Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Friday, December 30, 2011

Penang lagi......


okehhh..... bila muncul bulan disember maka adalah bulan untuk menghabiskan masa bersama incik asben dan family secara sepenuhnya....
dannn.... akibat daripada ketidakpuasan hati aku ke penang pada jun yang lalu.. maka aku minta bercuti ke penang sklai lagi bulan disember ini....

dan.. alhamdulillah kerana percutian kali ini.. kami mendapat tajaan penginapan hotel 3 bintang secara percuma daripada reward penyertaan incik asben sy kepada ahli celebrity card.... iaitu NEW VENUS TRAVEL & TOURS sdn.bhd.. kat sini aku ceritakan lebih lanjut pasal membership card ni.... lain entry k.. hehehe.....

kami telah memilih untuk menginap si salah sebuah hotel yang tersenarai iaitu Copthorne Orchid Hotel, tanjung bungah ,Penang


kami sampai kat Penang agak lewat sebab menguruskan banyak hal dulu sebelum gerak. termasuk la incik asben yang kena pergi perjumpaan kat sekolah pagi tu..
sampai2 je teros cari hotel n check in kira2 jam 4.00 ptg....
sampai dalam bilik... waa.... ada tab mandi.. haha.. yg tu aku tengok dulu... sbb selalu pegi hotel bajet je.. mana ada tab mandi.. hehehe.....
rehat dan solat.. pastu kuar la.. perot dah berbunyi2 mintak diisi...
hehe.. kali ni tak nak kecewa lagi pasal makan.... soo.... dengan jasa baik kawan aku yang rajin pos pasal makan dan mmg tau serba sedikit pasal penang iaitu SICIPOL... aku teros ke Padang brown ptg tu.. ehhe
sebab perot dah lapar.. soo kena cari makan berat....
maka.. aku makan nasi goreng daging merah  and incik asben aku try hor char fun..... ermmm... rasanya tidak mengecewakan..


hor char fun
nasi goreng daging merah

lepas makan petang tu... badan dah letih.. sooo.. balik bilik dan rest kejap.. lepas mandi n rasa segar sket serta solat maghrib.. kuar lagi... makan time lagi.. apa boleh buat.. sekali pandang.. incik asben dah jatuh chenta ngan padang brown... maka kami ke situ lagi..
kali ni nak perkena pasembor la... wajib la kan dah datang Penang ni..
incik asben aku plak.. cuba rasa sup ekor Penang.. haha.. tegezut dia tengok makan sup ngan roti.. pelik katanya... tapi aku rasa tak de la pelik mana dan memang ada segelintir budaya masyarakat yang mmg makan roti cicah sup. terutamanya sup pekat contohnya kat negara2 arab dan timur tengah...


pasembor

sup ekor

chakkkk.. hehe
okeh.... tamat cerita malam tu.. ermmm memang tak kemana pon.. tak tau nak gi mana malam2 cam tu...
lastnya lepak depan hotel je sambil dengar bunyi ombak dan buat refleksi pasal bangunan dan rumah apartment yang tinggi mencakar langit kat situ... mula la incik asben aku duk tolong pikir untuk orang tu.. tak ke susah duduk kat rumah tinggi2 ni... sebenarnya laki aku ni kuat gayat.. hahahahaha...

then.... masuk hari kedua......
kami sengaja check out lewat sket...
pkul 11.30 kami check out dan terus jalan2 sekitar komtar jari buah tangan.. lepas tu... sebelum balik terpikir nak naik Bukit Bendera.. soo.. lepas GPS jalan nak ke Penang Hill ni.. maka sampai la kami ke kaki Bukit bendera... mak aiiii.... ramainya orang... yer laaa masa cuti kan...

kami pon teros beratur untuk beli tiket nak naik kereta kabel.
tiket untuk ke Bukit Bendera adalah :

dewasa warga negara Malaysia: RM8
kanak-kanak warganegara Malaysia: RM3
pelajar dengan menunjukkan kad Pelajar Malaysia : RM4
pelancong Asing : RM30

memandangkan kereta kabel tu cuma ada satu untuk perjalanan naik dan turun.. soo.. que untuk beratur tu memang la lama baru boleh dapat naik train tu...
masa dalam train tu... agak sendat sikit dan ramai yang berdiri... soo.. sukar la sket kalo nakk menikmati pemandangan sepanjang dalam train.. lagi satu... teknologi train yang baru ni.. memang laju.. dalam masa 10 minit dah bleh sampai.. soo.. apa yang nak dihayati sgt melalui panorama tu.. hehe...

setibanya kat atas bukit bendera.. laki aku cakap.. banyaakk berubah berbanding Bukit Bendera yang pernah dia datang nagn kawan2 dia kira 15 tahun lepas...
ermmm yer lahh.. mesti la banyak perubahan... sbb masa pon beredarkan.. hehe..

kami cuma jalan2 dan tengok orang makan aiskrim.. lepas dah bosan... kami pon beratur panjang la semula menanti train untuk turun semula....



cantikkkk... terasa macam kat luar negara plak.. kat Turki ke.. hehehe..
begitu la.. kesah cuti2 chenta kami Ke Pulau Mutiara ni.....

terima kasih sudi baca..
see u later....
salam...

Tuesday, December 27, 2011

annivessary present....


rentetan daripada kami punya ulang tahun perkahwinan yang ketiga...
aku hadiahkan incik asben sebuah mug dengan gambar kami...
macam yang dah aku beri tahu... hadiah ni aku tempah secara online melalui : heartbeat.my

melalui syarikat yang aku rasa beroperasi di Bangi ini... ada macam2 jenis present yang kta boleh pilih dan tempah secara online dan kita boleh pilih sendiri design seperti mana yang kita mahukan pada barangan yang kita pilih... dan aku percaya.. rasanya dah ramai orang yang tahu pasal syarikat ni dan dah ramai juga yang menjadi pelanggan mereka.. btol tak??

okeh lahh... untuk hadiah aku ini.. aku pilih mug sbb bagi aku mug ni lebih banyak kegunaan dan akan selalu digunakan.. tak lah dicampak dan letak entah kat mana.... aku memang nk incik asben selalu guna mug ni...

