bantu mengajar pemulihan bahasa melayu yang melibatkan satu batch.
kerja2 menghias booth kami.. walaupun mulut duk sosek2 dan bising sangat tapi tangan tetap jalan...

pameran berlangsung selama 2 hari, so memang banyak bahan bantu mengajar yang comel dan berwarna warni telah dipamerkan..

kami plak yang cukup malas nak buat ABM dalam kelas tu terpaksa la bersungguh-sungguh siapkan jugak dalam masa 2 hari sebelum masa pameran. tapi walaupun last minit, hasilnya tetap boleh dianggap membanggakan. siap ada kelas yang jeles ngan kami tau.


yang ni antara berpuluh-puluh BBM yang ada digerai kami.. comel tak??

ni plak boneka yang kumpulan aku hasilkan.. kerja last minit, so wat mana yang sempat je laa.. guna apa bahan yang ada.. tapi tak sangakan tetap mendapat sambutan dan siap ada orang tempah lagi tau...

hmmm... ni laa senior aku yang sangat berminat dengan boneka hasil kerja kumpulan ku itu dan telah sanggup membelinya daripada kami.

sepanjang pameran berlangsung, kami bergilir jaga gerai kami tuh mengikut jadual.
ada sesuatu yang menarik pada booth kami bila ramai yang berkunjung iaitu kami ada satu sukaneka yang untuk diorang, actually mende tuh adalah salah satu daripada bahan pameran tapi oleh kerana dengan kekreatifan rakan2 ku ini, mereka telah menginovasikan bahan itu sebagai bahan yang boleh menarik perhatian orang datang kat gerai kami ni.. permainan itu ialah membaca ayat pemintal lidah.. bila orang tu dapat membaca dengan betul atau tidak dapat membaca dengan betul akan dapat ganjaran. walaupun sebenarnya ganjaran tuh mende yang sama... diorang je tak tahu.. hehe..
di gerai kami, waktu boring2... hehehe...

bebudak kelas aku.. hari pertama kami merancang nak pakai baju bertemakan hitam untuk satu kelas.

pada hari kedua pameran, kami decided nak pakai baju kelas kami yang dah setahun ditempah tapi masih blom berkesempatan untuk digayakan. so, apa lagi.... pada hari tu, kami melaram laa.. semua orang tye, bju ape yg kami pakai.. hehehe...



macam2 gaya dan feel kami pada hari tersebut dengan baju korporat kelas yang baru 1st time kami pakai..

pameran berakhir setelah semua pensyarah siap membuat pemantauan kepada kami dan telah memastikan kami menerima pengalaman yang baik dan menarik dalam pengedalian pameran yang boleh dipraktikkan pada masa akan datang.



Sunday, October 4, 2009

sosek-sosek hari raya..

menjelang hari raya hari tuh.. aku pun turut merasai kepenatan menyambut satu syawal. lebih-lebih lagi bila dah ada umah sendiri ni. semua nak difikirkan.. dari hiasan rumah sampai le ke kuih raya dan makanan yang nak dihidangkan.. nasib baik suami aku pun jenis yang sangat bersemangat pasal mende2 macam ni.. so, dia banyak tolong aku dalam bab2 hias rumah.. sebelum raya lagi aku dah tempah langsir dari seremban. sampai rumah, laki aku yang bersemangat untuk gantung dan hias langsir tuh.. tema raya kami tahun ni adalah warna coklat. dari kelengkapan rumah sampai la ke baju raya semuanya warna coklat. nasib baik tak de yang tegur, beli baju percuma langsir ke?? hehehe....

beberapa sudut dalam rumahku, hasil sentuhan kreatif suami ku tersayang..


menjelang malam raya, aku rasa kepenatan yang amat sangat.. taj tau la kenapa.. siangnya, aku berkumpul kat rumah keluarga mertua.. semua ipar duai aku ada sekali. kami masak ketupat dan aku tolong mak mertua masak rendang dan kuah kacang.. lepas buka, kami balim rumah sendiri, aku masak lagi kat rumah aku untuk juadah pagi raya dan susun kuih raya dalam bekas... malam tu, kawan suami aku datang beraya, kira tetamu kami yang pertama datang beraya kat rumah tu..
lepas kawan suami aku balik, aku dah rasa tak larat, terasa kepenatanya. aku jadi moody sangat. payah gak suami aku nak pujuk bila aku buat hal di malam raya.. subuh tu, aku bangun awal pagi.. iron baju raya aku dan suami dan sediakan kelengkapan. pagi raya tu, mak mertua aku buat kenduri kesyukuran sebelum orang gi sembahyang raya.. sebelum gerak ke rumag mertua, aku bermaafan dengan suami aku.. terasa banyaknya salah dan silapku padanya.. sayu je saat kucupan singgah di dahi..

