Salam semua..
time untuk balik kampung.. nak raya dah.. aku akan sambung entry yang seterusnya dengan banyak2 cerita ek.. hehehe..
bas aku akan bergerak pukul 11.00 pagi nanti, tapi cam tergerak nak wish selamat hari raya kat sini untuk youall semua. malam tadi, kuar gi buka kat luar then, antar tasya naik bas ke terengganu dan sambut beday sepu iaitu hari ni.. happy beday EPU!!
sampai bilik, kononnya nak mengemas beg,menyelesaikan mana yang tak sudah namun akhirnya terbaring juga atas katil yang dicintai.. hehe..
pukul 4.00 pagi aku terjaga, baru teringat ada sesuatu minta dikerjakan. kemas mana yang patut, cuci mana yang kotor dan selesaikan mana yang tak sudah..
hari ni, ada lagi 2 hari untuk aku berbuka dengan suami dan keluarga.. sian abang, macam tak biasa je tak berbuka dengan isterinya ini. padahal sebelum kawin ok je.. hmm.. pelik2.. memang semua lelaki macam tu ke? aku pun tak paham..
dan lagi 2 hari juga kita semua, muslimin dan muslimat akan menyambut ketibaan syawal yang mulia..
memnag tahun ni, hari raya pertama aku sebagai seorang isteri dan menyambutnya di rumah sendiri.. mungkin ada bezanya dengan tahun yang sebelum ni.. cuma mungkin kami tak seperti pasangan suami isteri lain yang berebut nak balik kampung mana pada hari raya pertama. hehe..
dan bermula pada tahun ini juga, aku sedar ada insan lain yang bayar duit zakat fitrah buat dirik.. bukan abah lagi tapi suamiku sendiri. di situ la letak peranan dan tanggungjawabnya..
arghh... belum puas lagi rasanya hidup sebagai anak abah, maksudnya beraya bersama keluarga sendiri.
itulah takdir namanya kan..
cuma kita kena selalu beringat mana letaknya peranan dan tanggungjawab yang tergalas di atas bahu..
k lah, masa untuk bersiap dan tarik beg menuju ke kampung... we will meet again soon.
salam aidilfitri buat semua dan maaf zahir batin pada semua andai diri ini atau tarian jari pada keyboard ini pernah mengguris hati dan perasaan semua..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...................
No comments:
Post a Comment