Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Monday, January 31, 2011

Trilogi balik kampung musim perayaan

perasaan excited aku nak balik kampung tiba-tiba direntap bila aku check tiket perjalanan balik malam tuh.. kononnya aku nak tengok la, samaada naik dari terminal 1 atau terminal 2 seremban. sekali aku teliti.. aku perasaan tarikh naik yang tertulis adalah 22hb.. aku pun terpikir dan terus ambik kalendar. sekali aku pandang tarikh esok di kalendar. jantung aku berdegup kencang tak terkata..
tiba-tiba aku jerit nama azieeeee... ( rumet aku yang tengah khusyuk kemas barang kat katil sebelah).. dia pun terkejut.. aku cakap kat dia yang tiket aku rupanya available minggu lepas.. azie tenangkan aku, katanya cuba keluar awal esok.. insyaALLAH mungkin ada tiket lain..
aku terus teringat Pikah yang tiket bas dia esok pukul 9 am jadi aku ingat nak kuar ngan dia.. aku terus lari naik bilik Pikah.. Pikah senyum jer tengok aku. dah dua kali aku salah tiket katanya.. dia kata takper, esok aku boleh kuar ngan dia.. dalam terpaksa aku senyum jugak..
aku mula berfikir macam mana kalo tiket bas lain dah tak de??? adakah aku nak ke KL dulu, atau nak balik ngan train jerk.. aku tak nak bagi tau asben aku dulu.. aku terus mesej adik ipar aku yang kat pahang.. mana tau dia balik esok so dia boleh ambik aku kat Kl.. hmmm... rupanya dia start cuti hari selasa.. aduuhhh.... makin tak senang duduk aku.. aku teringat pulak akak ipar aku dari batu pahat. mesti dia dah start cuti.. kalo dia balik naik kereta maka aku boleh balik sekali ngan dia.. malangnya aku tak de nombor telefon dia, jadi terpaksa lah aku tanya kat asben aku jugak..

masa tuh, asben aku ada kat SMV Kerian,, ada kejohanan merentas desa peringkat negeri Perak. mula-mula aku tanya dia kat mana,, dia kata ada dalam dorm.. so selamat.. dia tak la busy.. aku tanya dia sama ada tau atau tak kak Sha (akak ipar) balik naik aper. rupanya kak sha balik naik bas jugak.. aku mengeluh panjang.. dia tanya kenapa aku tanya..
dengan perasaan berat aku bagi tau, tiket aku salah tarikh.. dia terkejut. terus dia membebel kat aku.. kenaper tak check dari dulu n bla bla bala.. pastu belum sempat aku cakap dia dah letak phone.. Ya ALLAh.... sebak aku rasa masa tuh.. kawan2 aku pun tak membebel cam tu kat aku.

malam tu aku tak lena tidur, bedebar-debar tak henti. asben aku pun maybe 'terlupa' nak wish gud nite malam tuh.. cedihnyer tp aku maafkan...

pagi2 aku terjaga, lepas solat.. doa moga senang perjalanan aku.. aku kuar bersama-sama ngan Pikah n Im. masa tuh pukul 8 pagi.

kami naik teksi, lepas hantar Im kat stesen KTM kami berdua terus turun kat terminal 1.. aku mmg berdebar-debar.. aku terus meluru ke kaunter tiket bas Transnasional, aku tunjuk kat dia tiket tu.. tapi dia pun tak boleh nak buat aper2. tiket bas hari tuh pun dah penuh. aku cuba untuk tenang.. aku tanya perjalanan dari KL.. pun penuh.. dia syorkan aku balik ke Tanjung Malim.

aku ambik masa untuk berfikir dulu.. terniat di hatiku nak naik train ke Tapah.. aku suruh Im tolong tengokkan tiket. tapi sayang dah terlambat. im dah berada dalam train dalam perjalanannya ke rumah kawan dia kat Kepong.

fikir punya fikir, aku terus kuarkan duit dari ATM then beli tiket bas seremban - tanjung malim. aku harap ada bas dari tanjung malim nak ke teluk intan nanti..

pukul 9.15 am, bas aku dan bas pikah sampai. sebelum bas gerak pikah belikan aku roti suh aku makan. tapi dalam keadaan hati tak tenang apa la yang lalu masuk dalam perut aku ni..
pukul 9.30 am bas kami gerak serentak.. aku inform kat laki aku yang aku dah naik bas ke tanjung malim.

lepas 2 jam, aku selamat sampai kat stesen bas tanjung malim. nasib baik aku pernah menjejak kaki kat stesen bas ni.. aku terus cari kat kaunter yang tulis perjalanan tanjung malim ke teluk intan.. tapi cam sedikit hampehh... aku tak jumper pun.. maka aku terus tanya kat kaunter. rupanya memang tak de perjalanan bas t. malim - teluk intan.. akak kaunter tu bg tau,

akak kaunter : bas ke teluk intan tak de. adik kena naik bas ke pekan bidor pastu ambik satu lagi bas ke teluk intan..
aku : ouhhh.. memang tak de erk?? bas nak ke bidor mana?
akak kaunter : ermm.. dik tu haa.. baru jer jalan.. ada lagi masa pukul 2.30 nanti (masa tu baru pukul 11.30)
aku :wahhh.. lamanya kak?? ok.. tak per la.. time kasih..

aku terus berlalu pergi. seperti batu besar yang menghempap di kepala, aku terus tak senang duduk. masa tuh baru asben aku mesej, dia bg tau mungkin tak de bas dari tanjung malik ke teluk intan... kenapa la dia tak bagi tau dari tadi.. tapi tak per la, aku anggap jer dia pun baru tau..
aku bagi tau dia, bas ke bidor lambat lagi.. apa patut aku buat??? aku cadang nak patah balik ke KL dan ambik bas dari KL plak.. tapi dia tolak cadangan aku tuh..dia suruh aku tunggu jer kat situ..
dada aku terus bedegup kencang.. hp aku campak je dalam handbag aku tanpa balas mesej dia. aku ternampak pak cik teksi, dalam otak aku, terfikir nak naik teksi terus ke teluk intan.. aku terus jalan dekat pak cik tuh tanya harga tambang ke teluk intan..

pak cik teksi : kalau nak ke teluk intan.. kena banyar RM110 la adikk....

aku tergamam.. perghh.. mahalnya.. aku buntu sangat masa tuh.. apa la aku nak buat untuk balik umah ni. tanpa aku sedari, air mata dah bergenang kat tubir mata. aku cadangkan kan asben aku yang aku nak balik jer ngan teksi.. biarlah kena banyar mahal pun.. tapi dia tak setuju.. dia suruh aku tunggu bas jugak..
masa tuh, air mata aku terus jatuh.. entah kenapa aku sensetif sangat hari tuh... depan orang ramai tu, aku duduk sambil sebelah tangan kat mata, sebelah tangan lagi taip mesej.. (cover bagi tak nampak cam tengah nangis) hahaha...

