Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Monday, May 23, 2011

ulangtahun kelahiranku ke 22

masuk je detik 12 malam 21 mei 2011.. FB aku mulai rancak.. selang seminit kot ada orang post kat wall aku..
yeeee... wish hari jadi saya.. hehe.. tu laa.. sekarang zaman moden semua pakai internet jer atau FB ni laa.. 
penat jugak la nak memblasnya. ada yang bagi lagu. ada yang bagi gambar n sebagainya la.. 
wish ni datang dari kawan2 aku di sekolah, kawan-kawan PLKN aku, kawan2 aku di maktab, sepupu dan juger anak murid aku di KGV..
then, ada gak yang antar mesej termasuk mak aku.. ermm terima kasih semua.


tapi.... bukan main la aku tunggu bla la laki aku nk wish ni.. aku tau masa tuh dia ada kat ipoh sempena majlis perasmian pembukaan kejohanan MSSM peringkat kebangsaan. masa tengah malam tu, dia masih tak sampai rumah lagi.. sampai la pukul 2 pagi.. aku tanya kat dia tak sampai umah lagi ker? terus dia call dengan guna tepon rumah.. hmm dah ada kat umah rupanya.. haha.. nak ambik hati aku dia terus nyanyi satu lagu kat dalam tepon tuh.. adooii dia ni.. itupun lepas habis nyanyi dan wish bedaya aku semua tuh.. mula sesi luahan perasaan beliau.. bukan perasan kepada aku yaa.. perasaan ketidakpuasan hati terhadap barisan jurulatih olahraga sekolah.. aku paham yang asben aku ni dah lama dalam team. dah macam2 dia buat tp kadang2 orang tak hargai.. so malam tuh, aku dengar jer laa...


menjelang pagi FB aku masih lagi rancak duk terima wish.. bagus jugak FB ni kan memberi ingatan kepada yang terlupa.. terharu kerana masih ada orang nak sudi wish.. walau sekadar ucapan tapi tak semua orang nak wish.. so mana yang ucap tuh.. aku hargai....



ni pulak dari kawan aku si ilah.. rajin plak dia mengedit gambar cam ni..

petang tuh.. macam kebiasaannya kami mesti la nak kuar makan. tapi petang tuh si syamimi kawan aku ni ajak makan2 kat citypark, seremban. ermm dalam hati aku.. ermm boleh la budak2 ni nak lepak sempena beday aku kot.. hehe.. perasan..

tapi aku tak sangka pulak ada 'perkara lain' rupanya yang dirancang.. ermm jom laa tengok gambar jer.. malas nak taip dah..  hehe..



 
























tengah seronok-seronok tangkap gambar nak makan2 tetiba jaja bawak kuar kek.. yeargg.. ada orang nak sambut beday aku. sukee......... so ready nak memotong kek itu....

tapi tetiba..





muahahaha... ada hujan tepung atas kepala aku... hahaaha.... tergezut aku.. huhuhu..







maka berkelakukan lah aku seperti 'zombie' hehehehe
















WAAAKENABEB!!!!! 


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN SY........
Syamimi, Jaja, Tasha, Epul, Ilah, Faizi, Anip, Amal, dan Mat. tak lupe pada anak buah im.. Iman.... tapi sayang Pikah tak de masa ni......

thanx guys...

Day Two : 10 things you love



menyahut cabaran 10 hari seperti diatas, ni post hari kedua saya..
sebenarnya hari ni dah hari ketiga cabaran tapi aku tak sempat nak buat semalam almaklumla exam fever.. hehe...