untuk tahu lebih lanjut pasal tempahan mug dari segi jenis mug, design dan harga, boleh tengok kat sini....

popular products : mugs


 setelah berkira-kira dan aku rasa setuju.. maka aku terus buat tempahan.. mula nya aku pilih je template yang dia bagi sebagai pilihan dan aku emailkan gambar serta teks yang aku nak letak pada mug tersebut... namun setelah dia dia emailkan semula design yang dia dah buat aku rasa simple sangat la pulak... mula la aku rasa bebelah bagi...
lepas pikir2.. aku teros bukak photoshop.. aku design je lah.. cincai2 ikot saiz dan pixel yang dia kehendaki... then aku email semula pada dia... dengan harapan dia akan terima design yang dah aku buat sendiri.....

ni design yang aku buat dengan agak tergesa2....

dan.... ni pulak design yang telah syarikat tu buat berdasarkan template yang aku pilih.......


namun setelah aku selesai buat pembayaran dan selepas 3 hari tunggu.. soo.. barang yang ditunggu sampai ke tangan aku melalui pos...
aku teros bukak.... sekali aku bukak.. rupanya.. dia buat guna design yang dia dah siapkan sebelum aku... arghh.. buat penat je... merenung photoshop lama2.... 

ermmm tp takpe lah... nak buat cam ne.. dia tetap akan jadi hadiah.....
dan ini lah dia rupanya.....



incik asben aku senyum panjang masa dia bukak present ni.. dan teros gi dapur ambik air... hahaha....










Tuesday, December 20, 2011

Tambah Setahun Lagi..


lama jugak tak update blog yer...
ermmm ddah nak msuk tahun baru dah pun...
maka dengan itu, alam pengajian ku makin singkat dan bertambah lagi usia alam perkahwinan ku..
cakap pasal alam perkahwinan.. sampai sekarang aku terlupa nak update pasal ulangtahun perkahwinan kami yang ke tiga bulan oktoner lalu...

ermm.. pada 27 oktober lalu.. genap la usia perkahwinan kami selama 3 tahun..
kebetulan pada tarikh tu.. aku masih bercuti sempena cuti deepavali.. tapi incik asben kena gi sekolah.
tak de la banyak persiapan aku buat..
cuma sempat sediakan kek dan masakagak special je dari biasa....



sementara laki aku pegi keje.. sempat la aku memecut ke bandar teluk intan beli kek ngan barang dapur.... heehee..


hari tu adalah hari khamis... lepas dia balik sekolah terus potong kek.. itu pasal dia pakai baju batik lagi.. haha...




aiiyaaaa.... berminyak nyeee muka aku... itu lahh.. rushing sgt... nak siapkan masak sblum pkul 1.30 tngah hari.. hehe..

tak banyak yang aku masak.. memandangkan kami cuma berdua aje... aku masak nasi putih berlauk tomyam campur, ikan kembung goreng kicap dengan telur masam manis... dan air jusoren  laici..
nasib baik selera my incik asben makan.. hehe...










dah nama annivessary... mesti kena ada hadiah kan.. hehee... because of that... aku hadiahkan yang biasa2 aje untuk incik asben....

cuma satu mug yang aku tempah dengan gambar kami dan ucapan ulangtahun ke -3 sebagai tanda ingatan...
hadiah ni aku tempah melalui online daripada :

heartbeat.my


 lebih lanjut pasal hadiah..... aku citer kat sini... hhehehe...

hadiah dari suami? ucapan chenta dan ciuman ikhlas je... hehe..

ermm ok la... begitu laa.. sedikit sebanyak persiapan aku masa sambut ulangtahun ke-3 kami... kejap je dah tiga tahun... tapi kami masih berdua.. sabar jer lah..
insyaALLAH.. mana tau sambutan yang seterusya dah ada berita gembira ke.... ameen.....

ok..... salam sejahtera...




air kelapa waktu petang


ermmm..... saya suka minum air kelapa.... hehe
okeh bila dah balik perak lagi senang nak cari air kelapa fresh....
sebut je LEKIR.....
mesti orang akan terbayang gerai buah tepi jalan sepenjang jalan menghala ke teluk batik..

soo... memang kat sini la aku ngan incik asben selalu datang kalau teringin nak menyedut air kelapa fresh....
LEKIR memang terkenal ngan air kelapa sebab kawasan perkampungan kat sini banyak tanam kelapa pandan....

mungkin boleh jenguk kat sini kalau nak tau apa ada di LEKIR.. hhehe..




ermm tengok tu banyak kan kelapa pandan... hehe

haaa... ni masa kami baru balik kenduri kahwen rakan sekerja incik asben aku kat manjung...
soo.. dah alang2 lalu.. aku merengek la nak singgah.. heheehe...

jadi la dapat minum air kelapa ngan goreng pisang....

tapi sebenarnya,kat gerai tepi jalan ni ada lagi menu lain macam laksa, mee bandung, nasi goreng, dan yang seangkatan dengannya..
sape cakap minum tepi jalan tak de kelas...
best tau....
angin sepoi2 bahasa... itu la masa berdua yang agak berkualiti.. heheehe..




okehhh,.............
kalau datang ke perak... terutamanya sampai ke daerah lekir...
jangan lupa singah minum air nyiur buat hilang dahaga tau....

Wednesday, November 16, 2011

best AIS KACANG, LUMUT


hari tu masa teman incik asben pegi merempit ngan superbike nya ke Lumut...
soo... kami singgah sini jap nak membasahkan tekak ngan ABC.. lepas makan terus balik...
hhahaha... btol2 cuma nak test naik motor untuk jarak jauh je.. hehe....

mode : ~ praktis nak gi bercuti naik moto.. hehehe..

ermm ok lah.... haaaa... ni nak habaq ni...
kalau gi Lumut dulu.. kami mesti nak makan ABC.. tp port dulu yang kami selalu minum masa zaman aku skolah dulu dah tak menarik untuk dilawati lagi.. walaupun pemandangan menghdap jeti tu mmg menarik.. tapi... sikap jurujual yang suka berebut pelanggan kat situ buat kami decided tak mau gi medan selera tu lagi...

