Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Thursday, July 31, 2008

TIP MENAWAN HATI..

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

senior vs junior

dah lama jugak aku tak menjenguk kat blog aku ni.. sejak internet tak de kat bilik, so aku tak de masa nak post smthing kat dalam kelas.
pagi ni, aku terasa nak merapu sikit.hehehehe....
waktu aku jalan ke kelas, ada seseorang jalan depan aku.. dari cara dia jalan yg aku tengok dr belakang, rasa mesti dia ni cikgu KDP yang tengah ada kusus kat balai ilmu tu.. yela mgkin berumur dalam 20-an. tapi aku terkejut bla dia pusing blakang n panggil aku akak. laa... rupanya junior aku. confirm dia budak junior bla aku nmpak dia pakai tag kuning.
hmmm... nmpak matured budak ni, kalah aku. hehehe

bercakap passal ni, aku tengok macam dah jd suatu yg normal bla pempuan tinggi 'sahamnyai bla baru2 masuk n semakin menurun bla semakin senior. sebaliknya bagi lelaki, semakin senior makin besar la egonya. hehehe.. setuju??? yaa.. give me five! hehehe...

walaupun aku baru 1st time jadi senior dan bergelar plajar IPT ni, tp itula yang aku nmpak kat sini..
bdk2 pmpuan junior aku ni, semuanya nmpak matured dan bergaya. maybe itula yg senior ktaorang rasa waktu kami baru masuk dulu kan?? banyak gak budak batch aku yg saham tinggi waktu baru2 masuk. hehehe..
nak tau tak. walaupun minggu pengurusan belum habis tp dah ada bdk baru ni, kuar makan ngan senior. kira advance skit la dari kami. huhuhuhu..
kalo aku tengok senior laki plak. wah2... mane2 yg single tu makin bergaya nmpaknya...
kalo sebelum ni, gaya rambut tu nmpak kudus je, sekarang ni daah pandai wat fesyen rambut tegak2. kalo dulu asyik pakai tie yang same je, skrang dah macam warna n style plak. hadoyaii... biasa la tu kan.. hehehe..
ada budak kelas aku tu, siap angau lagi. slagi tak dapat nombor budak pmpuan tu, hari2 duk pakse kami bagi tau dia. setiap hari nak sebut dan kaitkan citer ngan dia...
ada seorang lagi ni, senior lelaki aku. setiap hari uk msj aku suh aku jd orang tengah n tolong dia dapatkn seorang budak pmpuan ni.. sikit2 mesti aku yg kena.. hmmm... nak kena btol la dia ni..
itu je la, yang aku bleh komen pasal ni..
jap lagi aku bagi tip untuk yang still single tu ek...

Friday, July 25, 2008

art is unniversal..

since you all know me as an art student kat maktab ni, aku bleh la dah bercakap sikit2 pasal art ni.. huhuhu melu la...
well, art ni smthing yang unniversal. everything in this world ada nilai estetikanya yang tersendiri..
art bukan sekadar lukisan atau catan sahaja.. itu hanya cabang daripada seni visual. padahal seni ni merangkumi pelbagai bidang.. menurut kepercayaan Hindu. ada 63 jenis art tau...
k la. malas nak cakap banyak2. takut salah fakta. yela pandaangan manusia yang berbeza-beza itu pun merupakan satu nilai estetik.
masing2 ada pandangan dan persepsi yg berbeza, that's why ada kawan aku yg cakap seni adalah ape yang kita rasa dan ape yang kita ekspresikan. dari situ baru la wujud apriesiasi..

ok la. kat sini aku postkan pasal sand art. ini satu seni yang kita tak boleh simpan tapi kita boleh hayati melalui visual kita...
aku tak la study pasal benda ni, tapi sekali aku pandang, aku jd jatuh hati..
waaaaa.. aku sangat kagum dengan bakat yg orang ni ada. bleh create dengan ape yang terlintas je.
memang la, seni ni orang cakap just do it by imagine it....
kalo bagi kat bebudak untuk jd ABM kta mengajar, sure students akan lbh tertarik. well, tak ramai yang minat art wktu skolah lbh2 lagi skolah menengah. huhuhu..
aku dulu camtu la.. minat sikit je.. hehehhehe....


video

yang ni, dia wat pasal anilam planet.. wah.. mnakjubkan..

video

aku ada banyak lagi video pasal ni. kalo nak meh ambik kat aku. heehehehe..

