Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Sunday, October 30, 2011

masak lemak siput sedut



BAHAN-BAHAN yang diperlukan :


  1. siput sedut lebih kurang 1 kilo
  2. 4 ulas bawang merah, 
  3. 2 bawang putih, 
  4. sedikit kunyit hidup, 
  5. sedikit halia 
  6. cabai burung - 5 hingga 6 tangkai mengikut citarasa
  7. sedikit ikan bilis
  8. 2 batang serai
  9. sehelai daun kunyit
  10. santan kelapa - yang pekat
  11. sos tiram
  12. sedikit garam

CARA-CARA menyediakan :

  1. tumbuk hingga lumat bahan seperti bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, cabai burung dan ikan bilis.
  2. kemudian panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.. masukkan 2 batang serai yang telah dititik.
  3. setelah naik bau.. tuangkan 1 cawan air.. jika rasa warna agak pudar, boleh tambahkan serbuk kunyit. 
  4. kemudian masukkan sehelai daun kunyit yang telah dipintal. nak masuk sehelai camtu je pun tak pe..
  5. kemudian boleh la masukkan siput sedut yang telah dipotong bontotnya dan dibersihkan.. ( potong bahagian belakang siput tu.. biar banyak sikit.. kalau tidakk.... haaaaa... jenuhh la kome nak menyedutnya nanti............. ) 
  6. kemudian, tuangkan sedikit sos tiram..
  7. kacau hingga beberapa minit.. dan kemudian masukkan santan.. santan pekat lebih elok.. sbb masa awal tadi kta dah masukkan air.... 
  8. kacau untuk beberapa ketika...
  9. kalau suka boleh masukkan cabai besar..
  10. rasa dan letakkan garam mengikut citarasa...
  11. dann... SIAP... boleh la dihidang.....

selamat menyedut siput sedut.... baik2 sedut tu... jangan sampai tertelan ngan cengkerang skali.. kang jadi kes nayaa... hehehe...


selamat mencuba..

sotong masak kicap




hari ni nak share resepi sotong plak...
haii.. kalau ikot selera aku.. pastinya aku suka masakan seafood yang garing2 sket.. atau lebih tepatnya adalah yang bergoreng..
termasuklah sotong ni..
hari ni aku masak sotong goreng berkuah kicap.
ni menu untuk bilangan orang yang sedikit la...

bahan-bahan :


  1. sotong ~ dibersihkan dan tak perlu potong... biarkan je seekor cam tu..
  2. seulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih
  3. sepotong halia
  4. beberapa biji cili api ~ bagi yang suka pedas
  5. kobis bunga
  6. sedikit lada benggala dan bawang besar jepun untuk hiasan
  7. kicap manis
  8. sos tiram
  9. sedikit sos cili
  10. sedikit air
  11. garam secukup rasa

cara menyediakan :

  1. setelah sotong dibersihkan, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. kemudian gorengkan sehingga masak. setelah masak, susunkan diatas pinggan.
  2. sekarang sediakan kuahnya pula......
  3. tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili burung yang telah ditumbuk lumat. lepas naik bau, masukkan sos tiram dan sos cili... kemudian masukkan sdikit air...
  4. kacau perlahan dan tuangkan kicap manis.
  5. lepas kuah dah sedikit pekat.. masukkan kobis bunga, lada benggala dan bawang besar. gaul dan masukkan garam atau gula secukup rasa... tak perlu terlalu banyak kerana sos tiram tu dah masin...
  6. lepas kobis dah sedikit layu.. tutup api..... kalau kobis dan lada dah terlalu masak, nanti tak sedapp....
  7. tuangkan kuah kicap ni atas sotong yang telah disusun atas pinggan tadi....
  8. ermmmm siap untuk dihidang.............

macam mana nak bersihkan ketam....



nyum....... KETAM......
Bestkan dapat makan ketam goreng... hmmm.... i like.. hehehe...
tapi mesti ada yang berduka cita mengenangkan susahnya nak makan dan menguruskan ketam ni..
lagi2 kalau makan kat kedai.. mau jadi perang ketam n manusia plak karang.. duk krakk krekk krakk krekk.. hehehehe...
ermm senang citer kita 'perang ketam' dirumah saje.. tak la malu dipandang orang.


okehh.. meh kta share cara nak menguruskan ketam ni..


