Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Monday, June 30, 2008

kiranya lelaki tahu...


Hari ni, baru aku berkesempatan bukak blog aku ni dan add sikit citer. ktaorang baru je balik dari mengikuti kursus Perpaduan Muhibbah Pautan kasih kat Golden Staits Villas Beach Resort di Port Dikcson. citer slanjutnya, nanti aku ceritakan lengkap dengan gambar tau dalam post yang seterusnya..
hari ni, beday kawan aku. Ba'ayah namanya. skrang dia blajar kat British Malaysia institut kat UNiKL, Gombak. HAPPY BEDAY TO BARIAH!!!
kat sini aku dapat sedikit tips dari halaman friendsternya..
wah2 dah maju ni.... hehehe


Kiranya Lelaki Tahu
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan Persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa."

Wednesday, June 25, 2008

Pointer ku di semester dua



Dari malam tadi ktaorang dah risau bila ada orang bagi tau yang result exam sem dua dah kuar. ada yang tak tentu arah la, tak boleh tdo la... huh macam-macam.

pagi ni, aku ngan Im, rasa-rasanya dah bersedia agaknya nak ambik result ni. hehehe...
bila sampai kat kelas, ramai orang dah berpusu tengok result masing-masing kat papan kenyataan setiausaha peperiksaan. saya, ilah ngan Im pergi lewat skit bila orang dah reda.


bila tengok nama kat papan kenyataan tu, mata terus tengok kat ruangan pointer. alahai, agak sedih jugak rasa hati ni, bila dapat just 3.48 je.. bila check lebih tengok gred exam dan keje kusus, memang dah agak dah resultnya macam tu..
terima je la. memang setakat itu usaha yang dah dibuat. tapi memang kecewa bila kenangkan waktu buat projek art sem lepas. bayangkan kami tak tdo lena selama 2 minggu. boleh dikira berapa jam sangat kami daapat lelapkan mata. semua ni, sebab nak siapkan projek yang kami dapat sekaligus sebanyak 5 projek.

aku berterima kasih sangat kat kawan aku seorang ni, (Nina). dia tolong aku buat model satu hari suntuk dan berjaga sepanjang malam. walaupn, projek yang tu tak brape nak jd, tapi tanpa dia mesti tak de apa yang aku nak present. dia memang bagus bab komitmen dalam keje ni. ramai yang puji dia..
Itu la kisah aku buat projek semester lepas.. walaupun sedih dengan result ni, tapi insyaALLAH cuba la yang terbaik dalam semester ni plak..


Wish me luck k!!!!!

Tuesday, June 24, 2008

HAPPY ANNIVERSARY!!!

Dengan rasa getaran ini, saya ucapkan selamat ulangtahun pertunangan buat insan tersayang..
semoga ALLAH merahmati ikatan ini dan impian kami akan terlaksana serta berkekalan hendaknya...


kalau nak dijadikan cerita, rasa macam tak percaya je, dah setahun saya jadi tunang orang.. dulu tak penah terfikir akan melaluinya secepat ini, namun ini semua ketentuanNya. pasti ada hikmah di sebaliknya.. tiada apa yang saya perlu kesalkan. Pastinya saya dah bertemu dengan sesseorang yang akan menjaga, melindungi dan mengasihi saya..

lepas ni, insyaAllah kami akan melangkah ke satu dunia yang baru. semoga semuanya berjalan lancar dan khususnya saya sendiri akan lebih matang dan mampu menangani kehidupan di masa akan datang.. aminn..


P/s buat tunang tersayang:


There are many miles between us,

though you're always here in my heart,

and every night,beneath the silver starlight,

I pray for the day we'll never part.


You're my best friend,

a favorite song that will never end.

And together is where we should be.

Someday soon,

I pray,that you'll walk through the door

and take this heartache away.


may ALLAh bless us!!!

Monday, June 23, 2008

citer ari ni..


Huuhh… penat nak tungu dapat wayerles ni, time kita nak guna masa tu la dia tak dapat connect. Dah malam camni baru lekat. Huhuu..Habis semua ayat-ayat berbunga yang saya dah rangka dari malam tadi lagi. Ingat nak share ngan you all. Hmmm, tapi apakan daya..