lepas habis kenduri, kami gi sembahyang raya.. lepas balik sembahyang raya, ada sesi fotografi di rumah mertua. yelahh tahun ni, aku dianggap orang baru.. so, kenalah tukar gambar yang kat dinding tu.. heheehe..
suasana raya dirumah mak mertuaku.. pagi2 raya, adik ipar aku yang sorang ni dah gi begambar ngan vespa kesayangannya tuh.. ish2.. klasik sunguh la mamat sorang ni.. lepas balik sembahyang ray, kami bermaafan sementara anak-anak buah dah beratur minta duit raya.. heehhe..




a nice moment together...

tak sampai tengahhari, aku dan suami balik rumah aku plak. kami gi beraya ke rumah nenekku sebelah abah di hutan melintang.. setiap tahun kami akan wat macam tuh.. biasa la, keluarga abah semuanya jawa. sian kat suami aku yang hanya senyum je bila orang bercakap sebab dia tak paham... hehehe....



adik-adikku beraya kat rumah nenek sebelah abah... seronok sangat diorang di beraya n kumpul duit raya..

my parents



petangnya, kami dah selamat sampai kat rumah semula..
dalam masa 1 hari je boleh pusing kedua-dua belah famili.. itu la kelebihan kawin dekat. hehe..



hari raya kedua, duk kat rumah tunggu orang datang. petang plak gi beraya ke rumah kawan2 suami aku kat sekitar changkat lada.


raya ketiga, kami beraya ke rumah keluarha sebelah abahku.. penat la juga, habis satu hari kami gi beraya.


raya keempat, jiran belakang rumah aku wat kenduri kawin tapi aku tak gi datang tolong pun. just datang makan dan tunjuk muka je.. yelaa, sebab time tu la orang tengah ramai nak datang rumah. hehe..

raya kelima, aku gi beraya lagi... kali ni, belah keluarga suami dan rumah kawan2 aku masa sekolah dulu..

raya keenam dan seterusnya, ramai students suami aku datang rumah.. ada masa tu, cikgu aku pun datang jigak. jenuh la kau nak masak mee goreng berulang kali untuk tetamu2 tersebut. hehe...


antara student suamiku yang datang beraya. ni baru kira satu kumpulan, ada la 2 -3 group lagi yang tak sempat aku nak tangkap gambar.

ermm... sepanjang aku balik bercuti raya ni, rasanya memang bukan masa untuk aku buat assignment.. semua kerja2 assignment langsung tidak bersentuh.. heheehe..

itu la sedikit sebnyak kisah ku berhari raya.. pertama kali sebagai isteri dan menyambut dirumah sendiri. bila fikir2, seronok jugak walaupun kepenatan mengurus rumah tangga itu sukar digambarkan..




akhir sekali, ucapan salam aidilfitri ikhlas dari diriku, dan suami buat semua....


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.. Maaf atas semua kesilapan dan kekurangan....

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Salam semua..
time untuk balik kampung.. nak raya dah.. aku akan sambung entry yang seterusnya dengan banyak2 cerita ek.. hehehe..
bas aku akan bergerak pukul 11.00 pagi nanti, tapi cam tergerak nak wish selamat hari raya kat sini untuk youall semua. malam tadi, kuar gi buka kat luar then, antar tasya naik bas ke terengganu dan sambut beday sepu iaitu hari ni.. happy beday EPU!!
sampai bilik, kononnya nak mengemas beg,menyelesaikan mana yang tak sudah namun akhirnya terbaring juga atas katil yang dicintai.. hehe..
pukul 4.00 pagi aku terjaga, baru teringat ada sesuatu minta dikerjakan. kemas mana yang patut, cuci mana yang kotor dan selesaikan mana yang tak sudah..
hari ni, ada lagi 2 hari untuk aku berbuka dengan suami dan keluarga.. sian abang, macam tak biasa je tak berbuka dengan isterinya ini. padahal sebelum kawin ok je.. hmm.. pelik2.. memang semua lelaki macam tu ke? aku pun tak paham..
dan lagi 2 hari juga kita semua, muslimin dan muslimat akan menyambut ketibaan syawal yang mulia..
memnag tahun ni, hari raya pertama aku sebagai seorang isteri dan menyambutnya di rumah sendiri.. mungkin ada bezanya dengan tahun yang sebelum ni.. cuma mungkin kami tak seperti pasangan suami isteri lain yang berebut nak balik kampung mana pada hari raya pertama. hehe..
dan bermula pada tahun ini juga, aku sedar ada insan lain yang bayar duit zakat fitrah buat dirik.. bukan abah lagi tapi suamiku sendiri. di situ la letak peranan dan tanggungjawabnya..
arghh... belum puas lagi rasanya hidup sebagai anak abah, maksudnya beraya bersama keluarga sendiri.
itulah takdir namanya kan..
cuma kita kena selalu beringat mana letaknya peranan dan tanggungjawab yang tergalas di atas bahu..
k lah, masa untuk bersiap dan tarik beg menuju ke kampung... we will meet again soon.
salam aidilfitri buat semua dan maaf zahir batin pada semua andai diri ini atau tarian jari pada keyboard ini pernah mengguris hati dan perasaan semua..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...................

