Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Thursday, September 25, 2008

salam lebaran..

menjelang beberapa hari tibanya syawal, ingin saya mengucapkan ucapan

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN....

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS, MOGA AIDILFITRI KALI INI MEMBAWA KESEJAHTERAAN KEPADA KITA SEMUA....

dikesempatan ini, izinkan saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf andai pernah berlaku kasar atau ada silap dan salah kepada korang semua...

for all i did wrong, 1000 apologize i pardon you....



salam lebaran buat kalian semua.....





jangan asyik kumpul duit raya je..

ingat, tujuan kita harus saling bermaafan...

;o)

Tuesday, September 23, 2008

beday my mum n my fren


actually today is beday my mother, KHAMISAH BT OMAR BAKI yang ke-43 n beday my fren waktu sekolah menengah dulu, HAFIZALIANA BAHARUDDIN yang ke-19..
so, a lot of HAPPY BEDAY untuk diorang..
semoga Allah sentiasa memberkati dan melimpahkan barakahNya..
amin.....

merebut LailatulQadar





“Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran). Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. (Foto pertama bumi dari angkasalepas oleh Yuri Gagarin 1969).

Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra.

Firman Allah swt bermaksud,
“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan semasa Qiyamullail di malamnya dan Iktikaf di siangnya ialah puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.


Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2008 dan Ahad 28/9/2008.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka.

Monday, September 22, 2008

majlis penutup sambutan bulan kemerdekaan







Waktu 16 september ari tu ada majlis penutupan sambutan bulan kemerdekaan.







Waktu ni la akan diumumkan pemenang untuk semua pertandingan yang dah dianjurkan oleh jabatan pengajian melayu sepanjang bulan kemerdekaan ni..
Hari sebelumnya aku ngan Jaja bergegas kuar ke Teminal lepas kelas sebab nak g beli tiket. Nasib baik ada, kalo tidak alamatnya tak balik beraya la aku.
Waktu on da way balik ke maktab, aku dapat satu mesej. Rupanya dari Dr Kharuddin, lecturer jabatan pengajian melayu. Ahakzz.. cam tak caye je baca mesej tu, aku menang pertandingan mereka sajak yang aku masuk saje2 tuh. Dah la aku orang yang terakhir hantar karya tu. Kalo alu lambat sikit, sure sajak aku tak diterima.
Bila sampai maktab, rupanya ramai lagi budak kelas aku dapat hadiah gak tp berlainan kategori. Kira unit PSV conqour la. Waa.. bangga gak aku. Hehehee..

Untuk majlis ni jugak, im, jaja, rina, ngan sepu sibuk berlatih untuk wat persembahan pada hari tersebut. Diorang berlatih setiap petang sebelum buka pose ngan lecturer kami, Pak Wan. Diorang ada ajak aku, suh main kerincing. Ada ke patut. Daah la aku tak penah main. Sudahnya, aku wat slamber je waktu hari persembahan tu, dengan harapan, kalo diorang panggil suh main baru aku join. Lastnya, diorang tak panggil aku. So, Pak Wan yang main. Hahahaha… rasa besalah pun ada.

Apa-apa pun, aku bangga la gak ngan diorang ni kerana berjaya mempersembahkan persembahan tu dengan baik walau ada sedikit cacatnya. Tp tak perasan pun..
Paling sian kat Rina la. Bayangkan daia punya debar nak menyanyi on stage tu, mengalahkan debar orang yang nak ambik result exam awam. Ye la, dia dah terjaga pukul 4 pagi pastu dah tak boleh tido. Pagi2 lagi, waktu aku ngan roommate aku ni tak siap lagi, dia dah tercegat kat bilik kami. Bukan main awal lagi dia siap semata2 nak cukup prepare dan elak nervous. Tp alhamdulillah, waktu persembahan tu, dia boleh wat dengan baik. Ala orang dah memang pandai menyanyi…. Diorang menyanyikan 2 buah lagu, iaitu lagu PahlawanKu ngan lagu Perwira.


Sempena majlis ini jugak, beberapa orang leturer senior kami dah menunjukkan bakat mereka yang selama ini terpendam. Sedap gak diorang menyanyi. diorang myanyi lagu Malaysia tanah air ku dengan sejahtera malaysia..

Antara pemenang dalam unit kami ialah;
Nina-johan pertandingan mencipta iklan pendek
Ilah- naib johan pertandingan mencipta iklan pendek
Intan- ketiga pertandingan mereka sajak merdeka
Lydia- keempat pertandingan deklamasi sajak merdeka
Saiful- kelima pertandingan deklamasi sajak merdeka

Kira complete semua kategori unit kami menang. Hehehe……















Wednesday, September 17, 2008

ohh assigment ku.....

waa sejak akhir2 ni, aku busy ngan assigment sampai tak de masa nak post smthing kat blog ni...

sekarang ni, aku duk kat depan library ngan ilah tengah wat assigment BM AKEDEMIK. sakit mata n sakit kepala aku wat keje ni.bukan la main banyak yang kena di analisis. sebab tu, ambik masa sekejap menulis kat blog ni..

