Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Saturday, August 8, 2009

masa menentukan..

semalam waktu ikut ilah kuar dan teman dia gi terminal kemudian petang tu, dia balik JB umah akak dia...aku shopping lagi?? tak laa.. hehee..
aku tak shopping pun.. kali ni just beli barang yang aku rasa menjadi keperluan..
aku beli ink printer untuk print assigment yang dah beratur minta disiapkan..

then, aku teringat yang aku pernah berhajat nak belikan ayah aku seluar baru sempena hari raya ni..
tapi aku pun dah lupa berapa saiz pinggang abah sebenarnya.. aku call umah tanya adik aku...
adik aku cakap saiz 28.. hahhh?? keciknya pinggang abah.. rasanya satu ketika dulu, pinggang abah tak la sekecil ini.. memang aku nampak badan abah dah kurus sedikit berbanding dulu.. yelahh masa dah merangkak tua..
suatu ketika dulu, aku ingat lagi... aku la yang selalu tolong abah kat kebun bila abah potong buah sawit.. aku la yang selalu angkut buah sawit tuh.. jangan ingat badan aku kecik, aku tak larat tau.. hehehe...
abah cakap kalo nak duit kena la kerja.. jadi kami adik beradik dah terbiasa kalau nak ape2 kena usaha dan cari duit sendiri.. cuma sekarang, aku sedih bla adik lelaki aku malas ke sekolah waktu petang sebab nak kumpul duit beli barang yang dia nak.. Mak selalu marah.. aku pun bengang jugak.. tapi yelahh.. aku pun paham.. kadang2 kesempitan hidup mendorong kita jadi lebih berdikari. dulu, susah sangat nak tengok muka aku kat umah.. biasanya masa aku habis kat sekolah je.. hujung minggu baru tolong abah sekejap. pagi kat sekolah.. petang masak untuk family.. malam dengan buku2 atau buat hal aku sendiri.. mungkin sebab tu aku rasa diri aku jauh dari famili.. yelahh.. barang sekolah dan yurang sekolah pun aku bayar sendiri.. semuanya guna duit biasiswa yang aku dapat dari tajaan PETRONAS sebanyak RM1200 setahun..
dan sebab itu jugak, sampai sekarang setelah aku menerima elaun, aku jadi tak reti nak meminta duit daripada family mahupun suamiku sendiri.. terpulang pada mereka nak beri atau tidak...

berbalik pada abah.. kadang2 aku kesian tengok badan abah yang semakin kurus.. dah tak macam dulu.. saiz pinggang pun dah makin kecik.. tak macam my hubby.. rasanya saiz seluar dia dah naik kot.. dari 30 jadi 31.. then sekarang dah 32 rasanya.. habis semua seluar keje kena tukar yang baru.. senang hati agaknya suamiku itu.. hehehe..

hmm... banyak dah bezanya antara dulu dan kini.. aku juga perasan banyak perubahan dalam diri aku yang berbeza dengan dulu dan kini..
itu lah dikatakan kitaran waktu.. semalam adalah kenangan, hari ini satu realiti, esok mejadi harapan..

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...