Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Sunday, November 21, 2010

Aku ?? -----> INTELORANSI LAKTOSA ?????


pasti sedap apabila menikmati secawan teh tarik ketika minum petang atau menyedut minuman sejuk teh ais tatkala menikmati makan malam atau tengahhari...
ermmmm mesti sedapkan...
bukan setakat teh tarik atau teh ais, kebiasaanya kita selalu memesan minuman berunsur susu seperti milo, nescaffe susu, kopi susu, horlick, bandung, dan macam2 lagi minuman berunsur susu di kedai.. kemudian sebeluk tidur ada yang menjadikan amalan minum susu sebelum tidur..
ermmm.. pasti nikmat agaknya menikmati susu pada bila-bila masa kita mengkenhendakinya..

tapi.....
tidak bagi aku...
tak tahu la kenapa setiap kali aku menikmati minuman atau apa sahaja yang berunsurkan susu seperti creamer, biskut keju, cheese cake atau apa sahaja yang melibatkan produk tenusu, perut aku sering sahaja seolah tidak dapat menerimanya.. biasanya aku terpaksa menahan sakit perut atau mual selama setengah jam sebelum keadaan perut aku kembali normal.
sebab itu lah, aku amat mengelakkan memesan minuman bersusu bila keluar makan..
arrghh... kadang2 bosan jugak ngan minuman yang sama setiap hari..
tapi bila hati dah teringin sangat nak minum, aku belasah jer.. kononnya nak melatih perut untuk menerima susu. lepas tu, terpaksa la aku menahan sakit perut atau mungkin akan terasa seperti angin tak lepas dalam badan....
leceh sangat.. huuhhuhu..

padahal masa aku kecik dulu, setiap hari aku mesti minum soya.. kalau mak ajak pergi pasar sehari.. cukup sudah kalau belikan aku air soya.. waktu mak menandungkan aku pun mak mmg suka minum air soya.. sebab tu ramai yang cakap aku berkulit cerah sebab suka minum air soya..
(hehehe... kulit cerah erk.. bajet putih la tuh..) haha

ermmm itu dulu laa... sekarang ni cari nahas la aku kalau minum soya banyak2.. aku pun pelik kenapa ini terjadi pada aku..
dalam keinginan yang teramat sangat dalam hati aku nak tahu apa sebenarnya yang aku hadapi sehingga tak tahan dengan produk tenusu ni, aku terjumpa dengan satu perkataan iaitu
Inteloransi Laktosa..
iaitu satu masalh dalaman yang menyebabkan perut tidak dapat mencerna laktosa atau susu paling ringkasuntuk disimpan dalam hati.

kat sini aku share sikit maklumat pasal masalah ni..

Intoleransi terhadap Laktosa (Lactose Intolerance, LI). LI adalah kondisi di mana seseorang tidak mampu mencerna laktosa, yaitu bentuk gula yang berasal dari susu. Ketidakmampuan ini bisa disebabkan oleh kurangnya atau tidak mampunya tubuh memproduksi LAKTASE, yaitu salah satu enzim pencernaan yang diproduksi oleh sel-sel di usus kecil yang bertugas memecah gula susu menjadi bentuk yang lebih mudah untuk diserap ke dalam tubuh. Kondisi ini disebut juga Defisiensi Laktase (Lactase Deficiency).
Dalam kondisi normal, ketika laktosa mencapai system pencernaan, enzim lactase akan segera bekerja memecah laktosa menjadi glukosa dan galaktosa. Galaktosa sendiri oleh hati akan diubah menjadi glukosa, thus meningkatkan kadar gula dalam darah. Oleh karena itu, tidak meningkatnya kadar gula darah setelah minum susu bisa dianggap sebagai diagnosa adanya intoleransi laktosa.

Gejala Intoleransi Laktosa

Laktosa yang tidak tercerna akan menumpuk di usus besar dan terfermentasi, menyebabkan gangguan pada usus seperti nyeri perut, keram, kembung dan bergas, serta diare, sekitar setengah jam sampai dua jam setelah mengkonsumsi produk laktosa. Gejala-gejala ini kadang-kadang disalahartikan sebagai gangguan saluran pencernaan. Tingkat keparahan gejala-gejala tersebut bergantung pada seberapa banyak laktosa yang dapat ditoleransi oleh masing-masing tubuh. Gejala-gejala ini mirip dengan reaksi alergi susu, namun pada kasus alergi, gejala-gejala ini timbul lebih cepat, kadangkala hanya dalam hitungan menit.

Jika seseorang yang menderita defisiensi lactase tidak menghindari produk-produk yang mengandung laktosa, lama kelamaan orang tersebut dapat kehilangan berat badan dan menderita malnutrisi.