Day Two : 
10 things you love

  1. mesti la cincin kat jari aku ni.. kalo hilang mau gila kot aku dibuatnya.. kalo tak de kat jari memang terasa pelik n janggal.
  2. aku sayang semua nota2 kecik n kad2 yang laki aku bagi sejak dari zaman skolah dulu.. kenangan tuh.. tapi ada beberapa dah hilang... lupa letak kat mana.
  3. aku ada koleksi key chain yang aku kumpul mengikut tempat yang aku pergi.. so sayang woo kalo hilang.
  4. aku suka semua gambar2 aku.. walau tak comel. tak cantik. dan selalu kena kutuk ngan laki aku. tapi aku suka tengok. hehe..
  5. aku suka tengok gambar pengantin... terutamanya gambar pengantin perempuan dia mesti lah sopan dan tidak menunjukkan aurat.. ermm soo.. sweet... teringin nak sanding lagi.. aahaahhaha..
  6. aku sukaaaa soto. lagi2 kalau sup ayam dia memang kaw tambah ngan sambal kicap yang rasa bawang putih lebih.. ermmm cedapnya.....
  7. lagi satu aku suka makan kerepek.. lagi2 kerepek pedas.. sekilo skali pun makan pon boleh.. hehe.. (nampak sgt kejawaankan)
  8. aku sayang semua gadget yang aku ada.. walau tak seberapa.. tapi ia amat membantu...
  9. aku suka tengok kotak bekas pembalut yang cantik2. rasa sayang nak buang. walaupun hanya sekadar kotak fair & lovely pun sayang nak buang. mesti terpikir. satu hari nanti mesti ada guna gak mende ni.. lastnya menyemak kat dalam bilik dan rumah aku.. haahaha..
  10. aku sayang kasut aku.. walau dah tak bleh pakai. dah lekang, dah putus, dah tercabut oo what ever aku syang nak buang.. haha. terukkan.. kalo nak buang pun aku akan cakap ngan dia dulu.. time kasih sbb sudi bersama aku.. hahaa.. cenggitu laa... 

hah.... adooooiiiii..... memerah otak dowhh nak wat mende ni.. baru aku perasan, aku tak de la banyak sangt mende yang aku sayang... cuma kesimpulannya aku suka simpan sampah.. haha.. 

ok la see u later..

Saturday, May 21, 2011

Day One : 10 things about you




menyahut cabaran 10 hari seperti diatas, ni post hari pertama saya..

Day One : 
10 things about you

  1. aku seorang isteri kepada seorang suami yang penyayang ~ sudah berkahwin.. hehe..
  2. aku seorang kakak sulung yg kadang2 gagal menjalankan tanggungjawabnya.. huhuhu..
  3. badan aku kecik jer.. berat cuma 43kg... hehe.. sape sudi derma berat dalam 5 kg lagi?? haha..
  4. seorang yang pemendam rasa.. - susah bebenor nak citer apa yang aku rasa pada orang lain termasuk suami sendiri
  5. aku seorang manusia yang alah pada produk tenusu.. senang cakap aku ada intoleransi laktosa.. huhu... tp selalunya hentam jugak.. tak nak manjakan diri.. haha..
  6. aku bukan pengemar ikan.. cuma makan ikan kembung ngan ikan bilis jer.. itupun cuma yang digoreng jer... haha.. 
  7. aku seorang yang pemalas.. haha.. rajinnya cuma kadang2 jer.. semua keje nak buat last minit.. adooii.. ntah bila nka berubah ni.. huhu..
  8. aku seorang yang lebih suka menyendiri.. tak suka la benda2 serabut nih.. banyak benda dalam kepala nak pikir.. hoho..
  9. selalu sangat mengalami ketidakseimbangan hormon hingga sering jejaskan metabolisma badan.. huhu. cedih ni... laki aku cakap.. aku kena ambik banyak supliment..
  10. aku sangat mudah jatuh kasihan.... ini yang menyebabkan aku slalu kalah ngan promoter. hahaa... aku jugak cepat tersentuh ngan benda2 yang aku tengok.. terutamanya tengok orang tua jalan sorang2 atau tengok budak skolah jalan angkat beg besar.. alahai.... huhuhuhuhu..





ermmm tu jer la kot.. banyak nak cakap tapi dah dia mintak sepuluh jer kan..





so ok laa.. see you later in the next post...
daaaa...

Friday, May 20, 2011

cabaran 10 hari...

beberapa hari yang lalu, kawan aku si cipol telah menge'tag' ktaorang dah ada blog ni untuk join cabaran ni. iaitu cabaran '10 days about me!"
si cipol ni dapat cabaran ni daripada kawan dia dari blog ...past..present.. future..

cabaran nie kononya tak nak bagi blog kita bersawang la.. bila ada cabaran macam ni mesti kena jenguk setiap hari kan..

ermm.. kawan2 blogger aku yang lain yang turut sama di tag, semua dah start. tinggal aku jer. liat sket sbb aku ni bukan tau sgt cam ne nak describe diri sendiri. hoho...

ermmm.. kita tengok cabaran tu dulu yer...