lama-lama, aku dah taj tahan sangat.. aku pergi balik kat pak cik teksi tadi, aku tanya plak tambang teksi ke bidor..

pak cik teksi : kalau mau ke Bidor, sy boleh kasi adik RM65.. biasa RM70..

tanpa fikir panjang aku terus setuju.. argghh.. lantak la apa nak jadi pun..
dalam teksi asben aku call.. aku memang tak nak angkat. sbb aku tau, kalo aku angkat. aku akan menagis sambil cakap daalm teksi tu.. aku dah tak hirau dah yang masa tuh asben aku tengah ada kejohanan.. aku peduli ape.. tapi hp aku terus menjerit-jerit mintak di angkat. lastnya aku angkat jugak.. dia terkejut bila tau yang aku ada dalam teksi. dalam diam air mata aku menitik jugak dalam teksi tuh.. tapi cam biasa la cover.. hehe... aku layan gitu2 jer apa yang pak cik teksi tuh cakap sepanjang perjalanan. dah la dia cakap sengau.. lagi tak de mood aku nak layan..
addooii.. apa naseb aku hari tuh..

sampai bidor.. aku kena tunggu lagi setengah jam.. tunggu driver bas ke teluk intan tuh behenti rehat dan makan.. sempat jugak aku berkenalan ngan seorang budak UPSI sebaya aku yang kebetulan nak ke teluk intan juga..
lepas setengah jam, kira-kira pukul 1.30 pm, bas ke teluk intan tu pun bergerak.

satu jam kemudian setelah bersesak-sesak ngan budak sekolah yang nak balik kampung, aku sampai kat stesen bas bandar baru teluk intan. malangnya bas yang aku nak naik untuk sampai ke kampung aku dah pun bergerak kira-kira setengah jam yang lalu.

dengan perasaan yang sangat penat, aku mesej asben aku.. dia ada kat mana dan tanya dia sama ada nak ambik aku atau nak aku balik sendiri jer..

my incik asben : sori syg, abang kat bota ni nak hantar budak.. awak balik naik bas jer la erk.

lagi sekali aku rasa ada batu besar menghempap kepala.. padahal tadi asben aku dah cakap dah lagi 2 jam dia sampai.. sekarang aper cer?? hmmm....
aku menangis lagi nkat situ.. tengah sebak2 tuh.. datang plak seorang mamat promoter nak jual CD ngan buku penenang hati.. ( dalam hati aku, kurang asam betul mamat ni)
aku geleng je kat dia tanda tak nak... itu pun sempat dia nak promote buku yang lain plak.. sakit hati betul..

memandangkan aku nak cepat sampai rumah sebab nak jumpa abah dan bagi hadiah kat dia sempena hari jadi dia.. aku rasa dah tak larat nak tunggu bas pukul 4.30 petang. maka aku terus tanya teksi kat situ tambang nak ke kampung aku. RM25 katanya.. tak kira la... aku setuju jer..
dalam teksi, aku tepon mak aku suruh adik lelaki aku tunggu aku kat simpang nak masuk rumah.. dan dalam teksi tu pun air mata aku jatuh lagi.. perghhh.. memang berendam air mata sungguh aku hari tuh..

lepas sampai kat simpang nak masuk rumah aku. aku nampak adik aku dah tunggu ngan naik motor.. adik lelaki aku bg tau yg adik perempuan aku tak balik lagi dari POli.. bla aku call dia, dia kata dia tak de kreadit nk mesej mak. aku terus singgah kedai belikan dia top up..

sampai rumah, rupanya mak aku demam... dia harap sangat adik perempuan aku dapat balik cepat. itu menambahkan lagi sebak dalam hati aku.. aku terus lari masuk bilik dan menangis tanpa henti.. sebak sangat rasa..

lepas reda sikit, aku keluar dan buat minum petang untuk mak dan adik2 aku.. aku goreng nugget ayam jer. tak sempat nak hidang.. asben aku sampai kat rumah mak aku.. aku belagak selamber.. aku salam dan cium tangan dia.. dia cium pipi aku.. tapi aku tak rasa... geram sangat kat dia masa tuh... aku layan gak dia.. bagi minum petang kat dia..

dekat nak balik, tau plak dia pujuk aku.. eeeiiiiiii,..............kecewa sangat kat dia masa tuh.. geram sangat.. huhuhu.... dan geram aku masa tuh ada 2 maksud.. mana2 pun boleh laa.. hahahaha...

naseb baik dia pujuk aku masa tuh.. sebagi isteri yang baik, aku pun malas la nak merajuk lama-lama.. sian kat dia... walau dalam hati aku masih panas.. huhuhu....

haa.. macam tuh la perjalanan yang aku tempuhi untuk balik rumah sempena cuti raya cina ni.. semuanya gara-gara salah tarikh pada tiket.. memang hampeh..... huhuhu..
ok..... kesimpulannya, kawan-kawan, lain kali kalo beli tiket make sure you all double check kat tiket tuh erk.. takot tersilap.. jadi la cam aku ni ha.. huhuhu..


k laa... adiosss.....


Tuesday, January 25, 2011

Sekolahku...


SMK SUNGAI RANGGAM, kota setia, teluk intan, perak...
kat situ lah aku pernah bertapak.. 5 tahun aku menjadi warganya cukup mengajar aku erti sebuah kehidupan dan mengenal komuniti.. melatih diri berkeyakinan dan membentuk jati diri.
tahun 2006 aku melangkah pergi meninggalkannya dengan berbagai perasaan..

tapi sekarang.... kira 4 tahun kemudian, aku rasa amat sedih dengan peristiwa yang terjadi kat skolah aku ni..
satu kejadian buruk yang aku rasa menghantui warganya...
HISTERIA.. yaaa.. memang menghantui....
dulu mungkin kita pernah dengar serangan histeria yang berlaku di beberapa buah sekolah sekitar negeri pahang dan terengganu.. bermula dari detik itu, sekolah aku turut menerima nasib sama dan masih berlarutan sehingga sekarang dah hmpir setahun lebih. dah banyak ikhtiar di lakukan tapi belum menemui penyelesaian dan "damai" antara mereka.