UUhhuu... agak sedih di situ... patut la badan aku kurus and kurang kalsium.. huhu (ada kaitan ke erk?) hahah..
susah la aku nak minum susu ANMUM bila mengandung... cian baby aku nanti..
susah la aku nak minum susu ANLENE bila aku tua nanti.. tak kan nak biar tulang bongkok?? alaa tak cun la.. hahaha.....

ermmm.... apa2 pun sekarang aku kena pandai pilih produk apa yang aku nak makan. then kena banyak gantikan dengan makanan yang kurang mengandungi laktosa tapi mempunyai khasiat yang sama contonya, tempe.. ( ermmm I LIKE..), sayuran (boleh laa), ikan (Ouhh ikan kah?? uhuhuu) dan produk kaya kalsium yang lain..

kesimpulannya.. makan la selagi boleh.. hehe.. dan jaga lah kesihatan diri sebelum terlambat..


Saturday, November 20, 2010

Aidil Adha 2010

bunga kemboja kembang pagi,
harum mewangi kuning warna,
sinar aidiladha menjelma lagi,
miskin dirai, korban dilaksana..

memasang lukah dihujung tanjung,
menahan pukat tepian telaga,
Tanah Mekah diidam kunjung,
mencari berkat mendamba redha..

SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA....

tahun ni aidiladha aku sambut sederhana.. takpe janji beraya jugak. hehe..
lepas exam tamat, maktab terus sunyi.. aku pun tak nak ketinggalan. malam tu jugak aku bla balik kampung.. arahan untuk hadir ke maktab pada 2 hari selepas aidiladha, aku pandang sebelah mata jer.. orang lain pun aku kira macam tu jugak. saper la yang sanggup hadir semula ke maktab selepas tiba di kampung halaman semata-mata unyuk memenuhi kehadiran yang cuma dua hari sebelum bercuti panjang..
ada kawan aku cakap, walaupun rumah dia kat belakang maktab jer pun, belum tentu dia akan
datang.....
jadi kami yang jauh ni, lagi laaa... hahaahha

incik asben aku cuma cuti 2 hari iaitu sebelum dan ketika hari raya.. then 2 hari lagi tuh, sekolah buat majlis korban dan kesyukuran serta doa selamat untuk pelajar2 yang bakal menduduki SPM. maka tak kemana-mana lah kami melainkan duk rumah dan ke rumah mak n rumah nenek aku. itu pun cuma jarak 5 minit jer dari rumah.

tema baju kami tahun ni, warna HITAM PUTIH..
Ermmm sekali pandang cantik dan bergaya jugak erk.. patut la ramai yang suka pilih warna tema hitam dan putih.... hehehehe...



menu hari raya.. laki aku teringin sangat nak rasa sup tulang yang aku buat. sebelum hari raya, dia beli 2 kg tulang lembu sampai hbs dekat RM40.. aku buat sup tulang dan dilawankan dengan mee kuning untuk hidangan pagi raya..
hmm... betapa nak sangat laki aku makan sup tulang.. rasanya hari raya nih puas laa dia makan sup tulang, mak aku, mak mertua, kakak ipar sampai la ke jamuan sekolah semuanya hidang sup tulang.. hhmmm.. jenuh nak makan..



akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT BULAN HAJI DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH QORBAN....
MAAF DIPINTA ANDAI ADA YANG KURANG BERKENAN DI HATI...
semoga pengorbanan yang kita lakukan benar dari segi pengertiannya dan mendapat restu dan limpah rahmat yang maha ESA...

my family... semua ada kecuali seorang adik lelaki aku...


SALAM AIDILADHA SEMUA!!!!

Wednesday, November 3, 2010

liguistikku....


salam..

dah lama sangat aku tinggalkan blog ni.. banyak cerita nak kongsi sebenarnya tapi masa agak kurang mengizinkan.
semester ni, dengan jadual dan takwim yang padat ditambah pulak dengan pengajaran mikri yang sangat banyak untuk dikendalikan. lepas tu, dengan projek seni lagi...

oh ya.. saya lupa nak cerita pasal projek seni saya semest
er ni kan.. ermmm.. di entry yang lain yer..

hari ni rasa macam nak share tentang kebolehan liguistik yang saya ada ni.... hahahah.. cewahhh....
bukan la mahir atau advance sangat cuma rasanya memang amat bertepatan dengan jiwa saya...
yer laa... dari dulu lagi saya impikan nak jadi seorang penulis... masih belom tercapai.. masih dalah keadaan merangkak dan sedikit demi sedikit ke arah itu...
masa juga yang menjadi penghalang di sini..