Day One : 
10 things about you

Day Two : 
10 things you love

Day Three : 
10 things you hate

Day Four : 
10 things you want to say to one person

Day Five : 
10 wishes

Day Six : 
10 items you can't live without

Day Seven : 
10 important people

Day Eight : 
10 of your favourite songs

Day Nine : 
10 ways to win your heart

Day Ten : 
10 final words


dan daripada cabaran ini aku nak tag ;

Kerana Movie Nur Kasih The Movie

hari ni hari jumaat tapi aku rasa macam hari sabtu.. hari ni tak de exam..hmm kena baca buku untuk exam isnin nih..

im, ilah, jaja dan tasha

 lepas perjumpaan bersama pensyarah tadi, kawan aku yang empat orang ni dah semangat nak tengok movie yang dah lama diidam2 kan oleh si tasha ni iaitu filem Nur Kasih The Movie yang baru jer keluar panggung pada 19 mei iaitu semalam..

aku pon macam berminat jugak nak tengok citer tu sbb nak tau jugak apa sambungan dari rentetan drama Nur Kasih yang lalu.
tapi............................ memandangkan 'poket' aku yang semakin nipis ni. aku rasa tak mampu. walaupun Im cakap aku baru jer dapat 'hasil' tapi 'hasil' yang aku terima ni bukanlah untuk kegunaan 'berjoli' seperti ini... asben aku bg cukup2 n ngam2 je untuk hidup selama 2 minggu.. itu pun aku rasa sempit sangat dah.. nak kata aku makan banyak.. tak jugak. hohoho..
ehh melalut sudah.. ok2.. sambung balik pasal tengok wayang...
di sebabkan diorang nak kuar makan kat luar.. so, diorang cuma teman jer la aku, pikah n cipol ni makan kat kafe sampai pukul 12 t/hari.


sampai je kat bilikk.. aku terus duduk mengadap laptop. stengah jam kemudian.. tetiba asben aku mesej...

asben : sayang....
aku : yeeee.... dah balik skolah ker?
asben : ermm baru sampai umah ni... syg... ada ex-student abg pempuan ajak abg tengok wayang citer nur kasih the movie masa cuti nanti.. boleh tak??
perghh.. menyirap darah aku rasa.. lama aku tenung mesej tu..
then aku terus reply..
aku : abg... kawan sy pun ajak jugak. tuh diorang tengah siap tuh... tapi saya tak ikot tau.... tau knape? sbb sy nak tngok ngan abg.. so, abg pilih la nak tngok ngan sape.
(dalam hati dah sebak.. sob..sob..)
asben : yeke... bagus la.. abg nak tengok ngan kedua2nya.....
dalam hati aku cakap... waaa.. sampai hati dia.. huhuhu... lama aku nak balas mesej tu..sampai asben aku mesej lagi
asben : marah ker? laaaa awak ni... awak la ex-student tu.... hehehehe... jgn marah ek.. abg gurau jer..

cehh.. betapa la tadi aku rasa sebak nak nangis macam ada batu besar atas kpala rupanya terkena aku hari ni.. adoooiiii.. nak kena btol asben aku nih.. huhu.. 
pelik kan? macam mana asben aku boleh baca fikiran aku pasal nak tngok citer tu masa ni..
hmmm.... ni la orang cakap 'serasi' kot.. perkara ni dah banyak kali berlaku kat kami...
moga-moga ALLAH kekalkan keserasian kami nih....

ermmm.. cakap balik pasal Nur Kasih ni... ramai yang dah pergi memnonton citer ni kata citer ni best!! soo.. tu yang buat sedikit tergoda nak tengok jugak citer ni..


meh kita selongkar ape sangat yang buat orang tertarik nih..

''Setelah Adam berjaya mendapatkan cinta Nur..setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya..setelah Sarah benar – benar insaf… apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta"   nantikan Nur Kasih The Movie



