Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Friday, January 7, 2011

Tarian Dabus..

hari ni, aku masuk kelas seperti biasa. salah satu kelas pada hari adalah kelas Pendidikan EDU 3106. semester ni, kami belajar pasal Budaya Dan Pembelajaran.
hari ni, pensyarah kami, encik M Nadarajan bincang pasal konsep budaya dan kelompok bangsa di Malaysia.
aku agak tercengang bila encik tu tiba-tiba tanya aku apa yang menjadi identiti dan
keistimewaan di negeri perak.. negeri kelahiranku.. hehe..
dengan teragak-agak, aku terus menjawab tentang sistem hierarki perwarisan takthta.
hehehe... ermmm.. memang la betul..

tapi bila dalam bilik ni, aku pikir balik, ada sesuatu yang aku lupa yang selama ni menjadi warisan di negeri Perak.

Tarian dabus...

aku ingat lagi masa aku form 2, aku ingat lagi masa aku ngan kawan-kawan aku dijemput untuk meramaikan ahli pasukan tarian dabus untuk majlis pembukaan kompleks baru Universiti Teknologi Petronas, tronoh yang telah dirasmikan oleh menteri besar perak pada masa tu iaitu dato' seri Tajol Rosli Ghazali.
aku rasa itu lah antara tarian terbesar pernah aku sertai, hampir seminggu jugak la ktaorang buat latihan dengan abang-abang senior dari jabatan kesenian negeri perak. masa tu, latihan dibuat dekat stadium mini Bota. al maklum la n
ak buat persembahan depan MB.. hehe..
korang tau pasal tarian dabus ni???
ermmm... meh kita tengok sikit maklumat ni erk..

Dabus adalah salah satu tarian tradisional di Perak yang mampu bertahan sejak lebih 300 tahun lalu. Sekalipun negara menerima arus perubahan di samping kepesatan pengaruh budaya barat, namun sehingga kini ia masih diminati dan dihayati oleh para pencinta seni.

Biarpun dabus masih belum boleh dikategorikan sebagai seni popular di kalangan rakyat, namun kegiatannya yang secara terus digerakkan oleh pewaris kesenian itu sejak dulu lagi mampu mencatatkan sejarahnya tersendiri sebagai salah satu tarian tradisional yang terunggul di negeri Perak.

Identiti Dabus

Setiap penari atau pemain dabus mesti menggunakan sejenis besi tajam yang dipanggil `anak dabus`. Penggunaan anak dabus ini ialah untuk memperlihatkan keistimewaan tarian tersebut. Tanpa penggunaan anak dabus, akan hilanglah identiti dabus.

Permainan dabus yang asli tidak sahaja para pemain atau penari menggunakan anak dabus sebaliknya mereka akan menggunakan beberapa senjata tajam yang lain untuk mempamerkan kehebatan permainan dabus. Selain anak dabus, antara senjata tajam yang lain yang digunakan dalam persembahan dabus ialah keris, pisau belati, kapak, batu giling dan tali.

Sesebuah kumpulan dabus yang asal terdiri daripada lebih kurang 22 orang termasuk pemain alat muzik dan penari. Dalam kumpulan tersebut terdapat seorang ketua dipang

gil khalifah. Khalifah inilah orang yang bertanggungjawab memelihara keselamatan para pemain daripada sebarang gangguan yang boleh mencacatkan persembahan pada hari itu. Sebelum persembahan dimulakan khalifah akan merasapi dan merenjis air yang sudah dijampi ke seluruh pentas, para pemain, pemuzik dan anak dabus.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada gangguan makhluk halus atau perbuatan orang nakal yang menguji kekebalan para pemain. Selain daripada itu, khalifah juga akan bertindak memulihkan penari yang tidak sedarkan diri dan luka akibat daripada menikam lengan dengan anak dabus atau keris.