  • mula2 pastikan ketam-ketam tersebut telah sudah tidak benyawa. kalau masih benyawa tu mungkin boleh rendam dalam air sejuk dan masukkan dalam peti sejuk atau rendam dia dengan air suam yang diletakkan segenggam garam untuk memperlahankan pergerakkannya.
  • pegang dengan dua buah tangan dan tarik cengkerang ketam perlahan2.. kemudian buang la segala isi dan lendir pada cengekerang tu... sebab ramai yang tak makan organ pada cengkerang tu... tapi.. tak tau la plak ada yang suka makan... errmmmm itu terpulang...
  • lepas bersihkan kat bahagian cengkerang tu... pusingkan badan ketam dan tarik benda segitiga pada bawah ketam tu... nanti akan kelihatan insang ketam... sooo buangkan semua tu... buang juga telur ketam pada benda yang segiitga tu...
  • bersihkan juga lemak ketam yang warna oren macam cheese cair tu....
  • bersihkan kawasan sekitarnya dan boleh la dibelah dua atau dibiarkan seekor je macam tu....
  • pada bahagian kaki dan penyepit tu.. gosok2 la sikit untuk buang lumut dan kotoran yang melekat kat situ..
  • thennn.. siap... dah boleh masak dahh...

p/s ~ ermm masak lemak cili api atau sup.. gerenti sedap... goreng pon sodap.. hehehehe....


RESEPI ~ Masak Lemak Cili Ketam

masak lemak cili ketam


ermmm.... alhamdulillah... setelah sekian lama aku teringin sangat nak makan ketam..
akhirnya incik asben aku beli juga... ermm itu pon beli kat pasar jer... tapi tak kisah la kan....
dah lama sangt rasanya buat request... baru sekarang dapatnya... yeaargh.. best!

okehh.. memandangkan incik asben aku beli untuk kami berdua makan jer..
yang aku plak teringin nak masak macam2... ermm lastnya aku buat masak lemak ngan goreng rempah je..
ermmm... okehh... sekarang aku nak share ngan korang resepi masak lemak cili ketam ni.. hehe

tapi.. sebelum tuh, kena bersihkan ketam dulu... korang tau tak cara nak bersihkan ketam ni??
haaa.... jomm kta tengok cara nak bersihkan ketam ni dulu....


bahan-bahan untuk masak lemak ketam ni adalah :


  1. beberapa ekor ketam
  2. 2 ulas bawang merah
  3. 4 ulas bawang putih
  4. beberapa biji cili burung
  5. halia
  6. 2 batang serai dititik
  7. sehelai daun kunyit dipotong halus
  8. santan pekat ( aku guna santan kotak jee)
  9. cili besar sebagai hiasan
  10. garam dan gula secukup rasa

cara-cara untuk menyediakannya adalah :

  1. mula2 sekali tumbuk bawang, cili burung ngan halia tu.. ada orang buat yang tak letak langsung bawang.. tapi kalo aku.. masak tak pakai bawang ni macam tak lengkap jer... jadi terpulang la ikot citarasa masing2 untuk letak bawang atau tidak...
  2. tuang sedikit minyak masak dalam periuk.. sikit je.. dalam satu sudu kecil.. just untuk elak bawang lekat kat periuk..  kemudian tumiskan bawang, cili burung dan halia yang telah ditumbuk, masukkan sekali serai yang telah diitik.
  3. kemudian tuangkan air. jangan terlalu banyak. air ni pon terpulang kepada individu. sama ada nak kuah yang cair atau pekat. kalo saya.. saya lebih suka yang pekat.
  4. tuangkan sedikit sos tiram, dan tunggu sehingga air sedikit menggelegak.
  5. kemudian tuangkan santan pekat dan teruskan kacau dengan api yang pelahan. supaya santan tak pecah lemak.
  6. kemudian baru la masukkan ketam, cili besar, garam dan gula secukup rasa.....
  7. kacau untuk beberapa minit lagi.. tak perlu lama sebab ketam ni cepat masak. tengok pada cengkerang ketam.. kalo dah bertukar warna dan sedikit kemerahan. maksudnya dah masak la tu..
  8. akhir sekali, taburkan daun kunyit yang telah dipotong tadi... lepas beberapa saat boleh la tutop api dan hidangkan...


ermmm... mesti terangkat punya lah.. SELAMAT MENCUBA semua...



ni menu makan tengah hari kami... punya lah lama aku tunggu incik asben balik sekolah untuk santap menda alah ni.. ermm dia ada meeting pulak masa hari tuh...
apapun.. selamat sudahhh menjadi isi perut.. hehehe...


