Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Friday, July 31, 2009

A moment at Genting Highland.. (first Day)

lepas je balik dari pantun ari tuh, aku ngan bebudak kelas terus gi ke genting. kami gi ari sabtu dan ahad, 25 ngan 26hb. bebudak dari kelas aku adalah seramai 12 je setelah yang lain tuh terikat ngan komitmen lain or ada problem masing sendiri. kami gi sekali ngan bebudak dari kelas sains, dan adalah 2-3 orang yang tolong top up mana yang kosong.

kami gerak pagi sabtu dari maktab terus ambik komuter gi Kl sentral. dari kl sentral, terus naik monorel ke gombak sebab kami dah ambik pakej dari gombak. kami sampai gombak pukul 2 ptg dan terus naik bas ke terminal skyway....





baru turun dari bas kat terminal skyway














first time dapat naik kerete kabel.. gayat la jugak. tapi biasa je.. sape yang takut tinggi tuh, hmmm menangis la dibuatnya. hehe..





dari dalam kereta kabel... tinggi! pucuk pokok pun sayup2 je.. hehehe













gayat ke?? tak lah.... biasa je... yg penting baca bismillah.. hehe













sampai kat kemuncak, udara dingin dah mula dirasai. kami terus berjalan mencari tempat penginapan kami yang telah ditempah bersama dengan pakej oleh wakil kami iaitu reza.
kami duk apartment 3 bilik kat pangsapuri ria selangor. kami sewa dua apartment untuk memuatkan kami semua nih.






mana plak pangsapuri ria selangor ni????






lepas rehat2 n solat, malam tu kami keluar laaa... konon2 nak gi tengok wayang tapi malam tu kami isi ngan main permainan indoor... tapi sebelum tuh kenala makan dulu, sebab perut dah lapar. memandangkan makanan fast food lebih relevan untuk dimakan kat sana so kami memilih nak makan KFC malam tuh..








jom santap!!!







lepas perut kenyang, kami masuk n main salji kat Snow World Theme Park.. bayaran masuk RM17 je seorang. dalam tuh, kita diberi peluang merasai berada kat tempat salji.. hehehe...
apa lagi, kami pun main la sesuka hati kami. rasanya geng kami la yang paling bising dalam tu time tuh..








cejuknya!!!!!











lepas penat main salji, kami gi ronda2 sampai jumpa entru rumah hantu. mulanya aku malas nak masuk. bukan takut la.... seriau sikit je.... hehehe.. tapi dah diorang semua nak masuk, so aku pun join je laa.. bayaran masuk RM18. hanya 6 orang dibenarkan masuk pada satu masa.. bila dah masuk tuh memang la agak seram sket sebab terlalu gelap tapi alahai biasa je. hehehe.. bagi aku laa sebab aku tak berapa menghayati apa pameran yang ada di kiri dan kanan aku. cuma kami sesekali dikejutkan dan "digangu" oleh "momok" yang duk kat dalam tuh... huh.. penat berlari n menjerit. nasib baik tak de yang jatuh. hheheeh..




eeeiiii.... seram!! huhu...
jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.. hehee..







lepas habis masuk rumah hantu tu.. kami gi jalan2 je.. pusing2 sekitar indoor theme park tuh..
apa lagi kemera pun rancak mensnap gambar pada setiap sudut dan ruang.. maklumlah kami semua ni, orang yang pantang. pantang nampak kamera... hehehhe..






1.. 2.. 3.. lompat!!!















classic n exotic..
same color kan?? hehehe











jom main game!










jam dah pukul 12 malam. rasanya dah penat jalan n ronda2... so, kami pun balik dulu sebab esok nak bangun pagi n kuar awal..... kita gi main lagi!!!! hehehe.....