setiap hari bila my incik asben balik dari sekolah, mesti dia akan ceritakan kejadian histeria kat skolah pada hari tuh..
pada awalnya, pelajar yang jadi mangsa tak la ramai.. cuma seorang dua.. tapi bila ustaz atau ustazah tenangkan dan bawa pelajar tersebut pulang ke rumah. maka selesai lah kes tersebut. tapi semakin lama bilangan pelajar yang menjadi "mangsa" ni semakin meningkat. bila masuk jer pukul 12 tengahhari semua guru-guru dan pelajar kena bersedia siapa dikalangan mereka yang akan menjadi mangsa. dan biasanya pelajar yang akan kena tuh adalah pelajar yang sama..
di awal tempoh kejadian ni dulu, memang keadaan bpleh dikawal. mangsa tersebut tidak lah bersikap agresif. kerana menurut sumbernya, mungkin 'jin' yang meminjam badan mereka ni, masih muda umurnya.. lebih kepada nak main2 jer.. bila sekolah menjemput orang yang berpengalaman untuk menguruskannya, maka keadaan kembali terkawal. pelajar tersebut boleh sambung belajar semula dalam keadaan normal..

tapi masa asben aku pegang jawatan ketua disiplin di sekolah, kes histeria ni semakin teruk. pelajar yang menjadi mangsa semakin meningkat dan mula bertindak agresif. diorang yang kena ni semua perempuan.. masih di menengah rendah. tapi.. kekuatan mereka boleh mengalahkan beberapa orang guru lelaki. mereka ni menhentak tangan mereka dan memecahkan apa sahaja di sekitar mereka. paling senang nak pecah mestilah cermin tingkap. habis semua cermin tingkap kat kelas tu berderai. kemudian tangan yang berdarah tu dirang lap dan palitkan kat baju diorang. macam diorang seronok plak main darah. bila kejadian cam ni berlaku.. semua guru tak dapat mengajar.. semua murid keluar kelas dan berkeliaran nak tengok apa yang terjadi..
berkali-kali juga asben aku rotan,pukul dan ambik tindakan kat pelajar dia. kadang-kadang, asben aku balik ke rumah dalam keadaan tension dan marah-marah.. sian jugak aku tengok dia..

ermm.. sambung balik pasal histeria..
biasanya pelajar yang jadi mangsa ni, akan ditenangkan oleh guru-guru atau pelajar-pelajar dan bawak ke surau sekolah.
ada satu kes, kat surau pun dia 'mengamuk' jugak sampai pecah kaca sliding door.. cubalah korang bayangkan kaca sliding door yang tebal tu boleh ditumbuk ngan sebelah tangan jer oleh seorang perempuan..
bila keadaan dah semakin teruk, pihak sekolah terpaksa jemput pihak polis, pihak klinik dan hospital untuk berkampung kat sekolah untuk kejadian macam ni..
dah macam-macam usaha pihak sekolah lakukan.. bacaan yassin kat sekolah dah banyak kali dah.. tak terbilang.. solat hajat beramai-ramai pun penah buat. kenduri doa selamat dan aqiqah pun dah buat.. tapi masih buntu..
pihak JPN hantar seorang pengamal perubatan islam untuk selesaikan masalah ni..
aku masih ingat, semua guru-guru lelaki diminta datang waktu malam untuk bantu ustaz ni buat 'pembersihan' dan 'pemindahan'.. hampir pukul 1 pg baru asben aku balik ke rumah.
selang beberapa hari selepas upacara tuh.. keadaan sekolah aman sekejap. guru boleh mengajar tanpa was-was dengan jam yang menunjukkan pukul 12. bilangan pelajar hadir ke sekolah pun kembali normal.

tapi... 'keamanan' tuh tak lama... kejadian lama berulang kembali.. sampaikan calon SPM yang mengambil peperiksaan tidak dibenarkan mengambil peperiksaan di sekolah. mereka terpaksa ditempatkan di sekolah rendah berdekatan dan juga klinik kesihatan... semua pengawas peperiksaan pun berat hati nak jaga calon SPM ni.
masa di Klinik kesihatan, ada seorang pelajar ni 'diserang'.. nurse kat situ terus suntik ngan dos pelali.. tapi tak jadi apa2 pun kat pelajar tuh.. sampai lah ke dos suntikan pelali yang seterusnya.. kalo orang normal tuh, mungkin dah hmpir koma kena pelali..
nak tak nak, nurse dan doktor yang tak percaya perkara mistik ni, terpaksa mengakuinya...

tahun ni, asben aku letak jawatan sebagai ketua guru disiplin dan menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang sukan. terbeban katanya. risau tak dpat kawal perasaan..
tahun ini juga, kejadian ni masih berlarutan bahkan semakin membimbangkan dan amat teruk.
ramai ibu bapa risau keselamatan anak-anak. maka ibu bapa pindahkan anak mereka ke sekolah lain. ada dikalangan mereka adalah pelajar Elite skolah yang menjadi harapan.
kes terbaru, seramai 20 orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki diserang dalam masa yang sama.
pelajar lelaki tersebut adalah salah seorang atlit sekolah.. ibu bapa dia ambik tindakan untuk pndahkan ke sekolah lain di selangor. sementara menguruskan proses perpindahan...
pelajar tersebut datang ke sekolah dengan berseluar pendek dan membawa pisau di tangan. sampai sekolah dia masuk bilik guru dan letak pisau tuh kat leher sendiri..
guru-guru terpaksa tenangkan dia yang sememangya tak tenang tuh.. then, dia mengamuk terus gi ketuk cermin kete pengetua sekolah.. beberapa orang pelajar perempuan pulak dah 'terpengaruh' ngan dia dan turut bertindak ganas.. aduhhhh... tragis.....
semua pelajar yang masih 'sihat' diarah balik seawal jam 11.15 pg.. cam tak guna jer datang sekolah..

tak dapat aku bayangkan.. kesian sangat aku rasakan kepada para pelajar terutamanya yang nak periksa dan para gurunya.. masing2 tertekan..
aku tak nak sekolah yang aku sayang ni jadi betambah teruk.. di sini lah aku mengenal kehidupan..
bersama rakan-rakan, mengenal pengalaman dan menimba ilmu untuk mencorak masa depan dan membina kerjaya..

sebahagian classmates aku... spm 2006


kat sini juga aku mengenal cinta.. erti kasih sayang dan setia...
dari sini juga lah aku dikurniakan sebuah kehidupan berumah tangga dan pembimbing hidup dari ALLAH, menjadi sisi kepada seseorang...

my asben yg tercayang..

justeru itu, aku harap sangat para pembaca yang budiman sekalian, doakan lah kesejahteraan dan kedamaian kepada bekas sekolahku ini..
semoga keadaan kembali dalam keadaan baik seperti dahulu. seperti zaman aku masih duduk di bangku sekolah tersebut.
hulurkanlah doa seikhlas hati dan bantuan dari pihak yang lebih mengetahui amat di alukan.