Hari ni, saya ngan Im bangun awal and siap awal nak pergi kelas. Bersemangat tu.hehehe.. hari ni, saya pakai baju hitam, agak2 sama nagan sape ek?? hehe..
Lepas habis perhimpunan, kami terus gerak masuk ke bilik seni. Sepatutnya, pagi ni, kelas ngan Encik Badarudin. Tapi dia tak de. So, kami bincang pasal pameran hujung semester ni, pasal plan nak tempah baju and lain-lain perkara berkaitan aktiviti semester ni. Memandangkan saya bendahari program Pameran dan AJK aktiviti bercuti bersama Tutor, so kena la take path….
After that, ingat ada kelas lagi, rupanya kelas kami tamat kat situ je. Sebab banyak lecturer tak de. Ada yang ke Ulu Bendul untuk perkhemahan Persediaan KAGUM. Pastu ada setengah lecturer pergi BIG dan ada mesyuarat yang melibatkan pensyarah dari seluruh maktab di Malaysia berpusat di maktab kami ni…
Aduhhh.. alangkah ceria budak2 ni, mentang la kelas habis awal. Pukul 10 pagi dah free cuma petang ni je ada GERKO… tapi kalau tengok cuaca hari ni pun, dah mendung semacam je.. hehehe…
Tengah sedap duk layan TV sambil menikmati makanan tengahari, tetiba lecturer jabatan BI call and bagi tau yang PN Saroya dah naik bengang tunggu ktaorang dalam kelas..
Adusss.. ada kelas lagi rupanya. Kami pn, dengan sepantas yang mungkin bersiap dan bergegas ke kelas. Sampai kat kelas, rupanya Puan tu tunggu kami kat library.
Dia terus marah kami, ye la, baru pertama kali perjumpaan dah buat hal. Sian kat puan tu. Bila saya tengok puan tu, alahai sejuknya muka dia, suara pun lembut je.. memang macam ibu dan isteri yang baik. Dah la cantik..
Kami dapat tugasan BI yang pertama.. Then, terus gi bincang, nak ambik hati dia la ni.. hehe..
Petang adi macam biasa kami ada GERKO. Saya sapat gerko Ping Pong.
Hmmm.. paham2 je la dengan sikap Dr Puma tu, dia memang punctual. Walaupun kami lambat seminit sebab kena gi solat asar dulu, tetap di kira kami kurang dari segi sahsiah.Nway, actually dia tu OK. Walaupun saya ni, langsung tak penah pegang bet Ping pong…
Malam ni, macam biasa la.. kalau tak de kerja nak di buat, just baca novel, main games atau tengok TV je la..
K la, kta sambung lagi esok ek.. there is smthing for my lovely person tomorrow.
I proud of him…

Sunday, June 22, 2008

kalam Kasih


Sebuah kisah dam memori dua insan..

Perlayaran pahit manis, rindu dan kasih ke sebuah destinasi 'bahagia berkekalan'







just cover je.. nak tau lebih detail, tunggu k!!