Tuesday, July 28, 2009

SIRIH BERLIPAT PINANG BERKACIP

PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN
antara

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 2009

anjuran bersama
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU
dan
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

TARIKH : 20-23 julai 2009
TEMPAT : Golden Strait Villa, Port Dickson
sejambak bicara, serentetan ceretera............

kami peserta dari IPRM adalah peserta yang terawal tiba di tempat pertandingan. ye laa kami kan tuan rumah.. lepas check in, duduk2 kejap pastu lecturer pengiring kami, Puan Siti ajak kami gi jalan2 kat pantai sambil ambik kesempatan memperkukuhkan pantun2 kami tuh... hehehe....
rupanya, kat dewan tengah berlangsung sesi briefing dan cabutan undi. so, takde la wakil dari IPRM just urus setia tu je yang tolong cabut untuk kami.. hehehe... ramai orang ingat peserta dari seremban tak sampai lagi time tuh...


malamnya berlangsung majlis perasmian pembukaan yang diadakan dengan agak gilang gemilang.. ramai wakil DBP membuat persembahan dan menunjuk bakat seni masing-masing.
lepas majlis tamat dan minum malam. ramai pasukan yang berlatih dan membuat persedian untuk pertarungan esok hari.. kami juga tak ketinggalan..


malam tu, kami baiki pantun kami supaya menjadi sebuah karya dan persoalan yang sedap didengar..





lepas minum malam prepare pantun...

menjelang masa perlawanan pertama pada jam 8.30 pagi. kami yang dalam kumpulan F akan bertemu dengan perserta IPGM kampus IPIS yang juga dari kumpulan yang sama. mula2 tu, debarnya bukan main, takut tak bleh kawal pertandingan tu.. mana la tau tetiba je otak blank ke..... pastu bertambah psiko bila tengok peserta lain berpakaian yang bukan main grand lagi . yang laki berpkaian melayu dan haya pahlawan siap dengan tanjak dan keris lagi. yang perempuan dengan baju kebaya berlabuci dan manik penuh pastu siap dengan selendang di bahu. sedangkan kami hanya pakai baju batik je.. hhehe

so time tu, baca la apa yang patut nak hilang nervous... fuh..... huhuhu...




bila dah duduk dikerusi sebagai peserta yang menyahut cabaran, aku dah mula reda.. aku yakin aku boleh.. lepas beri pantun memperkenalkan diri, aku semakin yakin..

ini adalah lebih kurang pantun pembukaan yang aku baca... dah tak ingat sangat laa. hehehe..

semarak senyum untaian kata,
hadir berhajat harapan ditonggah,
intan suriana penyeri pesta,
di pentas warisan membina ukhwah..

adegan seterusnya bertambah rancak. pada pusingan pertama menetang IPIS kami bertanding dalam 3 kategori tema iaitu, budi bahasa, adat dan ekonomi.
memang tak percaya, aku boleh menjawab dan membeli pantun yang dijual kepadaku dalam masa kurang 60 saat. time tu, aku cool je.. hehehe...


cuma mungkin nasib tak menyebelahi kami bila satu pantun yang dijual tak dapat dibeli oleh salah seorang ahli kami...
lepas tamat pusingan tuh, seorang lecturer dari IPSAH tepuk bahu aku... bagus katanya.. pantas dan bermakna pantun yang aku buat. alhamdulillah...
pusingan seterusnya kami menentang pesera dari kampus IPDA dengan tiga tema iaitu, kesihatan, cinta keluarga dan integriti..


pasukan dari kampus IPDA

masa ni, aku rasa pujian yang diberi pada aku sebelum ni tak berjaya membuat aku lebih kuat. aku jadi agak blur dan aku tau pantun aku tak berkualiti time tu walaupun semua soalan kami dapat beli dalam masa 45 saat setiap seorang..

masa sesi penentuan markah dan keputusan antara IPRM dan IPDA, juri hakim ambik masa yang sangat lama untuk buat keputusan sape yang akan ke pusingan seterusnya.. sampai juru pantun pun dah senyap dan tak tau nak cakap apa lagi... kami yang menantu hampir 15 minit ni lagi laa... dalam hati hanya mampu berdoa, semoga menang dan dapat gi sarawak..

