Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Tuesday, December 23, 2008

sweet holiday!!

Honeymoon??
Actually, it is more like a holiday.. but sure la tetap meninggalkan kesan coz it is my dating with my hubby.. memang agak lama dari tarikh pernikahan kami, baru dapat gi dating cam ni..

memandangkan banyak urusan yang masih belum daoat disettlekan, jadi kami selesaikan mana yang perlu dahulu. Suami ku pula sibuk menguruskan pasal rumah baru kami yang mana kami akan tinggal disitu..
Destinasi kami untuk bulan madu yang pertama ini, kami bersetuju untuk memilih Cameron Highland sebagai lokasinya.. memandangkan kami gi waktu hujung tahun, so keadaan dan cuacanya memang sejuk berbanding keadaan waktu aku ke sana sebelum ni…. Kami menginap di sebuah chalet iaitu sebuah perkampungan homestay iaitu, RosChalet di pekan Tanah Rata.
Kami dikenalkan dengan tempat ini melalui kakak ipar suamiku..
Sepanjang 3 hari 2 malam di sana.. kami banyak meluangkan masa untuk berjalan2 n shopping. Hehehe….







taman Tanah Rata, Cameron Highland..



suamiku nak sangat gi ladang strawberry n petik buat sendiri untuk dibawa balik. tapi alangkah sayangnya, sampai je kat tempat tu, ladang tu tak dibuka untuk pengunjung memetik buah pada hari selain jumaat hingga ahad sahaja.. cian kat my hubby.. hehehe...

kami ada melawat ke ladang teh Cameron Bharat. dah sampai Cameron kena la gi semua tempat.. tapi bila dah sampai situ, my hubby tak nak turun plak. so, just tengok dari atas je la...




sebelum balik, kami singgah di Cactus Point n borong bunga untuk our house...

I Love Flowers!!.... huhuhu....

walaupun, it is more like a holiday dalam cuti skolah ni, but it is a memory...

it is a sweet moment together..

just Dinner...........

Lepas kahwin, aku banyak menghabiskan masa di rumah mertua berbanding rumahku. Waktu pulang ke rumahku tempoh hari., suami aku tu ajak ktaorang gathering gi makan dinner kat luar.. yelaa.. dia baru je lepas gaji.. hehehe…
Kami bersama my parents and my sibling gi makan kat sebuah kedai makan di Lumut. Di sea side berhampiran dengan Mariana Beach Resort.. kami gerak selepas maghrib dan hanya ke situ untuk menikmati makan malam..
Walaupun, suami ku itu anak ketiga dalam keluarganya, namun sekarang dia dah menjadi 'abang long'….

sekitar persandinganku...

Dah lama aku tak menjenguk blog aku ni semenjak cuti semester bermula dan semenjak aku mula mengatur hidup berkeluarga.. kalo dulu, bleh je nak kuar bila2 masa yang kita suka.. tapi sekarang dah kena belajar menyusun waktu dan semuanya harus dilakukan dengan izin. Asyik ada je halnya..

Jadi sekarang aku rangkumkan semua cerita dan kisah yang terjadi sepanjang tempoh keterlanjuran aku tidak mengemaskini blogku ini.

Upss… aku lupe nak citer pasal majlis persandingan aku. Pasti kawan2 aku yang tak dapat datang nak tau ceritanya..
Persandingan kami berlangsung sederhana je tapi tetap ada meriahnya.. sewaktu majlis persandingan kat belah puhak perempuan iaitu di rumahku, kami mengenakan tema warna purple. Setelah berbincang, kami berkenan mengenakan busana songket tabuh. Nampak simple je. Tapi ok la kan, janji puas hati..
Mak ayah aku pun buat sepasang baju warna ungu untuk nampak secocok dengan temanya. Begitu jugak dengan adik beradik dan family aku yang lain. Kawan2 aku pun sama.. walaupun, ramai kawan aku yang tak dapat datang kerana disebabkan oleh musim peperiksaan penting ketika itu iaitu STPM dan peperiksaan IPT lain, aku tak kisah. Aku paham kondisi tersebut.
Bebalik pada majlis aku. Pada hari kejadian, memandangkan syamimi dah pakai baju songket purple sedondon dengan baju pengantin ketika itu, jadi dengan kuasa veto yang aku ada, aku telah memaksa syamimi menjadi pengapit aku.. sian dia.. hehehe..
Syamimi nampak sepadan apabila pengapit belah pihak lelaki turut mengenakan sepasang baju melayu berwarna purple..
amacam, kacak tak suamiku ini?? ada gaya pahlawan tak?? hehehe..

