Followers

Saturday, May 19, 2012

Perkembangan fetus - hamil 12 minggu

okeh... masuk minggu ni...
genap la 12 minggu aku hamil.. yeee.. tiga bula sudah..
maka, tamat lah sesi trimester yang pertama.. mungkin dah boleh lega sket.. selepas melalui fasa berhati-hati.....
minggu ni adalah minggu akhir aku di semester 7 pengajianku...
exam pon ada satu paper lagi...
lepas exam.. maka dah leh start cuti...
minggu ni jugak, encik asben datang ambik kereta bawak balik kampung.... 


dan.....
bakal ibu ni nak pergi berhoye-hoye laaaa...
destinasi ~ LANGKAWI...
wahhhhh....... siap naik flight lagi... bersama-sama teman... chee wahh.. nak manfaatkan zaman 'bujang' lah konon....
ermmm.. harap sangat semua berjalan lancar dan selamat...
semoga baby pon tak memberi masalah dan baik-baik sahaja....
semoga ALLAH melindungi....
ameen....


Perkembangan fetus - hamil 12 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Muka bayi anda lebih mirip rupa manusia, walaupun panjangnya dari mercu kepala ke punggung hanya sekitar 2 inci / 5.5 sentimeter dan beratnya kurang sedikit dari setengah auns / 14 gram. Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat. Telinga hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hati mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan kencing ke dalam pundi kencing. 

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Jika abdomen anda ditusuk-tusuk, fetus akan bergeliang-geliut, walaupun anda tidak akan terasa pergerakan ini. Sel-sel saraf fetus sedang giat membiak dan sinaps-sinaps (penghubung saraf dalam otak anda) sedang terbina. Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jari tutup jika tapak tangan disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan jika disentuh kelopak mata, otot mata akan menggenggam. 

Pada masa ini, doktor anda sudah dapat merasakan bahagian atas uterus, juga dikenali sebagai fundus yang terletak rendah di bawah abdomen. 

Apabila anda memasuki trimester kedua, anda akan mula memakai baju yang lebih longgar yang tidak menghalang pergerakan. Tak lama lagi, pakaian biasa anda tidak muat dan tak dapat dipakai lagi. 

Anda mula menyedari bahawa selera anda pun kembali semula setelah perasaan "mabuk" menghilang. 

Pantang Larang Melayu Lama ~ Untuk Wanita Hamil

SALAM...

Bila kita berbadan dua dan bakal begelar ibu.. atau istilahnya sedang hamil atau mengandung...
maka.... banyak lah pantang larang yang mesti dituruti..
orang-orang tua mula berkata dan berpesan....

jangan itu..... jangan ini.....

buat itu.. buat ini.....


mungkin di masa dan dunia moden ini, ramai yang dah mula sangsi dan tidak percaya lagi dengan amalan prang lama ni... mungkin jika difikirkan adakalanya sudah relevan...

tapi.. sebagai salah seorang ahli masyarakat, mungkin kita patut meletakkannya sebagai langkag berjaga2.. bukan untuk percaya seratus peratus tapi tiada salahnya kalau kita jadikannya sebagai batasan dan aras untuk kita lebih berhati..

sbb kadang kala... cakap orang tua ni ada betulnya.. bak kata orang, mereka lebih dulu makan garam dari kita yang dianggap generasi baru ni.. 
generasi Y katakan..... hehehehe..

haaaa... moh kita jengok sket.. apa agaknya pantang larang melayu lama yang dipesan khas buat bakal2 ibu....


1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.


Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:
  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

Sejauhmana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.

Wednesday, May 16, 2012

16 MEI - HARI GURU SEMALAYSIA!


alhamdulillah...
tiba kita sekali lagi di tanggal 16 mei dalam tahun yang baru.
sebut je tanggal 16 mei.. pasti ianya satu tarikh yang dekat dengan jiwa pendidik seluruh Malaysia..
yaaaa.. SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik di seluruh negara. tak kira apa gelarannya, cikgu, sir, teacher, ustaz, ustazah, encik atau puan... selagi tugas dibahu menyampaikan ilmu... itu lah pendidik.....
menggalas amanat dan harapan...
ditagih satu janji dan curahan...
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....
hanya yang bergelar guru dan telah berada di dunia pendidikan sahaja mengetahui realitinua...

justeru.... SALAM HORMAT BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK......
JASAMU DIKENANG DAN DISANJUNG...