Thursday, September 3, 2009

Ramadhan ini....

pejam celik pejam celik, tau2 dah sampai ke pertengahan ramadhan... tak sangka kan? cepat je masa berlalu.
orang cakap, masa bulan ramadhan ni la kita diuji.. entah kuat entah tidak kita untuk menerima dugaan yang kadang2 hanya sekelumit kesusahan.
bagi aku, aku dah rasa sesak sangat kepala otak ni.. hari2 rasa pening kepala. mana nak pikir assignment yang semakin bertimbun, laptop ku yang bermasalah, dan printerku yang tiba-tiba buat hal.
nak tau tak? aku dah kehilangan semua folder music dan gambar2 dalam laptopku juga beberapa folder penting yang aku rasa amat bermakna dalam hidup aku.. arghhhhh seolah tak dapat menerima kenyataan bila itu berlaku walaupun aku akui ianya atas kecuaian aku sendiri.. waaaa... sangat sedih.. pada masa yang sama, printer yang aku harapkan dapat membantu aku buat assignment buat hal dengan tiba-tiba. entah macam mana dan apa sebabnya, printer aku ada smthing yang stuck kat dalam. aku pun tak tau nak wat cam na dah.. maybe kena antar kedai..
nak antar kedai kena la pakai duit kan?? citer pasal duit, aku lagi kecewa bila aku tau elaun buku yang sepatutnya aku terima tak cukup. kawan2 aku terima hampir RM700 lebih tapi aku hanya dapat hampir RM400 je.. mana tak sedih.. padahal dalam fikiranku ini, macam2 lagi aku nak guna ngan duit tuh... yelahh raya dah dekat. kalo dikira, aku ada 3 buah rumah yang kena diambil tau. aku anak sulung, jadi terdetik juga dihati nak tolong my parents.. hmm nampaknya kena la aku yang berjimat cermat.. tak pe, ikhlaskan je.. baik waktu bulan pose nih..

bila di landa masalah yang sebegini, aku jadi cepat tersentuh n cepat give up..air mata yang berguguran, kadang kala tak dapat dibendung. last2 aku tidur.. itu lah penyudahnya.. namun hanya sementara. kalo kat rumah, my husband sangat risau bila nampak aku nangis. tapi bagi aku itu biasa. hanya ALLAH dan diriku sahaja yang tahu apa yang menyesak dalam hatiku ini..
kadang2 aku rasa nak bercerita dengan seseorang tapi tak tau macam mana nak mula.. arhhh... diam itu lebih baik..

hmmm... itu kisah cedih.. biar lah.. hidup ni memang ada pasang surutnya..
meh citer pasal yang menarik plak.. menarik ke?? hehehe...
ramadhan ini, puasa pertamaku hidup sebagai isteri dan duduk dirumah sendiri..
kalo dulu, sahur or berbuka, semuanya mak yang buat. yang aku just tolong kacau jer..
kali ni, aku kena buat semuanya sendiri..

ni la alkisahnya, aku dapat berpuasa selama seminggu kat rumah dengan suami tercinta.