Majlis persandingan dirumahku tamat sekitar jam 3.30.. kawan2ku dari maktab terus bergerak pulang ke seremban pada petang itu jugak.. memandangkan mereka punyai masalah yang tidak dapat dielakkan..
Memang lega bila satu majlis dah settle.. petang tu, apa lagi lepas semua orang dah mulai meninggalkan rumah aku, jadi aku dan suami pun menyinsing lengan membasuh periuk dan kuali..
Malam di rumah aku, tak berlangsung apa2 majlis pun, walaupun aku dah menempah kek 2 tingkat seberat 3kg. akhirnya, nasib kek hanya dibiarkan layu sahaja. Lepas membuka hadiah yang kami terima pada hari itu, kami terus berehat untuk majlis esok hari pula iaitu persandingan di rumah belah pihak lelaki..


agak2nya kalo im dipadankn dengan pengapit ni padan tak? hehehe..



ini la 2 orang adik iparku.. yunus n wan

Untuk majlis persandingan di belah pihak lelaki, kami memakai pakaian ala jawa Indonesia kontemperari berwarna brown+gold yang ditempah di bandung, indonesia. Bila pakai, memang terasa macam puteri.. hehehe.. alaa raja sehari la tu kan.. mak andam kami iaitu merangkap kakak ipar suamiku datang tepat jam 11 pagi dan menyiapkan kami.. setelah siap di touch up, kami bersama pengiring terus bertolak ke rumah pengantin lelaki yang terletak kira 20 minit perjalanan. Tambah menjadi ingatan bila suamiku memandu keretanya sendiri dengan berpakaian pengantin siap dengan tengkolok. Sekali pandang, nampak kami macam nak kahwin lari je…

ketibaan di rumah pihak lelaki












dayang2ku yang comel...... hehehe....

Sampai disana, kami disambut dengan paluan kompang dan rebana. Memang nampak meriah. Persandingan dirumah suami lebih unik dan meriah apabila abang iparku merangkap guru sekolah ku menjemput kumpulan tari bimbingannya membuat persemban ketika kami sedang menikmati hidangan makanan. Memang menyeronokkan. selain turut diadakan majlis menepung tawar pengantin.. sian kat im,tasya, mira, n ijad yang kempunan nak menepung tawar hari ti waktu majlis kat umah aku...



tarian from my old school..... nice performance..

bondaku menepung tawar....

Petang itu, sekali lagi aku dan suami membantu saudara mara yang masih ada mengemas mana yang perlu.

Pada malam harinya, diadakan majlis memotong kek dan saling berkenalan dengan seisi ahli keluarga… kami juga membuka hadiah dan pemberian untuk kami itu. Majlis di rumah suamiku, membolehkan aku untuk saling berkenalan dengan keluarganya…waktu ni, ada adat 'bersalam' iaitu tetamu yang datang bersalam dengan pengantin dan saling berkenalan. selain pengantin dapat sedikit wang sebagai 'hadiah', pengantin jgk dapat la berkenal2lan.. majlis tamat menjelang tengah malam..
Aduhh.. memang letih.. leganya bila dapat membaringkan diri atas tilam….

persandingan malam lebih casual.....


my mother-in-law

bukak hadiah...

ucapan penutup from my hubby sebelum majlis tamat...

Begitulah sedikit sebanyak rentetan tentang majlis persandinganku yang telah selamat berlangsung pada 22 & 23 november 2008 lalu.

