Hari ni, saya memulakan kelas PSV yg pertama dengar pensyarah yang baru pada semester ini. biasa lah pertama biasanya akan dihabiskan dengan sesi pengenalan topik pembelajaran. kira macam warm up laa.. dalam perbincangan mengenai seni oriental, aku tertarik dengan apa yang Encik Mazlan katakan tentang 'masyarakat asal'. dia ceritakan kepada kami betapa melentingnya apabila seorang pelajar bumiputera yang ditanya mengenai di mana tempat tinggalnya. adakah di kawasan hulu?
dia melenting dan mengatakan bahawa dia tinggal di kawasan kosmopolitan.
hmmm.. korang terfikir tak macam apa yang aku fikirkan??
aku amat setuju bila Encik Mazlan tidak menggelarkan mereka sebagai orang asli bahkan sebagai orang asal. itu memang tepat. bahkan mereka juga mungkin layak untuk digelar sebagai orang melayu... orang melayu asal dan bukan gelaran bumiputera yang diterima mereka sekarang..
nak tahu kenapa?
semua orang tahu bahawa bumi malaysia yang kita diami ini pernah di panggil tanah Melayu suatu ketika dulu dan akhirnya berubah menjadi malaysia..
pernahkah kita terfikir bahawa orang asli yang kita panggil selama ini telah lebih awal dan lebih lama mendiami tanah negara ini semenjak sebelum kedatangan orang melayu yang sebenar..
bukankah mengikut kajian sejarah, kebanyakan orang Melayu di Malaysia dan nenek moyang mereka sebenarnya berasal dari dari Indonesia, Thailand, dan India? Malah China? Jadi negara nenek moyang mereka sepatutnya bukan Malaysia..
dan masyarakat asal ini suatu masa dulu pernah digelar sebagai Negritos. aku masih ingat lagi tentang subjek teori kedatangan bahasa melayu yang aku pelajari di awal pengajian kat maktab ni. korang masih ingat perkataan Negrito ni??
apa yang menjadi misterinya tentang negrito ini adalah bila dan dari mana mereka datang ke asia tenggara ini.
yang kita tahu, kita gelar mereka sebagai orang asli ' - the original people.
dan sebenarnya mereka datang dengan sekumpulan masyarakat yang meninggalkan dataran Afrika menuju asia tenggara kira-kira 5000 tahun yang lalu..
jadi layakkah kita mendapat keistimewaan yang lebih baik berbanding orang pertama sekali meneroka tanah malaysia..
itu lah yang selalu aku fikirkan.. kita sebagai orang melayu telah banyak mendapat
keistimewaan berbanding mereka. dari tempat tinggal, pelajaran dan pekerjaan. sedangkan ada segelintir mereka yang masih menghuni pondok nipah dipinggir hutan tanpa sebarang kemodenan..
ermmm... aku pun tak pandai nak hurai panjang mengenai hak ni.. takut kena band plak...
cuma aku harap, pemimpin kita pandang lah ke bawah... bukan bermegah dengan status dan golongan yang tersendiri..
ermmm.. aku dah melalut ker ni???
ahhh... yang penting aku nak tegaskan, kita tak patut panggil mereka orang asli lagi.. tapi lebih manis kalau kita gelarkan mereka sebagai orang asal atau melayu asal.....
maaf jika terkasar bahasa.. yang salah harap ditegur.
renung-renungkan dan selamat beramal..
:o)
No comments:
Post a Comment