Saturday, June 21, 2008

Pengalaman pertama buat facial muka

Memang aku penah cakap ngan diorang yang aku nak wat facial muka pada hari ni. Tapi memandangkan hari ni aki x sihat sebab batuk and selsema, so aku decided nak cancel je program tu and nak stay je kat bilik siapkan powerpoint untuk tugasan subjek Pendidikan hari khamis ni..
Waktu aku tengah syok kumpulkan maklumat, Jaja, kawan aku tu datang and Tanya samaada aku nah pegi buat atau tak. So, nak tak aku kuar je la. Lagipun dah masuk waktu untuk lunch time tu..
Macam biasa, aku, jaja and Ilah makan kat warong depan maktab kitaorang ni. Lepas makan, diorang ajak aku pegi kedai tu. Sampai kat kedai tu, cuak gak. Btol ke nak wat ni?? Dah la sebelum ni tak penah buat langsung. Sampai kat muka pintu, pekerja kat situ sambut kami dengan mesranya..
Pekerja tu terus Tanya aku sama ada nak wat facial normal atau facial treatment. Mulanya aku jawab je nak wat yang normal memandangkan harganya yang lebih murah sebab takut lari bajet nanti. Hehehe..
Aku terus masuk ke bilik rawatan tu, sementara Jaja ngan Ilah tunggu aku kat luar sambil sembang ngan akak pekerja kat situ. Sian diorang sebab kena tunggu lama.
Melangkah je ke bilik tu , memang agak mengkagumkan sebab ia cantik dan menenangkan. Nice to see!
Then, rawatan terus dimulakan, tapi bila sampai kat tengah2, akak tu offer aku untuk wat treatment, dia cakap pasal harga dia akan bagi diskaun. Actually, bila aku tengok and dengar suara dia aku teringat kat cikgu waktu aku sekolah dulu. Cikgu Uda namanya..
Aku pun setuju je la untuk wat facial treatment tu, yela bila lagi nak rasa kan…

Yang aku ingat ada 9 step semuanya untuk wat facial ni ;
1. cleansing – mula-mula dia akan bersihkan muka kita deengan menggunakan cleansing milk, dan cuci dengan span yang direndam dalam air yang suam.
2. scrub – lepas muka kita dicuci, dia akan sapukan scrub dan buat urutan lembut, sebelum muka kita disapu sekali lagi dengan span yang direndam dalam air yang suam tadi.
3. vapour – yang ini adalah sesi wap. Mata kita akan ditutup dengan menggunakan span yang lembab sementara muka kita akan dibiarkan terkena wap yang berbeza suhunya selama 15 minit. Agak menyenangkan sebab kita rasa nyaman dengan bau herbanya.
4. pulih jerawat – muka kita akan disimbahi dengan cahaya, sebelum dia menggunakan sejenis alat untuk memicit jerawat dan membuang kotoran pada permukaan muka kita. Memang agak memedihkan sedikit.
5. serum – waktu ni, dia akan bagi kita genggam satu alat yang membantu pengaliran ion-ion positif dan negative ke muka kita. Serum akan disapukan rata ke muka dengan tujuan merawat atau melambatkan pertumbuhan jerawat ke atas permukaan muka. Biasanya, sesetangah orang akan berasa ngilu atau terasa duri-duri halus menyucuk akibat daripada pengaliran cas tersebut.
6. masker – kemudian, muka kita akan disapu rata dengan masker. Masker tersebut akan dibiarkan kering di muka kita. Kulit muka kita akan terasa tegang dan proses ini mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sebelum muka dibersihkan dengan air yang sejuk
7. massage – peringkat seterusnya adalah urutan. Muka kita akan diurut lembut bermula dari pangkal leher sehingga ke dahi dan sebahagian kepala. Amat menyenangkan dan terasa lega. Alangkah indahnya, kalau kita dibelai dan dimanja dengan urutan macam tu setiap hari.. hehehe..
8. Toner – seterusnya adalah, toner akan di sapukan ke muka kita. Ia bertujuan untuk mengecilkan liang-liang roma yang kadang kala menyebabkan kulit muka tersumbat akibat terkena make-up. Toner juga berfungsi untuk menanggalkan lebihan minyak dan menghidratkan kulit tanpaa menyebabkan kulit kekeringan.
9. sunblock – akhir sekali adalah, muka kita akan disapu dengan sun block. Ia biasanya berfungsi melindungi kulit wajah kita daripada pancaran matahari yang mengandungi sinar UV yang berbahaya kepada kulit wajah yang sensetif. Sunblock mempunyai nilai SPF yang berbeza untuk di sesuaikan dengan kulit yang berbeza dan bergantung kepada keadaan iklim dan cuaca Negara kita.

Friday, June 20, 2008

bdak2 unit PSV di Cameron Highland


intannnnnn

hari pertama ku di blog

hari ni, aku dah berjaya membina blog aku sndiri...
insyaAllah, lepas ni banyak la bendaa aku nak citer...
itu pn kalo rajin la...
hehehe..

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...