Thursday, July 24, 2008

dua tiga hari nie....

semenjak 2 menjak dalam minggu ni, aku slalu je pening kpala..
tak tau la knape.. nak kate eak cukup tdo. mgkin la kot. nak kata tenssion pun mgkn bleh jadi gak. tension pasal ape ek?? ntah la.. macam2.. hhuhuhu..
yela memang keje makin banyak tp tu la satu masalah aku ni, lmbatnya bla buat keje..
lagi satu masalah aku yang lagi parah, pntang bla orang tngok aku wat keje. semua jd tak kena. elok2 bleh fokus terus jadi gabra.. hmmm.. ntah ape2 ntah.


minggu ni, semua kawan2 aku sibuk duk buat puasa ganti. cian aku makan t/hari sorang2.huhuhu. bka diorang kuar berbuka, aku plak yang malas ikut. yela, biasanya makan malam ni aku tak ambik berat sangat. makan je apa yang ada.
minggu ni memang nampak relax je, tapi penat btol nak gi main ping pong. disebabkan dr Puma nak habiskan jam keadit cepat so minggu ni, kami banyak turun padang wat latihaan ping pong. smalam, ada latihan start pkul 2. balik je bilik, aku terus terlelap walau time tu hari dah petang. hehehe.. tak kisah la , asalkan dapat hilanhkn pening kpala aku ni..

malam td, aku cadang nak siapkan ABM and nak touch up projek aku sikit2 tp aku tak ingat yang aku kena g meeting untuk perjumpaan AJK blok ngan bebudak baru..
aku ni, nama je AJk tp stakat ni belum ada lagi yang aku sumbangkn.. nanti la bla aku dapat hidayah, InsyaAllah aku hiasla bilik TV yg dipertanggungjawabkan ke atas aku nih...
lepas balik meeting, aku n da geng wat discussion pasal presentation hari ni.. tp sayang rupanya, Pn Malathi tak de plak.. tak pe, bagus jgak. nleh la prepare lebih lagi.. hmmm.. ada ke patut Jaja letak aku jadi chairman. huhh... terketar jgk aku nih...
sabtu ni ada kelas ganti. ikut jadual hari isnin. ini lagi satu hal. nampaknya, kena lagi la kami minggu ni. mesti sabtu ni, kami bakal kena bebel ngan En Badarudin lg.. aduhhh.. pedih2.

dah lame aku ngan im tak wat 'refleksi'...

yela setiap ptang kami ada aktiviti. ditambah plak slalu berebut nak tengok ezora.
so, kurang waktu kat bilik.. hehehe..
actually best tau duk sambil sembang2 setiap ptg nih, bleh share ape yang patut.
ini gambar dari tingkap bilik aku. tapi time ni mendung la.. so, tak cantik sangat.
actually peace aje bla tengok pemandangan waktu senja nih...
sayup je tengok warna magenta tuh....

Tuesday, July 22, 2008

filem ayat-ayat cinta

aku diperkenalkan dengan citer ni bla aku baca novelnya.. walaupun citernya slow dan penuh falsafah tapi boleh tahan la bestnya. penuh ciri2 dan elemen keislaman. amat mengharukan...
lepas aku baca novelnya, aku jumpe plak lagu dia. nyanyian Rossa.. rasa sebak dgr lagu nih...
tup..tup... aku tau dah ada filem citer ni, waa.. mesti best. aku teringin sangat nak tengok.. mesti boleh wat orang nangis punya...
bagi insan2 jiwang tuh, tengok je citer ni mesti meleleh beb.....
hayati lah citer ni, dan selami nilai islam sebenar dalam citer ni..
ceh promote tuh...

ni aku postkan lirik lagunya.. juga untuk orang tersayang, ketahui lah bahawa diri ini tak sanggup untuk kehilangan diri mu.....



..:: AYAT-AYAT CINTA ::..