Dengan tema Hari Guru pada tahun 2012 ini iaitu ' Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'

satu ungkapan dengan seribu pengertian di sebaliknya...
namun dengan satu matlamat.. iaitu melahirkan modal insan gemilang!

"Guru Inovatif adalah guru yang mampu membuat transformasi (perubahan) anjakan paradigma dalam konteks  mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Atas dasar itu, guru haruslah berperanan untuk menggarap elemen-elemen inovasi di dalam melonjak transformasi pendidikan negara, dengan idea dan kepakaran yang diterpakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengaplikasi segala sumber ilmu melalui kaedah yang paling kreatif dan berinovasi."





di kesempatan ini...
saya INTAN SURIANA MOHIDIN, ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu2 yang telah mengajar dan mencurah ilmu dan bakti hingga kini dan membantu saya berdiri seperti hari ini...
ucapan khas buat guru-guruku di :

  1. Tabika Kemas Kota Setia ( tahun 1995) - cikgu Siti Hasnah
  2. SK Kota Setia (tahun 1996-2001)
  3. SAR Ar rasyidiah Addiniah, Kota Setia ( 1998-2001)
  4. SMK Sg Ranggam ( tahun 2002-2006)
  5. IPG kampus Raja Melewar, Seremban (2007-2012)
tak lupa..
ucapan ikhlas buat insan pendidik yang dekat dengan saya....

  1. suami tersayang.... Encik Idris Bin Osman.. mengajar saya matematik (tingkatan 1-tingkat 3), mengajar BI (tingkatan 4), mengajar ilmu rumah tangga (2008 hingga kini dan selamanya.. insyaALLAH)... abang tetap cikgu saya hingga ke akhir hayat....
suami tersayang...

  1. ipar duai saya termasuklah abang ipar saya, encik Azlan Bin Osman. mengajar saya BM ( daripada tingkatan 4 sampai tingkatan 5)
  2. adik ipar sy - encik Azuan Bin Osman
  3. dua orang Biras saya. - Kak Sahanura Bt Abu Bakar dan Munirah Bt Ismail
  4. bakal Biras, Cik Rosidayu Bt Azizan
  5. makcik dan pakcik sy
  6. Semua guru di sekolah saya berpraktikum, SK King George V, SK Mantin dan SK Dato Klana Maamor...
  7. serta rakan seperjuangan di IPG kampus Raja Melewar terutamanya teman ketawa dan sedih, unit PSV ambilan Januari 2009.....
semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan istiqomah untuk terus berada dalam profesion ini dan bergelar pendidik disegani.. insyaALLAH..... semoga ALLAH sentiasa bersama kita....






Monday, May 7, 2012

Perkembangan fetus - hamil 10 minggu


Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Fetus hanya sepanjang 1.2 inci / 3 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya kurang dari satu per enam auns / 4 gram. Walaupun begitu, ia tetap giat menelan dan menendang. Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku jari dan rambut yang kelabu seperti bulu. 

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk lengkap dan berfungsi, manakala kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran panjang sepenuh badan. Dahi terbonjol buat sementara dan bertempat tinggi di kepala, tetapi akan kemudian bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia. 

Jika anda dapat melihat bayi anda pada minggu ini, anda akan nampak rangka spina atau tulang belakang. Saraf spina menjalar keluar dari korda spina. 


Uterus anda sekarang adalah sebesar limau gedang. Dengan bantuan Doppler, stetoskop tangan gelombang bunyi, anda akan dapat mendengar denyutan jantung fetus yang pantas - seorang ibu hamil menyamakannya dengan bunyi kuda-kuda kecil menderap. 