akhirnya, keputusan dibacakan. dan mungkin bukan rezeki kami. kami kecundang akhirnya. harapan ke sarawak terus kelam. tu laaa, salah pasang niat. hehehe.. bukan niat nak memartabatkan warisan cuma nak gi sarawak je.. hehehe....

kami terima dengan redha walaupun dalam hati tak puas hati sebab kami rasa sekiranya diberi peluang sekali lagi, kami juga layak ke peringkat seterunsya.. tapi apa nak buat...... perlawanan bertemu dengan IPDA sangat sengit.. ramai yang cakap kami berada di level yang sama cuma IPDA lebih bernasib baik.

malas nak balik ke maktab, kami menghabiskan masa sementara menanti perasmian penutup umpama bercuti. makan dan tidur.. hehehe...
siap bleh mandi kolam lagi. hehee...

ira, syafiq,intan dan hasni.....

ubati kecewa, jalan2 kat pantai wat sesi luahan perasaan...

dengan pensyarah pembimbing, puan siti namiseh.....

sedih2 jugak tapi makan tetap semangat... hehehehe


malam lepas kalah, jalan2 gi makan kat luar...

sempat lagi gi main air kat kolam....

tiba hari penutup, keputusan yang layak ke sarawak diumumkan iaitu IPSAH,IPDA, IPTAA dan IPBM. mereka akan ke pusingan separuh akhir dan akhir pada bulan oktober nanti.


sebelum balik semula ke maktab masing2....

Thursday, July 23, 2009

karya seni - melarik kayu

ni antara kisah yang aku nak kongsi ngan pembaca semua. ideanya datang dari adik iparku waktu aku balik bercuti baru-baru ni. kebetulan dia pun balik bercuti jgk.
adik ipar aku ni berkerja sebagai tenaga pengajar dan staff di perbadanan kraf tangan Malaysia negeri Pahang yang bertempat di Kuantan Pahang..
cuti baru-baru ni, dia bawa sekali beberapa hasil kraf yang dia buat sepanjang dia mengisi masa lapangnya disana.
ikuti bingkisannya...............................................

siapa sangka kayu yang terbiar berlonggok kat tepi-tepi jalan atau di pinggiran hutan yang kita rasakan hanyalah sebagai bongkah kayu yang tidak bernilai dan menyemak serta mencacatkan pandangan itu, mempunyai nilai estetika dan nilai komersial yang amat tinggi..
siapa percaya, kayu yang sudah terbakar dan rosak misalnya sumbing atau cacat boleh mendatangkan pulangan wang hampir ribuan ringgit seunit..




seni berasaskan kayu ni, kita panggil melarik. melarik ni plak ada dua jenis iaitu melarik tegak dan melarik lintang.. biasanya proses ni mesti menggunakan mesin untuk mempermudahkan kerja. tapi jangan tak tahu, masih ada masyarakat yang menggunakan kaedah tradisional untuk melakukan kerja-kerja melarik ni... sebab tu la, rumah yang dibuat daripada kayu dan papan lebih mahal daripada membuat banglo daripada pasir dan simen.


berikut adalah sedikit gambaran tentang kerja-kerja melarik batang kayu untuk dijadikan sebagai hasil kraf yang mempunyai nilai seni dan komesial..


kerja-kerja memilih kayu dan memotong mengikut bentuk yang bakal dihasilkan.....

bongkah kayu dipasang di mesen pelarik untuk kerja-kerja membentuk....


bongkah kayu diputarkan dan mata pahat dihalakan untuk mendapatkan bentuk yang diingini....


pasu yang hampir siap, digosok dengan kertas pasir untuk tujuan kemasan....




kemudian, barulah bahagian dalam dilarik mengikut kedalaman yang dikehendaki..



biasanya barangan yang dihasilkan daripada sumber kayu ini adalah seperti pasu bunga, bekas poutpuri, pasu hiasan dan lain-lain yang boleh dijadikan sebagai penghias kediaman.


ini pulak koleksi hasil kerja tangan adik ipar aku, yunus bin osman... ia juga dihasilkan untuk tujuan komersial. siapa berminat, boleh la membeli.....






take a look...........