Tuesday, October 25, 2011

GERKO - KAMI... satu persembahan akustik

sebagai penutup kepada kursus WAJ 3112 kami iaitu kursus GERKO- PERSATUAN...
satu malam kebudayaan telah diadakan. dimana semua unit kelas semester 6 dikehendaki mempersembahkan sebuah persembahan pada malam tersebut.

dan kelas kami pun bertungkus lmus la mikir apa persembahan nak buat. kalo korang nak tau, persatuan yang kami pilih ada adalah Persatuan seni Budaya dan masak2.. hehehee... kami namakan aktiviti masak-memasak kami sebagai DAM DIM DUM BUNYI PERIUK....

mulanya terpikir nak buat teater muzikal pasal masak2 la.... teater muzikal berdasarkan iklan makanan kat tv la.... tapi semua tu risau tak jadi dan kami memalukan diri jer nanti.. lastnya.. tetiba dengan baik hatinya syamimi telah sudi menyumbangkan ideanya iiatu kami akan berlakon teater bertajuk ragam manusia selama 5 minit.. cuma persembahan tersebut tak de akitan langsung dengan masak-memasak..
arghh.. aku pikir, belasah jer... janji ada... masa pon dah makin suntuk..

masa perjumpaan kami pada hari isnin, kami nak berlatih buat kali pertamanya.. tiba-tiba..... kami diberitahu, malam kebudayaan tersebut telah diawalkan menjadi malam tersebut... maksudnya pagi ni berlatih malam dah kena persembahkan..

ok.. soooo.. masing2 mencuba babak yang telah dirancang..
tup tupp...... penasihat kami kata kurang sesuai...
ermmmm.....

terpaksa laa kami pikir kan persembahan lain..
mengenangkan suhaib ada kemahiran dalam main gitar..
saiful pon boleh nyanyi..
maka tetiba kami terpikir nak buat lagi akustik sahaja..
mulaanya agak pening nak pilih lagu mana... lastnya setelah beberapa kali dicuba dan ditest... kami pilih lagu Mimpi yang Sempurna daripada kumpulan Peterpan.

sooo.. dalam masa kurang 12 jam.... semua kena hafal lirik dan berlatih la seadanya.....
dan malam itu, kami persembahkan persembahan kami...

maka... saksikan laaa....



                     


semua melibatkan diri tau kali ni........

Gitar - Suhaib
Flute - Im
Tambourine - Azni
Lead Singer - Cypol
WonderGurls - Tasya, Mira, Rina, Nina, Ijat
group choir KAMI - Ah Hoong, Akem, E Lyn, Atie, Tya, Intan, Jaja, Pika, Ilah, Rafhan, Lady

ni lirik lagu MIMPI YANG SEMPURNA (PETERPAN)

mungkinkah bila ku bertanya
pada bintang-bintang
dan bila ku mulai merasa
bahasa kesunyian
salahkah aku yang berjalan
dalam kehampaan
terdiam, terpana, terbata
semua dalam keraguan
aku dan semua yang terluka karena kita
aku kan menghilang
dalam pekat malam
lepas ku melayang
biarlah ku bertanya pada bintang-bintang
tentang arti kita
dalam mimpi yang sempurna

macammana pun kami enjoy dengan persembahan kami.....

Sunday, October 23, 2011

Betapa Berharganya Seorang Wanita



ingat tak sebelum ni aku pernah tulis satu entry iaitu pasal terapi air mata..
dann hari ni aku rasa cukup tertarik untuk berkongsi satu lagi pasal wanita iaitu :


Betapa Berharganya Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Wednesday, October 19, 2011

incik asbenku berpuitis..



hari ni incik asben sy cuti rehat sbb bawak ayah mertua sy pegi check up di hospital.
malam ni, sy mesej incik asben macam biasa....
seronok sangat di duk citer pasal perlawanan terengganu menengtang selangor malam ni.. hehe..
jam dah pukul 1.00 pagi... haiii lewat plak incik asben sy ni tdoo malam ni.. biasanya pkul 12 malam dah selamat belayar dah.. hehee...
ermm bila aku tanya apsal abg tak tdo lagi... tetiba dia reply dengan mesej ni......
ermm sooo sweet..


tidur paling best bila awak ada DISEBELAH abg..
sembahyang paling best bla awak ada DIBELAKANG abg,
makan paling best bla awak ada DIDEPAN abg,
ketawa paling best bla awak ada DISISI abg,
dan.... 
hidup paling best bla awak ada sentiasa DISAMPING abg tak kira kiri, kanan, depan atau belakang abg.
ILOVEU.. Mmuah..




eeeeii sooo sweet.. 
tetiba aku rasa terharu plak bila incik asben aku reply mesej panjang macam tu tengah2 malam ni.. tetiba teringat balik, zaman kami curi-curi pandang di sekolah dulu, dan tukar-tukar kad/note chenta.....
seronok rasanya.. walaupon masa tu aku tak de handphone lagi...


errmmm.. tak sabar nak balik hujung minggu ni..
dan sambut annivessary kami yang ketiga.. insyaALLAH..




sehingga tarikh hari ini.. 18 okt 2011





doakan perkahwinan kami ini hingga ke syurga.. INSYAALLAH..
doakan juga kami dikurniakan kebahagiaan, keharmonian rumahtangga.. dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah...


insyaALLAH...
ameen...