dann....
kami minum ais kacang dekat stall dekat laluan pejalan kaki menuju ke Jeti Lumut...
take note k... sesape yang nak ke Pangkor, mesti akan lalu laluan ni dulu sebelum naik Feri.. soo.. boleh la singgah rasa ABC dia..



ni la ABC yang aku maksudkan...
ermmm... bagi penggemar ABC.. rasanya yang ni mmg cukup best.. ditambah pulak dengan aaiskrim vanila dan lelehan coklat pekat kat atas tu...
dari segi bahan campurannya... ermmm mmg agak memuaskan sebab dia taruk macam2 dalam tu... ada kacang, jagung, pearl, nata de coco n macam2 lagi....
harga dia RM3.00...
sesapa nakk cuba.... boleh datang kat sini..
untuk lebih terperinci...
stall ni berhampiran sgt dengan bazaar Lumut.. allaaaa tempat pelancong selalu beli cenderahati tu...


masa hari tu...
kami makan ais kacang dengan nasi goreng ayam.
ermm sampai senak perut aku nak habis kan asi kacang tu...

~ tuu laaa.. cari penyakit kan.. dah tau tak leh minum manis, pi order sape suruh kan? hahahaha...

ermmm tapi itu la penangan ABC kat situ...



PERSONA menantu en Osman

menantu perempuan keluarga en Osman

salam...
haa... diatas tu memang muka menantu perempuan keluarga en osman iaitu keluarga mertua saya.. ni untuk setakat ini laa...cun tak???  insyaALLAH tambah seorang lagi menantu perempuan tak lama lagi. hheehehe..


haaa nak tau kenapa aku tetiba pos pasal menantu ni plak?
ermm aku rasa kami ada beberapa persamaan yang cam menarik je bagi aku.. hehe...


tapi sebelum tuh, meh aku kenalkan sorang demi sorang dulu..


yang pertama tu...
kak Sha atau nama penuhnya sahanura binti bakar. berasal dari Batu pahat, Johor. kak sha bukan menantu sulong tapi dia berpangkat sulong kerna dikahwini oleh abang sulong.. iaitu en azlan.


yang kedua tu...
tak baekkk sangat kalo tak kenal.. hehehe..
nama penuhnya Intan Suriana Bt Mohidin. asal dari Teluk Intan, Perak. dia memang anak sulung tapi dia dikahwini oleh anak ketiga dalam family ni iatu en Idris.


yang ketiga pula, 
muni... (dia lbh tua dr sy.. tp dia berpangkat adik kpd sy). nama penuhnya, Munirah Binti Ismail. berasal daro Changlun, Kedah. yang ni antara menantu yang paling baru setakat ini. berkahwin dengan en Azuan.


apa yang samanya??
haaaaa... ni nak kabo la ni.....


pertamanya....
kami semua bersuamikan seorang guru....


keduanya, kami pun seorang guru.... (insyaALLAH aku tak lama lagi)


  • En Azlan, seorang guru Bahasa Melayu ( cikgu BM sy dulu tau) di SMK Sungai ranggam, teluk intan, Perak dan Kak Sha, seorang guru Pengajian AM di SMK Semerah, Batu Pahat, Johor...
  • En Idris, seorang guru Biologi (cikgu math sy dulu) di SMK Sungai Ranggam, teluk intan, Perak dan saya insyaALLAH bakal jadi cikgu seni di sekolah yang bakal dipostingkan.... hehee
  • En Azuan, seorang guru PJK di SK Kampong Jawa, Klang, Selangor dan Munirah, seorang guru kimia di SMK sayong, Kuala Kangsar, Perak


persamaan ketiga,
kami adalah pasangan suami isteri masa cuti... huhuuhu.. perkahwinan jarak jauh namanya... kesiannn..


dan persamaan paling best adalah....
kami semua pakai kereta Proton Persona...
hehe...


PERSONA kami...






seronoknya rasanya.. bla konvoi.. sama je... hehe..


selain itu, perasan tak.. warna baju pengantin kami bersanding di rumah lelaki adalah sama ngan warna kereta..... haaa.. yang ni kebetulan..... tidak dirancang.. hehe


ermmm tu laa... sikit citer pasal kami..... kami keluarga bahagia.. hehe..




dan tak dlupa kepada bakal ahli keluarga baru, 
cik Rosidayu binti Azizan..... juga dengan kereta proton personanya berwarna silver.. hehehe
lepas ni boleh wat pamera atae showroom proton di laman rumah erk...


rosidayu yang lebih selalu kami panggil ayu ni,berasal dari alor setar, Kedah..
 insyaALLAH akan bersuamikan en Yunus.. seorang Tenaga Pengajar di PUsat Kraf Tangan Malaysia cawangan Negeri Pahang di Kuantan..


hmmm.. maka dengan itu... habis la anak bujang en Osman.. hehe 



Wednesday, November 2, 2011

KEMILAU BICARA


TAJUK  : KEMILAU BICARA
Oleh : Intan Isna

Aku berlari anak, mempercepatkan langkah untuk sampai ke rumah. Sampul surat yang baru ku ambil dari warung Uncle Santos ku genggam erat dan kemas. Surat yang membawa perkhabaran gembira ini akan aku tunjukkan pada mak dan bapak. Sekeping kertas yang yang menyampaikan pesan bahawa aku dipanggil untuk mengikuti kursus perguruan di salah sebuah universiti perguruan terkenal. Berita ini pasti akan membanggakan mak dan bapak. Mungkin orang kampung juga. Mana tau, mungkin bapak akan mengadakan makan besar menjamu orang kampung sempena kejayaanku ini.. tanpa aku sedari, dalam mengelamun aku sudah sampai ke laman rumah.. ku lihat mak sedang terbongkok-bongkok di bawah rumah, mengintai telur ayam barangkali.
“ Makkk.....” ku laung dari laman rumah. Mak kelihatan kaget.
“ Apa saja kau ni Ria, mau jatuh jantung mak ni kitak buat ya.. maluk di dengar jiran sebelah” mak mengomel tanda protes.
Aku lantas mencium pipi tua mak, “ mak, ni kamek mau nunjuk ni, Ria dapat dapat masuk universiti di Semenanjung..” aku menghulur sampul surat kepada mak.
“Betolkah Ria?? Alhamdulillah.. ada jugak keluarga kita yang belajar tinggi.. mak bangga sama kau Ria”. Setitis air mata gembira mak jatuh di tubir mata namun pastas di seka dengan kain baju lusuhnya.
Mak menarik tanganku pantas naik ke rumah menhadap bapak yang sedang asyik menganyam bakul rotannya.