1) kayu merbau, PU sealer + PU top coat 100 %










2) kayu nyireh.. kayu ni gred B..











3)kayu chengal, ni pun kayu gred A. berkualiti dan warna akan berubah dan kelihatan semakin mewah bila usianya meningkat..




4) kayu akasia.. kayu jenis gred C.. biasanya pokon ni banyak dijadikan sebagai penghias jalan.










5) kayu merbau











6) kayu tembusu dengan NC sealer









ini plak sebahagian daripada koleksi hasil seni kayu yang terdapat di perbadanan kraf tangan Malaysia negeri pahang...







sesiapa berminat untuk memiliki koleksi ini, bleh la tinggalkan komen...
pasal harga, jangan risau....
semua boleh runding....




hanya mata seni memandang keindahan!!!!!!!!!!!

sekadar intro.... :o)

baru hari ni balik semula ke maktab..
nak tau kisah pantun???
ermmm nanti dulu la ek... coz banyak gambar sedang dalam proses penapisan. rasa cam tak best plak kalo citer tanpa gambar kan??? tak jelas gitu.. hehehe..
so, dalam masa yang terdekat ni, seandainya punyai kelapangan waktu, aku postkan story mory pasal pantun tuh..
but........... untuk pengetahuan korang, tak tercapai hasrat kami nak sampai ke Kuching. tu la, pasang niat tak betok kan? orang pasang niat nak menang. ni tidak, aku pasang niat, lawan pantun coz nak pergi kuching.. huhuhu... tak pe... anggaplah tahun ni sebagai pengajaran dan pembelajaran menimba pengalaman.. tahun depan masih ada. hehehee...

eh banyak plak cerita ni........
nanti la aku cerita ngan lebih lanjut k! just wait n see........

Sunday, July 19, 2009

cuti + pantun

hai guyz!

ermm cepat je rasanya dah dua hari aku duk kat umah. esok dah nak balik maktab balik. lawan pantun. hahaha...
duk kat umah ni, aku jadi lost sikit. tak sentuh dah pantun2 aku tuh. walaupun abang iparku cekgu bahasa dan pernah jadi juri pantun sekolah-sekolah.
bila kat umah, banyak sangat perkara yang selalu terlintas di fikiranku ini. aku jadi cepat di buai perasaan dan selalu jadi tak de mood. tak semena-mena senang je air mata jatuh. walaupun aku di depan suami. kenapa ek??
hmm... perasaan memang sukar di ramal.

k la, mungkin untuk seminggu ni,mungkin aku x dapat nak mengepost. mungkin setelah aku balik dari port dickson nanti. itu pun, aku ngan bebudak kelas dah plan nak bercuti ke genting highland untuk 2 hari. nway, doakan aku dan kumpulan pantun IPRM dapat melepasi semua pusingandalam pertandingan peringkat liga ni ek.. so, tercapai la hasrat nak naik belon ke Kuching. hehehe.....

all da best to you all!!!