SEMESRA TETAP UNGGUL.........

Sunday, January 23, 2011

SAAT RINDU-RINDUAN.. dalam PJJ


Perghh.. tajuk bunyi cam kontroversi jer kan.. hehe..
yer la.. sedar tak sedar rupanya dah hampir sebulan aku tak balik umah.. biasanya 2 minggu atau 3 minggu sekali aku akan balik menjenguk apa yang ada kat kampung halaman tuh.. walaupun untuk 2 hari jer.. hheehe...
ni dah nak masuk minggu keempat aku kat maktab dalam semester ni rupanya..
hmm... dah langgar rules ni.. haha.. sori my incik asben, puasa lebih sikit.. ups! hehe..

ermm.. memandang masih di awal semester dan kerja pun masih belum menimbun, jadi aku ada banyak amsa terluang yang boleh aku menerawang jauh sambil rindu-rinduan ni. hahaa...
maka, bila rindu tangan mesti nak godek2 album gambar dalam harddisk aku ni.. nak ubat rindu la kononya.. huhu..
yer laa.. sebab nak mesej selalu pun tak boleh sngat.. dia asyik busy jer.. malam pulak tdo awal.. lagi-lagi awal tahun persekolahan ni.. sekolah tengah giat nak buat sukan.. sampaikan aku dengar my incik asben dah tak pernah iron baju formal untuk ke sekolah kecuali hari jumaat. asyik pakai T-shirt sukan jer sepanjang hari.. addoooii.. mesti badan n muka dia dah legam sbb asyik berpanas kat padang jer... alaaa.. tak encem la B... huhu..

bila aku tengok balik gambar kami ni, banyak jugak rupanya kami habiskan masa berdua sepanjang cuti disember lepas..

hmm.. ni nak share ngan you all sikit.. tp mana yang kurang berkenan tu, saya mohon ampun sesangat yer..


ni kat cameron.. cam biasa la. setiap kali cuti hujung taun, cameron ni dah macam destinasi wajib pegi setiap hujung taun..

cuma bila nak berjalan, kena la pilih hari selain sabtu dan ahad sebab setiap sabtu incik asben aku ni kena training budak2 olahraga dia..

ni plak masa kat lumut.. baru lepas hantar salah seorang pelajar SMK sungai ranggam kat jeti Lumut, sebab pelajar tu ada kem bakat sukat selama seminggu di Pulau Pangkor.

yang ni adalah aktiviti petang-petang bila boring..biasanya kalau lepas balik dari rumah mak aku.. kami akan singgah tepi sawah dan lepak2 sekejap..

ermm.. yang ni, rasanya masa nak kuar tengok wayang.. cerita Narnia kalau tak sulap masa tuh..

hehehe... kuar pakai baju kurung... ni kat teluk batik. masa ni baru jer lepas balik kenduri rumah pengetua sekolah.. rumah dia kat manjung.. so.. alang2 dah sampai.. jalan la ke sini makan aiskrim.. hehe

yang ni masa nak pergi hantar rombongan mempelai abg ipar aku ke johor.. ini ada kisah disebaliknya.. pagi sebelum pegi tuh, konon2nya aku merajuk ngan laki aku ni.. sampaikan waktu bekfast kat umah mak mertua aku pun aku bleh nangis.. huhu...
semuanya gara-gara dia tegur aku bawak kete main hentam jer.. hmmm... aku kecewa sebab bukan dia nak support malam kondem plak.. huhu.. pastu dalam kete aku langsung tak cakap ngan dia.. sampai lah kat KL. waktu benti rest.. dia pujuk aku n kiss tangan aku depan orang ramai.. huhuhu.. meeeluuu...

ni lepas selesai majlis bertandang di johor.. hala nak balik, rombongan singgah melaka.. so boleh la melunaskan apa yang laki aku idam sangat tuh. dia nak masuk muzium Samudera ni..
sepanjang duk maktab ni, entah berapa kali dah aku jejak kaki ke bumi melaka ni.. hmm..

rasanya yang ni waktu nak ambik pelajar smk sungai ranggam yang ada latihan intensif sukan peringkat negeri di SMK King Edward, Taiping. so sementara budak tu hbs program.. kami pun ronda-ronda la dulu..

tu la antaranya cuti hujung taun kami.. rasanya adalah lagi yang aku tak jumper gambarnyer.. hehe.. tapi banyak jugak la kami habiskn masa dengan tak lekat dirumah sepanjang cuti ni.. kadang-kadang sampai dapur rumah pun tak berasap satu hari..

hmmm.. memang camtu kot adat orang bercinta jarak jauh kan.. tinggal dua tahun jer lagi aku belajar kat maktab ni. tak sabar nak tunggu tahun depan sebab aku nak pasang azam yang paling special.. hehee... tunggu setahun lagi dan aku akan cakap pasal azam special aku ni.. hehehe..

ouh yaa... cakap pasal Percintaan Jarak Jauh (PJJ) ni... aku ada terbaca pasal satu artikel tentang tips percintaan jarak jauh..
haaa... ni yang nak share ngan you alls..
jom kita tengok sikit.. kena ke tak kena..

1) Simpan gambar pasangan di tempat yang paling mudah dilihat.

Tak kiralah nak lekat kat dinding ke, selit bawah bantal ke, mana-mana lah asalkan di tempat yang memang kita akan hadap hari-hari. biasanya orang akan letak dalam dompet atau letak gambar dalam frame kat meja.. yang ni memang aku buat.. biasanya orang cakap kena letak gambar pasangan kita tu gambar yang paling kacak/jelita..

ermm.. memang cam tipikal kan.. yer laa.. saper yang tak penah buat kan.. Tapi, sedar tak sedar, tiap kali nak keluarkan duit, perkara tipikal ni lah yang akan sentiasa ingatkan kita betapa Tuhan dah kurniakan seorang insan terhebat, terkacak/tercantik di mata kita, dan ter-segala-macam-lagilah untuk kita.

Jadi, tak perlu lah nak toleh pada yang lain. Jangan jadikkan alasan tinggal berjauhan untuk kamu berfoya-foya carik orang lain demi mengisi kesunyian, kononnya.


2) Dating - keluar secara berdua-dua dengan pasangan anda.

Tak dapat seminggu sekali, buat dua minggu sekali takpun sebulan sekali. Ikut kesesuaian. Dan, dating di sini bermaksud berdua saja. Yang double/triple date tu bukan dating. Itu bersosial namanya. hehe.. aku ngan incik asben memang la selalu kuar.. yer laa.. tengah berdua.. hehe..