ermm.. berbalik pada cerita tadi..
pada 12 hingga 14 oktober yang lalu, sempena memartabatkan Bulan Bahasa kebangsaan, aku sekali lagi terpilih untul mewakili maktab dalam pertandingan pantun zon tengah dan zon selatan 2010 anjuran bersama IPG kampus Bahasa Melayu dengan IPG Kementerian Pelajaran Malaysia yang berlangsung IPG KBM tersebut.

cuma nasib kami tak baik.. kami kalah pada pusingan pertama pertandingan kalah mati itu dengan pasukan dari IP temenggung ibrahim..
satu pengalaman yang baru, aku merasa memakai pakaian tradisi adat minangkabau yang melambang negeri kami iaitu Negeri Sembilan.


sempena bulan bahasa kebangsaan itu juga, maktab kami telah menjalankan pertandingan mencipta sajak yang dianjurkan oleh persatuan bahasa melayu.
aku yang telah diamanatkan untuk menjadi wakil kelas ni, terpaksa mencipta sajak pasal bahasa tu satu jam sebelum aku gerak meninggalkan maktab untuk pertandingan pantun tersebut.
banyangkan lah dalam keadaan yang tergesa-gesa, aku cuba jugak untuk menyusun idea dan ilham yang terlintas di kepada saat tuh. aku amanatkan kawan aku untuk hantar kepada urussetia memandangkan memang tak sempat untuk menghantarnya sendiri.
pada minggu hadapannya, selepas kembali dari pertandingan pantun di kuala lumpur dan sempat pulang ke kampung menjenguk suami n family, aku dapat tahu, sajak aku tuh pun tak sempat juga dihantar ke pihak urus setia... aduhh.. lalu aku hantar sendiri. hahaha.. kiranya aku la orang yang paling akhir menghantar karya selepas tamat tarik tutup.

beberapa hari kemudian, bulan bahasa pun sampai ke penghujungnya.. aku mendapat panggilan telefon mengatakan yang aku diminta mendeklamasikan sajak aku tuh sempena majlis penutup bulan bahasa kerana telah terpilih menjadi johan.
wahhh... macam satu keajaiban aku rasa.. sajak yang aku karang dalam keadaan tergesa-gesa dan dihantar selepas melewati tarikh tamat tu akhirnya terpilih menjadi juara.
apapun alhamdulillah.. syukur...

sekurang-kurangnya.. ini lah langkah demi langkah yang aku gilap untuk menjadi seorang penulis...
isyaALLAH satu hari nanti aku akan jadi seorang penulis...

kat sini aku sertakan secebis nukilan yang telah curahkan.....

EPILOGI TEROMBA MELAYU

Aku lahir dari jiwa seorang penutur

Berpindah dari mulut ke mulut

Dari rumpun ke rumpun

Belayar bersama bahtera liguistik

Menongkah arus masa menuju santun di Nusantara

Meninggalkan jauh Melanisia, Polinesia dan Austronesia

Yang selama ini menjadi kerabat

Mengharung selat dan pantai

Mencipta identiti sebuah bangsa

Mencambah serumpun manusia di panggil Melayu.

Aku lah bahasa mu.....

Aku terus meluncur laju dari bibir ke bibir

Menjadi agen penghubung

Menjadi tongkat berdiri sebuah kegemilangan lampau

Menjadi kunci pelepasan sangkar hegamoni

Mengangkat sebuah daulat

Menjulang sebuah darjat

Menjadi teras maruah bangsaku

Membentuk gagasan nan unggul

Ungkapan “ sayangi bahasa ibunda’’ terus berkumandang....

Argghhhh... aku bangga sekali.

Namun, masa pantas berlalu

Perjalananku kian perlahan

Neokolonialisme menerjah gelombang globalisasi..

Bahtera ku naiki di perairan pertiwi,

Karam tiba-tiba dilanggar kapal Vernakular Eropah

Kononnya dia pengerak adidunia...

Aku kelemasan, tangan-tangan mula menuding jari

Katanya aku semakin ketinggalan

Mereka sering bertelagah mencipta istilah

Dan aku tidak mampu membantu

untuk mereka berdiri sama tinggu dengan taksonomi barat

Kelompok puris-konsevatif dan kalangan liberal tidak lagi serasi

Golongan kolonis dan nasionalis tidak lagi sebulu

Pertembungan terjadi antara frasi

Penggila fonetik, penganut morfologi....

Semuanya kecundang..

Anglofilik berdiri mendabik dada bangga

Akhirnya aku mati dalam keranda ilmiahku

Kematian yang tidak diratapi

Bahkan, wacana apresiasi juga dilarang

Minda ini bertambah sedih dan sayu

Alam cerah dulu bagaikan kelabu

Sinarnya semakin suram dan pudar

Bangsaku telah leka.. khayal dan ghairah di pesta globalisasi.

Bangunlah anak bangsaku,

Sirami semula pertiwimu..