Monday, July 13, 2009

JOM JALAN MELAKA - Taman Mini Malaysia










okeh sekarang kita sambung lagi perjalanan dan jalan2 kami ke melaka nih.. kali ni, kami singgah ke Taman mini malaysia. alaaa tempat Nor Aniza idris tuh.... tau tak?? hehehe.. ermm waktu kami sampai dah petang, kiranya tingal beberapa jam je nak melawat..

selamat datang.....

waktu mula2 sampai, kami disajikan dengan persembahan yang dipersembahkan oleh kakitangan taman tersebut... nampaknya diorang nih 'kusyuk' tengok persembahan ni.. hehehe...


just enjoy urself.....

seterusnya kami teruskan lawatan ke rumah2 mengikut negeri yang terdapat kat taman tuh.. kami mulakan dengan taman suku kaum di sarawak.. boleh la tau cam ne rupa sebenar rumah panjang kat sarawak tuh..
seterusnya rumah sabah... banyak tembikar kat rumah sabah ni...


seterusya adalah rumah kat semenanjung ni.. semua negeri ada... jadi kami tak ketinggalan merakamkan kenangan disetiap rumah tersebut....






seterusnya, shopping time.. walaupun tak de duit yang mewah.. jadi kami setakat widow shopping je.. bergambar pun jadi laa... tapi aku tak melepaskan peluang beli sorvenior, jadi lah untuk my mom...

just try... hehehe...

JOM JALAN MELAKA - sekitar bandar hilir

kami sampai kat bandaraya melaka pada jam 10.30 pagi. waktu tu hujan turun renyai2. so, pergerakan kami jadi agak terbatas kerana hujan. kami tidak terikat dengan aktiviti yang ditetapkan maka kami bebas melakukan aktiviti sendiri dan cuma perlu berkumpul semula pada jam 12.30 tengahhari..

aku ngan kawan-kawan terus berjalan meneroka bandaraya melaka terutamanya kat kawasan tumpuan pengunjung iaiti tempat yang pernah menjadi satu kawasan penting ketika kegemilangan melaka dahulu..
sekarang kebanyakkan bangunan tersebut telah dijadikan muzium untuk kunjungan orang ramai. kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat. tapi tak banyak masa yang kami gunakan untuk merasai dan mendalami apa yang terlakar untuk menceritakan sejarah dan kisahnya. banyak masa kami dihabiskan dengan menangkap gambar dan mengabadikan kenangan bersama dalam foto tersebut.

ini la sedikit sebanyak foto kenanganku sepanjang disana..


dengan replika kereta lembu yang menjadi identiti melaka suatu ketika dulu..



kereta api.. pernah menjadi alat perhubungan darat.. waktu dulu..



tangga untuk sampai ke gereja st Paul yang pernah menjadi orang berpengaruh sekitar abad ke-17
dengan ilah depan crist curch melaka yang dibina pada 1796


dengan saiful depan pintu A Famosa.. kubu pertahanan portugis sewaktu memerintah melaka sekitar abad ke 16


aku tak melepaskan peluang naik ke menara Taming sari untuk melihat pemandangan bandaraya melaka dari atas. ini adalah muzium kapal dan pemandangan sekitarnya dari atas.


tak sangka yang pada hari tersebut, krew Hits 1 yang diacarakan oleh pelakon Nabila Huda dan E One akan buat show kat sini.. so dapat tangkap gambar dengan background pun jadi laaa...


seterusnya tiba la waktu makan. kami tak banyak kuar duit kalo bab makan sebab lecturer kami sudi nak belanja... hehhee..


tapi aku tak de selera sangat nak makan time tuh... maybe coz kenyang air n kenyang makan angin.. hehehe.. so, aku just makan yang biasa je. ituoun dalam kuantiti yang sikit.



waktu sembahyang zohor, kami pergi masjid terapung. indah sangat kat sini.. mesti best kalo duk petang2 kat sini, ditiup angin selat melaka..




banyak lagi gambar, tapi tak dapat nak post semua....

http://widget-19.slide.com/widgets/slideticker.sw>" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" scale="noscale" salign="l" wmode="transparent" flashvars="cy=fr&il=1&channel=504403158312963353&site=widget-19.slide.com" width="426" height="320" name="flashticker" align="middle"/>


kami teruskan perjalanan kami pada hari itu ke Taman Mini Asean...

kita jumpa di sana..... hehehe...

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...