pagi2 aku bangun pukul 4.30 pagi untuk sahur, lepas siap sediakan semua, baru la gerak my hubby.. nasib baik dia jenis makan je apa yang aku hidang.
bila masuk waktu berbuka, kami lebih refer buka kat rumah my mum or his mum.. so, tak la kena masak banyak sangat..
malamnya, aku ikut my hubby pegi terawih. secara seriusnya, ini lah kali pertama aku sembahyang terawih dan dengan my hubby plak tuh..
ini plak, aku nak berkongsi ngan korang pasal antara juadah yang sempat aku sediakan dalam bulan ramaghan kali ni...
waktu jalan2 kat pasar sehari, my hubby tiba2 berkenan nak makan siput sedut masak lemak. kami pun beli la.. tak banyak, just 1/2 kilo je. sampai kat umah, laki aku terus basuh n potong siput sedut tuh.. ermm semangat sungguh dia. aku pun sediakan la bahan nak memasaknya..
lepas siap masak dan sedia untuk dimakan, rupanya laki aku poting sikit sangat kat siput tu.. ermmm tegang leher lah jawabnya nak menyedut mende tuh.. heheehe... tapi laki aku puji sedap kuahnya.. wahh.. gembiranya rasa hati dengar my hubby cakap macam tuh.. rasa nak senyum je...

yang kedua ni, waktu aku tengah kusyuk wat assignment. tiba2 my hubby datang duk kat sebelah. dia cakap dia teringin nak makan ikan siakap tiga rasa. dia tanya aku tau buat atau tak.. hmm kalo pasal ikan ni, aku kureng lah sikit tapi tak pe, aku bleh la try masak. keesokkannya, dia terus beli seekor ikan siakap. dia yang siang ikan tuh.. yelahh, kalo harapkan aku, alamatnya tak bersiang la ikan tuh.. hehee..

aku goreng dan masak kuah masam manis untuk ikan tuh.. tapi bulan puasakan.. paham2 je laa.. kadang2 rasanya ada yang terkurang dan terlebih.. malam tu, kami berbuka kat rumah nenek aku.. lepas rasa, laki aku cakap kurang masin sikit.. hehehe..apa nak buat, terima je laa.. hehehe..

lepas tamat cuti penggal dan dah tiba masa untuk aku balik ke maktab, aku rasa berat hati sangat nak tinggal suami aku tuh.. sebak je rasa hati.. sebab time tuh, my hubby tak sihat. dia kena sakit bengkak sendi kat kaki.. dia pun sedih je waktu antar aku kat terminal bas Medan Gopeng, Ipoh.. lepas salam dia dan dia cium dahi aku, rasa nak jatuh je air mata nih, aku terus lari naik atas bas.. tak sampai hati tengok dia cam tuh..

hmmm... tak sabar tunggu balik cuti raya...

tapi kena siapkan assignment dulu.. hehehe...

Tuesday, August 25, 2009

PBS SEMESTER 2

OKEH.. meh sini.. ni nak wat laporan sket pasal PBS kali ni.. hehehe..
ermmm bagi aku kali ni sama je cam yang lepas. ada boring, ada bosan, ada malas, ada suka, ada duka n semua lah..

hari pertama sampai, aku sampai agak awal. sampai je GB nganPK tak de plak. so hari pertama aku relaks je.. masuk bilik guru, tapi tak de meja kosong. ada seorang guru lelaki yang baik hati tuh, siap suh budak kemas meja kosong kat sebelah dia sebab nak bagi aku duduk. hehehe.... aku perasan gak waktu aku mula2 sampai ramai gak yang duk perhati aku. yelahh.. kebanyakkan students aku kenal. diorang tu adalah adik kawan2 aku dan anak2 cikgu2 aku.. siap ada yang panggil aku kakak je.. hahaha... tak kurang jugak, ada seorang cikgu laki tu duk asyik tengok aku.. sampai bilik guru, aku sembang2 ngan cikgu2 tuh.. diorang semua terkejut bila tau aku dah kawin.. haha.. lagi terkejut bila diorang tau suami aku cikgu aku dan mengajar kat sekolah menengah.. kira diorang dah selalu sangat nampak lali aku tuh.. hehe..

masuk second day, aku dapat tau budak2 dah start exam. ini bermakna aku takkan dapat tengok cikgu mengajar dalam kelas.. oleh yang demikian, aku just jumpa guru panatia dan mintak apa yang patut.
pasal cikgu2 kat sini, memang happening giler.. rasa disenangi je datang sekolah tu. hehe.. dalam bilik guru, mulut rancak bersembang siap boleh menjalankan urusan jual beli lagi. aku pun tak ketinggalan menempah dua jenis kuih raya dan sembang pasal baju raya.. hehehe...

bila time makan, rasanya asyik ada je yang ajak aku gi makan. so tak terasa la sangat terasing walau aku bersendirian wat PBS kat situ..
mak cik yang keje kat kantin pun adalah saudara suami aku dan mak kepada kawan aku.
sampai kat kantin duk bersembang lagi.. mengumpat pun ada.. ada je benda nak cakap. hehe..

aku sempat diberi peluang, masuk satu mesyuarat kurikulum, jaga satu kelas peperiksaan dan relief satu waktu untuk bebudak darjah 2.. sepanjang hari tu, aku boleh dianggap berdedikasi laa sebab aku datang awal dan balik paling lewat sebab kena ikut jadual suami. lewat kelas dia, lewat la kau balik.. huhuhu...

sampai hari terakhir, aku siapkan mana yang patut ditandatangan dan bagi sedikit cenderamata untuk semua guru yang dah layan aku dengan baik. tetiba, ada seorang cikgu tu nak tangkap gambar semua guru dan staff.. jadi aku tak ketinggalan dan dijemput sama..