Monday, November 10, 2008

bahtera Abby-Norman

Nampaknya semakin panas kisah keretakan rumahtangga antara dua orang dramatis popular ini. Boleh dikatakan semua suratkhabar dan media begitu fokus dengan memaparkan berita Abby Abadi dan Norman Hakim. sampaikan aku pun tertarik nak meluahkan sesuatu. seharusnya, tragedi sebegini dijadikan iktibar untuk kita semua, bukan sebagai setakat pandai melontar komen dan menyalahkan mana-mana pihak. kalo ikut pandangan dan pendapat aku ni, dalam hal ni kita memang tak patut salahkan mana2 pihak. masing2 ada kelemahan..
mesti you all pun dah baca dan mengikuti kisah ni yang dah selalu keluar dan terpampang kat akhbar, tv atau internet.. saya bukan nak cakap lebih2 tapi ada satu perasaan dalam diri saya yang aku rasa perkara macam ni tak sepatutnya berlaku..
Sebagai seorang isteri, walaupun masih baru bergelar isteri, saya mengerti perasaan Abby. Namun sebagai isteri, seharusnya dia menjaga aib suaminya walau dalam apa jua keadaan. Hanya Dia yang Maha Mengetahui balasan untuk seorang isteri. Kepada Norman, Abby dan anak2 adalah amanah Allah untuk dijaga. Buruk baik mereka, mereka lah keluarga anda. Merekalah orang yang menyokong anda dalam apa jua keadaan. anda yang bertanggungjawab membimbing mereka. Kenapa harus mencari pasal?
semua orang paham, sedang lidah lagi tergigit, inikan pulak suami dan isteri.. lautan mana lah yang tak di landa gelora.. itu semua lumrah..
adakalanya bila di dlm keadaan demikian, seseorang tu boleh bertindak di luar pemikiran kita…berat lagi mata memandang..berat lagi bahu yang memikul…kadang2 kesabaran boleh tercabar tapi kita sebagai org luar hanya boleh menasihatkan abby bersabar…tapi jika kita di tempat dia…entah bagaimana lagi yang kita lakukan..entahkan kuat..entahkan tidak…doakanla mereka supaya mendpt jalan penyelesaian yang terbaik…bukan hanya untuk abby..tapi juga untuk norman dan anak2…si baby terlalu kecil untuk semua nie…semoga abby beroleh kekuatan dan ketenangan untuk mengharungi dugaan ini…













adegan waktu Abby mengamuk dan serang Norman kat lokasi penggambaran.. dalam kes ni, norman sampai menitiskan air mata...
kita kena sentiasa beringat, setiap kejadian tu ada hikmahnya. Tuhan kurniakan kita dengan akal so mesti la bijak selesaikan masalah dan buat keputusan dengan bijak bukan ikut hati dan perasaan je.. tengah bengang memang la semuanya pahit tapi akhirnya menyesal. kan rugi macam tu....

Memey Suhaiza....... baru lagi jadi artis. umur pun baru 20 tahun..

saya bukan la nak cakap ape, tapi rasanya tak baik rosakkan rumah tangga orang. kalo rasa keadaan boleh diperbetolkan.. jangan lah rumitkan lagi keadaan.. memang saya tak tau keadaan sebenar tapi semua orang paham apa rasanya bila orang yang kita sayang dirampas orang lain..

lu pikir la sendiri....

saya benci perkataan cerai. bila kita jadi isteri orang ni.. rasa macam tak nak dengar langsung perkataan tu... hope diorang ni, jangan la sampai nak bercerai berai.. mungkin hati tengah sakit dan rasa tak sanggup lagi, tapi Abby kena kuatkan semangat dan bersabar.. Norman plak kena sedar tanggungjawab.. itu le la yang mampu saya katakan sebagai orang yang masih amatur ni......

belajar la menghargai apa yang kita ada. kerana apa yang telah ditakdirkan menjadi milik kita adalah yang terbaik untuk kita....

Tuesday, November 4, 2008

KAU PERTAMA DAN TERAKHIR....

27 oktober 2008 (27 syawal 1429H),

Tarikh yang telah membawa aku ke dunia yang baru. Aku telah sah menjadi milik seorang lelaki bernama suami. Wahhh… macam tak pecaya je.. memang tak pecaya. Sangat tak pecaya. Hehehe.. bermula dari seorang guru, kemudian menjadi teman, kemudian menjadi tunang dan sekarang dah menjadi suami yang akan bersama aku sepanjang hayatku. InsyaAllah.. itulah yang dinamakan takdir..