3. Raikan setiap hari-hari penting.

Cara sambutan ataupun besar mana hadiah, tu bukan keutamaan. Yang penting ingatan antara satu sama lain. Selain tarikh harijadi dan ulangtahun perkahwinan, jadikan setiap hari-hari biasa yang dilalui bersama sebagai penting. bab suprises ni aku memang surrender.. haha.. biasanya incik asben aku lebih pandai wat suprises..
hope berkekalan cam tuh.. insyaALLAH..

4. Masa berkualiti

Habiskan masa hujung minggu berdua kat rumah dengan lakukan aktiviti baru pun dikira sebagai berkualiti jugak. Contohnya, bercucuk-tanam pokok cili. Layankan je. Buatlah apa saja yang boleh jadikkan hari-hari yang kamu berdua lalui benar-benar berkualiti. macam aku, biasanya kami akan habis waktu berkualiti ni masa minum petang.. best aper.. lagi-lagi bila dia tolong belikan pisang goreng yang aku suka makan.. hehehe..

5. Ghairah sentiasa.

Wahhh... Asal sebut ghairah je, mula lah tu nak fikir sampai cerita dalam selimut. Ghairah di sini merujuk kepada ghairah bercinta. Tak kiralah walau dah berapa lama usia perkahwinan kamu. Jadikan seolah-olah baru mula-mula bercinta. Jangan sia-siakan segala bentuk teknologi telefon, sms, webcam, internet yang ada. Biar pasangan sentiasa berasa dekat dengan kita.


6. Percaya pada kententuan Tuhan.

Mohon DIA pelihara perhubungan kita agar sentiasa di bawah lindungan kasih sayang-Nya. Jauhi daripada malapetaka, bencana, fitnah serta hasad dengki. Dan, berkekalan hingga ke akhirnya.

dan mungkin doa ni dapat membantu kalian..


اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِي اَلْفَهَا وَوُدَّهَا وَرِضَاهَا بِي، وَاَرْضِنِي بِهَا، وَاجْمَعْ بَيْنَنَا بِأَحْسَنِ اِجْتِمَاعٍ وَاَيْسَرِ ائْتِلاَفٍ فَإِنَّكَ تُحِبُّ الْحَلاَلَ وَتُكْرِهُ الْحَرَامَ

Allâhummarzuqnî alfahâ wa wuddahâ wa ridhâhâ bî, wa ardhinî bihâ, wajma` baynanâ biahsani ijjtimâ`in wa aysari'tilâfin, fainnaka tuhibbul halâla wa tukrihul harâm.


Ya Allah, kurniakan padaku kelembutan isteriku, kasih sayang dan ketulusannya, redhai aku bersamanya. Himpunkan kami dalam rumah tangga yang paling baik, penuh kasih sayang dan kebahagiaan, sesungguhnya Engkau mencintai yang halal dan membenci yang haram.

semoga perhubungan munakahat yang kita bina ini diredhai ALLAH hingga ke syurga.. insyaALLAH.. ameen..



Wednesday, January 19, 2011

hari ulangtahun kelahiran..

19 januari datang kembali..
masih hari dan bulan yang sama..
namun tahun datang silih berganti..
yang berlalu tak mungkin kembali..
membawa pengertian bumi semakin tiba ke penghujungnya..

selamat hari lahir ABAH...
genap sudah abah berumur 52 tahun..
sekalung doa ikhlas saya titipkan
moga ALLAH sentiasa merahmati di setiap langkahmu..
rasanya bagai semalam
detik abah menghantarku ke sekolah tadika
di awal pagi dan menjemput menjelang tengah hari..
kita sekeluarga bermandi manda di Teluk Batik..

cepatnya masa berlalu..
masa saya dah tak sama macam dulu..
beza... sangat berbeza...
saya rasa diri saya umpama orang baru yang melupakan semalam..
tidak... tak mungkin akan saya lupakan..
tp bisakah orang pahami apa yang tertulis di hati..

kasihan abah...
dengan motor ke hulur ke hilir
kadang berpanas kadang berhujan..
sedangkan saya mendapat hadiah sebuah kereta baru di alam pengajian..
tapi saya tak mampu nak tolong abah menghidupkan road tag kereta..
untuk adik ke sekolah...
saya mintak maaf..............

abah ingat tak..
RM2o dan sebaris ingatan untuk saya di awal semester.
kata abah untuk minum kopi
sekarang nilainya dah beza..
bukan saya tak hargai..
tapi saya amat tersentuh..
saya simpankan untuk abah..
saya akan tolong abah buat dapur baru untuk mak..
walau tak banyak.. saja janji saya akan hulurkan...

amat sukar untuk mulut ini merungkai
segala yang bersirat di hati..
terlalu padat tak terlurut..
moga ALLAH memahaminya..

Ya ALLAH..
andai air mata ini bisa berbicara
KAU fahami lah ertinya..
sungguh aku ini insan kerdil dan hina..
terima kasih ku juga kerna
membentuk aku menjadi insan yang berdikari dan berhati tegar..

doaku..
moga abah sentiasa sabar dan dipermudahkan dalam setiap urusan
dunia dan akhirat.
ameen..


Hari ini hari jadi Abah.. tak sangka dah 52 tahun umur abah.. hari ini juga hari jadi abg zamri.. birasku atau suami kakak iparku..

SELAMAT HARI LAHIR BUAT KALIAN...
SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMATNYA KEPADA KITA..

Sunday, January 16, 2011

Hajat mahu BerJalan-Jalan -----> I-CiTy

hari jumaan bersamaan 14 januari adalah hari cuti umum untuk negeri sembilan. Hari Keputeraan Yang Dipertuan Negeri sembilan.
entah kenapa cuti kali ni aku tak balik umah.. alasan aku, aku baru jer 2 minggu masuk kuliah dan malas nak beli tiket balik. naseb baik my incik asben aku tak kisah sangat. sebab dia pun agak sibuk minggu ni dengan kejohanan merentas desa kat sekolah.
macam biasa la hidup aku ngan kawan2 kat maktab ni. tengah hari kuar makan, pastu balik bilik wat keje skit (atau online jer) pastu malam kuar makan, then online lagi..
hmmm..... agak bosan rasanya.. yer laa.. awal sem, keje pun tak banyak lagi.. masing-masing duk pikir mana nak pergi dengan keadaan wang yang sedikit sengkek. haha..
macam-macam idea la kuar.. hmmmmm...........................