Tuesday, August 18, 2009

kepenatan.......

penat???
hahaha.. itu semalam punya cerita.. agak free. tu yang sempat mengepost tuh..

semalam hari pertama masuk sk sungai ranggam. wat PBS kat sini.. semalam aku sampai agak lewat ke sekolah. kenapa?? gara2 penat la tu.. hari ahad tu, aku ngan family balik kampung abah sbb nenek wat kenduri arwah. kenduri lepas isyak.. kami datang dari petang tu.. tolong masak. hehe..

sian kat suamiku sayang, dia kadang2 terpinga-pinga bila kami sekeluarga mengeluarkan bahasa rasmi kami.. iaitu bahasa jawa.. hehe.. ermm, dia just angguk2 n geleng2 je laa.. lepas tu cara kenduri orang jawa nih, lain skit. cara kan dia, ikut cara atau makan nasi ambang. tau tak mana rupa nasi ambang??

nasi ambang tu adalah nasi dan lauk yang yang dihidang dalam talam dan di bahagi empat. kira boleh bawak balik atau makan beramai dalam talam tuh.. terkejut gak suami aku mula2 sebab dia tak biasa..
lepas habis kenduri tu, aku terus balik umah.. sampai umah pkul 11.30 malam.. warghh letih laa.
fikir esok ada PBS.. tapi dah penat. baju pun tak iron lagi.. fail pun tak kemas lagi..
akhirnya dah tak dapat menahan mata terus je landing atas katil.
pagi tuh, pukul 4.30 aku dah terjaga.. ermm layan 'kerenah' suami tuh, pastu iron baju aku dan suami, pastu wat sarapan.. kemudian baru mandi, solat, bersiap. itu pun masih lambat sampai skolah.. hehe..
sampai sekolah, nasib baik guru besar tak de. PK pun tak de jugak.. last2 duk bilik guru menyembang ngan cikgu2 je laa.. ngantuk jgk aku menunggu waktu habis sekolah. baca novel je laa..
lepas balik aku gi ganti kad pengenalan baru kat pejabat pendaftaran.
petang sampai umah, kena prepare minum petang plak..
huhu..
sampai la ke malam. aku dah settle basuh baju n basuh pinggan..
itu laa rutin aku semalam..

Saturday, August 8, 2009

masa menentukan..

semalam waktu ikut ilah kuar dan teman dia gi terminal kemudian petang tu, dia balik JB umah akak dia...aku shopping lagi?? tak laa.. hehee..
aku tak shopping pun.. kali ni just beli barang yang aku rasa menjadi keperluan..
aku beli ink printer untuk print assigment yang dah beratur minta disiapkan..

then, aku teringat yang aku pernah berhajat nak belikan ayah aku seluar baru sempena hari raya ni..
tapi aku pun dah lupa berapa saiz pinggang abah sebenarnya.. aku call umah tanya adik aku...
adik aku cakap saiz 28.. hahhh?? keciknya pinggang abah.. rasanya satu ketika dulu, pinggang abah tak la sekecil ini.. memang aku nampak badan abah dah kurus sedikit berbanding dulu.. yelahh masa dah merangkak tua..
suatu ketika dulu, aku ingat lagi... aku la yang selalu tolong abah kat kebun bila abah potong buah sawit.. aku la yang selalu angkut buah sawit tuh.. jangan ingat badan aku kecik, aku tak larat tau.. hehehe...
abah cakap kalo nak duit kena la kerja.. jadi kami adik beradik dah terbiasa kalau nak ape2 kena usaha dan cari duit sendiri.. cuma sekarang, aku sedih bla adik lelaki aku malas ke sekolah waktu petang sebab nak kumpul duit beli barang yang dia nak.. Mak selalu marah.. aku pun bengang jugak.. tapi yelahh.. aku pun paham.. kadang2 kesempitan hidup mendorong kita jadi lebih berdikari. dulu, susah sangat nak tengok muka aku kat umah.. biasanya masa aku habis kat sekolah je.. hujung minggu baru tolong abah sekejap. pagi kat sekolah.. petang masak untuk family.. malam dengan buku2 atau buat hal aku sendiri.. mungkin sebab tu aku rasa diri aku jauh dari famili.. yelahh.. barang sekolah dan yurang sekolah pun aku bayar sendiri.. semuanya guna duit biasiswa yang aku dapat dari tajaan PETRONAS sebanyak RM1200 setahun..
dan sebab itu jugak, sampai sekarang setelah aku menerima elaun, aku jadi tak reti nak meminta duit daripada family mahupun suamiku sendiri.. terpulang pada mereka nak beri atau tidak...