Tuesday, October 18, 2011

dah nama budak seni ~ PROJEK MURAL


ura-ura bahawa maktabku yang tercinta akan diiktiraf sebagai maktab sukan makin kuat kedengaran. bahkan macam2 program telah dirancang dan diatur semasa hari perasmian tersebut. dan lebih membanggakan apabila perasmian tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap menteri Pelajaran Malaysia Dr seri utama tan sri Muhyiddin Yassin.


kelas kami pula sebagai kelas PSV paling senior kat maktab ni telah diminta oleh pensyarah kami untuk membantu junior ni buat mural. mengikut kata pensyarah ktaorang tu, kami kena tolong lukis je.
bila kami dah lukis rasa macam tak berbaloi kalau tinggal macam tu je. maka kami dengan senang hati dan suka relanya menerima kontrak untuk menyiapkan mural pada dinding court tennis itu sehingga selesai.


dah nama pun dinding court tennis kan... ermmm memang nesar.. kalo ikot anggaran secara rawak aku ada la dalam 12 kaki X 50 kaki.... tinggi dan melebar ke tepi.
untuk sesi melukis semuanya pakai konsep garisan grid.
mewarna pulak start dari bawah dan makin ke atas.. paham2 jer la.. bila nak warna yang atas mesti akan terleleh ke bawah dan itu akan mencacatkan yang bawah.. soo.. bahagian bawah tu dah kena overlayar brape kali ntah....
dalam masa 2 minggu baru siap yang kat court.. itupon tak sesempuna sepenuhnya lagi la.. 





ermmm nampak tak kelebarannya.... fuhhhh..


selesai di court tenis, kami diarah pulak melukis mural kat pintu masuk utama kampus raja melewar....
waauuu.... sangat penegasan disitu...
ada gak KAMI terpikir sesuai ke buat mural kat depan pintu masuk tuh...
tapi.... kami ni kan mentimun jer... kena la ikot kata si durian.. hehe.. apa laaa aku melalut ngan mentimun ngan durian bagai ni.. hohohooho..


maka.. kami pun mulakan proses melukis di dinding pintu pagar utama. kali ini bertukar pensyarah pembimbing.. dia tak nak konsep lukis ikot grid. maka kami terpaksa datang waktu malam untuk melukis guan teknik moden.. moden sangat kan.. ini namanya imitasi.. kami pancarkan gambar guna LCD dan trace sahaja..
kemudian baru mulakan proses mewarna. proses mewarna dinding depan ni lebih sukar sbb kali ni guna banyak warna.. dan setiap warna kalau boleh ada lah warna bancuhan.. maka memang banyak la bermain dengan warna...


ermmm semuanya demi kerana TImbalan Perdana Menteri yang nak datang merasmikan maktab kami sempena kebitaraan maktab sukan.......


psv ohhh psv.......... diperlukan dimana2 saje.........................












tengok tu.. banyakk warna yang kena dibancuh...




maka ini lah hasilnya... selama lebih kurang sebulan, siap la mural untuk  4 buah dinding.. hasil sentuhan tngan KAMI..











nak tengok lebih lanjut perjalanan KAMI buat murall... 
mehh jenguk kami di SINI....

jika isteri anda seorang yang baik..maka hargai lah dia......


KISAH BENAR...suami yang myesal..

Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hor
mati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….


Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tajuknya now and forever...
by richard marx



Friday, October 14, 2011

Sajak Merdeka 2011


ingat tak sebelum ni aku pernah citer pasal linguistiku iaitu pasal sajak yang aku cipta sempena bulan bahasa kebangsaan 2010.

ermm ni aku nak citer pasal satu lagi kejayaan aku.. alhamdulillah.
kali ni pasal sajak sempena bulan kemerdekaan pulak..


seperti yang sedia maklum aku jadi KU sem ni.. so.. masa minggu pertama kami menjejak kaki semula ke maktab selepas selamat menjalani praktikum dan berhari raya, aku menjalankan tugas KU semula. masa tngah jalan balik dari kelas, kami semua terpandang iklan atau memo yang tertulis....
semua unit kelas diwajibkan menghantar penyertaan pertandingan mencipta sajak sempena bulan kemerdekaan Malaysia...
sebut je cipta sajak.. ermmm semua wat tak tau.. tunjuk kat pulak.. heheehhe...
aku tengok tarikh cuma ada masa 3 hari jer lagi...
wahhhhh sempat ke nak mengarang sajak dalam masa 2 hari ni...
ermmm... apa2 pon.. malam tu aku cuba jugak.. ada la dalam 2 jam aku cuba fokus pilih ayat terbaik untuk hasil kan sebuah sajak ni..
aku siap dibantu oleh syamimi dan isi rumah ni untuk dapatkan main idea dan jalan citer macam mana yang nak aku sampaikan..
akhirnya siap juga.. dan aku hantar kepada penyelaras pertandingan iaitu dr Maridah Alias pada keesokan harinya.

masa kami semua beraya ke rumah pensyarah seni kami ( encik Mazlan).. tetiba ada budak junior bg tau, sajak aku terpilih untuk dideklamasikan.. alhamdulillah dapat johan lagi...
ahhhh sudahhh... sapa plak nk baca ni.. aku bab tulis boleh laa.. nak baca ni.. pikir seribu kali laaaa...

aku cuba offer n tanya kat kawan2 aku.... aku tak la memaksa cuma berharap jer.. hehe...
alhamdulillah... nasib baik.. sahabat aku Aminina sudi nak tolong bacakan...
then... aku terfikir... apa salahnya aku cuba baca jugak.. mana tau boleh.. hehe...
last aku ambik keputusan untuk deklmasi sajak bersama-sama ngan Nina.. dalam masa kami tengah buat preparation, tak sangka yang Tasha pon nak join sekali.. waaaa... itu sudah kira bagus....

maka.. pada satu petang ahad, selepas pulang dr open house.. kami bertiga pun berlatih dibawah bimbingan Nina.. aku bimbang jugak sebenarnya sbb masa tu aku tengah batuk.. suara pon rock alaa Ella gitu.. hehe

pada masa kejadian iaitu sambutan bulan kemerdekaan dan jamuan raya peringkat maktab, akhirnya kami bertiga telah berjaya mendeklamasikan sajak tersebut.. hehe.. cheeewaaahh..
walaupon masa dibelakang pentas... tak bleh diam sbb dah masing-masing debor... cuma nina yang berpengalaman sket.

tapi aku bersyukur sangat... alhamdulillah.. kawan2 aku sangat membantu...
terima kasih sangat kepada Aminina hj Jemaat dan Nurul natasha Nadia erk..
tak lupa jugak kepada semua kawan2 aku yang ada membantu.. secara langsung atau tidak langsung.




TRIO ~ Tasha.... Nina....Intan...



tupperware....... eeeiii maceehh..

ermmm... ini lah dianya nya sajak yang kami bacakan yang sempat aku buat dalam satu malam.



TAJUK : KEMILAU PASCA MERDEKA
Oleh : Intan Suriana Mohidin



Berkurun kita berburu mencari makna kata..
Berkurun kita keliru mengenal makna wira..
Berkurun kita delema berhias seloka
Jebat dan Tuah, siapa yang patut dipuja?
Panji mana patut dijaja?

Menjelang ogos menjelma
Si ayah mencuci dinding, mengilap motokar
Mengibar panji Malaysia penuh kebanggaan
Si ibu mengintai  jiran sebelah
Bersaing memilih tekstil terbaik
Menjahit persalinan merdeka mewah

Ambang merdeka berkelip indah
Bersama gegak gempita
Pemuda pemudi bersorak gembira
melaung melalak merayakan kemerdekaan
namun musuh bukannya di seberang sempadan...
musuh sebenar rupanya berdiri bersebelahan..
Seindah percikan bunga api
Semarak itu jiwa muda bergelora
Apa dihirau malam yang memekat
Di setiap corong, lorong dan lohong
Berteman kasih berdarmawisata
Mendendang wira arjuna
Ahhhhh... Merdeka oh Merdeka..

Demikian lah sekelumit senario
Sebuah ambang pasca merdeka..
Relevankah makna direalisasi?
Apa erti terkesan dihati?