Desir pasir di padang tandus

segersang pemikiran hati..

sebening cinta diantara cinta yang rumit

bila kenyakinan ku datang

kasih bukan sekadar cinta

pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan


maafkan bila ku tak sempurna

cinta ini tak mungkin ku cegah

ayat-ayat cinta bercerita

cinta ku pada mu..

bila bahagia mulai menyentuh

seakan ku bisa hidup lebih lama..

namun..

harus ku tinggalkan cinta

tika ku bersujud....

citer ari ni..


hari kelas rasa enjoy je walau ada keje tak siap lagi. hehehee.. malam tadi rasa tdo dengan nyenyaknya sebab rasa letih sangat smalam. tak smpai pkul st pg, aku dak terlelap walaupn time tu roomate aku blom tdo lagi dan berdepan ngan delema. huhuhu.. pagi ni, en Rohaizad tak de, so just on line je la..
waktu Pn Rozihan kami blajar pasal math dalam excel.. best la gak walaupun confius....

ilah suruh download filem ayat-ayat cinta tapi tak dapat la... menci btol.. rasanya best citer tu..
hmmmm... smalam sape la ajak sy tengok wayang tu kan??? hehehe....
bla kat sini jadi tak berminat sangat nak kuat tengok wayang ni.. tak tau la knape. macam malas je nak bazirkan duit.. yela, sape la nak support kita kat sini. hehehe...
ari ni, tak de idea la nak post ape kat blog nih... tak pe la, nanti kalo rajin aku post kan smthing special untuk youall ek..
tengah syok, nak online, diorang cakap pn khaiziah nak ganti kelas. aduhhh.. lemah semangta dengar nama dia.huhuhu..

k. stakat ni dulu.... Daaaaaa....

Monday, July 21, 2008

projek lagi.......

hmmmm... pagi2 lagi aku dah merungut ni.. hadoyaiiii.. parah btol la.
pening2 kpala aku nak pikir untuk wat camne kagi pasal projek art aku ni.. pagi ni, encih Bad masuk and terus tanya pasal arca mobile yang dia dah bagi 3 minggu lepas. wargghh.. macam biasa la aku mesti tak siap. ilah bawak arca dia yang dah siap tu, tp encik Bad komen untuk perbaiki. aku plak, aku rasa ada idea n bleh jadi baik punya. cuma sekarang ni, aku tak tau camne nak menzahirkan imaginasi aku ni.. huhuhuu..

paham2 je la aku ni cepat give up. nanti tak pasal2 smua tu aku campaak dalam tong sampah.. geramnya... knape la aku cam ni ek.. huhuhuhu
dah tu, encik Bad dah suruh start untuk wat sketches projek baru plak. pasni kena wat 2 arca lagi. arca stable ngan arca asemblaj.. aduhai... itu belum ditambah ngan projek dari pak wan yang kena main ngan grafik n komputer tu..

pastu assigment2 untuk subjek2 lain lagi..
hmmmm... pening kpala ni... waaa siapa la nak tolong aku ni... huhuhu...

Wednesday, July 16, 2008

HEPI ANNIVERSARY..

Malam ni sempat la aku serve internet sekejap. Esok aku balik kampung.. arghh.. tak sabarnya nak jumpe orang tersayang,. Hehe.. nak 'buli' dia cukup2. hehehe..
Skrang aku tengah duk kat balai kerapatan untuk tengok budak2 junior wat persembahan, malam ni malam kebudayaan untuk minggu pengurusan pelajar baru..
Ntah ok atw tak persembahan diorang nih… tiba2 teringat time ktaorang wat persembahan mcm diorang ni dulu…….. hadoyaiiii… hehehe…
Hmmm… nak tau smthing tak pasal hari ni….