Menjelang hari pernikahan aku ni, memang macam perasaan yang aku rasa. Tapi pada malam sebelum tibanya pagi tu, aku rasa biasa je. Kawan2 aku cakap macam bukan aku yang nak menikah. Tak tau la macam mana aku boleh tenang je malam tu.. sampai lah ke pagi hari, baru aku mula rasa debarnya. Perut mintak diisi tapi memang tak lalu nak makan walaupun ada hidangan yang menyelerakan. Tapi aku tetap berlagak cool..

Setelah aku siap dimekap dan berhias, lagi kuat debaran tu terasa. Saat suami aku dah tiba di masjid dan hanya menanti ketibaan dari pihak kami. Lagi la aku rasa takutnya. Cuma bila ada kawan2 aku ni, kurang la sikit perasaan tu..









sebelum bergerak ke masjid, sempat lagi nak bergambar...





Mak aku pulak tak dapat ikut sekali ke masjid untuk menyaksikan peristiwa tu. Sedih tak sedih. Tapi aku relax je.. tak payah nak paksa-paksa. Cuma kawan2 aku je jadi peneman aku ke masjid..








my school frends....... Yana and Nisa









my frends from maktab, Im, Jaja and Ilah.....









Waktu tiba kat masjid tu, dan aku Nampak rombongan dari pihak lelaki dari pun memenuhi ruang. Ya ALLAH, macam tak larat nak jalan. Rasa nak tumbang je. Huhuhu.. tapi nasib baik boleh cool lagi. Hehehe..








dalam masjid, sementara menanti ketibaan naib kadi..


















mesti suami ku ini pun menanti dengan sabar.. hehehe...









Sementara menunggu ketibaan naib kadi tu, alhamdulillah perasaan aku stabil. Nasib baik ada kawan2 aku yang happening ni.. sempat jugak aku menjeling sepintas lalu ke aras bakal suami ku ketika itu. Nampak muka dia bersih je.. tapi aku tau mesti dia lebih rasa debarnya.. dari mukanya yang agak serius time tu, aku yakin yang dia lebih nervous dari aku..

Saat suamiku membacakan taklik, memang sebak rasa di hati. Aku pun tak tau. Tapi aku rasa, besar tanggungjawab sebagai suami dan isteri.. bukan mudah untuk menjadi yang terbaik. Semuanya perlukan masa..

Tibanya saat suamiku diakad dan dia menerima ijab, aku rasa macam nak tercabut jantung ni.. betapa debarnya aku rasa. Dalam beberapa saat aku akan jadi isteri orang. Dan saat dia membaca qabul hanya dengan satu nafas. Memang aku rasa nak menangis. Tanpa kau sedari aku dan mengcengkam kuat tangan kawan aku kat sebelah.. nasib baik dia terus peluk aku. Tak jadi air mata aku ni nak menitis.. akhirnya, aku sah menjadi milik insan bernama suami..





debaran suami ku...








Satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Tapi perasaan
tak percaya yang sekarang aku menggalas satu tanggungjawab baru itu memang wujud.. tapi aku bersyukur, akhirnya ada insane yang akan sentiasa menjaga, menemani dan menyayangi aku hingga ke akhir nafasku….








kau lah cintaku yang pertama dan terakhir..










Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kami dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..


AMINNN…..



Thursday, October 23, 2008

HAPPY DEWALI..



untuk semua yang menyambut perayaan pesta cahaya atau dewali, saya nak wish HAPPY DEEPAVALI kepada semua penyambutnya..