2
Mak, bapak dan abang Rosyam menghantar aku ke Lapangan Terbang Kuching. Semalam bapak buat kenduri doa selamat buat mengiringi keberangkatanku ke tanah semenanjung demi mencari setimba ilmu dalam bidang perguruan. Para jiran tidak putus mengucap tahniah dan memberi kata semangat buatku.. maklumlah aku adalah anak jati pertama dalam kampung ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran dan merasa menaiki belon ke semenanjung.
Selepas 1 jam 40 minit penerbanganku, aku tiba di Lapangan terbangan Antarabangsa Kuala lumpur. Orang selalu menggelarnya KLIA.  Selepas melepasi pemeriksaan dan mengambil barangku, aku mengorak langkah mencari seseorang yang telah dijanjikan akan datang menjemputku untuk mendaftar di kampus nanti. Saat itu juga aku terpandang seorang lelaki berpakai kemas seperti seorang driver memegang kertas yang tertulis namaku. AZWARIA.. yaa itu lah namaku. Aku menghampiri lelaki tersebut dan melebarkan senyuman.
Setelah memastikan dengan jelas bahawa lelaki itu memang datang untuk menjemputku, aku lantas membontotinya ke kereta jenis Proton Waja berwarna putih yang jelas terlekat lambang dan lencana Universiti Perguruan Sultan Idris. Aku masuk ke perut kereta dan kereta mula bergerak menuju ke sebuah destinasi di mana aku akan mendapat sebuah pengalaman baru.

3
Setelah tamat minggu pengurusan pelajar baru, aku memulakan kuliah sebagai salah seorang pelajar jurusan bimbingan dan kaunseling. Bergelar seorang pelajar institusi pengajian tinggi, aku merasakan bahawa aku harus menyesuaikan diri dan bijak berteman. Mujurlah mulutku yang sememangya ramah ini tidak menghalangku untuk berteman dengan sesiapa sahaja.
Detik demi detik, hari terus berganti, aku semakin bergelumang dengan dunia sebagai siswi. Tugasan yang banyak memaksa aku untuk sentiasa menhadap komputer ribaku atau sesekali bersendirian di perpustakaan. Aku cepat belajar untuk menambah pengetahuan IT, kerana ia juga salah satu keperluan untuk mencakupi keperluan sebagai seorang pelajar dan bidang pendidikan yang semakin mencabar. Bebanan tugas yang banyak telah membuatkan aku mencari sesuatu untuk mengurangkan sedikit tekanan. Akhirnya aku berjinak-jinak degan laman bual di alam maya, atau nama biasanya chatting.. saban hari aku pasti akan mengunjungi laman facebook, friendster, twitter dan tagged. Tujuan Cuma satu. Mencari teman berbual tatkala rakanku yang lain sibuk dengan tugasan yang tidak pernah putus.
Sehinggalah pada suatu hari, aku disapa oleh seseorang yang menggelarkan diirinya sebagai Mr Gig. Dari perbualan kami itu, aku menganggapnya sebagai seorang lelaki yang cukup matang, memahami dan seorang pendengar yang baik. Kata-katanya sering saja bisa meredakan perasaan hatiku yang kadang kala di landa kemurungan. Cukup tiga bulan berhubungan tanpa bersua muka, Mr Gig mengajukan hasratnya untuk bertemu denganku.
“alamak..... nak jumpa pulak dah mamat nih”. Aku berkira samaada mahu berjumpa dengannya atau tidak.
“ala, jumpa je la.. siapa tahu, dia ni seorang lelaki yang handsome. Untung, boleh jadi kekasih aku”. Hatiku membuat keputusan dan tanpa disedari seulas bibirku mengukir senyum nakal.