penghasilan filem ini bukan sekadar memandang kepada populariti sirinya tetapi ianya untuk memenuhi permintaan 19 juta pengikut siri Nur Kasih untuk menyaksikan kesinambungannya melalui filem. Rata-rata mereka menyatakan tidak mencapai tahap kepuasan maksima dengan episod terakhir siri tersebut. Ianya bagai tergantung dan meninggalkan persoalan yang tidak mampu mereka sudahi. Mereka mahukan lebih lagi. Sekali lagi kerjasama gabungan suami isteri yang telah berjaya mencipta karya indah ini dituntut untuk menyuntik lagi kekuatan cerita kegemaran ramai ini menjadi sebuah filem yang mendedahkan segala-galanya yang tersirat di dalam siri Nur Kasih.Rasai satu kesyahduan indah bak bait-bait lirik lagu temanya, Nur Kasih, yang turut dinyanyikan kembali oleh Tiz Zaqiah, ‘Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…’ Filem ini akan membawa anda untuk berfikir sejenak apakah sebenarnya yang sudah anda lakukan sepanjang kehidupan ini, adakah anda menikmatinya atau sekadar membiarkan ia berlalu begitu saja. Yang jelas, setiap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya. Hanya mata hati yang ikhlas akan dapat merasakan nikmat ujian yang diturunkan Tuhan.


ehsan sensasi selebriti

Ehem ehem, romantiknya Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dalam gambar ni… hehe...
Tiz Zaqyah yang membawa peranan Nur akan lebih beremosi dalam filem ini dan watak Adam oleh Remy Ishak pastinya akan mengimbau kembali kegemilangan drama ini seketika dulu.










Mampukah filem ini meraih fenomena luar biasa sebagaimana yang diharapkan?


ermmmm cam best jer kan??? OK.. soo.. nantikan komen aku lepas tengok citer ni.. tapi ntah sempat ke tidak... hope sembat.. aku tak kira.. asben aku kena bawak jugak.... hohoho....


k... adios!

Thursday, May 19, 2011

RESEPI SPAGETTI BOLOGNESE

ini adalah percubaan pertama saya masak spagetti. sebabnya saya tak berapa makan sangat 'makanan barat' yang ni.... tapi atas permintaan incik asben maka ini lah hasilnya.. alhamdulillah menjadi.. 



masa saya kat maktab.. (akan balik kampung pada hujung minggu tu) tiba-tiba my incik asben saya telefon semata2 nak bagi tau dia teringin nak rasa spagetti lepas tengok iklan kat tv (iklan 1,2, 3 Prego yang anak chef wan tuh).. so.. dia pun tanya aku.. boleh tak buat hujung minggu ni.... ermmm sebagai seorang isteri yang baik aku terus kata 'yess of corse! everything for u' ...    hehehehehe....
jap2 tu jugak aku teringat spagetti yang aku makan kat balai islam malam sebelum tu hasil sentuhan rasa oleh kawab aku.. ijad... bagi aku spagetti yang ijad masak tu boleh diterima oleh isi perut aku yang kadang2 memilih makan nih.. hohoho...
maka keesokkan harinya masa dalam kelas terus suruh ijad tuliskan resepi.. dan dengan khusyuknya memahami 'penerangan' ijad cara nak masak spagetti. hehehe.....


malam tuh.. aku cal incik asben... bagi tau dia bahan2 yang perlu dia 'shopping' untuk memasak apa yang dia nak tuh... sepanjang duk kat pasaraya.. setiap kali nak ambik bahan mesti cal aku dulu.. kikik..  lepas aku balik dan sampai rumah. dia terus heret aku pergi dapur dan bukak peti ais.. nak tunjuk lah bahan yang dia dah beli. 


so jom kita belajar resepi nak masak spagetti bolognese yang telah dicedok daripada kawan aku nih..

RESEPI SPAGETTI BOLOGNESE

bahan-bahan : 


1 peket jejari spagetti
1 tin Tomato Puri (ijad cakap guna kimball)
1 botol sos Spagetti tradisional (kimball jugak)
lada kisar (aku guna cili boh)
bawang putih - aku guna 1 labu dan dimayang halus
bawang besar - aku guna yang saiz sederhana dan dimayang halus
bebola ayam (aku tak guna pon)
daging hancur *optional - boleh guna ayam atau daging lembu 
( aku guna daging burger lembu keluaran Ramly coz my hubby suka)
cendawan butang dalam tin
sepeket keju chesdale
lada hitam - ditumbuk
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

bahan-bahan yang aku sediakan


cara membuatnya :

p/s : pilih kuali atau periuk yang dalam dan lebar supaya nanti kuah tak melimpah atau memercik keluar masa disediakan...