berbalik pada abah.. kadang2 aku kesian tengok badan abah yang semakin kurus.. dah tak macam dulu.. saiz pinggang pun dah makin kecik.. tak macam my hubby.. rasanya saiz seluar dia dah naik kot.. dari 30 jadi 31.. then sekarang dah 32 rasanya.. habis semua seluar keje kena tukar yang baru.. senang hati agaknya suamiku itu.. hehehe..

hmm... banyak dah bezanya antara dulu dan kini.. aku juga perasan banyak perubahan dalam diri aku yang berbeza dengan dulu dan kini..
itu lah dikatakan kitaran waktu.. semalam adalah kenangan, hari ini satu realiti, esok mejadi harapan..

Friday, August 7, 2009

Pada Rasa Seorang Ibu..

mungkin ramai yang telah membaca berita kosmo bertarikh 5 ogos yang lalu.. tentang kisah pembuang bayi luar nikah yang semakin berleluasa dikalangan remaja sekolah..
berikut laporannya....

Bayi hancur dimakan biawak

Oleh SHAHRULANOOR ISHAKshahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.
Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.
Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.
Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.
"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.
"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.


agaknya, sebagai seorang yang boleh berfikir rasional dan waras, apa perasaan kita sebagai salah seorang ahli komuniti.. aku amat tersentuh dengan apa sahaja berita dan cerita yang melibatkan kanak-kanak dan wanita atau seorang ahli keluarga.. benar kata orang, pengalaman itu mendewasakan.. aku yang diajar berdikari sejak kecil rasanya cukup untuk aku memandang pada alur sebuah pergerakkan keluarga.. semakin aku menginjak dewasa, semakin aku sedar dimana letaknya keluarga..

apa lah dosa bayi yang tidak mengetahui apa2.. dimana letak kewarasan seorang ibu ketika itu?? apa cukup terlepas beban malu di dunia?? namun diakhirat kelak tetap dipertanggungjawabkan..
betapa air mata aku jatuh tatkala membaca dan menulis bingkisan ini..
aku jadi terfikir bagaimana agaknya seorang pelajar sekolah menyembunyikan perut yang memboyot membawa kandungan dari pengetahuan ibu bapa dan warga sekolah sehingga melahirkan bayi..
di mana letak silapnya??
persoalannya, mengapa mesti bayi itu yang menjadi korbannya?? aku seorang isteri, aku juga mahu menjadi ibu.. betapa aku bersabar menanti saat aku untuk dilabel sebagai seorang ibu..
aku tahu, aku masih perlu menanti dan meneruskan kehidupan menghabiskan sisa pengajian yang aku kutip buat masa depan aku, keluarga dan anakku nanti..

aku besyukur kerana aku terlepas dari berada dalam dunia remaja yang penuh panca roba dan lubang2 alpa. walaupun sekadar mengemis di pinggiran namun aku besyukur dengan duniaku sekarang..
pada rakan2 diluar sana, mungkin yang sebaya dan seangkatan usia denganku.. bijak dan pandai2 lah menjaga diri.. keputusan ada digenggaman kita.. kita yang merancang masa depan kita.. aku tahu, aku bukan sesiapa untuk memberi peringatan dan amaran namun sekadar meluahkan rasa.. janganlah kita terlalu taksub pada cinta dunia..

cinta pada bunga, bunga akan layu
cinta manusia, manusia akan pergi
cinta ALLAH, itu yang abadi..

cinta abadi itu cinta ILAHI..
cinta ibu bapa cinta selamanya..
cinta saudara hanya di dunia..
cinta sesama insan, perlu dibajai dengan ketaqwaan dan keimanan....

moga kita semua berjaya dan diberkati ALLAH sentiasa..