sampai la semalam, waktu kitaorang kuar lunch.. topik mana nak pergi untuk hbs masa hujung minggu ni masih tak settle lagi. sampai la seorang kawan aku ni sebut nak gi I-city.. huh! jauh kot dalam keadaan gawat ni.. aku senyap jer. tunggu respond kawan lain. ermmm... masing-masing kata setuju plak. hmm.. aku???? tak per laa.. kena la setu
ju jgk.. jap2 tu jugak plan nak pergi pukul braper n nak balik balik pukul braper. senang citer nak overnight.. wauuu.. haha..
kemudian masing-masing pun pulang ke bilik dengan sengeh2.. kononnya nak bg suprised kat kawan aku yang bernama Tasha ni.. sebb dia excited nak pergi I-City sbb nak tengok pujaan hatinya kat sana.

sampai bilik, aku ambik mood nak call my incik asben ni.. bg hati tenang dulu, baru boleh cakap dengan baik. mulaanyaa.. aku mesej dia dulu.. dia tengah tengok citer hidustan.. hmmm.. mood dia ok kot..
aku try call...
aku cakap la pasal plan aku ngan kawan aku nak gi shah alam malam nanti. dia senyap. dia tanya lagi naik ape, nak buat ape. ape ada kat sana n bla bla.. aku jawab satu persatu..
tapi jawapan dia... awak tah boleh pegi..
waaa.... huhu sedih.. walau aku cuba yakin kan dia.. dia tetap kata dia tak izinkan aku pegi. sbb dia tak suka dan amat risau bla aku kuar malam.
maka dengan perasaan hampa, aku redha jer. talian aku putuskan. sampai la aku terlena dengan linangan air mata.. huhuhu...

sebelum maghrib aku tersedar.. aku cuba tanya dia lagi.. kali ni, aku msj je.

aku : salam.. abg, mmg tak boleh ker sy nk gi.. kan abg tau, sy dah lama teringin nak g tmpat tuh.
M.I.A : abg x bg bukan pasal tpt tu. tp smpai subuh. abg tak suka..
aku : alaaa... kali ni jer.. (pada hal dah kali kedua aku wat hal..hehe)
M.I.A : kenape awk beriya2 sgt nk pg?
aku : tak de la pape. just nak relaks2 ngan diorang jer.. tempat tu kan tempat riadah family jer?
M.I.A : malam2 family dok rumah la.. kutu rayau banyak laa..
aku : hmmmm..
M.I.A : abg risau keselamatan awak.. kalo awk bukan sapa2 pd abg lain cerita. awk isteri abg..
Aku : yee.. tau.. sbb tu sy mintak izin.
M.I.A : mmg awk just tnya tp awk amat berharap abg benarkan. abg blh benarkan dgn 3 syarat. pertama, inilah kali terakhir abg benarkan awak kuar mlm2, kedua blik sblm subuh. lg awal lg bagus. ketiga awak kena msj abg selalu.abg takkan tdo sampai awak dah ada kat maktab semula..

huuhuhu.. dengan perasaan terharu dan gumbira aku dapat kebenaran itu..
maka kami gerak dari seremban dalam pukul 11 malam..

sampai jer kat sana, dengan perasaan sedikit perak dan kekaguman, kamera kami tak henti snap gambar..

ermmm... kami semua.. eh tapi rasa cam ada yg tertinggal kot.. pikah.. hahaa..
naseb dia la kena tinggal.




ada banyak lagi gambar sebenarnya.. kalo nak tengok boleh tengok kat album jaja


bila kaki dah lenguh brjalan dan orang dah mula lengang.. kami pun angkat kaki la.. nak balik jgk.. sblm balik sempat makan fries kat mcD.

muka ngantuk dah semua.. pukul 4 pg masa ni..

macam yang asben aku janji, dia memang tak tdo. sian dia tengok movie sorang2.. biasanya mesti dia akan suruh aku buatkan air teh untuk dia.. rasa bersalah pulak. huhu.. sampai la pukul 5.30 pg lepas aku masuk maktb semula.
aku call dia.. suara sedih jer.. aku tanya dia, dia marah ker. dia kata marah la jugak..
huhu.. nampaknya aku balik nanti mesti berlaku perang air mata lagi... huhu..

aper2 pon tetap nak cakap, SERONOK DAH DAPAT PEGI I-CITY... hehehe..

Friday, January 14, 2011

Because YOU loved ME.

tatkala melayan perasaan..
hati terkenang pengarang jantung...
mengimbau memori
menggamit rindu..
kesyukuran pada takdir
yang menitipkan kasih
biarpun kadangkala mengundang amarah..
namun, di anugerahkan sabar
sebagai tiang damai.....
membina mahligai bahagia
di terangi neon setia dan simpati
moga pancaran rahmat kekal bersinar..

Celine dion because you loved me



For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me


JUARA LAGU KE-25

Salam...
mungkin dah agak ketinggalan kot untuk aku baru bercerita tentang AJL ni sekarang.. dah hampir seminggu berlalu... hmm.. tapi baru malam ni aku adaa mood nak menulis.. hehe..
soo layaaaann jer la erk..

seperti yang kita tahu juara AJL ke 25 ni telah dimenangi oleh penyanyi baru ANA RAFALLI dengan lagu ciptaanya dan nyanyiannya bertajuk "TOLONG INGATKAN AKU"..


lepas jer keputusan untuk pemenang diumumkan, ramai yang tak berpuas hati dengan keputusan tuh.. aku pun pada mulanya cam terkejut sket.. yer laa.. ramai yang cakap persembahan dia biasa jer. kurang menonjol sebab dia buat persembahan cam ala-ala teater muzikal gitu.. dia nyanyi dalam sangkar dalam tempoh yang agak lama. so.. penonton tak dapat nak tengok dia sangat. tapi aku suka part dia tukar baju tuh.. kagum sebab pertukaran baju dia tuh berlaku dengan pantas.

tp aku memang ada rasa dia akan menang smthing... cuma tak expect sampai dapat tempat pertama. bagi aku dia ada bakat, and suara pun unik dan manja... lagu tu pun personally untuk aku sangat indah.. PUISI dalam LAGU..

lirik lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali ::::..


jangan disusun kata-katanya penamat
jangan disebut baris keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dalam saku penyeluk masa

mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa di makan hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita


ermm.. cuba korang dengar lagu ni semula dengan bait kata-katanya.. aku rasa lagu ni sedap jugak..
ermm.. bagi aku masih layak dan relevan dia jadi johan..

Anyway, tahniah jugak kepada semua finalis AJL ni.. aku aku, semuanya hebat2..
faizal tahir dengan persembahannya.
Vocal Black, walaupun agak tercicir tapi sangat menyentuh sanubari dengan lagu Sofea Jane tuh.
A.P.I pun performed bagus. persembahan menarik. siap ada tembak-menembak lagi.. laki aku sokong sangat dia dapat persembahn terbaik.. tp kecundang juga..
yuna pun nampak cantik. dah pandai make up lawa.. simple but nice!
pengacaranya pun best.. kalu tak de pengacara tiga orang tuh, mungkin suasananya sedikit berbeza kot.