1.  panaskan minyak dan tumiskan bawang yang telah dimayang tadi sampai agak kekuningan dan naik bau.
masukkan lada kisar dan kacau sampai pecah minyak. pada masa yang sama masukkan gula. kalau tak nak rasa kuah yang terlampau masam maka eloklah lebihkan sikit gula. kacau sampai warna merah berubag gelap.
2.  kemudian tuangkan sos spagetti tradisional dan tomato puri. dan kacau lagi dengan api yang sederhana kecil.
pada masa yang sama, di dapur yang berlainan, panaskan daging burger yang dah dikeluarkan dari frezzer stengah jam lebih awal sblm masak utk mengelakkan daging beku. tuangkan sesudu minyak masak dan hancurkan daging tersebut sampai halus.
3.  setelah kuah tadi dah hampir mendidih, masukkan daging tadi bersama-sama dengan cendawan butang yang telah dipotong.kacau lagi secara perlahan-lahan.
4. kalau nak cari dan tak terlalu pekat, boleh masukkan sedikit air dan cuba rasa. rasanya tak perlu letak banyak sangat garam sebab rasa sos tu dah ada masam.. letak la mengikut citarasa anda. sama ada nak masam atau agak manis sedikit.
5. kemudian masukkan lada hitan yang telah ditumbuk halus tadi. ( kalau suka pedas, boleh letak banyak)
6. renehkan kuah atas api yang perlahan untuk beberapa ketika. lagi lama lagi bagus yang penting api mesti perlahan.
7. akhir skali, masukkan 5 keping keju chesdale ke dalam kuah. biarkan keju cair dan kacau pelahan-lahan.
then siap la kuah spagetti nih. 

untuk sediakan spagetti;
panaskan air dalam periuk sehingga mendidih. masukkan lidi spagetti dan biarkan lembut mengikut tempoh masa yang tercatat kat peket spagetti tuh. kalau tulis 15 minit. so tunggu la sampai 15 minit.
bila dah kembang dan lembut. tuangkan dalam penapis. sementara panas tu letakkan sekeping keju chesdale dan gaulkan sampai rata. then siap.

cara hidangan :
pusingkan spagetti di atas pinggan dan curahkan kuah ke atasnya...
- then, sedia di makan..
hehehehe...











siaplah SPAGETTI BOLOGNESE hasil air tangan saya.. hehehe..


masa hidang kat asben untuk makan malam sebelum bertolak ke kedah keesokkan harinya..
komen dia... ermmm.. sedap.. thanx sayang... ( ini lah kata2 yang slalu ditunggu seorang isteri.... setuju tak? sila angkat tangan!) hehehe..
aku mampu tersenyum jer.. gembira.. hehe..
then asben aku cakap lagi.. 
"buat satu pinggan lagi.... "


hah? pelik dah aku.. tak kan nak tambah sampai kena guna pinggan lain... rupanya dia nak bagi kat jiran sebelah umah kami nih (seorang cikgu bujang)...
hahaha...


keesokkannya.. aku bawak spagetti nih jadi bekalan masa berhenti makan sepanjang ke kedah.. hati aku gembira lagi bila tengok anak2 buah n abg ipar aku suka makan.. hehehe...
alhamdulillah.. thanx ijad!


k la.. see u later.
daa..

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU 2011


SELAMAT HARI GURU bagi tahun 2011 kepada semua insan bergelar pendidik di Malaysia.
tema sambuatan hari guru pada tahun ini adalah ;
GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA

Besar jugak pengertiaannya tuh.. bukan senang nak jadi guru pada masa sekarang ni.. walaupun aku masih belum bergelar guru tapi berada dalam keadaan sekarang dan dengan pengalaman yang baru secubit ini.. aku tetap merasakan cabaran guru masa kini adalah besar. masa telah berubah dengan pantas dan begitulah juga dengan institusi perguruan di mana beban kerja guru semakin bertambah yang memerlukan tahap kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Jika dahulu insan bergelar guru menjadi sanjungan sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Tetapi malangnya hari ini guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Kadangkala ada guru yang disaman di atas perbuatan guru itu yang tidaklah berat mana berbanding segala pengorbanan yang telah dicurahkan. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menuding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.