Sedar tak sedar, rupanya hari ni adalah hari anniversary yang pertama untuk budak2 'kapal selam' batch aku ni.. hehehe.. KPLSPM la.. hari ni, genapla setahun kami menjadi warga IPRM. Taun depan ntah mcm mane nasib kami nih…. Haa, ni nak citer sikit pasal satu mende waktu malam kebudayaan minggu orentasi kami dulu..
Nak tau tak, waktu unit kami wat satu persembahan yang dirasakan memalukan diri sendiri je.. memang la orang tengok biasa je, tp kami ni dah rasa tebalnya muka nih..
Malam tu, kononnya nak wat persembahan sajak n koir la, tp…….
Maklum la, baru je kenal. So ikut je la apa oarng buat. Waktu tu, nina ngan Lydia baca sajak. Dah tu yang lain2 ni, jadi tukang semak sambil wat suara soprono la konon. Rosak lagu Warisan nyanyian Sudirman tu… hahahha..
Kononnya berseni n harmoni la tuh… huhuhu..
Last2 apa yang jd, aduhh… malu tau.. nasib baik la time tu, kwn2 aku ni blom ada pandangan mata yg menawan hati, kira kureng sikit la malu tu. Kalo tidak, mesti jadi tinggalan sejarah yg tak boleh dilupakan.. yela siap kena gelak ngan senior tuhhh.. hua..hua.. padan muka korang…

Sekarang ni, dah setahun kami tinggal sebumbung kan?? Sebumbung ke?? Oh tidak…..
Macam2 dah berlaku.. tentu korang still ingat waktu kita wat sesi luahan perasaan yang berjam2 lamenya tu kan… aduhai… sape la yang menangis teresak2 tuh… hehehe….
Ape2 kita tetap seunit!!!
HIDUP PSV!!



HAPPY 1st ANNIVERSARY TO YOU ALL….

Tuesday, July 15, 2008

result MUeT

pagi ni x de assembly, so macam biasa aku g lewat sikit. siap makan dulu, jamuan yang bdk2 ni dapat untuk majlis pengurusan pelajar baru. blom sampai kelas lagi, tetiba ada orang cakap kelas wat dalam library....
sampai kat library, aku terus on laptop kesayangan aku ni... belom panas lagi aku duduk, bdak2 ni dah kecoh2.. rupanya result muet dah kuar.. bla dgr result diorang, aku jadi cuak sgt. resah dow.. huhuhu...
aku ngan ilah terus check guna SMS.. lame dah aku antar tapi dia x reply pun. lagi la menambahkan kegelisahan. huhuhu...
then, aku try skali guna hp suhaib sebab maybe dia x leh check guna hp celcom, so kena guna maxis..
tak sampai 5 minit ilah hantar msg tu, kami dah dapat result muet kami...
aduhhhh.. agak kecewa dengar result tu..
aku just dapat band archieved : 3
(sori syg band sy rendah je....)

ilah pun dapat band same cam aku gak. yela kami kan sentiasa je tersama.. hehehe.. serasi la..
memang kecewa la sikit dapat result tu kalo nak dibandingkan ngan sepul yang dapat band 5, jaja, nina, ijad dapat band 4. tapi aku pun tak leh nak salahkan sape2, aku tau aku memang lemah la waktu ujian speaking ari tuh.. aduhai bla aku nak lancar n yakin ckp bi depan orang ni...
dah tu aku tak wat prepare secukupnya.. wkt jwb essay pn ada smthing wrong gak.. hmmm... redo je la mende yang dah lepas... huhuhu..cedih :(

aku ngan ilah dah decided nak ambik skali lg cuma tak tau bla. tengok la waktu dah masuk tahun ijazah nanti..
muet ni kan penting, mana la tau kalo aku tergerak hati nak sambung wat master ke nanti.. hehehe.. kalo ada rezeki la..

wat orang2 yang aku sayangi, doa je la prestasi aku dalam english ni akan meningkat... amin. hehehe.. poyo kan..

k la, tahniah wat yang dah berjaya tuh... untuk yang kena ripid tu, sabar ek...
ALL DA BEST TO YOU... ;o)

Monday, July 14, 2008

pendaftaran junior baru...