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH JUARA LAGU 25 ( AJL 25)

Juara : tolong ingatkan aku - Ana Raffali
Naib johan : Drama King - Taja/Teja/Meet Uncle Hussein
ketiga : Noktah Cinta - Ajai/sheikh Qalam/hafiz AF7

persembahan terbaik : hanyut _ Audi Mok/Faizal Tahir
vokal terbaik : Noktah cinta - Ajai?sheikh Qalam/hafiz AF7


Tapi dalam banyak2 lagu kat AJL kali ni, aku nak bg kreadit kepada lagu ni..

½
¯

Aku Ada Kamu - Adira AF8

bagi aku, lagu ni lebih bermakna.. lagunya simple tapi maksudnya dalam.
masa lagu ni tengah perfomed, my incik asben aku bagi mesej

" yg ku ada hanya kamu saja.. abg akan sentiasa disisimu sayang... "

hehehe... terbuai diawangan sebentar masa tuh.. lepas tuh terus aku cari lagu ni.. tu yang suka tuh...

ermm... jom kita layaaann lagu ni..


ini lirik dia :

lagu : Aku Ada Kamu
penyanyi : Adira AF8

di kala ku kehilangan
di dalam kegelapan
kau suluhkan sinar petunjuk

dikala ku kesedihan
kau ukirkan senyuman
dengan penuh sabar memujuk

engkau menyambut,
tiap kali aku terjatuh..

andai hari esok,
langit akan runtuh
tabahlah menjunjung bersamaku

andai hari esok,
dunia gelora
takkan ku gemuruh selagiku ada kamu

di kala aku tak pasti
kau tampil dengan berani
membimbing agar lebih yakin

dan bila hidup penuh soalan
kau berikan jawapan
melengkap semua persoalan
engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

andai hari esok,
langit akan runtuh
tabahlah menjunjung bersamaku

andai hari esok,
dunia gelora
takkan ku gemuruh selagiku ada kamu

tidak mungkin diri ini
mampu hidup tanpa dorongan mu...

andai hari esok,
langit akan runtuh
tabahlah menjunjung bersamaku

andai hari esok,
dunia gelora
takkan ku gemuruh selagiku ada kamu..........

waahhh.... sangat best dan mendalam maksudnya...
ermm OK lah... see you later k..
jaga diri dan jaga peribadi..
daaaa...
J

Sunday, January 9, 2011

VOTE FOR NAJWA...


ANDA SUKA BABY??

Anda rasa bayi ni COMEL???

Anda rasa bayi layak menang peraduan "Baby Cute"??



jom kita undi untuk nur adibah najwa a.k.a najwa...

caranya ;

1. anda bukak akaun Facebook anda..

¯

2. kunjungi wall penganjur iaitu AdikChomel Collections di http://www.facebook.com/pages/AdikChomel-Collections/161444993872083? ref=mf dan tekan button LIKE wall tersebut

¯

3. pergi ke link photo peraduan, dan undilah najwa di http://www.facebook.com/photo.php?fbid=178976262134474&set=o.161444993872083 ( najwa )

¯

4. dan yang paling penting skali... sila LIKE gambar tersebut....


kesempatan yang diberi anda untuk LIKE gambar tersebut, didahului ucapan terima kasih..

J

Friday, January 7, 2011

Tarian Dabus..

hari ni, aku masuk kelas seperti biasa. salah satu kelas pada hari adalah kelas Pendidikan EDU 3106. semester ni, kami belajar pasal Budaya Dan Pembelajaran.
hari ni, pensyarah kami, encik M Nadarajan bincang pasal konsep budaya dan kelompok bangsa di Malaysia.
aku agak tercengang bila encik tu tiba-tiba tanya aku apa yang menjadi identiti dan
keistimewaan di negeri perak.. negeri kelahiranku.. hehe..
dengan teragak-agak, aku terus menjawab tentang sistem hierarki perwarisan takthta.
hehehe... ermmm.. memang la betul..

tapi bila dalam bilik ni, aku pikir balik, ada sesuatu yang aku lupa yang selama ni menjadi warisan di negeri Perak.

Tarian dabus...

aku ingat lagi masa aku form 2, aku ingat lagi masa aku ngan kawan-kawan aku dijemput untuk meramaikan ahli pasukan tarian dabus untuk majlis pembukaan kompleks baru Universiti Teknologi Petronas, tronoh yang telah dirasmikan oleh menteri besar perak pada masa tu iaitu dato' seri Tajol Rosli Ghazali.
aku rasa itu lah antara tarian terbesar pernah aku sertai, hampir seminggu jugak la ktaorang buat latihan dengan abang-abang senior dari jabatan kesenian negeri perak. masa tu, latihan dibuat dekat stadium mini Bota. al maklum la n
ak buat persembahan depan MB.. hehe..
korang tau pasal tarian dabus ni???
ermmm... meh kita tengok sikit maklumat ni erk..

Dabus adalah salah satu tarian tradisional di Perak yang mampu bertahan sejak lebih 300 tahun lalu. Sekalipun negara menerima arus perubahan di samping kepesatan pengaruh budaya barat, namun sehingga kini ia masih diminati dan dihayati oleh para pencinta seni.

Biarpun dabus masih belum boleh dikategorikan sebagai seni popular di kalangan rakyat, namun kegiatannya yang secara terus digerakkan oleh pewaris kesenian itu sejak dulu lagi mampu mencatatkan sejarahnya tersendiri sebagai salah satu tarian tradisional yang terunggul di negeri Perak.

Identiti Dabus

Setiap penari atau pemain dabus mesti menggunakan sejenis besi tajam yang dipanggil `anak dabus`. Penggunaan anak dabus ini ialah untuk memperlihatkan keistimewaan tarian tersebut. Tanpa penggunaan anak dabus, akan hilanglah identiti dabus.

Permainan dabus yang asli tidak sahaja para pemain atau penari menggunakan anak dabus sebaliknya mereka akan menggunakan beberapa senjata tajam yang lain untuk mempamerkan kehebatan permainan dabus. Selain anak dabus, antara senjata tajam yang lain yang digunakan dalam persembahan dabus ialah keris, pisau belati, kapak, batu giling dan tali.