Jangan kau kotori fiksasi mindamu

Mari kita belayar lagi di perairan keagungan melayu

Sedar lah bangsaku...

Kerana aku ini semantikmu...

Aku lah Bahasa mu...

Layak kau julang dan tunduk taat..

Kembalikan karma yang dulu

Laksana gemilangnya Kota Melaka..

Kerana aku lah Bahasa mu...........



Dicipta oleh:


INTAN SURIANA BINTI MOHIDIN

890521-08-5888

PISMP PSV SEMESTER 4 ( AMBILAN JANUARI 2009)



Tuesday, September 28, 2010

sendraloka semalam...


23 september yang lepas adalah hari jadi mak aku yang ke -45..
tak sangka.. memang cepat masa berlalu.. mak aku dah 45 rupanya..
tak sangka plak sama tarikh ngan mak kawan aku.. - mak Mira-
aku tak dapat nak belikan hadiah.. almaklum kewangan tak berapa stabil lepas raya ni..
25hb lepas , aku balik umah sebab nak buat rakaman untuk assignment teknologi dalam pendidikan aku.
wahhh... terima kasih, mak banyak membantu.. pagi tuh, bila aku sampai rumah mak dan incik asben aku dah menghilang ke sekolah melatih skuad olahraganya, mak bercerita panjang pasal apa yang dah berlaku dalam masa seminggu selepas raya ni.. hmmm.......

seharian kat umah mak, siapkan rakaman video aku.. habis semua aku paksa jadi pelakon termasuk abah, mak dan adik aku sebagai watak utama. haha..

menjelang petang, bila aku dah nak balik.. mak ngan abah tetap nak bagi aku duit belanja.. walaupun sekadar nilai duit kopi katanya tapi ia tetap membuat aku tersentap.
cam ne nak cakap ek, bila mak atau abah nak bagi 'ang pau', aku mesti pandang muka laki aku dulu...
bila aku suarakan pasal kamera aku yang hilang, mak ngan abah plak yang gabra lebih dari aku.. siap nak buat doa supaya orang tuh pulangkan kat aku.. bila aku cakap pasal laptop aku yang aku nak baiki dan mungkin cecah harga yang agak tinggi.. mak turun risau.. mak cakap, nanti abah kumpul duit nak tolong aku...... masya ALLAH......
mak... abah... sejujurnya masa dah berubah.. yaaa..mungkin nakalku tetap sama. degilku, masih degil yang dulu... :) tapi saya bukan intan yang dulu lagi..
dulu, syurgaku dibawah tapak kaki ibu.. sekarang dah berubah ke tapak kaki suami..
sekarang saya dah ada suami.. saya dah jadi tanggungjawab dia.... tak pe.. mak ngan abah dah tak payah risau lagi.. bila situasi cam ni berlaku, ia terus menghimpit aku ke dalam rasa bersalah yang berpanjangan.. mak selalu cakap, kita orang susah.. belajar la cara hidup susah.. ermm btol... keadaan tuh la yang mendidik hatiku menjadi matang dan sedewasa ini..
bila aku citer kat incik asben aku pasal aku pernah ikot abah kerja sawit, dia mesti tak percaya..
tapi itu la hakikatnya.. aku dah lama belajar erti berdikari...
semua adik beradik aku terdidik dengan cara itu....

bercakap pasal adik beradik, baru tadi aku dapat tau, adik lelaki aku jatuh motor n kena bawak ke hospital.. tapi alhamdulillah, tak de pape cuma sekadar luka-luka....
risau jugak aku sebab dia nak ambik PMR tak lama lagi..
bila kenangkan dia, aku mula sebak.. dulu dengan dia lah aku suka main gaduh2.. tendang, sepak terajang tuh biasa laa.. main pukul n hempap pun biasa jugak.. hahaha....
aku perasan dia agak lemah dalam pelajaran dia.. dia selalu mengungkit kenapa dia tak masuk Tabika Kemas waktu dia umur 6 tahun macam kami yang lain.. sampai ke sekolah menengah dia mengungkit. dialah harapan abah selepas aku.. dia lah yang tolong abah kat kebun selepas aku resign buat kerja tu semua..
aku tau, dekat sekolah dia selalu tak siap keje. berkawan ngan budak nakal. selalu kena tangkap ngan laki aku(cikgu disiplin) sebab ponteng kelas..
tapi aku tau, dia tak macam tuh.. cuma salah terpilih kawan.. aku masih anggap dia anak yang baik walaupun dia selalu balik lewat petang sebab gi kerja angkut sawit orang.. aku tau dia nak merasa pegang duit sendiri.. bila ada nak beli sesuatu, tak payah mintak duit kat abah... yeeee... sikap yang tu sama ngan sikap aku..
cuma satu jer aku risau pasal dia, bila dia selalu abaikan pelajaran dan kerja sekolah.. aku selalu marah dia.. tapi aku tau dia tak suka...
aku harap dia boleh berubah.. aku harap dia akan sedar kepentingan belajar ni.. semoga dapat buat yang terbaik dalam PMR tak lama lagi ni..
insya ALLAH..

