Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Wednesday, October 28, 2009

ulangtahun pertama Perkahwinanku

semalam 27 oktober 2009, genap la setahun usia perkahwinan kami. dah dah setahun la aku menjadi isteri. terasa cepat masa berlalu..
kebetulan, seremban ada cuti khas sampai hari isnin, boleh la aku luangkan lebih masa sedikit dirumah.
mungkin kerana ulangtahun yang pertama, aku dan suami excited nak menyambutnya. kami dah sepakat nak sambut di tempat yang kamu selalu keluar gi dating dulu.. Teluk Senangin, Lumut. hehehe...
aku pulak, memang dh merancang nak buat sedikiy kejutan untuk suami tersayang. cuma tak tau menjadi atau tidak.
namun semuanya terpaksa kami awalkan kerana kesibukkan dan ueusan msing2. aku terpaksa balik ke seremban sebelum 27 okt kerana akan menghadiri BIG sementata my Hubby plak kena pergi kursus Bahasa Inggeris di taiping pada hari yang sama.

sebagai tanda kasihku, aku hadiahkan suamiku sepasang tali leher yang baru. kerana aku tahu yang my hubby tu tak de koleksi tali leher yang banyak. lagi satu, dia cuma akan pakai mana yang dia rasa paling suka dan paling selesa.

sepasang tali leher buat suami. pasal beli kat ne dan berapa harga, jangan la di tanya ek.. yang penting ikhlas.. hehe...

waktu aku bagi kat my hubby, dia tekejut sikit dan tak habis2 ucap terima kasih. katanya, "sori coz abang tak de suprise utk ayang"... alaa.. aku tak kisah pun.. tak pe laa.. bukan hadiah yang menjadi ukuran. hehehe..

keesokkan harinya, kami sepakat nak makan tengahhari di luar. jimat. tak yah aku masak. hehe... kami sampai di teluk senangin selepas zohor. ermmm dah lama kami tak sampai ke situ rasanya sepanjang perkahwinan kami, memang kami tak pernah ke situ. dah banyak perubahan tempat tu..

haaa... ini la kejutan dari my hubby, rupanya my hubby dah beli kek sempena ulang tahun kami ni.. ni yang sayang lebih kat my hubby ni. hehhe..

happy wedding annivessary to idris and intan....


lepas makan kek, kami jalan2 dan sembang2..



bila hari dah agak petang, kamu decided nak gi makan. aku teringin sangat nak makan ABC special lat Lumut Waterfront.. memang best..
so hari tuh, kami makan ABC, laicikang, nasi goreng dan char kue tiaw...
lepas makan, jalan2 kat lumut waterfront. then baru balik sebab hari dah nak maghrib.. kami terpaksa balik awal sebab banyak lagi yang perlu disettlekan memandangkan aku akan balik ke seremban keesokkan harinya.






malam tu, aku ironkan baju suamiku untuk dia menghadiri kursus. kejutanku tak habis lagi untuk dia..hehehe..
lepas baju siap di gosok, aku selitkan nota2 kecik dalam poket baju dan seluarnya..
kemudian baju itu aku lipat dan masukkan dalam beg..


bila hari dah siang, dah masa kau berangkat balik ke seremban. suamiku ambil cuti sebab nak hantar aku ke stesen bas.
aku sampai agak lewat di stesen bas. nasib baik tak tertinggal. waktu berpisah ngan suami aku dah merasa sangat rindu. hatiku berdebar-debar. padahal tak sampai lagi satu jam.. rupanya diapun sama.

petang tu, suamiku selamat sampai di Hotel Sri Malaysia, Taiping untuk berkursus selama 2 hari. dan sesi pertamanya bermula pada waktu malam..
malamnya, suami aku terus call aku lepas sesi ceramah dia selesai. dia tekejut sangat bila jumpa kertas dalam poket seluar dan bajunya.. lepas habis call dia mesej plak,
" abg amat tekejut bila jumpa msj2 ni, ingtkan tertinggal kertas dalam seluar. anyway thanks syg.. i appreciate it.... "
waa bahagianya rasa dapat mesej macamtu.. penghargaan dari suami pun dah aku anggap sebagai hadiah..

macam tu la kenangan hari ulangtahun perkahwinanku yang pertama.
aku teringat yg suami aku ada tanya, apa yang boleh aku buat sebagai refleksi kepada setahun perkahwinan kami..
tak banyak boleh aku jawab padanya, tapi mungkin coretan ni, aku tujukan buatnya.. terlalu awal untuk kita menilai utuhnya kasih dan sayang kita, tapi saya bersyukur kerana selama perkenalan kita dari sekolah ke alam pertunangan dan hingga kini, belum pernah kita bermasam muka. saya harap ianya kekal begitu, semoga kita saling memberi dan menerima..
mungkin pasangan lain dah menimang cahaya mata dalam tempoh ini, tapi kita perlu tunggu sedikit masa lagi. besar pengorbanan yang telah abang buat untuk saya.. thanks for everything you have done for me.. semoga ALLAH akan terus merahmati kita dan mengekalkan kita dalam keadaan saling memerlukan dan membantu.... maafkan lah saya andai ada cacat cela dari urus atur saya dari segi makan, pakai hingga la ke bilik tidur..

may ALLAH bless us... amin...

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...