Jika anda belum lagi melakukannya, anda sepatutnya jangan berlengah untuk membuat janji temu dan menempah tarikh untuk pengambilan darah bagi ujian-ujian rutin. Dapatkan maklumat untuk apakah ujian-ujian tersebut. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

Friday, April 20, 2012

klinik check and scan - 7 minggu

hari rabu lepas sepatutnya appoinment aku di Klinik Rasah, tp pada hari yang sama adalah hari aku kena observengan pensyarah BM untuk kali kedua.
mula2 aku dah pikir nak tukar tarikh appoinment.. tp.. macam susah je nak ke KLinik Sikamat dan tukar tarikh.. satu lagi ia akan turut menyusahkan pihak klinik.

soo. hari tu, aku ke sekolah macam biasa. pagi tu ada gerko uniform. lepas gerko sepatutnya lepas gerko terus kelas aku. pkul 8.40 sampai 9.40.. tapi.. pensyarah tu call. dia kata tak dapat nak datang awal dan mintak aku anjak waktu kelas jadi pukul 9.10 sampai 10.10...
hmm.. aku dah pikir.. habis la.. mesti lambat ni..
tapi cam mana pon, aku setuju je.. terus ceal ngan cikgu yang sepatutnya dan kelas aku bermula jam 9.10...
alhamdulillah kelas berjalan lancar.
markah pon alhamdulillah..

lepas tamat je kelas, aku tros berkira-kira nak jumpa GB nak mintak eluar sekolah. tapi aku tengok ada slip kelas ganti.. adooyaiii.. cam ne nak kuar skolah.. huhu..

dengan terpaksa, aku serah kelas ganti tu aku kpd kawan aku.. hmm.. cian dia.

aku kuar sekolah untuk ke klinik pkul 11.00.. sampai klinik, aku tngok ramainya orang. nak cari parking pon susah. yer lah.. kawasan rasah memang besar.
lepas buat pendaftaran, kena tunggu sekejap untuk ambik darah. lepas selesai ambik darah, tunggu lagi untuk buat scan.
pengalaman pertama buat ultra scan, nampak baby sy.. kecik aje... panjang diameternya baru 13 mm..
doktor cakap, denyutan jantung dia dah mula bkmbng dan normal. alhamdulillah..

lpas dapat gambar scan, kena keluar dari klinik kesihatan dan pergi ke klinik pergigian untuk check dentist.
ambik nombor dan tunggu lagi....
haaii.. banyakkan proses nak jadi ibu ni.. heheh

pkul 1ptg baru settle... lepas settle, singgah kedai beli air dan balik semula ke sekolah untuk gerko dan 1 murid 1 Sukan.. sampai pukul 4.
hmm.. letih.....


Perkembangan fetus - hamil 7 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Sekarang panjang embrio dalam setengah inci / 1.25 sentimeter, saiz sebiji anggur, dan ia mempunyai jari tangan dan jari kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang berlompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini. 

Minggu kelapan menandakan permulaan tahap perkembangan yang amat giat. Antara minggu ini dan minggu ke-20 bayi anda membesar dengan pantas, dan bahagian tubuh badan yang terbentuk semasa minggu-minggu pertama kehidupannya (seperti jantung dan otak) mula berkembang dan menjadi lebih khusus dan rumit. Pada masa ini, gigi dan lelangit sedang membentuk, manakala telinga terus berkembang. Kulit fetus amat nipis, dan saluran darah jelas ternampak. 
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Anda sekarang berada dalam keadaan geliang-geliut trimester pertama, di mana ramai wanita berungut tentang ketidakselesaan dan sakit-sakit. Anda mungkin tak dapat menahan muntah, sebab anda sedang menghidapi mabuk hamil, sebahagian daripada akibat hormon-hormon kehamilan dalam badan anda. Anda mungkin terasa hendak kencing lebih kerap dari biasa - uterus anda yang berkembang menekan pundi kencing anda, dan hormon juga menjejaskan imbangan cecair dalam badan anda. Semua ini akan berkurangan apabila kehamilan anda berlanjutan. 

Senaman adalah baik bagi anda. Rujuklah bahagian kecergasan untuk mengetahui apakah bentuk senaman yang selamat ketika hamil. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim

Saturday, April 14, 2012

terlaksana sudah hajat makan UDANG GALAH BESAR!