Monday, August 3, 2009

KENAPA KAMU DI HATI KU>>>

Baru akut teringat.. beberapa hari yang mingu yang lalu, waktu aku bukak mesej dalam freindsterku,
ada seseorang yang aku kenali (lelaki) hantar mesej ni kat aku.. mula2 baca cam terkejut jugak..
tertanya2, ditujukan untuk aku ke??? tapi mungkin tidak kottt...
kalo benar ditujukan untuk aku, maaf lah andai aku telah tersilap duga..
rasanya, lepas baca berulang kali, mesej ni lebih berunsurkan ketuhanan...
so, jom kita hayati..
yang penting, aku amat tersentuh waktu membacanya....
thank kepada pemberinya.. huuhuhu..



Slowly, slowly, you entered my heart.
Your desire spread through me.
Along my path, in my sights,
Now, in every direction, there is you and only you.
There's a storm of emotion in the rise and fall of my breath;
The beating of my heart is like an earthquake.
What madness, what sort of obsession is this?
What can I say of my state now?
My heart, my soul, my whole world,
All my desire is you.
Beloved, I am coming to tell you.
The dream I've beheld?
I am bringing it to show to you.
You are my heart's peace.



Sunday, August 2, 2009

shopping!!!

hari ni, hari sabtu.. aku decided nak kuar beli barang ngan ilah since dia tak de hal lain..
kami kuar pun dah tengahhari pastu hujan plak time tuh...
sampai je kat terminal, kami terus gi Fiona. aku nak tempah scallop untuk pintu sliding umah aku tuh.. yelahh.. taun ni, aku beraya di rumah sendiri bukan rumah orang tua macam taun sebelum ni.. kalo dulu, aku tak pikir langsung pasal hiasan rumah tapi sekarang dah kena ambik tau dan kuar badget untuk itu...

aku pilih tema warna coklat tahun ni. ikut warna kesukaan mu hubby.. dia berkenan dengan warna tu untuk tahun ni.. aku ikut je..
lepas siap buat tempahan langsir tu, bermula sesi pilih memilih barang mana yang berkenan di hati.. susah jugak buat pilihan ni..
oleh kerana malas sangat nak pikir, aku just pilih main tangkap je laa.. asalkan adaa...
yelahh, aku kena cari baju aku sendiri.. untuk mak aku, mak mertua, n adikberadik.. last2 untuk suami yang aku tak beli lagi.. tak pe laa dia tau beli sendiri.. hehehe...

cian encik idris kan... sory B..

lastly, aku beli cikit untuk persediaan PBS.. aku beli beg n kasut yang juga boleh digunakan untuk raya sekali. senang sbb badget tak cukup. huhuhu..
ni yang aku cekup dan buat seharian kuar ngan roomateku.. hehee..
resit or confirmation order langsir aku...
aku pilih design ala2 cam tangga warna cream + brown and gold
jubah untuk mak mertuaku..
baju kurung untuk my mom n adik aku..
kain lapik meja untuk rumah aku.. so, balik PBS ni kena la menjahit sikit.. hehe
pasu bunga yang aku dah pikir2 nak letak kat ne dalam umah aku yang tak berapa nak besar tu.. hehehe
kasut ngan beg.. raya + PBS
baju raya ku.... coklat.. hehee.
yang ni baju kameja saje2 je wat jalan2... hehehe...
ni pun ada lagi yang tertinggal aku rasa... susah jugak jd pempuan kan?? banyak mendenya.. tapi itu lah lumrahnya... pempuan nak nampak cantik bak kata cypol kawan aku tuh, " wahh.... datin.." heehehe..

Saturday, August 1, 2009

A moment at Genting Highland.. (second Day)

masuk ari kedua, kami kuar awal pagi sekali dengan check out. sebab nati tak yah susah2 nak balik kemas barang n check out. waktu pagi keadaan berkabus lagi.. wahhh.. memang cantik. i like it..


berkabus.....

theme park tu bukak pukul 8.30 pagi. so sebelum tu kami jalan2 n tangkap gambar kat taman berdekatan.. cantik sangat. banyak bunga.. hehe...
tenang n privacy. hehehe..



eeeiii.. bunga... geramnya!!

masuk je ke dalam theme park tu, macam kanak2 kami terus berlari2.. soronok sangat dapat main2.. first sekali adalah swing.. yang ni biasa je.. tapi ada gak yang terketar.. cian kawan aku si rafhan, hampir nangis dia..



seterusnya, kami cuba semua permainan kat situ yang kami rasa nak main. hehe..

ada yang ala budak2 n ada yang mencabar.