Di daerah merdeka yang permai ini,
Kita berdiri teguh mencakna maruah bangsa
Mengangkat daulat pertiwi
Dibawah rahmat yang maha Esa
Siap siaga bukan sekadar sedar di mata
Telus mengharungi cabaran
Menghayati tindakan dan kewajipan
Menyelinap ke tiap rangka visi dan misi
Jangan sampai tergadai diselar pertualangan
Yang sering datang bertandang mesra
Sedang hati diulit dengki khianat

Kini mendepani generasi bijak bestari
Dengarkan dan ajarkan perjuangan silam
Jangan sampai terbiar hingga alpa..

Harga diri bukan kemajuan semata
Kebebasan, keadilan dan teknologi canggih
Tetapi.....
Jua menuntut pertanggungjawaban di jiwa
Rapatkanlah barisan keramat berbekal azimat muafakat
Segeralah cantas pucuk angkuh, rusuh dan minda ampuh
Membilas noda mengukuh generasi pasca merdeka
Kukuh dan jitu
Kita lah bangsa anak-anak pasca merdeka
Menyambut 54 tahun merdeka dengan perisian penuh penghayatan
Berbekal memori sejarah terbinanya sebuah warisan



Nukilan :
INTAN SURIANA BINTI MOHIDIN
UNIT : PSV/PJ/BM
AMBILAN : JANUARI 2009 ( SEMESTER 6)



p/s ~ sajak ini adalah hak milil persendirian.. okeh.. sebarang copy harap minta atau maklum..

~ aku masih berharap dan bercita2 nak penulis.... ' - "


Wednesday, October 12, 2011

CUTI CHENTA ~ ronda-ronda negeri KEDAH

masa cuti i6 september hari tu, sebenarnya aku ngan geng elianto ni dah merancang kononya nak bercuti samapi ke Langkawi. dah berhajat nak naik 'belon' ke langkawi..
tapii.. apakan daya.. tiket terlampau mahal samapi tak terjangkau dek duit elaun yang tinggal ciput.. hehe..
makaaa.. percutian elianto ditangguhkan dan aku pun balik la kampung menemui incik asben terchenta.. hehe..

aku sampai kat kampung dah malam masa tu. lepas makan kat pekan teluk intan, singgah rumah mak aku.. jumpa abah, mak ngan adik-adik sekejap... lepas tu singgah pulak rumah mertua.. jumpa ayah ngan mak. lepastu baru la balik rumah sendiri jumpa katil yang dirindui.. eheehhee..

kemas barang mana yang patut dan tidur awal sbb keesokan harinya kena bangun awal.. hehe...

tarikh : 16 september 2011

okeh.. bangun awal.. tapi tak sempat wat breakfast. aku wat air.. n incik asben kuar gi kedai beli nasi lemak.. hehe.. lepas dah bersiap n bekfast.. angkut barang masuk dalam kete. tepat 8 pagi, kami berkumpul kat masjih kampung gajah sbgai tmpat berkumpul untuk rombongan hari keluarga SMK sungai ranggam 2011 ke negeri Kedah darul Aman..
seronok aku dapat jumpa bekas cikgu2 aku dulu... ramai yang puji aku makin kurus.... ahakkkk puji ke tuh... hohohoho...
ermmm untuk permulaan kami gerak dengan 7 buah kereta dari perak.. sebab ada cikgu aku yang dah gerak lebih awal kat kedah.
destinasi kami adalah Gunung Jerai, Kedah...

sampai kat kaki gunung Jerai pun dah tngah hari.. kalo ikot tentatif.. naik puncak dulu baru check in kat penginapan.. masa tu pon dah tengahhari, sooo yang lelaki meninggalkan isteri masing2 kat taman permainan kat situ untuk menunaikan solat jumaat.. hehe..
aku pon rancak sembang ngan isteri2 cikgu aku ni.. memandangkan semuanya cikgu termasuk la aku yang bakal jadi cikgu.. jadi topik perbincangannya tak lari dari dunia pendididkan..

lepas habis sembahyang jumaat, kami semua dibawa naik ke Puncak Gunung Jerai dengan menaiki van ikot laluan jalan berturap. ustaz aku yang juga selaku ketua rombongan cakap, tinggi gunung jerai lebih kurang 900 meter dari paras laut. sampai je kat puncak, udara dingin menerpa... ermmm sejuk..... lebih kurang macam cameron higgland.. tapi apa yang buat aku terpegun, boleh nampak pemandangan sawah padi negeri kedah dari atas gunung... cuma sayang.. masa tu dah musim menuai.. so.. tak nampak la suasana menghijau pokok padi..

terpesona sekejap dengan pemandangan alam ciptaan Tuhan ni...



















baru sampaii... perot dah lapar...........huhu






cam ala2 landskap jepon plak... hehe


pulau bidan... macam pmpuan ngandung bentuknya..