Sempena cuti hari Pertabahan Seri Paduka Baginda yang dipertuan agong ke 14 pada hari rabu hari tu.. incik asben aku dah hanguskan satu hari CRK dia semata-mata nak datang seremban....

abg gerak datang seremban naik bas pada pagi hari selasa. aku plak sekolah hari tu.. waktu abg sampai seremban pkul 3, aku pulak tengah bertungkus lumus siapkan proposal Kajian tindakan untuk hantar petang tu jugak.. lepas tu kena jumpa lecturer penyelia plak sampai pukul 5.30 ptg.. maka terpaksa la abg check-in hotel sesorang dulu. habis jumpa lecturer, aku teros pegi stesen minyak, isi minyak.. beli makan dulu.. baru masuk hotel.. arghh.. penat sangat rasa.. tapi seronok dapat jumpa incik asben tersayang...


tetiba my incik asben tunjuk ice box kat tepi dinding.. hairan juga cam ne bleh ada ice box kat situ.. lepas bukak rupanya UDANG GALAH... besar punya.. waaa.... gembira rasa... hehehe..
rupa-rupanya sebelum abg naik bas untuk ke seremban, sempat lagi dia jalan-jalan kat pasar selasa changkat lada... memang aku pernah cakap.. teringin nak makan udang galah.. tapi tak mau yang kecik.. nak besar. dpat seekor pon jadi lahhh.. haaa... ambek kau.. abg beli sampai 4 ekor udang galah saiz gred B... RM35 harganya......
ermmmm.. seronok rasa!

fresh dari sungai perak... Yaiiyeeee...






malam tu, kami bawak ke restoran Imani seafood, Jalan Klawang, seremban. lepas duduk kat meja, tukar ambik order pon datang nak menjalankan tugasnya..  kami teros tanya boleh tak tolong masakkan..
dia tanya nak masak pe... kami bukak ice box n tunjuk udang galah.. dia senyum je.
dia kata kalo udang galah ni masak goreng pedas la sdap...
hmmmm.. itu lah yang aku nak dengar..
maka dengan perasaan gembiranya kami menyerahkan ice box berisi udang galah tersebut.. hehehee...

lepas beberapa ketika menunggu, nasi ngan beberapa lauk lain pon sampai.. haii.. tak sabar nak tunggu hidangan utama sampai...
bila udang kami sampai, ramai lah pengujung restoran yang menjeling ke arah meja kami.. ada abg kat meja sebelah dah macam berkenan n macam nak order benda sama...
nasib baik dia tak order sbb menu ni tak de dalam list... special.. hehehehee....


udang galah masak goreng pedas.... nyumm




apa lagi... masa santap dengan gembira! tak lupa ucapan trima kasih buat suami tersayang.. hehee


tak habis makan kat situ sbb macam kurang sopan dan tidak selesa untuk makan secara ganas dan bersungguh bila orang pandang.. maka 2 ekor lagi, bungkus n bawak balik makan kat bilik.... baru bleh makan ngan senang hati...


begitu lah alkisahnya pasal udang galah..
hmm.. tapi sebenarnya.. ada lagi yang incik asben sy bawak dari kampung.. abg beli macam2 jenis buah kat pasaraya.. dia kata bagus untuk baby.. haiii.. macam lah kat sini tak de.. tapi aku amat hargai, ketulusan dan keikhlasan abg yang sanggup memberatkan beg naik bas sbb isterinya ni...
salah satu buah yang paling special abg bawak adalah buah delima... mak mertua sy cakap.. baby dalam kandungan suka makan buah delima..
tapi... memandangkan kandungan saya baru berusia 6 minggu... rasanya... ibunya lah yg dapat kelebihan tu.. hehehehe... abg pilih buah delima yg terbaik tau.. RM7 sebiji...
tengok aje warna isinya.. merah dan cantik..
sbb tu orang cakap, merah mekar bak delima!... hehee... ada ke?? ngeeeee...
tak kira lah.... tp seronok rasa dihargai suami macam tu, siap makan suap lagi.. hehehe...





keesokkannya... abg terus balik teluk intan naik bas pkul 11.30 pagi.. lepas kami sarapan sama-sama..
hmm.. jadilah.. sehari bersama suami tersayang..
dapat lah tahan rindu untuk 2 minggu akan datang.....
adat lah jadi suami isteri macam kami.
husband and wife masa cuti......

semoga berbahagia selalu...

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My lovely hubby..

My lovely hubby..

my familia

my familia