GGrrrr.......

salam smua...
lepas habis cuti raya, semua students yang balik bercuti dah kembali ke kampus masing-masing.. dalam kepala hanya perkataan assignment terbayang-bayang.
aku pun sama.. huhu.. sampai tak de masa nak jenguk blog aku ni..

aduuhhh.... assignments.. menggunung kot... semester ni agak padat aku rasa mungkin disebabkan

  • tempohnya yang agak singkat.. - kalo lepas tolak tambah, tempoh belajar semester ni cuma dalam masa 4 bulan jer..
  • banyaknya amali dan kerja praktikal yang harus dibuat. - ermm.. aku lemah sungguh la kalo disuruh buat amali ni. orang lain dah berlari, aku masih duk merangkak... hhuuhu...
  • semester ni ada HARI Raya.. - eh ada kaitan ker?? mestilah ada. disebabkan Hari Raya, ramai tak fokus pada kerja, menyebabkan banyak yang tertangguh.. aku contohnya, asal balik rumah jer, jgn harap la nak sentuh kerja assignment nih...
akibatnya... aku terpaksa la buat kerja last minit.. mula la merungut tak cukup tdo la. itu laa.. ini laa.. padahal salah sendiri sbb tak nak buat dari awal.
arghh.. aku ikot kata laki aku.. "takper.... better late than never" katanya... so, Ok la tuh.. hahaha...
tapi serius, banyak lagi assignment aku tak siap ni.. semuanya melibatkan kerja-kerja amali.. hai leceh btol la.. pastu semester ni, kami digasak dengan pengajaran mikro dan makro.. yer la sebab semester depan dah masuk sekolah untuk buat praktikum.. hmmm.. maka masak lah kami menyediakan RPH.. kalo tak berjaya jadi cikgu, tak tau laaaaa.....

dalam sibuk2 ni, aku dah kehilangan kamera aku.... argghh.. hohoho.... aku hilang kamera kat hotel lepas aku n incik asben aku hantar rombongan bertunang abang kami kat batu pahat..
adooi.. punya la gabra aku malam tu bla sedar kamera tak de dalam beg aku.. aku cuma terfikir gambar waktu gi PBS yang tak save lagi... aku terus suruh laki aku call hotel tuh.. kalo ada, aku boleh terus ambik sbb hotel tu kat seremban je..
banyak kali kami contact reception tuh.. keesokkannya aku sendiri pergi kat hotel tu.. tapi cam hampeh dan agak mengecewakan aku.. bila dia kata, house keeping kami tak jumpa apa2 pun.. maaf puan...

ceeeit.. kurang asam btol house keeping tuh, mesti dia dah 'sorok dlam kocek dia'... cam ne nak ngaku.. huhu.. terpaksa la aku redha jer..
terkilan aku, sebab banyak gambar tak save lagi... hohoho...

Thursday, September 9, 2010

SalaM LeBaraN....


hmm.. ramadhan sudah sampai ke penghujungnya... syawal pula menyingkap tirai..
seronok la kanak-kanak nak menyambut hari raya.. ermm,, kadang-kadang orang dewasa pun seronok jugak.. hehe..
segala persiapan raya rasanya sudah lengkap disediakan mengikut kemampuan masing-masing... yang ada kampung dah mula merancang perjalanan jauh nak pulang ke kampung..
segala perhiasan dan susun atur dalam rumah dah diperindah secantik mungkin mengikut citarasa..
bunga api dan mercun mula bersahut-sahutan tak kira dimana-mana pun..

Ermm cakap pasal bunga api ni, teringat masa2 main bunga api ngan mercun ni.. dah besar2 pun masih main lagi.. kadang2 cam budak2 pun ada. hehehe...
kemeriahan dentuman mercun dan bunga api di kampung dan kawasan perumahan aku ni pun tak kurang hebatnya.. seronok budak2 muda yang suka melepak kat area ni duk asyik berbalas-balas.. lebih2 lagi kedudukan rumah aku yang berhadapan dengan tasik.. so, orang disebelah sini melawan orang disebelah sana...
tp apa yang kirang aku senangi satu jer. dah la diorang ni suka melepak kat depan umah orang tengah2 malam pastu boleh plak merosakkan rumah orang dengan membaling mercun.. ikot suka hati diorang jer nak main mercun dalam kawasan rumah orang.. hmm.. kesian kat penghuni rumah tu.. dia balik kampung untuk berhari raya dan meninggalkan rumah kosong tapi ada plak segelintir yang kurang bertanggungjawab menjadikan halaman rumah dia sebagai medan tempur.. huhu... jawatankuasa Rukun tertangga kat kawasan ni pun mungkin belum sempat menjalankan rondaan mungkin kerana sibuk membuat persiapan meraikan hari raya atau ramai yang dah pulang ke kampung halaman masing-masing..
laki aku yang turut sama tengok keadaan tuh mula la bersyarah kat aku pasal akhlak remaja zaman sekarang... "ni la budak zaman sekarang.............. bla bla bla..."
jadi sebenarnya, tak salah kita nak bergembira dengan kawan-kawan dengan main mercun atau sebagainya tap yang penting jangan lah sampai menyusahkan orang lain dan melibatkan kerosakan harta benda orang lain..