tengok orang naik space short, cam gerun je.. tapi kalo tak cuba mana tau rasanya.. aku ngan jaja pun gi la cuba.. mula2 dah rasa debar.. aku tau dia akan naik tinggi. bila sampai atas, aku nampak permandangan waktu pagi yang masih berkabus lagi.. semuanya nampak kecik je.. wahhh memang cuak.. peha dah menggigil sebenarnya time tuh. pastu dia jatuh terhempas. aku tak terkata melainkan jerit nama kawan aku Tya kat sebelah.. ya Allah, debar sangat weh.. dah rasa melayang sangat time tuh.. kalo jatuh... hmm paham2 sendiri je la.. nak tercabut jantung... tapi itulah pengalamannya..



seram... seriau tau!!


seterusnya naik cyclon.. ni pun agak mencabar jugak kot.. yelah.. aku nak rasa tapi pada masa yang sama aku pikir camne kalo aku terjatuh.. ahhh tidakkk.. aku tak sanggup. tu yang berkerut2 muka tahan takut. nak jerit tapi tak terkeluar. hehe...



mula2 semua muka ceria je... senyum bukan main...

tapi.........


hahhaha... apa dah jadi daa... apsal muka semua berkerut tuh... hehehe... aku tak pe laa, aku saje je tuh.. hehe..


naik rebena cup.. hahaha... ni untuk sape2 yang cuba nak menambahkan pening kepala. memang sesuai. hehee...




arghhh... pening2 la main mende nih...

jalan2 nampak ada birds... apa lagi mestilah nak tangkap gambar. tapi penjaga tu cakap, kita kena beli gambar yang dia tangkap dulu baru boleh tangkap gambar banyak2 guna kamera sendiri.. harga gambar tu RM15.. lepas tu, kamera sendiri pun rancak mensnap. siapa aku dapat kenangan lagi.. kena kepit ngan burung yang warna biru tuh.. lebam weh... sampai sekarang tak ilang lagi.. huhuhu..


smile.......

ni burung kuning yanh kecik n comel... bila kita usik badan dia, dia bunyi.. hehehe..



next, pirate ship.. dia ala2 buaian la.. tapi boleh buat kita terdorong ke depan. kalo tak kuat iman, bergetar jugak perut weh... huhu...




lagi kami naik sungai rejang boat.. aku naik bertiga ngan ilah n tasya.. sian kami habis basah baju. paling teruk, tasya lah.. akibatnya kami mengalami kesejukan yang teruk. hehehe...


pastu, pasal kami naik fly dragon.. dia ala2 roller coaster tapi sekejap dan pendek je.. tapi itu pun boleh wat muka aku ni berkerut.. hehehe..




dah penat main,jalan dan tangkap gambar, peryt pun dah lapar. so, makan time... hhehe.. cam biasa la, fast food tetap jadi pilihan. kali ni, pizza hut menjadi pilihan hidangan makanan tengahhari kami...
korang nak tau tak, itu lah kali pertama aku makan Pizza hut tau.. suka hati kalo nak cakap aku ketinggalan sket tapi itulah hakikatnya.. kiranya menjadi kenangan jugak la gi genting ni sebab dapat makan pizza Hut for the first time. hehe...




lepas perut kenyang, kami sambung aktiviti ngan game yang ringan2 je.. do kami gi tengok 3D movie. walaupun, hanya cerita dokumentari yang selama 15 minit lebih kurang, aku tetap rasa best.. macam tu rupanya tengok wayang 3D.... hehee... benda tu btol2 depan mata. aku tengok kawan2 aku alih kepala ke kiri dan ke kanan waktu tengok movie tu... hehehe....





kiranya ktaorang try semua game yang ada kat situ selagi nmpk best n kami mampu nak main. hehe..


bas london.........


free style...


vinci cruise....

hmmm.... actually banyak lagi gambar nak post tapi tak larat nak upload laaa.. hehe... pukul 6 petang kami gerak meninggalkan genting highland.. turun semula dan ready to back to maktab terchenta..kami naik bas ke seremban dari pasar seni.. kami naik bas 2 tingkat.. kami semua duk kat tingkat bawah.. best cam kenderaan sendiri jerk.. hehe...

time tu, semua dah penat.. pikir kena cepat balik sebab esok ada kelas laaa.. dah la kena gi perhimpunan...

dalam bas.....

sampai depan maktab kira2 pukul 11.oo malam.. kami isi perut kami yang dah i hari lebih tak jumpa nasi nih.. lepas makan baru masuk maktab. kira-kira 12 lebih..

hmm.... percutian yang memenatkan tapi BEST!!!!!
nanti kita gi lagi ek......


mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...