mungkin tarikh 27 otober 2008 ini dianggap sebagai tarikh menyambut tahun baru bagi penganut agama hindu.
tapi bagi saya, ia merupakan satu tarikh yang mungkin tetap akan aku ingat sepanjang hayatku. tarikh yang akan membawa aku ke satu dunia yang baru.. menjadi orang baru, dan mulakan hidup baru..
dalam saat aku menanti saat ni, macam perasaan yang timbul. semuanya bercampur baur. macam2 getar boleh rasa. satu yang aku tau, masa cepat sangat dirasakan berlalu.. kawan aku selalu cakap, ini lah masa-masa terakhir aku bergelar remaja.. tak sempat nak celebrate 21st year. hehehe..
orang cakap, bukan senang nak bina masjid ni. kita bukan sekadar berkahwin dengan pasangan tapi kita berkahwin dengan semua yang berkaitan dengan dia, termasuklah keluarga dan kerjayanya...
I'm ready?? nak cakap pasal ready, memang la belum sepenuhnya.. semua tu perlukan masa.
tapi bagi aku, aku tak kisah kahwin muda. siapa cakap kahwin muda tak bagus? sepanjang meniti hari ni, aku memang banyak membaca.. nervous weh.. hehehehe...
banyak buku yang aku baca mengatakan kahwin muda ni banyak kebaikannya. tunang aku pun selalu cakap macam ni gak. hehe..
aku tak kisah pun kahwin muda ni. yang penting kita kena pandai handle..
cuma aku risau, dapat ke aku penuhi kekurangan yang mungkin aku miliki ni. hehe..
you all nak tau smthing tak, setiap kali aku pikir pasal benda ni, aku mesti menangis.. even waktu aku menaip saat ni pun, ada air mata aku yang jatuh.. nak kata sedih, tak la sedih.. ntah la, aku sendiri tak paham apa yang aku rasa.. memang sukar nak diungkapkan..
mugkin memang itu yang setiap orang akan rasa dalam saat macam ni kan? huhuhu...
apa2pun, sekali lagi aku wish, semoga kalian sentiasa gembira dan berani dengan harapan baru..
dan semoga kebahagian mengiringi diriku ini.. amin...

Wednesday, October 22, 2008

MAJLIS PERASMIAN PAMERAN HIJAU

seperti yang dirancangkan sekian lama, pada 20 0ktober 2008 yang lalu, unit Kami telah berjaya menganjurkan satu pameran seni. pameran ni merupakan salah satu daripada sukatan pelajaran kami pada semester ini. dalam pameran ni, sepatutnya kami memuatkan semua karya kami bermula dari semester pertama. tapi apakan daya, atas masalah yang timbul dan kesibukan dan budi bicara para pesyarah kami tidak dapat mempamerkan semua karya2 'agung' kami tu.. just mana yang ada. iaitu, oil painting, arca dan water color painting hasil dari kembara seni ke Comeron Highland..

pameran kami ini akan berlangsung selama seminggu iaitu bermula pada 20/10 hingga 24/10.. semua warga IPRM boleh datang menyaksikan pameran disamping menyokong kami dengan membeli karya yang kami sediakan untuk dijual. walaupun tak seberapa tapi itu lah hasil kerja kami. pada hari pertama, Lukisan Saiful yang bertajuk 'full moon Memory' tu dah terjual. ia dibeli oleh Ketua jabatan Kajian Sosial, Pn hjh Fatihah.. wah.. sangat bangga.. hehehe..

majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPRM, Mr Tan Ying Kee.. itu pun majlis bermula agak lewat kerana pesyarah menghadiri mesyuarat.. walaupun, kami ni dah sangat penat. majlis tetap diteruskan.. aku ngan Ilah kena jadi pengiring VIP sepatutnya, to ileh kerana aku sangat penat dan tak de mood. jadi aku biarkan je.. tak banyak yang aku katakan time tu.. nasib baik kurator kami, Aminina ada untuk memberi penjelasan..

Timbalan pengarah memang agak bangga ngan kami apabila dia meninggalkan komen yang membina buat kami semua.

ok la, kat sini, saya sajikan dengan gambar sekitar majlis perasmian..



Jaja sebagai pengarah projek atau pengerusi jawatan kuasa memberikan ucapannya..


antara tetamu yang menyaksikan majlis perasmian..

upacara memotong reben sembolik perasmian...

Mr Tan menerima lukisan karya Tan Choong Hong sebagai cenderahati..

KARYA OIL PAINTING

RUANG PAMERAN

susun atur oleh AJK persediaan tempat..

sebahagian daripada arca..

ruang tengah..

arca karya kami...

ni adalah sebahagian pasal pameran kembara seni kami.. nanti kalo ada masa citer ni to be continue... hehehe...

OPEN HOUSE at RUMAH MIRA!!

