mungkin ramai yang telah membaca berita kosmo bertarikh 5 ogos yang lalu.. tentang kisah pembuang bayi luar nikah yang semakin berleluasa dikalangan remaja sekolah..
berikut laporannya....
Bayi hancur dimakan biawak
Oleh SHAHRULANOOR ISHAKshahrulanoor.ishak@kosmo.com.my
KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.
Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.
Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.
Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.
"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.
"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.
agaknya, sebagai seorang yang boleh berfikir rasional dan waras, apa perasaan kita sebagai salah seorang ahli komuniti.. aku amat tersentuh dengan apa sahaja berita dan cerita yang melibatkan kanak-kanak dan wanita atau seorang ahli keluarga.. benar kata orang, pengalaman itu mendewasakan.. aku yang diajar berdikari sejak kecil rasanya cukup untuk aku memandang pada alur sebuah pergerakkan keluarga.. semakin aku menginjak dewasa, semakin aku sedar dimana letaknya keluarga..
apa lah dosa bayi yang tidak mengetahui apa2.. dimana letak kewarasan seorang ibu ketika itu?? apa cukup terlepas beban malu di dunia?? namun diakhirat kelak tetap dipertanggungjawabkan..
betapa air mata aku jatuh tatkala membaca dan menulis bingkisan ini..
aku jadi terfikir bagaimana agaknya seorang pelajar sekolah menyembunyikan perut yang memboyot membawa kandungan dari pengetahuan ibu bapa dan warga sekolah sehingga melahirkan bayi..
di mana letak silapnya??
persoalannya, mengapa mesti bayi itu yang menjadi korbannya?? aku seorang isteri, aku juga mahu menjadi ibu.. betapa aku bersabar menanti saat aku untuk dilabel sebagai seorang ibu..
aku tahu, aku masih perlu menanti dan meneruskan kehidupan menghabiskan sisa pengajian yang aku kutip buat masa depan aku, keluarga dan anakku nanti..
aku besyukur kerana aku terlepas dari berada dalam dunia remaja yang penuh panca roba dan lubang2 alpa. walaupun sekadar mengemis di pinggiran namun aku besyukur dengan duniaku sekarang..
pada rakan2 diluar sana, mungkin yang sebaya dan seangkatan usia denganku.. bijak dan pandai2 lah menjaga diri.. keputusan ada digenggaman kita.. kita yang merancang masa depan kita.. aku tahu, aku bukan sesiapa untuk memberi peringatan dan amaran namun sekadar meluahkan rasa.. janganlah kita terlalu taksub pada cinta dunia..
cinta pada bunga, bunga akan layu
cinta manusia, manusia akan pergi
cinta ALLAH, itu yang abadi..
cinta abadi itu cinta ILAHI..
cinta ibu bapa cinta selamanya..
cinta saudara hanya di dunia..
cinta sesama insan, perlu dibajai dengan ketaqwaan dan keimanan....
moga kita semua berjaya dan diberkati ALLAH sentiasa..
Followers
About Me
- intan_isna
- NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mana tau berguna untuk korang bersantai..
- DiarY INPuT. (13)
- HolidaY (11)
- JOM MAKAN-MAKAN (6)
- lirik lagu favourite ku.. (10)
- mesti baca (6)
- tips (10)
No comments:
Post a Comment