Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Tuesday, August 25, 2009

PBS SEMESTER 2

OKEH.. meh sini.. ni nak wat laporan sket pasal PBS kali ni.. hehehe..
ermmm bagi aku kali ni sama je cam yang lepas. ada boring, ada bosan, ada malas, ada suka, ada duka n semua lah..

hari pertama sampai, aku sampai agak awal. sampai je GB nganPK tak de plak. so hari pertama aku relaks je.. masuk bilik guru, tapi tak de meja kosong. ada seorang guru lelaki yang baik hati tuh, siap suh budak kemas meja kosong kat sebelah dia sebab nak bagi aku duduk. hehehe.... aku perasan gak waktu aku mula2 sampai ramai gak yang duk perhati aku. yelahh.. kebanyakkan students aku kenal. diorang tu adalah adik kawan2 aku dan anak2 cikgu2 aku.. siap ada yang panggil aku kakak je.. hahaha... tak kurang jugak, ada seorang cikgu laki tu duk asyik tengok aku.. sampai bilik guru, aku sembang2 ngan cikgu2 tuh.. diorang semua terkejut bila tau aku dah kawin.. haha.. lagi terkejut bila diorang tau suami aku cikgu aku dan mengajar kat sekolah menengah.. kira diorang dah selalu sangat nampak lali aku tuh.. hehe..

masuk second day, aku dapat tau budak2 dah start exam. ini bermakna aku takkan dapat tengok cikgu mengajar dalam kelas.. oleh yang demikian, aku just jumpa guru panatia dan mintak apa yang patut.
pasal cikgu2 kat sini, memang happening giler.. rasa disenangi je datang sekolah tu. hehe.. dalam bilik guru, mulut rancak bersembang siap boleh menjalankan urusan jual beli lagi. aku pun tak ketinggalan menempah dua jenis kuih raya dan sembang pasal baju raya.. hehehe...

bila time makan, rasanya asyik ada je yang ajak aku gi makan. so tak terasa la sangat terasing walau aku bersendirian wat PBS kat situ..
mak cik yang keje kat kantin pun adalah saudara suami aku dan mak kepada kawan aku.
sampai kat kantin duk bersembang lagi.. mengumpat pun ada.. ada je benda nak cakap. hehe..

aku sempat diberi peluang, masuk satu mesyuarat kurikulum, jaga satu kelas peperiksaan dan relief satu waktu untuk bebudak darjah 2.. sepanjang hari tu, aku boleh dianggap berdedikasi laa sebab aku datang awal dan balik paling lewat sebab kena ikut jadual suami. lewat kelas dia, lewat la kau balik.. huhuhu...

sampai hari terakhir, aku siapkan mana yang patut ditandatangan dan bagi sedikit cenderamata untuk semua guru yang dah layan aku dengan baik. tetiba, ada seorang cikgu tu nak tangkap gambar semua guru dan staff.. jadi aku tak ketinggalan dan dijemput sama..

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...