untuk sambutan hari raya tahun ni, aku dan suami sambut sama macam tahun lepas. tema baju raya tahun ni warna maroon.. hehehe.
kuih raya dan tersedia, tinggak tunggu masa naksusun dalam balang jer..
menu haru raya, cam biasa la... mesti kena ada rendang..
cuma kelainan tahun ni, asben aku suruh buat mee kari untuk tetamu yang datang..
aku pun dah prepare bahan nak buat kek coklat kukus..
rasanya itu jer la yang mampu kami sediakan..

perjalanan raya, sama la macam tahun sebelum ni.. kami akan balik ke kampung di kedua-dua belah yang mengambil perjalanan sangat lama iaitu 5 minit dan 20 minit dari rumah kami.. hahahaha..
cam biasa la, lepas balik rumah parents, jalan rumah sedara terdekat dan pada hari raya yang keempat, sekolah lamaku, SMK Sungai Ranggam akan mengadakan majlis reunion. semiga semuanya berjalan dengan lancar.

dikesempatan ini, aku dan asbenku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.
mohon ampn dan maaf andai ada yang terkasar bahasa, berbuat silap arau terguris dihati...

SALAM SYAWAL BUAT SEMUA..
SEMOGA RAYA INI MENJADI AIDILFITRI YANG LEBIH BERMAKNA BUAT SEMUA..

Wednesday, August 25, 2010

Salam AidilFitri...............

sedar tak sedar sekarang kita dah berada dipertengahan ramadhan.. aku mula bertanya pada diri, banyak mana keampunan telah aku pohon?? banyak mana amalan telah aku lakukan?? hmm... sukar dijawab.. namun aku akui kadang2, aku cuai jugak...
sejak akhir2 ni, aku terasa sangat letih.. nak kata buat keje berat, tak de la plak.. adat la tu, nama pun pelajar.. memang la kena ulangpalik gi kelas saban hari.. tp apa yang aku rasa ni adalah kepnatan dan kelelahan otak aku ni... mungkin juga kerana tugasan-tugasan dan assignment yang semakin berderet minta diberi perhatian.. dan mungkin jugak sebab akuasyik berfikir perkara yang aku sendiri tak tahu kemana hala tuju untuk aku selesaikan kekusutan tuh..
beberapa hari yang lalu, aku berjumpa dengan tutorku di IPG ni.. dia tegur aku.. aku ada masalah ker.. muka aku menunjukkan macam bermasalah senang citer macam 'makan dalam' katanya..

iyerker????? ketara sangat ker???
ntah la... aku sendiri tak tahu nak explain cam mane.. padahal aku yang rasa..
bila dengan kawan2, memang la aku wat bodo cam biasa jer.. diorang ketawa, aku ketawa la.. diorang duk bergosip, aku tumpang sekaki.. rasanya itu normal.. tapi bila aku bersendirian.. air mata ni terlampau kurang malunya... mengalir tanpa dipinta.. ada saje anasir-anasir dalam kepala dan minda aku ni yang mendesak air mata tu untuk keluar... kenapanya????
arghh........ terlalu subjektif....
aku tak tau nak citer kat sape.. (hakikatnya, memang aku bukan seorang yang suka kongsi masalah aku.) huhuhu...
mungkin hanya ALLAH tempat aku mengadu..
bertapa berat minda aku untuk menanggung sampaikan badan aku yang dah already slim ni semakin slim dan melidi.. ada kaitan ker??? yup ada.... aku jadi kurang makan, walaupun kadang-kadang nafsu makan kuat jugak. bila dah time nak makan, aku cuma kuis-kuis jer.. haha .. so makin kurus la aku cam ni.. haha.. tak per la.. hanya ALLAH yang maha mengetahui..