Waaa... mulai hari ni, aku dah tak dikira junior la.. bleh la serah title tu. heheheh... dah tu korang tak yah dah berangan nak jadi anak emas...
pendaftaran hari ni biasa je.. tak la semeriah waktu unit kita dulu. hehehe... ala biasa la sebab unit yang baru ni ada sikit je.. tak macam kita dulu yang skali ngan KPLI tuh sampai satu tahap waktu ada gak seorang kwn aku ni panggil aku akak. ada ke patut.. hehehe..
tp bdk kali ni nmpak matured skit, kira tergugat la.. hehehe.. yeke??


unit PSV dapat jadi urus setia bahagian makanan. hai kenyang la sape yang duty sepanjang minggu ni... aku pun escape satu kelas ari ni, kononnya jadi penyambut tetamu la.. tapi x la bertugas sangat. tp bertugas tau. hehehe..
last2 dpat tau pn Azibah bg keje banyak. hmmm... struggle la malam ni ek.. penat sungguh wat ABM ni..

petang waktu Pak Wan plak, tetiba je, dia nak wat mesyuarat tergempar pasal pameran. mana la aku tau nak wat mesyuarat hari ni.. nasib baik aku ready nak wat presantation untuk pmbntangan bajet... adusssss... sakit kepala aku nak pikir pasal duit korang ni tau... susahnya jadi bendahari ni.. masalah aku sendiri pun belum settle... ini la dugaan..
tp kalo slalu mcm ni, boleh kena migrain aku tau... korang tak kesian ke kat aku.. huhuhu..

eh k la, jam dah dekat pkul 5 ni, aku kena cau dulu sebab ada gerko la ptg ni... ini pun satu hal. aku jugak kena wat presentation pasal ping pong... hehehe.. dah tu, paham2 je la ngan dr Puma tuh, mesti nak punctual n cukup 2 jam br habis.. hmm, mesti tak sempat nak tengok citer Ezora. heheheh.. redo je la..

k. see u again...
SELAMAT DATANG JUNIOR BARU.........

Friday, July 11, 2008

makna Hadiah...

korang mesti penah dapat hadiah dari orang tersayang atau sesiapa la.. korang penah ambik tau tak ape maksudnya??? haa... so, kat sini aku postkan smthing untuk korang.... hehehe.....

JAM TANGAN………Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
CINCIN………….Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG………….Tanda mesra
RANTAI LEHER …….Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG………….Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT…………..Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN…….Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG………….Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI…….Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR…..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU……………Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA……………Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ……..Semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN ………Mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN………Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat..



haa... mesti korang ni dah tersenyum sorang2 ek.. weh, cover sikit weh!! hehehe..

Thursday, July 10, 2008

roomate ku yang 'macho'

Dah lame aku berblog, tapi aku tak kenalkan lagi roomate ku yang macho ni, werk... macho ke??? tak pe la, dah dia perasan camtu. haa,,, roomate aku kat maktab ni pempuan la... mesti x caye kalo aku cakap dia macho. hehehee...


ku kenalkan dirinya ek..


Namanya Nor syamimi Bt Samsudin. dengar nama nampak cam feminin je kan? tapi dia tak suka org panggil dia mimi. dia suka org pangil dia IM.. warghh... cam ganas je. memang pun.. hhuhuhu..


tapi dia ni sebenarnya cun... jangan tergoda k.. hehehe..


Dia ni orang Qlate. tp lahir kat pahang. menat giler ngan muzik n tangan dia memang tangan seni la... nak tau lebih lanjut lagi pasal budak yang sorang ni, pg la tanyaa sendiri ek, tak kuasa nak citer panjang2.hehehe...



nak tau kisah aku ngan dia ni tak?? bukan kisah cinta la...


well, semua orang tau yang aku ni memang susah sikit nak share problem atau ape2 la ngan orang lain. berat sangat nak start.... hehehee...

tapi ngan budak ni, aku jadi lebih open walaupun kadang2 aku bengang giler ngan dia ni. nak aje aku sekeh2 dia ni... hehehe...

biasanya kami akan wat "refleksi" (ini bahasa roomate la).. kami akan duk sembang sambil minum petang sampai dah masuk maghrib. itu pun kalo x de aktiviti la.hehe...