Dalam permainan dabus, terdapat beberapa pantang larang yang harus dipatuhi. Pertamanya, tempat bermain hendaklah bersih, tubuh badan pemain juga hendaklah suci.Para pemain sama ada pemuzik dan penari ditegah daripada mencarut, mengeluarkan kata-kata lucah mahupun bermusuhan.

Anak dabus pula hendaklah dijaga sesempurnanya. Anak dabus tidak boleh dilangkah, malah perlu dijauhkan daripada mencucuk ke tanah. Selain itu, orang luar yang bukan pemain dabus dilarang menyentuh semua peralatan permainan dabus. Melanggar pantang larang ini akan mengundangperkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Para penari akan keluar dan menghormati penonton sebelum memulakan tarian. Biasanya penari akan keluar berpasangan untuk menari. Sepasang di sini, tidak semestinya terdiri daripada seorang lelaki, seorang perempuan. Sepasang di sini bermaksud berdua, mungkin kedua-dua penari lelaki atau perempuan.

Gerak langkah tarian ini ada tiga jenis yang dinamakan `susun sireh`, `ayam tajak`, dan `helang sewah`. Susunan langkah adalah mengikut pilihan ahli-ahli tari, tetapi biasanya dimulai dengan susun sireh. Langkah tari dimulakan dengan gerak tertentu dengan melangkah ke hadapan tiga kali, kemudian duduk dan sembah, selepas iti barulah tarian seluruhnya dipersembahkan. Setiap seorang penari akan memegang sepasang buah dabus sambil menari.

Gerak tari adalah mengikut irama lagu dan nyanyian.

Seorang penari akan keluar menari dan setelah selesai peranannya dia akan diganti oleh penari yang lain pula, begitulah bergilir-gilir sehingga tarian tamat. Lazimnya, setiap lagu memakan masa kira-kira sepuluh minit.

Keistimewaan dan kelainan tarian dabus dengan tarian-tarian tradisi yang lain ialah penggunaan senjata tajam. Apabila tarian mula rancak, penari-penari mencucuk-cucukan anak dabus yang dipegang ke lengan mereka. Perbuatan ini kononnya dilakukan ketika si penari dalam keadaan tidak sedarkan diri dan simbolik kepada persembahan dabus itu sendiri yang lebih kepada persembahan kepahlawanan. Selain daripada itu, ada pula yang melakukan perbuatan melambungkan batu giling dan ditahan dengan paha. Tindakan para penari ini pastinya akan mencederakan mereka, tetapi apabila selesai persembahan, mereka yang cedara akan dipulihkan oleh khalifah dalam kumpulan tersebut.

Pakaian

Mengenai pakaian pula, ia bergantung kepada ketua pasukan untuk menentukan warna dan jenis pilihan pakaian ahlinya. Tetapi lazimnya bagi kanak-kanak, mereka memakai pakaian melayu berwarna hijau pucuk pisang manakala penari dewasa pula mereka memakai pakaian melayu yang lengkap dan berwarna hitam yang melambangkan kepahlawanan.


gambar Hiasan.


haaa... cenggitu la lebih kurang berkaitan dengan tarian dabus ni.. tarian ni memang betul melibatkan pertumpahan darah.. sebab menurut sejarahnya, ia berasal dari zaman Saidina Ali. so, macam apa yang diamalkan puak syiah skrang ni laa.. kalau korang tak caye meh tngok gambar anak dabus dengan lebih dekat..


½

½

¯


hmmm.. tajam kan.. kena kat lengan memang berdarah..
tapi waktu kami wat persembahan dulu, tak de la sampai cucuk2 kat tangan tu.. sebab masa tuh, kami masih amatur. jadi buat2 gimik jer la..

ok.. itu jer la cerita yang aku nak share pasal kebudayaan negeri aku ni.. dan aku amat berbangga menjadi anak kelahiran perak kerana ada jugak warisannya yang tersendiri.

ok.. see you later..
thanx sudi baca...

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...