4
Aku memakai pakaian yang aku rasa sangat cantik untuk digayakan. Aku berharap, lelaki yang bakal aku temui ini adalah seorang lelaki yang selama ini menjadi idamanku.
“mana pulak mamat ni?? Semalam bukan main beriya suruh aku datang Mid Valley ni.” Aku berguman sendiri setelah penat menunggu dalam restoran Mc Donald hampir setengah jam.
Tiba-tiba bahuku dicuit, “awak ni Sweet lady ke?”.
Aku tergamam. Dihadapanku berdiri seorang lelaki yang berpakaian selekeh dan berambut panjang paras bahu. Dia mempekenalkan dirinya sebagai Mr Gig. Aduh... rasanya mahu pengsan aku dibuatnya.
Bermula hari itu, hampir setiap hari Mr Gig atau nama sebenarnya, kamal menghubungiku. Tidak cukup dilaman chatting, dia menelefonku saban malam. Aku mula merasa rimas. Mungkinkah kerana aku sudah mengetahui penampilannya yang terlampau biasa itu.
Aku cuba untuk menjauhkan diri daripada Kamal, tapi kadang kala aku rindu untuk berbual dengannya, aku rindu untuk meluahkan segala bebanan yang aku rasa. Setiap butir bicara yang keluar dari mulutnya memang benar-benar mencairkanku. Akhirnya, aku semakin rapat dengannya dan sering kali membuat temujanji. Penampilannya bukan lagi masalah buatku.
Setiap hujung minggu, aku pasti akan meninggalkan kampus untuk bertemu dengan kamal. Aku sengaja bertemunya ditempat yang jarang untuk diketahui atau dikunjungi rakan-rakanku.
Tanpa aku sedari aku semakin hanyut dengan dunia remajaku. Benih-benih cinta mula disulam, cinta yang tersemat mula ku canang. Tatkala mata bertentang mata, dua hati memadu erat  dan nafas mula berperang hebat dan akhirnya dengan rela hati, aku telah menyerahkan keperawanan padanya. Kehendak diriku telah mencalar syariat. Aku lupa sesaat pada ayah dan bondaku yang begitu mengharap padaku.
Hubunganku dengan Kamal, seolah tidak boleh dibendung, aku terlalu taksub dengan cintanya. Setiap kali bertemu, aku pasti terkulai dalam dakapananya. Memadu asmara dan terus mencipta noda-noda hitam dihatiku.
5
Empat tahun berlalu, aku kini telah selamat bergelar seorang graduan siswazah dan tidak lama lagi, aku akan menjawat jawatan sebagai seorang guru. Aku diterima untuk mengajar di tanah kelahiranku, sarawak bumi kenyalang.
Aku menjawat jawatan sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling di sebuah sekolah menengah di bandar Kuching. Aku seronok sekali dapat berkhidmat di sini. Menunaikan bakti kepada anak bangsa dan menjadi seorang agen perubahan yang di amanahkan mencorak murid-muridku untuk keperluan negara pada masa depan.
Kamal? Ermm kami sepakat untuk berpisah. Aku sendiri tidak pasti, entah bila aku akan kembali ke tanah semenanjung semula. Namun, sebelum berpisah aku sempat menemaninya bermalam di sebuah hotel. Malam itu, kami berdua bermesra dan menunaikan hajat yang bergolak di dada. Memang indah saat itu. Biarpun ku tahu, aku telah menambah sekarung dosa lagi. Tapi  aku seakan lupa dan mengenepikan agama. Lantaran minda dikuasai nafsu dan syaitan.
Sekarang aku dan kamal sepakat berpisah, walaupun ku tahu diriku bukan insan suci lagi, namun aku masih cantik. Pasti masih ramai lelaki yang boleh menerimaku. Aku bangga dengan keadaanku sekarang, sekurang-kurang sekarang aku sudah punya kereta sendiri, pasti ramai lelaki yang akan tergoda denganku. Sedangkan Kamal bukanlah lelaki yang berharta.
6
“Cikgu Ria, cikgu mesti tolong saya. Saya dah tak sanggup hidup macam ni. Saya dah tak mahu tinggal bersama ayah.” Itu lah rintihan daripada Jessica. Salah seorang pelajar beragama kristian atau lebih tepat klienku yang datang menerima kaunseling kerana trauma dengan kejadian sumbang mahram yang menimpanya. Dia dirogol oleh bapa tirinya sebanyak tiga kali. Aku simpati dengan kejadian yang menimpanya. Namun  satu permintaanya yang membuat aku terlopong dan tergamam. Jessica mahu memeluk agama islam. Sangat banyak pengetahuannya mengenai agama islam. Mulutnya lancar menuturkan bicara keindahan agama islam yang suci. Sedangkan aku sendiri yang beragama islam tidak menyedarinya bahkan mencalar kesuciaanya dengan palitan noda yang telah ku lakukan pada diriku sendiri. Serentak itu, air mataku jatuh tanpa tertahan. Aku bangun memeluk Jessica. Dia kelihatan kaget dan terpinga-pinga. Agrhhh.. biarlah.. yang penting pertemuanku dengan jessica dan buah bicara dari mulutnya telah meruntuhkan tembok keluli di hatiku dan membuka pintu taubat di hatiku. Aku amat sedar bahawa selama ini hidupku bergolek di lumpur hina.
Usai menyerahkan kes Jessica i ni kepada ustazah Aisah, seorang ustazah yang yang lebih berpengalaman dan mampu membantu Ria untuk menemui jalan hidayah yang dipilihnya. Moga Jessica akan menjadi seorang muslim yang mendapat redhaNYA. Aku kembali ke kamar tugasku. Aku menangis semahunya. Tidak ku kisah lagi para pelajar dan guru yang melihatku apabila merela melalui tepi bilik kaunseling itu.
Dalam hatiku Cuma ada satu tekad, aku mahu bertaubat. Patutlah selama ini hatiku sering gundah gulana dan tidak tenteram. Aku alpa dengan kewajipanku sebagai seorang hamba ALLAH yang patut menyerah diri dan menunaikan apa yang telah diwajibkan ke atasku. Sehingga lah ke hari ini, dinding keluli di hatiku roboh dengan hanya kuasa bicara yang keluar dari bibir seorang kristian. Terima kasih Jessica!

7
Wahai kaumku…!
Capailah olehmu pintu kehidupan itu selagi ia masih terbuka untukmu, kerana tidak lama lagi pintu itu akan tertutup buatmu. Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya. Segeralah mencapai pintu taubat dan masuklah kamu ke dalamnya, selama ia masih terbuka buatmu. Capailah pintu doa kerana pintu itu masih terbuka untukmu. Bersegeralah kamu mencapainya, berdesak-desakan dengan saudara-saudaramu yang soleh, kerana pintu itu terbuka untukmu.
Wahai kaumku…!
Bangunkanlah semula apa yang sudah kamu robohkan. Cucilah apa yang telah kamu kenakan najis. Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan dan jernihkanlah apa yang telah kamu keruhkan. Kembalikanlah apa yang sudah kamu ambil dan kembalikanlah kepada Tuhanmu apa yang telah engkau larikan daripada-Nya tanpa izin-Nya.