alhamdulillah, puasa dan raya tahun ni, aku ada lebih masa dirumah, walaupun aku dah bazirkan masa seminggu untuk menjalani PBS kali keempat di tanah halaman kawanku di kelantan.. takpe, selagi berpeluang menghabiskan masa bersama rakan, kita gunakan la.. ini pun nasib incik hubby aku tuh memberi keizinannya.. bukan senang nak dapat green light ni.. hehe...

lepas balik dari PBS ni, merasa la aku untuk menjalani sisa ibadah puasa tahun ni dirumah..
dapat la aku masak dan rotate berbuka puasa di rumah, rumah mak aku, dan rumah mak mertua.. jarak rumah dekat2, so senang la nak rotate.. tapi kesian anak2 aku nanti, tak dapat nak merasai perasaan balik ke kampung jauh2... cam ner nak nyanyi lagi 'balik kampung' ni??? ahaksz....
masa seminggu tu rasanya sempat untuk aku join mak aku wat kuih raya. yang pasti sebagai anak jawa, kena la wat kuih rempeyek... sapa tak tau? haaa.. kena la tya orang jawa sekitar anda.. atau pergi jer kedai tengok.. sekarang dah komersial kuih tu.. tp aku rasa tak sesedap mak aku buat.. cukup lemaknya.. biasanya kalo setakat wat satu tin 5 kilo tu, sblm raya dah hbs kot.. adik2 n ayah aku punya kerja... semua suka makan.. haha...
sebenarnya dah lama sangat aku tak rasa buat kuih raya ngan mak.. lagi-lagi semenjak aku belajar kat maktab ni dan semenjak aku menjadi seorang isteri..adik-adik aku pun dah takut nak main dan bergurau senda ngan aku macam dolu-dolu... masa aku banyak bersama keluarga suami.. nak balik umah kena ikot driver la.. hehehe..
kadang-kadang terfikir jugak aku, betol ker tindakan aku ni.. aku harap family dan adik-adik aku memahami.. paling kurang faham la.. aku senyap bukan bermakna aku tak endah.. aku cuma tak tahu, cam mana nak zahirkan perasaan yang terbuku kaku dalam sanubari aku ni..
andainya, titisan air mata ini mampu bercerita, pasti semua akan faham apa yang aku nak sampaikan... huhuhuhu..

ermm.. tahun ni, masuk tahun kedua aku beraya sebagai isteri dan beraya dirumah sendiri.. tahun ni, incik hubby aku semangat nak tukar langsir baru.. tp aku cakap, tak yah la dulu.. duna jer yang lama.. taun depan baru tukar. hehe..
so, dia dengan excitednya dah cat baru warna bilik tidur kami dan sebahagian ruang depan rumah kami, siap beli TV baru lagi flat screen plak tuh.... tak sabar tunggu aku balik nak hias rumah.. hehhe... time kasihnyer hubbyku sayang.. ni yang tambah sayang ni.. hehe

persiapan raya untuk diri sendiri, aku dah beli sepasang jubah dan sepasang kasut dengan duit elaunku.. tp warna dia dah lari skit dari tema.. hahaha... tak per balik ni, aku paksa incik hubby beli sepasang lagi yang masuk ngan tema.. hehe.. lagi pun ayah ngan mak aku pun dah gi jait sepasang baju raya untuk aku.. terharu aku.. mak ngan abah masih rasa bertanggungjawab pada aku.. tp kenapa aku tak rasa perasaan tu semnjak dulu??? semenjak aku belom kawen???
adakah kerna aku sorang anak yang tak tahu menilai jasa mak dan abah? dulu aku selalu rasa aku bersendirian..
apa-apa pun, aku tetap anak mak dan abah.. walaupun dan bersuami, aku masih tahu dan aku masih sedar mana peranan, mana tanggungjawab dan mana kewajipan aku.. aku janji, selagi aku mampu, akan aku usahakan yang terbaik untuk semua.

apa-apa pun, aku mengharapkan ramadhan kali ini bermakna.. menyambut ketibaan syawal dengan senang hati dan ceria...

dikesempatan ini, aku menyusun jari mohon maaf atas silap dan salah yang pernah aku lakukan kepada semua pembaca yang mengenali diri ini....

salam aidilfitri buat semua.........

Wednesday, August 11, 2010

selamat menyambut bulan ramadhan...



ermmm.. syaban telah melabuhkan tirai, meninggalkan kita.. kini tiba la bulan yang paling dinanti iaitu ramadhan almubarak yang mulia..
hadirnya ramadhan bersama seribu rahmat buat semua muslimin dan muslimat yang bijak memfaatkannya. hadirnya bersama rezeki.