kedah menghadap laut..... nampak tak pantai merdeka kat situ?????

keluarga SMK sg ranggam 2011

lepas turun dari puncak.... cikgu saad n family yang gerak dari Baling, baru sampai...
then, kami terus check in kat tempat penginapan, D' Yan Chalet, Titi Hayun, yan Kedah...
best jugak tempat ni..dekat ngan air terjun popular kat sini iaitu air terjun Titi Hayun.

sepatutnya malam tu ada aktiviti BBQ.. tapi ntah cam ne.. kami datang2 dah siap berbakar ayamnya. apa lagi sental je laa..lepas kenyang... masing2 boleh buat aktiviti sendiri..




hari kedua : 17 september

okeh hari ni ada sukaneka.....
lepas sarapan.. acara sukaneka pon dimulakan..
incik asben aku cuit aku n cakap.. "yangg.. kita kena menang banyak hadiah tau"...
ermmm yer la tuh.. biasanya bila dah cakap awal2 mesti tak jadi.. tapi nak sedap hati.. kami enjoy je main permainan sukaneka.. rupanya laki ni AJK hadiah... patot la nak bolot hadiah..
tapi akhirnya.. kecundang jua rupanya kami... hampeh jer.. tak dapat pape.. iskk.... cian incik asben saya.. hehe..
cikgu ghaffar..
cikgu norsham..

acara kanak-kanak ~ tiup belon..
kuarga cikgu saad
lepas tamat permainan sukaneka.. masa mandi manda di air terjun.. okehh... ramai2 pakai terjun.. eehehe..







lepas habis mandi manda dalam pukul 10.30 pagi.. balik bilik.. kemas barang n checkout...

destinasi seterusnya... Pekan Rabu di Alor setar dan Muzium Padi. kemudian lepas habis melawat kat muzium padi.. kami singgah kejap kat taman rekreasi gunung kriang... then, teros ke jitra untuk menginap di hotel berjaya, jitra... memandangkan ahli rombongan adalah guru iaitu penjawat awam.... maka kami dapat duduk di hotel 4 bintang dengan diskaun sebanyak 25 peratus.. hehehehe..








hari ketiga : 18 julai
ahad

okeh.. dah tiba hari terakhir... pagi2 kami check out dari hotel. ketua rombongan kami kata.. tak payah bekfast dekat horel sbb dia dah deal ngan mak mertua dia utuk jmput kami semua makan pagi kat rumah keluarga mertuanya kat gurun kedah..
maka, pagi itu, kami ambik masa 1 jam lebih nak patah balik dari jitra ke Gurun. sampai je kat sana, makanan telah sedia terhidang untuk kami. dan keadaan yang hunyai renyai2 tu menambahkan lagi selera kami makan nasi lemak dengan mee goreng yang dimasak oleh mak mertua ustaz naim.

lepas makan dan kemas mana yuang patot, aku ngan incik asben trpaksa mintak diri lebih awal sbb aku kena sampai kat perak sebelum pukul 4. ini kerana, aku kena balik ke seremban pada hari yang sama.. sekitar jam 1 tngahhari, kami dah tiba di Taiping.. alhamdulillah ada masa lagi nak balik rumah sebelum naik bas ke seremban. kami singgah rumah mak mertua aku untuk makan tngahhari. kemudian aku balik ke rumah sendiri. mngemas barang dan tukar baju.. on da way nak ke teluk intan, singgah rumah mak aku jap. sempat salam ngan abah, emak ngan adik2 aku yg kecik jer. then teros ke teluk intan naik bas..
penat sangat badan ni rasa.... sebelum bas dari teluk intan jalan, air mata aku menitis atas bas.. mngkin sbb penat sgt... dah mula rinduu abg... dan sedih tak dpt jumpa mak n adik2 dgan lbh lama...
aku cuba tahan tak menangis dlm bas.. maluuu dowh orang tengok.. huhuuhuh... tp tetap tak tertahan... jenuh la aku cover ngan tangan.. hohohoho.. laki aku dah geleng kpale je kat tepi bas...

aku sampai KL dalam pukul 7 malam.. then, aku teros ambik bas ke seremban. aku sampai rumah sewa pukul 9.30 malam... fuhhhh mmg longlai rasa badan...

bway... thanx kat hubby sbb dpt gi bercuti ke kedah masa tu....
