Aku membaca tulisan daripada Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani dengan penuh keinsafan dan air mata yang berguguran. Lantas dalam hatiku mengucap istigfar.
SESUNGGUHNYA kehidupan paling bernilai bagi seorang insan bermula dari saat dilantunkan taubat, dijatuhkan butir air mata dan diperah segenap perasaan yang mengaku berdosa. Taubat bukan hanya hak milik sesetengah mereka yang berdosa, kotor dan jelik pada pandangan manusia.
Taubat juga amalan nabi dan rasul, orang salih serta pejuang ilmu yang mengamalkan agamanya dengan segenap pengorbanan. Baginda SAW mengajar umatnya sentiasa berasa diri hina di hadapan Allah walaupun selepas berada pada kemuncak amal yang paling ikhlas.
Sehingga tidaklah lahir pada jiwa orang yang beramal itu rasa suci dan hebat berbanding orang lain. Betapa ramainya orang terseleweng selepas melakukan amal salih, iaitu apabila menganggap diri sempurna dan memandang rendah pada orang lain.
Belitan iblis terlalu halus, ia datang tanpa disedari orang beramal. Untuk itu, Baginda SAW mendidik sahabat supaya membiasakan diri melafazkan istighfar selesai saja mengerjakan sembahyang dan amal salih yang mungkin dicemari riak.
Istighfar yang memerlukan istighfar lainnya, begitulah hakikat apabila berada pada kemuncak ilmu dan amal. Semakin tinggi ilmu dan makrifah seorang hamba kepada Allah semakin jatuh hatinya rebah ke tanah, mengaku tidak mampu memikul amanah dan menyesal atas setiap detik berlalu dalam keadaan bermaksiat kepada Allah dan menganiaya manusia.
Bermula saat ini, aku berjanji pada diriku bahawa aku tidak mahu menjadi seperti peribahasa ketam mengajar anak berjalan lurus. Aku adalah seorang guru kaunseling di sekolah. Pastinya aku akan sentiasa menjadi tempat rujukan dan menerima nasihat. Layakkah aku jika diriku juga tidak cukup bimbingan. Lantas mulai detik ini, aku akan menyucikan diri dan menyiapkan diri untuk menjadi seorang guru yang benar-benar memahami profesien dan etikanya. Bukanlah sekadar pada nama sahaja.
Sesungguhnya peningkatan agama bergantung dengan ibadat, peningkatan harta kerana pandai merancang dan berjimat, peningkatan ilmu kerana mengkaji, peningkatan akhlak kerana lemah lembut dan mengawal emosi, peningkatan dalam hubungan sesama manusia kerana membuang sifat sombong dan riak, peningkatan kesabaran hati kerana banyaknya musibah, peningkatan kualiti diri kerana disiplin yang kuat.
“Cikgu Ria, amboi... jauhnya Cikgu Ria ni mengelamun, teringat apa tuh?” aku tersentak dan terjaga dari lamunanku yang panjang apabila ustazah Aishah melambai-lambaikan tangannya dihadapanku.
Aku tersenyum kelat lantas mengekorinyanya menuju ke kantin sekolah.
Moga sinar yang menyinari di liku noda ini akan terus berkemilau hingga ke akhir jalan menuju rahmatNYA. Moga masih ada ruang untuk insan sepertiku menempah tempat ke syurga.




CORETAN IDEA ;

INTAN ISNA..
STUDENT OF ART.

Tuesday, November 1, 2011

amali : lukisan figuratif







Tugasan bagi subjek PSV3112 iaitu subjek Lukisan dan Penyuburan Diri kami semester ini adalah setiap pelajar dikehendaki menjalankan amali iaitu menghasilkan sebuah lukisan figuratif. Lukisan yang dihasilkan adalah sebuah lukisan figuratif yang bertajuk seorang pandai tukang sedang bekerja menyiapkan salah satu hasil kraftangan tempatan. Secara terperincinya, lukisan figuratif yang dihasilkan mestilah menampakkan kemahiran pelajar membuat pemilihan tajuk, proses pengwujudan dan perkembangan idea,penggunaan bahan dan teknik, suasana dan moo gambar serta penghasilan dan kemasan karya. Hasil lukisan tersebut mestilah kemas dan sesuai untuk dipamerkan. Tugasan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan pelajar tentang disiplin-disiplin lukisan dan menguasai kemahiran menggunakan pelbagai media kering dalam menghasilkan lukisan. Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari membuat pertimbangan dan pengamatan asas berkaitan hal benda, elemen asas, prinsip dan struktur rekaan dalam menghasilkan lukisan.
Bagi menyelesaikan tugasan dan amali ini, saya telah memilih seorang tokoh dan pengusaha kraftangan yang telah pun menerima anugerah tokoh adiguru kraf. Beliau adalah Puan Hawa binti Ngah Salam. Puan hawa adalah seorang pengusaha dan pembuat labu sayong pulau tiga. Kini beliau tinggal hampir dan berdekatan dengan kawasan kejiranan saya. Saya rasa amat berbangga untuk memilih beliau sebagai subjek matter terhadap amali lukisan saya.




Proses penghasilan hasil akhir karya ini telah dijalankan secara individu selama tiga jam di dalam studio seni. Lukisan tersebut boleh dihasilkan dengan pemilihan bahan yang sesuai seperti krayon, pensil warna, pastel, pen, dakwat dan lain-lain bahan yang sesuai. Lukisan tersebut harus dibuat di atas satah permukaan yang sesuai dengan media kering seperti kertas, papan lapis dan lain permukaan yang sesuai.
Bagi hasil karya saya ini, saya telah memilih untuk menghasilkan karya di atas kertas lukisan berukuran 75cm X 50cm dengan menggunakan media pensel warna.
Amali lukisan selama 3 jam ini telah dipantau oleh ketua Jabatan Sains Sosial, Encik Norazlan Bin Ismail.
Sepanjang amali tersebut, kami telah di nilai berdasarkan beberapa kriteria termasuklah kemahiran melakar dan teknik mengaplikasikan lorekan pada lakaran. Selain keupayaan kami untuk menyiapkan lukisan yang berkualiti tinggi dan menepati spesifikasi yang ditetapkan.  Setelah lukisan di siapkan, kami akan melekap dan membingkai lukisan mengikut saiz dan kertas lekapan yang sesuai iaitu mounting board.



Ini adalah gambar asal yang aku jadikan sebagai subjek matter dalam amali lukisan ini iaitu Puan hajah Hawa binti Ngah Salam.






ni proses sepanjang aku menyiapkan lukisan amali ni.. proses melukis dan mewarna mengambil masa lebih kurang dalam seminggu. itu pon sebab kekangan daripada assignment yang lain dan saiz lukisan yang agak besar. proses ni termasuk la dari melakar, mewarna subjek menggunakan pensel warna, mewarna latar belakang menggunakan soft pastel dan lukisan dihantar ke kedai untuk di mounting dan diframe. kos untuk frame ni mencecah RM70. itupun frame dan mounting yang biasa2 je.. kos ni tak termasuk kos kertas, pensel dan bahan warna..
ermmm bukan senang nak jadi orang seni ni tau....

ehhh... hmmm jom la tengok gambar..





































untuk tengok gambar kawan-kawan aku yang lain.. sila tunggu.. hehe......