citer pasal assigment ni, aku ada banyak assigment yang kena buat, semuanya kena hantar next week. untuk BM AKEDEMIK ni, aku dah hampir menyiapkannya. tinggal nak tunjuk full work kat lecturer, pastu boleh la print. cakap pasal print, lagi la buat aku poning kpale.. hai... setelah aku combine smua keje aku jadi full work, smuanya mencecah hampir 100 muka surat. banyak giler, kalah tesis. hehehe.... so, paham je la brape banyak duit aku kena kuarkan untuk kos print assigment aku. bayangkan la, kalo sehelai kertas black n white berharga 40 sen. kalo 100 page??? ini baru satu assigment. padahal aku ada banyak lagi assigment yang kena hantar next week. tambahan pulak ngan keje seni yang memaksa aku untuk print dengan colour ink... aduhhh... gawat aku ngan kewangan sekarang ni... pasal projek plak satu hal lagi. nampaknya kena la gunakan semua elaun aku bulan ni... pastu nak top up blik ngan elaun bulan depan untuk barang peribadi pun macam tak cukup je.. hehehe... bukan tak bersyukur ngan elaun yang aku dapat, tp itulah hidup aku skrang ni... hahahaha....

cedih aku tau..

alalala.. tak yah la emosional plak, orang tengah blajar ni, kenala bijak handle benda2 cam ni kan??


ini je la secebis coretan aku untuk hari ini.. ada masa nanti, kita jumpa lagi....

daaaaaaa.....

Friday, September 12, 2008

lirik WANITA- Siti Nur Haliza

*....::Siti Nurhaliza - Wanita::....*

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Ulang Korus I)
(Ulang Korus II)

aaa… Ku wanitaaaa…
Ku wanita….Yang hanya perlu kau fahami

(Ulang Korus) (2x)

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…Wanita…

Thursday, September 4, 2008

SALAM RAMADHAN ALMUBARAQ!!


Tak sangka kan, sekali lagi kita sampai lagi dalam bulan ramadhan ni. rasanya baru je lagi, aku n da geng berpuasa dan berbuka puasa beramai2 tahun lepas. cepatnya masa berlalu. tengok2 dah setahun lebih aku kat maktab ni. dah nak abih fondation dah.. rasa macam baru je masuk...


tahun ni, sebulan lagi kami berpuasa kat sini. rasanya tahun ni, kami lagi advance kot. kalo juadah buka puasa n waktu sahur tu, kami lebih refer masak sendiri kalo sempat. ala kadar je la. cuma kalo rasa nak makan sedap sikit baru la beli kat luar.. sekarang ni kami tak de Gerko, kelas petang pun kadang2 je. so. ada la masa terluang tp keje tetap tak siap. hehehhe.. apa la nak jadi..


bagi aku puasa kali ni, mungkin sama je mcam taun2 lepas. dari segi pengertian tu, entah la susah nak cakap. sebak n gelisah pun ada gak. hehhee... memang macam ni agaknya orang rasa kan??

apa2 pun, semoga kehadiran ramadhan kali ni, meninggalkan sweet memory untuk aku simpan dan membawa sejuta barakah dalam kehidupan kita. semoga aku mampu memperbaiki diri dan mengisi mana yang kurang.....



SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!!!!!!!

persidangan JPP IPG peringkat kebangsaan

persidangan ni telah berlansung dari 28 ogos sehingga 31 ogos 2oo8. ia dibawah anjuran dan kelolaan Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama IPRM. semua maktab hantar 3 orang wakil. diorang sampai waktu tengah hari. so, kami tak nampak waktu dia buat pendaftan dengan NYDP 2 kami di pejabat penyelia.
waktu kami ada kelas pagi tu, pn zamrah bagi tugasan kat kami untuk incharge bahagian makanan sepanjang persidangan ni berlangsung. nmpaknya, makan free la kami selama 4 hari. hehehehe...
bukan susah sangat kerja ktaorang ni, ala budak2 tu dah besar, JPP lagi. pandai la ambik nasi sendiri. tak kan kami nak layan setiap masa. so. kami wat mana yang patut je la. hehehe...
kebanyakkan pesertanya nampak ok la. may be ada maktab yang hantar jawatankuasa tertinggi je tp ada gak yang antar JPP baru. mgkin students yang lain kena gi koir merdeka atau pe PBS sama macam maktab aku ni gak.
ada setengah nampak kerek n poyo je, ada yang ramah telampau ramah pulak. siap jadikan aku orang tengah lagi sebab nak tackle budak maktab aku ni.... huhuhu...
siap sembang ngan aku kat tepi dewan waktu tengah majlis kira detik merdeka tu.. nasib baik lecturer wat biasa je.. budak dr ip Bainun. sengal btol. huhuhhu...

ada satu malam yang para JPP dapat makan dinner bersama timbalan menteri pelajaran malaysia, majlis buat dalam balai kerapatan dan di hadiri oleh semua pensyarah bersama setiausaha sulit beliau. hari tu, pn zamrah suruh kami layan meja vvip. ya ampun mengeletar jugak tangan aku nak cedok nasi kat dato' tu tp bangga pun ada gak. hehehehe.....
waktu malam sambutan detik kemerdekaan tu, semua budak batch aku yang wat persembahan. best! caya la kat korang. dan students JPP tu wat satu persembahan koir. diorang nyanyi lagu Warisan.. hmmm... famous btol lg ni...
keesokannya diorang gerak ke KL tengok perarakan. tp ada gak ya dah balik awal..

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...