Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Monday, November 23, 2009

SELAMAT BERCUTI.... Yearghh.. Holiday!!

alhamdulillah.. dah selamat sampai umah.. mencabar jugak aku balik cuti kali ni.. hehe.. kelna rushing gi KL pastu sampai Pudu.. bas plak lambat. hampeh btol.. then, nyaris2 aku tak sampai Penang gara2 salah naik bas sebab tak tengok no plat dulu.. pikir nak cepat naik bas je.. haha..

dalam bas, aku terus duduk tempat aku.. bila masuk kat Hentian Duta. ada la satu family cina, wife ngan anak dia duk kat seat double depan aku. masa tu aku duk kat seat single (5E). pastu husband cina ni tetiba datang kat aku.. dia marah aku, dia kata tempat yang aku duk tu tempat dia.. apa kes?kat dalam tiket aku tulis seat tu laa.. dia tak puas hati.. dia kata dia dah tempah semingu awal, so dia suh aku bangun.. hee elehh, seminggu awal je. aku beli 2 minggu sebelum aku naik bas.. tak kecoh pun.. maka aku ngan baik hati dan kudusnya bangun la gi duk kat tempat kosong lain sambail memberi jelingan "mesra" kat mamat cina tu.bengang giler aku..
nasib baik, tak de orang nak berebut seat lagi ngan aku masa tuh..

aku sampai rumah lepas maghrib disambut suami tersayang kat stesen bas bandar baru teluk intan.. sampai je umah, bila kau masuk dapur...
warghhh.... manggis!! bestnya... hehe... bagus la laki aku dah petik manggis untuk aku.. hehe..


ermm cuti ni nak buat ape ek?? selain melakukan kerja suri rumah seperti kelazimannya..
aku harap planing demi planing yang aku dan suami rancangkan menjadi.. hehe.. jalan-jalan cari happy!!
semoga laki aku ada banyak masa free kat rumah.. tak kena gi kursus or melatih atlit.. huhu.. ini pun minggu depan dia dah kena gi kursus jurulatih badminton.. alaa kena tingal lagi.. huhu..
k la... to all of you and my beloved frenz, aku ucapkan selamat bercuti..

Thursday, November 12, 2009

memanah!!

aku memanah?? memanah cinta lagi? haha...
ermm... pada 7 novermber baru2 ni, persatuan gerko aku telah mengadakan pertandingan memanah tertutup.. arghhh.. akhirnya aku dapat menarik nafas lega. sekurang2nya beban dan tanggungjawab aku sebgai setiausaha persatuan ni dah berkurang sdikit. biarpun pertandingan ini tidak la berjaya dengan begitu meriah dan sempurna tapi ianya tetap berlangsung dengan baik dan lancar. biarpun hari, keadaan dan cuaca yang tidak begitu mengizinkan kerana hujan. semua peserta boleh tersenyum kerana itu lah penamat kepada gerko kami yang sangat dedikasi tuh.. ( tak penah cuti.. tiap mingu wat ada perjumpaan.. langsung tak leh nak ngelat) hehehe....
perancangan untuk mengadakan pertandingan ni yang sentiasa berubah ni, memaksa jawatankuasa pertandingan kami membuat perjumpaan demi perjumpaan. dan aku pula terpaksa menjalankan tugas kesetiausahaan aku dengan kudusnya.. hehehe..
berbalik kepada pertandingan..
sebelum pertandingan berlangsung, semua ahli telah sepakat turun padang dan menyediakan gelanggang yang akan menjadi tempat pertempuran.
pertandingan ini dijalankan dalam dua kategori 20 meter iaitu kategori 30 meter . ia juga melibatkan dua penglibatan secara individu dan berkumpulan. setiap peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan markah kumpulan dikira berdasarkan purata pungutan mata bagi setiap individu dalam kumpulan tersebut.
semua peserta akan memanah sebanyak tiga pusingan dalam setiap kategori dan menggunakan 6 anak panah bagi setiap satu pusingan memanah. mata penuh untuk setiap kategori adalah sebanyak 180 mata. walaupun hari hujan, dan kami terpaksa mempercepatkan pertandingan, namun perserta telahpun menunjukkan yang terbaik..

kalo diikutkan jauh gak jarak 20 meter tu.. yang 30 meter tu lagi laa jauh.. hehe.. ermm.. aku hanya mampu wat yang aku mampu je laa.. nak wat cam na dah tak berbakat. hehhe..
tapi aku ngan bangga ngan kawan aku sorang ni, nurul natasha nadia nama diberi. waktu latihan, dia biasa je.. tapi bila dah hari pertandingan.... wahhh... gempak tuh!! dia dapat tempat kedua untuk kategori individu.. dan kumpulannya pula dapat tempat pertama..
caya lah!! siap lecturer kami offer dia untuk jadi wakil SUKMA tapi kena giat berlatih laa.. hehe..
pertandingan kami tamat pada jam 5 petang.. walaupun lecturer kami komen dan tegur tentang kekurangan kami dari segi pengurusan tapi aku tak kisah.. aku anggap itu sebagai salah satu cara untuk aku timba pengalaman.. ala biasa la tuh.. amatur lagi.. hehe...

biarpun aku tak menang... tapi aku tetap gembira... ( yeke??? hahaha)

ni masa tengah wat preparation sebelum bergerak ke shooting line untk........... ZUPPP!!!!!! (memanah ke target board)

johan untuk kategori kumpulan.. kumpulan G dan tasha, naib johan individu..


Tn haji Shamsudin ngan Pak Wan, lecturer kami menguju kehandalan..


pasukan persatuan Gerko Memanah PISMP ambilan januari 2009, IPRM

my frend and archery............

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...