Sunday, October 30, 2011

masak lemak siput sedut



BAHAN-BAHAN yang diperlukan :


  1. siput sedut lebih kurang 1 kilo
  2. 4 ulas bawang merah, 
  3. 2 bawang putih, 
  4. sedikit kunyit hidup, 
  5. sedikit halia 
  6. cabai burung - 5 hingga 6 tangkai mengikut citarasa
  7. sedikit ikan bilis
  8. 2 batang serai
  9. sehelai daun kunyit
  10. santan kelapa - yang pekat
  11. sos tiram
  12. sedikit garam

CARA-CARA menyediakan :

  1. tumbuk hingga lumat bahan seperti bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, cabai burung dan ikan bilis.
  2. kemudian panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.. masukkan 2 batang serai yang telah dititik.
  3. setelah naik bau.. tuangkan 1 cawan air.. jika rasa warna agak pudar, boleh tambahkan serbuk kunyit. 
  4. kemudian masukkan sehelai daun kunyit yang telah dipintal. nak masuk sehelai camtu je pun tak pe..
  5. kemudian boleh la masukkan siput sedut yang telah dipotong bontotnya dan dibersihkan.. ( potong bahagian belakang siput tu.. biar banyak sikit.. kalau tidakk.... haaaaa... jenuhh la kome nak menyedutnya nanti............. ) 
  6. kemudian, tuangkan sedikit sos tiram..
  7. kacau hingga beberapa minit.. dan kemudian masukkan santan.. santan pekat lebih elok.. sbb masa awal tadi kta dah masukkan air.... 
  8. kacau untuk beberapa ketika...
  9. kalau suka boleh masukkan cabai besar..
  10. rasa dan letakkan garam mengikut citarasa...
  11. dann... SIAP... boleh la dihidang.....

selamat menyedut siput sedut.... baik2 sedut tu... jangan sampai tertelan ngan cengkerang skali.. kang jadi kes nayaa... hehehe...


selamat mencuba..

sotong masak kicap




hari ni nak share resepi sotong plak...
haii.. kalau ikot selera aku.. pastinya aku suka masakan seafood yang garing2 sket.. atau lebih tepatnya adalah yang bergoreng..
termasuklah sotong ni..
hari ni aku masak sotong goreng berkuah kicap.
ni menu untuk bilangan orang yang sedikit la...

bahan-bahan :


  1. sotong ~ dibersihkan dan tak perlu potong... biarkan je seekor cam tu..
  2. seulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih
  3. sepotong halia
  4. beberapa biji cili api ~ bagi yang suka pedas
  5. kobis bunga
  6. sedikit lada benggala dan bawang besar jepun untuk hiasan
  7. kicap manis
  8. sos tiram
  9. sedikit sos cili
  10. sedikit air
  11. garam secukup rasa

cara menyediakan :

  1. setelah sotong dibersihkan, lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. kemudian gorengkan sehingga masak. setelah masak, susunkan diatas pinggan.
  2. sekarang sediakan kuahnya pula......
  3. tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili burung yang telah ditumbuk lumat. lepas naik bau, masukkan sos tiram dan sos cili... kemudian masukkan sdikit air...
  4. kacau perlahan dan tuangkan kicap manis.
  5. lepas kuah dah sedikit pekat.. masukkan kobis bunga, lada benggala dan bawang besar. gaul dan masukkan garam atau gula secukup rasa... tak perlu terlalu banyak kerana sos tiram tu dah masin...
  6. lepas kobis dah sedikit layu.. tutup api..... kalau kobis dan lada dah terlalu masak, nanti tak sedapp....
  7. tuangkan kuah kicap ni atas sotong yang telah disusun atas pinggan tadi....
  8. ermmmm siap untuk dihidang.............

macam mana nak bersihkan ketam....



nyum....... KETAM......
Bestkan dapat makan ketam goreng... hmmm.... i like.. hehehe...
tapi mesti ada yang berduka cita mengenangkan susahnya nak makan dan menguruskan ketam ni..
lagi2 kalau makan kat kedai.. mau jadi perang ketam n manusia plak karang.. duk krakk krekk krakk krekk.. hehehehe...
ermm senang citer kita 'perang ketam' dirumah saje.. tak la malu dipandang orang.


okehh.. meh kta share cara nak menguruskan ketam ni..


  • mula2 pastikan ketam-ketam tersebut telah sudah tidak benyawa. kalau masih benyawa tu mungkin boleh rendam dalam air sejuk dan masukkan dalam peti sejuk atau rendam dia dengan air suam yang diletakkan segenggam garam untuk memperlahankan pergerakkannya.
  • pegang dengan dua buah tangan dan tarik cengkerang ketam perlahan2.. kemudian buang la segala isi dan lendir pada cengekerang tu... sebab ramai yang tak makan organ pada cengkerang tu... tapi.. tak tau la plak ada yang suka makan... errmmmm itu terpulang...
  • lepas bersihkan kat bahagian cengkerang tu... pusingkan badan ketam dan tarik benda segitiga pada bawah ketam tu... nanti akan kelihatan insang ketam... sooo buangkan semua tu... buang juga telur ketam pada benda yang segiitga tu...
  • bersihkan juga lemak ketam yang warna oren macam cheese cair tu....
  • bersihkan kawasan sekitarnya dan boleh la dibelah dua atau dibiarkan seekor je macam tu....
  • pada bahagian kaki dan penyepit tu.. gosok2 la sikit untuk buang lumut dan kotoran yang melekat kat situ..
  • thennn.. siap... dah boleh masak dahh...

p/s ~ ermm masak lemak cili api atau sup.. gerenti sedap... goreng pon sodap.. hehehehe....