Ketidakfahaman guru tentang peranan guru menyebabkan mereka menganggap guru hanyalah mengajar mata pelajaran tertentu dan anak mereka perlu lulus mata pelajaran tersebut tetapi guru juga berperanan mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Malangnya hari ini, ibu bapa lebih mementingkan kecemerlangan dari akademik semata-mata dan menganggap pembentukkan sahsiah terpuji tidak penting dan inilah sebabnya anak-anak mereka tidak boleh ditegur, walaupun melakukan kesalahan.


jom kita dengar pulak lagu tema HARI GURU pada tahun ni...




boleh tahan... walaupun ramai yang komen kurang bersemanngat berbanding lagu tema tahun lepas tapi bagi aku masih boleh diterima.. tak sabar aku nak dengar komen asben aku nyanyi lagu ni di sekolah.. ehehehe....

dikesempatan ini....
aku nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada insan-insan guru disekelilingku..

kepada kedua ibu bapaku yang telah mengajar aku bertatih dan bercakap.

kepada guru tadikaku di tadika KEMAS kota setia tahun 95/96 yang begitu sabar melayan dan mengajar kami mengenal huruf dan 123.... kerana cikgu tadika ni la aku dapat markah BM 96 peratus ke atas setiap kali ujian masa darjah 1.

kepada guru-guru sekolah rendahku yang comel2 belaka.. SK kota setia.. seronok rasanya masa menjadi kanak-kanak... ingat lagi kitaorng masuk tarian boria masa tahun satu.. masa tu kena pakai baju kebaya.. balik umah paksa mak belikan baju kebaya.. hehe.. masa tu belanja sekolah cuma 30 sen jer. tapi cukup. siap boleh simpan 10 sen untuk beli ais pong masa balik sekolah. start darjah 5, aku minat sangat belajar matematik.. sebab mak cik aku tolong siapkan keje sekolah dengan gambar rajah pecahan yang cantik. lepas dari itu, aku memang suka matematik. rapat ngan cikgu matematik sipa boleh dapat 2 susu kotak percuma setiap hari. hehe... masa UPSR.. cikgu-cikgu bagi semangat yang penuh pada kami. bawak gi kem dan macam2 program. buatkan kami kad semangat yang tertulis impian UPSR kami tapi hajat aku nak dapat 5A tak kesampaian.. cuma dapat 4A IB jer. tapi alhamdulillah...

kepada guru-guru sekolah menengahku... SKM sungai ranggam... kat sini aku menimba banyak pengalaman yang mendewasakan. dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5.. aku rasa aku sangat berbangga menjadi pelajar di sekolah ni... masa tuh, setiap tahun aku mesti dapat satu jawatan.
tingkatan 2 aku jadi penolong ketua kelas dan masuk MKT. tingkatan 3 aku dah jadi pengawas sekolah sampai tingkatan 5. tingkatan 4 aku dinobatkan sebagai tokoh sahsiah kat sekolah.
dapat kepercayaan guru untuk tolong diorang.. aku ingat lagi cikgu PK pentadbiran sekolah kami yang garang tu mintak aku tolong dia semak kertas ekonomi STPM.. masa aku banyak dihabiskan kat sekolah. waktu cuti pun kat sekolah. kalo tak de kelas mesti 'sibuk' tolong cikgu koperasi. haha..
masa di sekolah menengah la baru belajar mengenal cinta.. tak sangka ada jugak yang berkenan.. siap ada yang wish selamat berjaya dalam SPM sedangkan aku baru tingkatan 3 masa tuh. hahahaa.. tak sangka jugak aku dilamar cikgu sendiri. selama ni ingat gurauan, terjadi depan mata.
so... tak lupa SELAMAT HARI GURU bertakhta SAYANG buat suami tercinta... kerana incik asben aku ni jugak la aku bakal bergelar guru..

kepada para pensyarah IPRM... terima kasih kerna mendidik kami ilmu pendidikan untuk menjadi seorang pendidik.

kepada rakan-rakan aku (PSVIAN ambilan Januari 2009)... semoga kita semua dapat menjadi seorang guru masa depan yang berfikiran glokal. aku rasa cabaran guru masa depan mesti lagi mencabar dari sekarang. kalau tak cukup ilmu dan pengalaman di dada.. payah kot kita nak berkompromi dengan situasi.. kadang2 bila fikir seriau jugak aku rasa. budak2 zaman sekarang advance melebihi kita. saper nak dengar saper.. aku pon tak pasti. itu lah cabaran kita.

