Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Monday, January 3, 2011

bertandang ke Batu Pahat..

Bila masuk tahun baru, bermakna kita semua baru sahaja melalui cuti yang panjang.. tak kira la cuti sekolah atau cuti semester..
dalam musim cuti ni biasanya macam majlis nak diadakan, macam2 sambutan nak disambut.. ada yang berkahwin, ada yang bertunang, ada berkhatan, ada yang berkhatam dan macam2 lagi la.
semuanya tunggu hari dan musim cuti.. kononnya senang untuk famili dan rakan2 datang bertandang.
itu lah yang aku lalui, sepanjang cuti sekolah ni, setiap minggu aku kena pergi kenduri.. terutamanya kendiri kawen. sampaikan rancangan nak bercuti dan honeymoon pun kena rancang betol2..

salah satu yang melangsungkan perkahwinan dalam musim cuti ni adalah bekas guruku yang sekarang dah bergelar abg iparku... cikgu Azlan b Osman.
setelah gagal pada perkahwinan yang pertama, dia membina semula mahligai bahagianya buat kali kedua dengan seorang dara jauh dari selatan tanah air.. cikgu Shahanura binti abu bakar namanya..
ermmm cikgu jugak..

aku mengikuti majlis mereka bermula dari menghantar rombongan meminang dan bertunang sehingga lah ke majlis pernikahan dan persandingan.
merasa jugak la aku melihat adat kenduri mempelai di negeri johor.. hehe..































waktu sesi akad nikah berlangsung pun tak sama macam adat di perak.. banyak prosedurnya..
bagus jugak macam tu..











bila cakap jer pasal perkahwinan negeri johor, mesti yang terbayang di kepala adalah adat tol. adat tol dalam perkahwinan ni dah menjadi satu identiti kepada masyarakat negeri johor. ini lah kali pertama aku melihat sendiri macam mana adat tol ni dijalankan..

pengantin lelaki dan rombongan diarak masuk ke perkarangan rumah pengantin perempuan dengan paluan kompang dan iringan bunga manggar. seorang wanita membawakan pengantin lelaki secawan air untuk diminum setelah tiba diperkarangan rumah..
pengantin lelaki dan rombongan dijemput kedalam rumah.. setibanya pengantin lelaki dihadapan pelamin, sekumpulan remaja perempuan yang lagaknya seperti dayang duduk bersimpuh dihadapan pelamin sambil menadah tangan..
hmmmm.... terpaksa la pengantin lelaki mengeluarkan sampul wang untuk disogokkan kepada "dayang-dayang" tersebut. lalu mereka membuka laluan kepada pengantin lelaki. namun di atas pelamin, wajah si pengantin perempuan ditutup dengan kipas oleh seorang wanita iaitu mak andam.. pengantin lelaki menghulur satu sampul, tapi dia masih belum mahu beranjak.. sehingga la pengantin lelaki menghulur satu sampul lagi.. setelah membedek nilai wangnya, baru la mak andam mempersilakan pengantin lelaki mengambil tempat di sebelah permaisurinya..

haaa.... macam tu la lebih kurang adat menebus pelamin yang menjadi tradisi orang johor ni..
ni buat aku teringat kepada kawan2 aku yang dari johor ni, mira, azni n nina.. cam mana la masa diorang ni sanding nanti..


mak andam menutup pengantin perempuan sambil dikelilingi 'dayang'


selepas membayar "wang sogok", dan selepas mak andam berkenan dengan nilainya baru la boleh sanding.

raja sehari..


ambil kesempatan dan turut sama meraikan.. hehehe


No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...