Seronok dan bimbang. Seronok kerana diberi peluang berjumpa dan beramal dengan bulan yang penuh berkat. Bimbang kerana kurang yakin ibadat maksimum akan dapat dilaksanakan. Risau, takut amal tidak membuahkan takwa yang diharapkan.
Sesungguhnya kelebihan dan keistimewaan Ramadan bukan lagi satu rahsia. Allah sudah memilih daripada bulan ini satu detik paling bersejarah dalam kehidupan umat sejagat, iaitu detik turunnya kitab suci paling agung. Kitab yang diturunkan khusus untuk memimpin tangan manusia ke jalan yang benar.Ramadan juga mencatat sejarah gemilang kemenangan golongan yang membawa panji kebenaran ke atas golongan mustakbirin yang mempunyai kekuatan material tiga kali ganda dalam Ghazwah Badar al-Kubra.Ketibaan bulan mulia penuh sejarah ini sewajarnya disambut dan diraikan dengan acara gilang-gemilang. Oleh itu, ketibaannya perlu disambut dengan beberapa persediaan yang cukup selain mengikhlaskan pengabdian kepada Pencipta Yang Maha Esa.Ketibaan sekali lagi Ramadan, untuk kita memperbetulkan diri, meningkatkan iman dan mempersiapkan kekuatan serta bekalan.

kepada semua rakan-rakan, aku mengucap kan selamat menyambut ketibaan bulan ramadhan.. moga kita semua mendapat hidayahNYA.

taun ni, tahun kedua aku berpuasa sebagai isteri.. dan rasanya tahun ni lbh banyak kesempatan untuk aku berpose dirumah.. sempat la men masak2 kat umah waktu bulan pose nih.. laki aku pun dah bising suruh balik, aku pun tengah dalam perkiraan ni nak balik bla.. memandangkan minggu2 yang kehadapan, aku ada kuliah ganti.. sebelum aku menjalanjan ROSS selama seminggu kat umah kawan aku kat Pasir Putih.. niat hati memang nak balik, tp kalo boleh biarlah dah settle shopping baju raya.. hehe.. ini aku duk menanti baki elaunku yang tak kunjung tiba. soo... cam na nak shoping.. hehe.

tapi menurut perancangan aku, maybe aku balik la jugak hujung minggu ni.. yer laa.. setelah mendapat seruan.. tak baik melawan suamikan? hehhehe..

ok.. jom beli tiket, kita balik kampung... dapat pose kat umah ngan family masing2...




Monday, August 2, 2010

cinta sesama manusia..

tak tahu la kenapa, aku rasa sangat menyampah bila dengar orang yang belum berkahwin asyik bersayang-sayang la ngan pakwe or makwe masing-masing.. nak je aku khabarkan bahawa berkata atau bersembang dalam bahasa lembut sehingga menimbulkan ghairah kepada pasangan yang bukan muhrim dan ajnabi itu haram hukumnya..
aku tau, aku paham.. masa tengah bercinta mmg la semuanya indah.. cuma aku rasa rugi dan simpati bagi pihak mereka terutamanya kawan-kawan aku nih bila dapat tahu, pasangan yang selama ini digelar pasangan merpati dua sejoli ni akhirnya putus di tengah jalan. bergaduh besar dan sebagainya.. habis tu mana pergi janji setia, ungkapan chenta dan pujian kasih selama nih???
aduhh.. itu la sebab aku sendiri kurang bersetuju bila masa bercinta tu, cinta dengan sesungguhnya.. kononnya dunia ini aku yang punya.. kalo betul kita yakin di akan jadi pasangan hidup kita yang telah ditentukan ILAHI takpe laa.. ini, kita sendiri maklum bahawa jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya takdir ALLAH yang maha Esa..
sepatutnya kita perlu juga letakkan sedikit curiga dan perasaan malu kita pada pakwe/makwe kita tuh.. sebab dia belum tentu lagi milik kita.
masa aku dan suami dulu pun macam tu.. serius, aku mmg tak percaya dia 100% masa tuh.. aku serahkan semuanya pada takdir dan alhamdulillah, aku besyukur dengan keadaan sekarang.. moga ALLAH terus mencucuri rahmat.. ameen..

di sini aku titipkan sekelumit pesan buat semua yang sudi meluangkan sedikit masa dan pandangan mata untuk sama menghayati.
pesanan ini aku titipkan buat pengingat kepada diriku dan anda semua..
semoga kita sama-sama mendapat tarbiyahnya..
sesungguhnya manusia memang tidak lari dari melakukan kekhilafan.. namun pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk para hambanya...



Adab bercinta dalam Islam

Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.


Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.


Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.


Seharusnya Cinta…
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya…

P/s:Kita pula bagaimana? CINTA kita macamana? Cinta NAFSU? Renungkan kembali ya..jngn kita tertipu dengn CINTA PALSU..jngn berani bicara soal tentang CINTA jika kita tak mengenali erti kata CINTA SEBENAR…wallahu’alam..

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...