Dua hari sebelum tu, mira dah bising2 pasal umah dia nak wat open house dan kami semua dijemput. so, pada hari ahad bersamaan 19 oktober 2008 berlangsung lah umah terbuka tersebut. So, aku, ilah, jaja n im dah plan kami nak g waktu hari kejadian ngan drive kereta g ke sana.. so, lepas dapat kereta kami pun decided cam ne perjalanan seterusnya ke sana. mulanya Lydia nak join ktaorang sekali. tp dia tarik diri saat2 akhir. jadi kami bawak Tasya sekali ngan ktaorang. secara kebetulan, boleh la Tasya wat suprised kat Mira bila Mira tau yang Tasya sampai bersama-sama kami..

actually, hari sebelum tu, Sepu, Azni, Nina n Ijad dah kesana sebab balik satu kete ngan Mira..

so, tepat jam 10 pagi, selepas syamimi sampai depan maktab, kami terus gerak ke Tangkak, Johor.. memang sebelum ni, aku, im, ngan Tasya dah penah sampai umah Mira. so, tak susah la nak cari jalan...

kami sampai kat sana dalam pukul 11.30.. sampai je kat depan umah dia, aku terus kena perli.. hehehe... paham2 je la.. sebab parents Mira memang dah kenal ngan aku..

ktaorang ingat majlis tu dah start. rupanya lambat lagi. so, kami tolong2 la apa yang patut. hulurkan tangan mana yang perlu. lagi pun memang itu lah tujuan mira jempiy ktaorang. hehehe.. time ni la nak tau sape yang ikhlas ngan tak ikhlas ni.. hehehe..








Sepu tak cakap pun waktu nak ambik gambar ni, kalo tak boleh posing baik sikit. tau je dah siap ambik gambar. hehehe..






you know the story??? huhuhu...










waktu makan memang best. memang sedap mak ngan ayah Mira masak.. mak mira mesti la famaus ngan kek kukusnya.. ktaorang di jamu ngan nasi impit+rendang ayam+kuah lodeh+sambal kacang+mee goreng hailam by ayah mira..




yummy.... delicous!!


memang sedap. hehehe.. kami makan macam kat umah sendiri plak.. isy..isy..isy.. hehehe..























menikmati hidangan.....,


lepas makan, sementara parents mira melayan tetamu2nya, kami wat cam umag sendiri je ngan mengconqour sebuah TV kat umah tu. dr satu citer ke satu citer.. lepas penat tengok TV, mak Mira suruh kami makan untuk second round plak.. amboi ini dah lebih dari open house ni.. hehehe...

































relax......... thanx kat sepu wat dialog kat gambar ni.. hehehe....




santai... ada la dalam tiga filem ktaorang tengok! hehehe.. memang santai..


lepas kemas apa yang patut dan cuci mana yang perlu, kami decided gerak balik memandangkan hari dah hampir petang.. mulanya, ingat nak gerak balik sekali ngan mira tapi masih banyak plak benda yang dia nak settlekan kat umah. so, sebuah kete je yang gerak balik dulu.. lagi pun dah ada ura-ura nak singgah window shopping kat Pekan Tangkak.. so, memang tak leh tungu lama lagi..




sebelum kami balik.. gambar kenangan bersama!

lepas bermaaf-maafan ngan parents Mira, kami gerak balik dalam pukul 6.00 petang..

kami singgah sekejap kat pekan Tangkak tengok kain.. waauu.. memang rambang mata. banyak kain ngan harga yang berpatutan. tp sayang poket tengah kering. hehehe...


waktu baru kuar dari muar masuk ke Highway, hujan lebat tapi sekejap-sekejap.. sian n risau plak kat jaja. risau dia tak berape jelas nampak jalan.. tp semuanya OK. kami sampai kat Seremban dalam pukul 7.30 malam. lepas singgah umah kakak Im kat Seremban 2, kami terus balik maktab..

malam tu, kami terasa penat sangat.. dah la, keesokkan harinya ada perasmian untuk pameran HIJAU kami tuh.. so, semua decided untuk tdo awal..



begitu lah, sedikit coretan sempena open House kat umah ketua untui kami semester ini, Ruziathul Amira Bt Mazlan kat Taman Permata, Tangkak, Johor...


mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...