RESEPI ~ Masak Lemak Cili Ketam

masak lemak cili ketam


ermmm.... alhamdulillah... setelah sekian lama aku teringin sangat nak makan ketam..
akhirnya incik asben aku beli juga... ermm itu pon beli kat pasar jer... tapi tak kisah la kan....
dah lama sangt rasanya buat request... baru sekarang dapatnya... yeaargh.. best!

okehh.. memandangkan incik asben aku beli untuk kami berdua makan jer..
yang aku plak teringin nak masak macam2... ermm lastnya aku buat masak lemak ngan goreng rempah je..
ermmm... okehh... sekarang aku nak share ngan korang resepi masak lemak cili ketam ni.. hehe

tapi.. sebelum tuh, kena bersihkan ketam dulu... korang tau tak cara nak bersihkan ketam ni??
haaa.... jomm kta tengok cara nak bersihkan ketam ni dulu....


bahan-bahan untuk masak lemak ketam ni adalah :


  1. beberapa ekor ketam
  2. 2 ulas bawang merah
  3. 4 ulas bawang putih
  4. beberapa biji cili burung
  5. halia
  6. 2 batang serai dititik
  7. sehelai daun kunyit dipotong halus
  8. santan pekat ( aku guna santan kotak jee)
  9. cili besar sebagai hiasan
  10. garam dan gula secukup rasa

cara-cara untuk menyediakannya adalah :

  1. mula2 sekali tumbuk bawang, cili burung ngan halia tu.. ada orang buat yang tak letak langsung bawang.. tapi kalo aku.. masak tak pakai bawang ni macam tak lengkap jer... jadi terpulang la ikot citarasa masing2 untuk letak bawang atau tidak...
  2. tuang sedikit minyak masak dalam periuk.. sikit je.. dalam satu sudu kecil.. just untuk elak bawang lekat kat periuk..  kemudian tumiskan bawang, cili burung dan halia yang telah ditumbuk, masukkan sekali serai yang telah diitik.
  3. kemudian tuangkan air. jangan terlalu banyak. air ni pon terpulang kepada individu. sama ada nak kuah yang cair atau pekat. kalo saya.. saya lebih suka yang pekat.
  4. tuangkan sedikit sos tiram, dan tunggu sehingga air sedikit menggelegak.
  5. kemudian tuangkan santan pekat dan teruskan kacau dengan api yang pelahan. supaya santan tak pecah lemak.
  6. kemudian baru la masukkan ketam, cili besar, garam dan gula secukup rasa.....
  7. kacau untuk beberapa minit lagi.. tak perlu lama sebab ketam ni cepat masak. tengok pada cengkerang ketam.. kalo dah bertukar warna dan sedikit kemerahan. maksudnya dah masak la tu..
  8. akhir sekali, taburkan daun kunyit yang telah dipotong tadi... lepas beberapa saat boleh la tutop api dan hidangkan...


ermmm... mesti terangkat punya lah.. SELAMAT MENCUBA semua...



ni menu makan tengah hari kami... punya lah lama aku tunggu incik asben balik sekolah untuk santap menda alah ni.. ermm dia ada meeting pulak masa hari tuh...
apapun.. selamat sudahhh menjadi isi perut.. hehehe...


Tuesday, October 25, 2011

GERKO - KAMI... satu persembahan akustik

sebagai penutup kepada kursus WAJ 3112 kami iaitu kursus GERKO- PERSATUAN...
satu malam kebudayaan telah diadakan. dimana semua unit kelas semester 6 dikehendaki mempersembahkan sebuah persembahan pada malam tersebut.

dan kelas kami pun bertungkus lmus la mikir apa persembahan nak buat. kalo korang nak tau, persatuan yang kami pilih ada adalah Persatuan seni Budaya dan masak2.. hehehee... kami namakan aktiviti masak-memasak kami sebagai DAM DIM DUM BUNYI PERIUK....

mulanya terpikir nak buat teater muzikal pasal masak2 la.... teater muzikal berdasarkan iklan makanan kat tv la.... tapi semua tu risau tak jadi dan kami memalukan diri jer nanti.. lastnya.. tetiba dengan baik hatinya syamimi telah sudi menyumbangkan ideanya iiatu kami akan berlakon teater bertajuk ragam manusia selama 5 minit.. cuma persembahan tersebut tak de akitan langsung dengan masak-memasak..
arghh.. aku pikir, belasah jer... janji ada... masa pon dah makin suntuk..

masa perjumpaan kami pada hari isnin, kami nak berlatih buat kali pertamanya.. tiba-tiba..... kami diberitahu, malam kebudayaan tersebut telah diawalkan menjadi malam tersebut... maksudnya pagi ni berlatih malam dah kena persembahkan..

ok.. soooo.. masing2 mencuba babak yang telah dirancang..
tup tupp...... penasihat kami kata kurang sesuai...
ermmmm.....

terpaksa laa kami pikir kan persembahan lain..
mengenangkan suhaib ada kemahiran dalam main gitar..
saiful pon boleh nyanyi..
maka tetiba kami terpikir nak buat lagi akustik sahaja..
mulaanya agak pening nak pilih lagu mana... lastnya setelah beberapa kali dicuba dan ditest... kami pilih lagu Mimpi yang Sempurna daripada kumpulan Peterpan.

sooo.. dalam masa kurang 12 jam.... semua kena hafal lirik dan berlatih la seadanya.....
dan malam itu, kami persembahkan persembahan kami...

maka... saksikan laaa....



                     


semua melibatkan diri tau kali ni........

Gitar - Suhaib
Flute - Im
Tambourine - Azni
Lead Singer - Cypol
WonderGurls - Tasya, Mira, Rina, Nina, Ijat
group choir KAMI - Ah Hoong, Akem, E Lyn, Atie, Tya, Intan, Jaja, Pika, Ilah, Rafhan, Lady

ni lirik lagu MIMPI YANG SEMPURNA (PETERPAN)

mungkinkah bila ku bertanya
pada bintang-bintang
dan bila ku mulai merasa
bahasa kesunyian
salahkah aku yang berjalan
dalam kehampaan
terdiam, terpana, terbata
semua dalam keraguan
aku dan semua yang terluka karena kita
aku kan menghilang
dalam pekat malam
lepas ku melayang
biarlah ku bertanya pada bintang-bintang
tentang arti kita
dalam mimpi yang sempurna

macammana pun kami enjoy dengan persembahan kami.....

Sunday, October 23, 2011

Betapa Berharganya Seorang Wanita



ingat tak sebelum ni aku pernah tulis satu entry iaitu pasal terapi air mata..
dann hari ni aku rasa cukup tertarik untuk berkongsi satu lagi pasal wanita iaitu :


Betapa Berharganya Seorang Wanita

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...