ntah camne, kadang2 aku bleh share n open ngan dia... Oooo.. dia pakai ilmu ape ntah. hehehe..
mgkin aku rasa yakin ngan dia n aku bleh terima pendapat dia.. yela, dah nama pun roomate. kira bagus la, dia tak kisah ngan aku.. bla kadang2 dia tengok aku nangis tiba2 tu, dia paham la aku tengah tension. huhuhuhu... caya la ko im..
hadoyaiiiii.... hehehe....
tiap kali ada masa free je, mesti nak 'mentelaah' ( ni pu bhsa roomate gak) pastu main games.. ini pun aku dah terikut. yelaa.. mane tahan we. heheh... walaupun kami gini, tp keje jalan la.. siap dia dilantik jd pengerusi persatuan Bahasa Melayu lagi. hua hua...


k la cukup dulu, stakat ni dulu. mane bleh citer lebih2. hak cipta terpelihara la...
see u again..

Tuesday, July 8, 2008

iklan.......................

memandangkan ari ni, aku tak de mood la nak wat blog panjang2 ni, so time kta tengah tunggu En Badarudin masuk ni, aku nak iklan sikit....




hehehe.....



layari lah blog KAMI..



terokailah dunia KAMI yang huru-hara ni, hehehe...

kat sini la, bebudak seni ni berekspresi.... hehehe....

poyo la korang...

Monday, July 7, 2008

WHY I WILL NEVER VISIT A VERY RICH MAN

Dah alang-alang korang singgah kat blog aku ni, so aku hidangkan you all ngan something exciting to read... just have fun..... hehehehe.... semoga hari ini, sentiasa ceria dan bahagia buat you all..


Once while visiting a very rich friend, the maid approached me and…..

Question : “What would you like to have…? Fruit juice, Soda,Tea, Chocolate, Capuccino, Frapuccino, or Coffee?”
Answer : ” Tea please”
Question : ” Ceylon tea, Indian tea, Herbal tea, Bush tea, Honeybush tea, iced tea or green tea?”
Answer : ” Ceylon tea”
Question : “How would you like it? Black or white?
Answer : “white”
Question : “Milk, or fresh cream?
Answer : “With milk”
Question : “Goat’s milk, or cow’s milk”
Answer : “With cow’s milk please.
Question : “Freezeland cow or Afrikaner cow?”
Answer : “Um, I’ll just take it black.”
Question : “Would you like it with sweetener, sugar or honey?”
Answer : “With sugar”
Question : “Beet sugar or cane sugar?”
Answer : “Cane sugar”
Question : “White, brown or yellow sugar?”
Answer : “Forget about the tea, just give me a glass of water instead.”
Question : “Mineral water, tap water or distilled water?”
Answer : “Mineral water”
Question : “Flavored or non-flavored?”
Answer : “I think I’ll just die of thirst”

Thank you!

Friday, July 4, 2008

Kem perpaduan muhibbah, Port Dikson.

Hari tu aku dah janji nak citer sikit pasal kem yang ktaorang g ari tu...Nak dijadikan citer pasal kem yang ktarang dah pg kat Port Dikson hari tu..
Kem ni di namakan Program Perpaduan Muhibbah Pautan Kasih. Mulanya kami ni, digembar-gemburkan dengan berita kononnya, kami kena g kem ibadah macam sem satu ari tu. Ramai yang tak pegi sebab masing2 dah ada plan sendiri.. tapi bila dah kata diwajibkan, kena la relakan hati… hehehe…cian kat korang kan…







aku n the geng baru sampai...







Tarikh kami pergi ari tu, 27 hingga 29 jun 2008 bertempat di Golden Straits Villas Beach Resort, Port Dikson. Kami dipahamkan aka nada bebudak nursing dari kolej jururawat join skali. Kami gerak dengan dua buah bas dari IPRM.
Sampai kat sana, rupanya cuma kami dan JKKKP dari jelebu sahaja yang terlibat sebagai peserta program.

Boleh la tahan tempat ni, berdepan dengan pantai. Aktiviti sepanjang program ni pun tak la padat sangat. So, bebudak ni ada masa nak wat aktiviti sendiri.kami dapat satu apartment yang menempatkan kami satu unit. Apa lagi kecoh la dibuatnya.. Hehehe….

time makan...........

