Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Thursday, November 12, 2009

memanah!!

aku memanah?? memanah cinta lagi? haha...
ermm... pada 7 novermber baru2 ni, persatuan gerko aku telah mengadakan pertandingan memanah tertutup.. arghhh.. akhirnya aku dapat menarik nafas lega. sekurang2nya beban dan tanggungjawab aku sebgai setiausaha persatuan ni dah berkurang sdikit. biarpun pertandingan ini tidak la berjaya dengan begitu meriah dan sempurna tapi ianya tetap berlangsung dengan baik dan lancar. biarpun hari, keadaan dan cuaca yang tidak begitu mengizinkan kerana hujan. semua peserta boleh tersenyum kerana itu lah penamat kepada gerko kami yang sangat dedikasi tuh.. ( tak penah cuti.. tiap mingu wat ada perjumpaan.. langsung tak leh nak ngelat) hehehe....
perancangan untuk mengadakan pertandingan ni yang sentiasa berubah ni, memaksa jawatankuasa pertandingan kami membuat perjumpaan demi perjumpaan. dan aku pula terpaksa menjalankan tugas kesetiausahaan aku dengan kudusnya.. hehehe..
berbalik kepada pertandingan..
sebelum pertandingan berlangsung, semua ahli telah sepakat turun padang dan menyediakan gelanggang yang akan menjadi tempat pertempuran.
pertandingan ini dijalankan dalam dua kategori 20 meter iaitu kategori 30 meter . ia juga melibatkan dua penglibatan secara individu dan berkumpulan. setiap peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan markah kumpulan dikira berdasarkan purata pungutan mata bagi setiap individu dalam kumpulan tersebut.
semua peserta akan memanah sebanyak tiga pusingan dalam setiap kategori dan menggunakan 6 anak panah bagi setiap satu pusingan memanah. mata penuh untuk setiap kategori adalah sebanyak 180 mata. walaupun hari hujan, dan kami terpaksa mempercepatkan pertandingan, namun perserta telahpun menunjukkan yang terbaik..

kalo diikutkan jauh gak jarak 20 meter tu.. yang 30 meter tu lagi laa jauh.. hehe.. ermm.. aku hanya mampu wat yang aku mampu je laa.. nak wat cam na dah tak berbakat. hehhe..
tapi aku ngan bangga ngan kawan aku sorang ni, nurul natasha nadia nama diberi. waktu latihan, dia biasa je.. tapi bila dah hari pertandingan.... wahhh... gempak tuh!! dia dapat tempat kedua untuk kategori individu.. dan kumpulannya pula dapat tempat pertama..
caya lah!! siap lecturer kami offer dia untuk jadi wakil SUKMA tapi kena giat berlatih laa.. hehe..
pertandingan kami tamat pada jam 5 petang.. walaupun lecturer kami komen dan tegur tentang kekurangan kami dari segi pengurusan tapi aku tak kisah.. aku anggap itu sebagai salah satu cara untuk aku timba pengalaman.. ala biasa la tuh.. amatur lagi.. hehe...

biarpun aku tak menang... tapi aku tetap gembira... ( yeke??? hahaha)

ni masa tengah wat preparation sebelum bergerak ke shooting line untk........... ZUPPP!!!!!! (memanah ke target board)

johan untuk kategori kumpulan.. kumpulan G dan tasha, naib johan individu..


Tn haji Shamsudin ngan Pak Wan, lecturer kami menguju kehandalan..


pasukan persatuan Gerko Memanah PISMP ambilan januari 2009, IPRM

my frend and archery............

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...