kepada guru-guru dalam famili aku... sangat bayak rasanya.. family terdekat adalah family mertua aku ni lah.. dah ada 6 orang guru dalam adik beradik suami aku termasuk yang ipar. dan salah seorangnya baru jer jadi menantu baru 2 hari lepas. boleh la nak panggil kami keluarga guru. hehe..

justeru aku nak hadiah korang semua dengan lagu ni...



aku suka dengar lagu ni sebab muzik dia kot. lunak suaranya. sedap di dengar. maksudnya pon mendalam....
semoga kita semua menghayati maksud GURU, CIKGU DAN PENDIDIK ni dalam erti kata yang sebenar. bukan semata cikgu yang mengajar tulis dan baca. semoga kita semua tabah dan dapat melengkapkan diri masing-masing...

ameen..


semalam sebelum aku balik ke maktab.. mak ayah dan adik aku datang umah aku masa aku tengah bersiap-siap nak balik. mak datang sbb nak wish hari guru kat kami. adik aku pun nak bagi hadiah.. adik aku yang darjah satu tu.. bagi aku sepotong kuih bahulu yang dia makan semalam dan ingat aku.. walaupun hanya kuih bahulu.. tapi besar maknanya bagi aku.. betapa aku rasa.. aku amat jarang berjumpa diorang lepas kawen ni.. cuma masa aku balik hari tu, aku bagi hadiah kat diorang semua yang menyambut hari jadi bulan 4 dan 5 termasuk hari jadi adik bongsu aku iaitu hari ni.. sama dengan hari guru. cita-cita dia pun nak jadi cikgu sama mcam kak dan abg longnya.. yer lah.. semoga Yan buleh jadi cikgu satu masa nanti.. insyaALLAH..


Tuesday, May 3, 2011

kek Brownies Kukus

kek Brownies Kukus

Bahan-bahannya :

(A)

120 gm coklat masakan

170 gm minyak masak

(B)

130 gm tepung gandum

50 gm serbuk koko

1/2 sudu teh serbuk penaik

(C5 biji telur

200 gm gula kastor

10 gm ovalette

1/2 sudu teh esen vanila

3 sudu besar susu pekat manis

Setengah cawan air suam

Cara Membuatnya :

1. Pukul telur bersama gula sampai kembang..

2. Sementara tu, ayak tepung gandum dan campurkan tepung gandum yang telah diayak bersama dengan serbuk koko ( kalau tak de serbuk koko, guna milo pun bleh) dalam bekas yang lain.

3. Kemudian, masukkan tepung tersebut kedalam bekas telur tadi sikit demi sedikit.

4. Pukul lagi sampai sebati dan sedikit kembang.. pada masa yang sama, masukkan overlette, serbuk penaik dan esen vanilla.

5. Kemudian tuangkan minyak masak dan dan air suam.

6. Pukul lagi sampai kita rasa betul2 kembang.

7. Tuangkan adunan dalam tin kukus yang telah disapu minyak.

8. Kukus selama 45 minit.

Tutup periuk kukus dengan tuala nipis agar air wap tidak menitik pada kek.

Kemudian bla kek telah siap dikukus.. satu cara kita nak tau kek yang kita kukus ni dah masak, ialah dengan cucuk tengahnya dengan garpu. Bila tiada yang melekat kat garpu tu maksudnya kek tu dah masak dan boleh diangkat.

Terbalikkan kek atas bekas yang bersih.

Pada masa yang sama, cairkan coklat masakan. Caranya letak dalam bekas yang tahan panas then, letak bekas tu atas air mendidih.. nak senang lagi.. guna la double boiler kalo ada..

Bila coklat masakan dah cair tuangkan sedikit minyak masak atau nak guna planta pun bleh jugak. Tujuannya supaya coklat tu akan tetap cair sebelum dituang atas kek.

Kemudian, boleh la tuangkan coklat tu atas kek kita tadi... dan hiaskan la kek ikot kesukaan..

Then.. siap...






haiii.. niat dihati nak buat untuk kengkawan kat maktab tapi dah selamat dikorbankan untuk adik2 n anak buah aku.. hehehe....
lain kali la aku buat untuk kawan2 nih.. hehehe..

cakap pasal buat kek..
incik asben aku pun paling suka jadi tukang kacau aku buat kek... haha

ermmm.. ni gambar masa dia menolong isterinya buat kek masa raya haji baru ni.. haha..



buleh plak... kacau kek sambil tengok hindustan dalam my lappy.. haha.


mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...