Masuk second day, Jaja n Nina sampai. Diorang datang sendiri je sebab diorang ni baru balik dari jadi urussetia KAGUM selama seminggu. Kiranya diorang datang PD ni, just nak bersantai n bercuti la konon.. hehehe…

Dari segi pengisian program ni, ia lebih kepada mengenali siapa pemilik kehidupan, bagaimana mengamalkan islam sebagai cara hidup, cara membina jati diri sebagai insan merdeka, dan aktiviti mengeratkan kasih sayang sesama ahli dalam komuniti. Banyak aktiviti yang mengajar kita supaya lebih bersyukur dengan apa yang kita ada dan berusaha memperbaiki kelemahan diri untuk hidup yang lebih baik di masa akan datang. Eratkan ikatan kasih sayang kita dengan orang yang banyak menaruh harapan pada kita, khususnya ibu kita.


aktiviti........

Apa yang best bagi kami adalah, kami tak payah keluarkan duit untuk belanja makan selama 3 hari. Hehehe.. boleh la save sikit… apa lagi time macam ni la nak makan puas-puas…

Kami gerak balik ke maktab lepas zohor. Itupun, ada lagi yang terjun laut n swimming pool sebelum bas sampai.. lepas gian ek, korang ni?? Aku tak bersubahat k… waktu ktaorang sampai maktab, hujan tengah turun dengan lebatnya..
Habis basah lencun beg kami…


Itu je la sejenak kisah kami ke Port Dikson..






Thursday, July 3, 2008

Hati Ini....

Setiap orang ada perasaan rindu dan rasa ingin disayangi oleh orang yang kita sayangi..

lepas bercakap pasal rindu dan cinta ni, tetiba terasa nak post smthing buat insan tersayang..
I think he is a very gud man for me. he is a caring person. Walaupun, tak semua pasal dia aku pahami dan bukan semua pasal aku dia ketahui. I don't want to lost him. I LOVE HIM....






Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan
dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta......






tiada manusia yang dilahirkan sempurna di dunia ni, that's we need each other to complete it.
macam "hati" dalam gambar ni pun ada pasangan tau..
cuma apa yang kita perlukan adalah sedia memberi dan menerima..
bila kita dah menemui apa yang telah ditakdirkan untuk kita, terimalah dia seadanya..
ingat, kita juga tak sempurna...
dan bila berjauhan, pasti ada rindu yang bertandang. mungkin itulah maknanya rindu.....




...:: Bila Tanpa Mu ::....

yang beralun bagai irama
mengiringi kerinduanku bagai senikataku
bercanda sendirian dengan kerlipan bintang berbisik sayu di angin lalu
terusiklah hatiku saat berjauhan darimu…

sinar purnama yang melimpah indah tidak seindah budiku…
harumnya bunga yang sedang mekar tidak seharum dan semekar kasihmu…
mahalnya sebutir permata yang berkilau
tidak semahal pengorbananmu
segalanya begitu berharga
kerana kau membuat diriku merasa dihargai…

bila tanpamu…
semakin kusedari
kaulah yang istimewa untukku
kerana membuatku merasa istimewa…




RINDU DAN CINTA....

Setelah beberapa hari saya tak sign in ke halaman blog saya ni kerana masalah wayerless, rasa rindu sangat untuk menghantar post yang baru. rindu nak baca blog kawan2 n blog2 yang selalu saya kunjungi.

HMmmm.. bercakap pasal rindu ni, apa pendapat you all?? bagi korang apa makna rindu???
biasanya pada siapa kita akan rindu??
benarkah rindu itu indah atau sekadar mainan bibir?? masing2 ada persepsi yang berbeza.
dalam kehidupan ini..rindu itu terlalu sakit..bagai jasad yg terbaring kaku..bernafas dalam lesu....tiada siapa yg mengerti apa itu rindu.
ehh.. jiwangnya.... hehehehe..

k la, biasanya bila bercakap pasal rindu ni, kita akan kaitkan rindu dengan cinta.. betulkan??
EEeeeiii... semua orang suka bila cakap pasal ni. hehehe...

kat sini, aku sertakan apa yang aku paham pasal cinta dan apa yang aku dapat tentang pengertian cinta ni...Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.




Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. - Hamka

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.(Dale Carnagie)

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.




mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...