Tuesday, October 11, 2011

TERAPI AIR MATA





air mata???
sinonim dengan insan yang bergelar perempuan atau wanita?
" arghhh.. perempuan.... sikit-sikit menangis..... lemah sangat...... " macam tu ker????


ermmm sesiapa sahaja berhak membuat andaian masing2... tapi bagi aku tidak...
bagi aku.. air mata yang kerap keluar dari tubir mata ini adalah satu terapi..
yaaaaa.. terapi buat sekeping hati...


Ketika seseorang menangis, maka ia telah mengeluarkan semua beban yang berhimpit di dalam hatinya, baik itu emosi, kesusahan hati, ataupun kesedihan jiwa.


tak salahkan menangis???, kalau itu mampu buat kau dapat semula kekuatan yang inginkan..
ia sekadar luahan perasaan..aku rasa lega..terasa seperti masalah itu mengalir keluar bersama deraian air mata..terasa sedikit ringan beban di bahu..terasa bibir mampu kembali mengukir senyum.. :)
kerana, kadang-kala kita tak mampu untuk mendapat kekuatan dari orang sekeliling melainkan ia datang dari hati kita sendiri..kan..?
ermm aku memang bukan jenis seorang yang mampu nak ceritakan apa sebenarnya. mungkin sejak dari dulu   aku jadi seorang yang pemendam perasaan. baik suka, baik duka.. semua simpan sendiri je..
bukan niat aku nak jadi seorang yang tak berperasaan tapi.... rasa amat sukar... amat berat. nak meluah kata.. makin dicuba... makin berderai air mata yang keluar... akhirnya, aku pilih untuk tidak bersuara.
percaya atau tidak.... selama ini aku belum pernah ungkap yang aku sayang mak, abah dan adik2 secara face to face..
bila ada sesuatu terjadi antara aku ngan asben.. susahnya rasa mulut nak mengungkap maaf.. biasanya incik asben la yang datang pujuk aku dulu..
yaa.... mngkin aku ada ego yang tinggi.. atau mmg dr kecik aku tak terdidik untuk meluah perasaan.
hanya air mata yang sering menjadi peneman aku...
bila badan terasa amat penat.. bila otak rasa amat serabut... dengan sendirinya air mata jatuh tanpa dipinta.. tak kira masa dan tempat..
kawan2 aku pernah nampak ke aku yg sedang dalam mood sedemikian?? ermm.. paham jer la erk...
kalau kat rumah... mesti laki aku dah sibuk carikan tisu... kadang2 bila aku tak hirau dia... dia pulak yg menangis..dan kelemahan aku, aku taak boleh tengok incik asben yg menangis.. jadi aku cuba tahan untuk tak menangis dpn dia.. walau keadaan tu amat sukar untuk aku bendung..
btoll.... aku rasa lega..terasa seperti masalah dan penat itu mengalir keluar bersama deraian air mata..terasa sedikit ringan beban di bahu..terasa bibir mampu kembali mengukir senyum...

menurut fakta..


Senjata ampuh bagi wanita adalah menangis. ramai juga lelaki membenci kebiasaan wanita yang satu ini. Padahal, dengan menangis manfaat positif pun boleh kita dapatkan seperti kesihatan fizikal lebih-lebih lagi dari segi psikologi..

Adalah kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi yang menghasilkan air mata. Biasanya, air mata muncul jika seseorang dalam keadaan emosi atau sedih. Jangan pernah menahan tangisan anda, karena dengan menangis luapan emosi akan keluar yang akhirnya akan membuat perasaan anda damai.
Sebenarnya, banyak manfaat menangis di lihat dari segi kesihatan seperti membersihkan mata misalnya. Membran mata memerlukan cairan yang cukup agar penglihatan tidak menjadi kabur. Selain itu air mata dapat mematikan bakteria yang terdapat di dalam mata. Karena cairan lisozom dapat membunuh bakteri hanya dalam waktu yang singkat.
Dengan menangis, kita telah melakukan detoksifikasi kerana air mata yang keluar melalui mata membawa racun dari dalam tubuh.  Stress pun dapat dikurangkan kerana endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin atau hormon stress dapat keluar seiring dengan titisan air mata. kesan positifnya, tekanan darah tinggi atau gejala stroke dapat berkurang.
Parailmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.


maka.... aku rasa jangan malu lagi untuk menangis.. baik perempuan atau lelaki.. ambil masa kita bersendirian. cairkan apa yang terbuku di hati...
tapi... bagi yang biasa bercerita.. luahkan lah cerita anda pada yang benar2 boleh dipercayai...
pilih shoulder to cry anda sebaiknya...

~ maaf andai kecelaruan dalam diri kadangkala memudaratkan orang lain..
~ aku hanya insan daie yang tak lari dari sebuah kekhilafan..


mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...