Sesebuah kumpulan dabus yang asal terdiri daripada lebih kurang 22 orang termasuk pemain alat muzik dan penari. Dalam kumpulan tersebut terdapat seorang ketua dipang

gil khalifah. Khalifah inilah orang yang bertanggungjawab memelihara keselamatan para pemain daripada sebarang gangguan yang boleh mencacatkan persembahan pada hari itu. Sebelum persembahan dimulakan khalifah akan merasapi dan merenjis air yang sudah dijampi ke seluruh pentas, para pemain, pemuzik dan anak dabus.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada gangguan makhluk halus atau perbuatan orang nakal yang menguji kekebalan para pemain. Selain daripada itu, khalifah juga akan bertindak memulihkan penari yang tidak sedarkan diri dan luka akibat daripada menikam lengan dengan anak dabus atau keris.

Dalam permainan dabus, terdapat beberapa pantang larang yang harus dipatuhi. Pertamanya, tempat bermain hendaklah bersih, tubuh badan pemain juga hendaklah suci.Para pemain sama ada pemuzik dan penari ditegah daripada mencarut, mengeluarkan kata-kata lucah mahupun bermusuhan.

Anak dabus pula hendaklah dijaga sesempurnanya. Anak dabus tidak boleh dilangkah, malah perlu dijauhkan daripada mencucuk ke tanah. Selain itu, orang luar yang bukan pemain dabus dilarang menyentuh semua peralatan permainan dabus. Melanggar pantang larang ini akan mengundangperkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Para penari akan keluar dan menghormati penonton sebelum memulakan tarian. Biasanya penari akan keluar berpasangan untuk menari. Sepasang di sini, tidak semestinya terdiri daripada seorang lelaki, seorang perempuan. Sepasang di sini bermaksud berdua, mungkin kedua-dua penari lelaki atau perempuan.

Gerak langkah tarian ini ada tiga jenis yang dinamakan `susun sireh`, `ayam tajak`, dan `helang sewah`. Susunan langkah adalah mengikut pilihan ahli-ahli tari, tetapi biasanya dimulai dengan susun sireh. Langkah tari dimulakan dengan gerak tertentu dengan melangkah ke hadapan tiga kali, kemudian duduk dan sembah, selepas iti barulah tarian seluruhnya dipersembahkan. Setiap seorang penari akan memegang sepasang buah dabus sambil menari.

Gerak tari adalah mengikut irama lagu dan nyanyian.

Seorang penari akan keluar menari dan setelah selesai peranannya dia akan diganti oleh penari yang lain pula, begitulah bergilir-gilir sehingga tarian tamat. Lazimnya, setiap lagu memakan masa kira-kira sepuluh minit.

Keistimewaan dan kelainan tarian dabus dengan tarian-tarian tradisi yang lain ialah penggunaan senjata tajam. Apabila tarian mula rancak, penari-penari mencucuk-cucukan anak dabus yang dipegang ke lengan mereka. Perbuatan ini kononnya dilakukan ketika si penari dalam keadaan tidak sedarkan diri dan simbolik kepada persembahan dabus itu sendiri yang lebih kepada persembahan kepahlawanan. Selain daripada itu, ada pula yang melakukan perbuatan melambungkan batu giling dan ditahan dengan paha. Tindakan para penari ini pastinya akan mencederakan mereka, tetapi apabila selesai persembahan, mereka yang cedara akan dipulihkan oleh khalifah dalam kumpulan tersebut.

Pakaian

Mengenai pakaian pula, ia bergantung kepada ketua pasukan untuk menentukan warna dan jenis pilihan pakaian ahlinya. Tetapi lazimnya bagi kanak-kanak, mereka memakai pakaian melayu berwarna hijau pucuk pisang manakala penari dewasa pula mereka memakai pakaian melayu yang lengkap dan berwarna hitam yang melambangkan kepahlawanan.


gambar Hiasan.


haaa... cenggitu la lebih kurang berkaitan dengan tarian dabus ni.. tarian ni memang betul melibatkan pertumpahan darah.. sebab menurut sejarahnya, ia berasal dari zaman Saidina Ali. so, macam apa yang diamalkan puak syiah skrang ni laa.. kalau korang tak caye meh tngok gambar anak dabus dengan lebih dekat..


½

½

¯


hmmm.. tajam kan.. kena kat lengan memang berdarah..
tapi waktu kami wat persembahan dulu, tak de la sampai cucuk2 kat tangan tu.. sebab masa tuh, kami masih amatur. jadi buat2 gimik jer la..

ok.. itu jer la cerita yang aku nak share pasal kebudayaan negeri aku ni.. dan aku amat berbangga menjadi anak kelahiran perak kerana ada jugak warisannya yang tersendiri.

ok.. see you later..
thanx sudi baca...

Thursday, January 6, 2011

Nuffnang


dari dulu lagi aku dah berhajat nak daftarkan blog aku yang tak seberapa ni kat nuffnang ni setelah tergoda dan iri hati dengan kawan2 n orang2 yang dah boleh dapat income dari nuffnang ni.. walau tak banyak tapi jadi la.. at least masyuk jugak..

aku dah cuba banyak kali mendaftar kat nuffnang ni.. tapi banyak kali aku give up dengar maklumat2 yang diminta.. ada sekali tu, email aku tak diterima..
lama aku biarkan...
sampai la satu tahap bila aku rasa, aku nak bergiat aktif semula dengan dunia blog. aku cuba sekali lagi.. yessss... kali ini berjaya email aku diterima.. setelah mendaftar, aku tunggu email pengaktifan daripada nuffnang.. tungu punya tunggu.. aku langsung tak dapat email pengaktifan tu dalam inbox email aku..
aku mula give up sekali lagi...
aku pelik kenapa email pengaktifan tu tak sampai walau aku dah berjaya mendaftar.

aku cuba sekali lagi mendaftar, dengan email yang sama...
dan.. arghhh......... dia kata akaun yang aku daftar tu dah ada orang punya.. memang laa... aku la orang tu.. tapi masalahnya, kenapa aku tak dapat email pengaktifan tu..

dengan perasaan bengang, aku cuba lagi tanpa jemu... ( dalam hati geram gila)..
aku daftar lagi, kali ini dengan menggunakan email suami aku.. dan akhirnya berjaya!!!
alhamdulillah...

cuma yang tak seronoknya, aku guna email suami aku.. alaaa... leceh la cam ni...
tak kan nak selalu bukak akaun dia.. naya aku kena marah karang.. uhukkkk....
ermmm.. tapi apa2 pun aku dah berjaya mendaftar dengan nuffnang ni..

TERIMA KASIH NUFFNANG...

ok guys, harap anda sudi memberi sokongan.. jemput la singgah blog saya ni selalu.. kalau ada perkara menarik yang dikongsikan..
segala teguran dan komen saya terima dengan tangan terbuka..
thanx..


mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...