Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Sunday, January 16, 2011

Hajat mahu BerJalan-Jalan -----> I-CiTy

hari jumaan bersamaan 14 januari adalah hari cuti umum untuk negeri sembilan. Hari Keputeraan Yang Dipertuan Negeri sembilan.
entah kenapa cuti kali ni aku tak balik umah.. alasan aku, aku baru jer 2 minggu masuk kuliah dan malas nak beli tiket balik. naseb baik my incik asben aku tak kisah sangat. sebab dia pun agak sibuk minggu ni dengan kejohanan merentas desa kat sekolah.
macam biasa la hidup aku ngan kawan2 kat maktab ni. tengah hari kuar makan, pastu balik bilik wat keje skit (atau online jer) pastu malam kuar makan, then online lagi..
hmmm..... agak bosan rasanya.. yer laa.. awal sem, keje pun tak banyak lagi.. masing-masing duk pikir mana nak pergi dengan keadaan wang yang sedikit sengkek. haha..
macam-macam idea la kuar.. hmmmmm...........................

sampai la semalam, waktu kitaorang kuar lunch.. topik mana nak pergi untuk hbs masa hujung minggu ni masih tak settle lagi. sampai la seorang kawan aku ni sebut nak gi I-city.. huh! jauh kot dalam keadaan gawat ni.. aku senyap jer. tunggu respond kawan lain. ermmm... masing-masing kata setuju plak. hmm.. aku???? tak per laa.. kena la setu
ju jgk.. jap2 tu jugak plan nak pergi pukul braper n nak balik balik pukul braper. senang citer nak overnight.. wauuu.. haha..
kemudian masing-masing pun pulang ke bilik dengan sengeh2.. kononnya nak bg suprised kat kawan aku yang bernama Tasha ni.. sebb dia excited nak pergi I-City sbb nak tengok pujaan hatinya kat sana.

sampai bilik, aku ambik mood nak call my incik asben ni.. bg hati tenang dulu, baru boleh cakap dengan baik. mulaanyaa.. aku mesej dia dulu.. dia tengah tengok citer hidustan.. hmmm.. mood dia ok kot..
aku try call...
aku cakap la pasal plan aku ngan kawan aku nak gi shah alam malam nanti. dia senyap. dia tanya lagi naik ape, nak buat ape. ape ada kat sana n bla bla.. aku jawab satu persatu..
tapi jawapan dia... awak tah boleh pegi..
waaa.... huhu sedih.. walau aku cuba yakin kan dia.. dia tetap kata dia tak izinkan aku pegi. sbb dia tak suka dan amat risau bla aku kuar malam.
maka dengan perasaan hampa, aku redha jer. talian aku putuskan. sampai la aku terlena dengan linangan air mata.. huhuhu...

sebelum maghrib aku tersedar.. aku cuba tanya dia lagi.. kali ni, aku msj je.

aku : salam.. abg, mmg tak boleh ker sy nk gi.. kan abg tau, sy dah lama teringin nak g tmpat tuh.
M.I.A : abg x bg bukan pasal tpt tu. tp smpai subuh. abg tak suka..
aku : alaaa... kali ni jer.. (pada hal dah kali kedua aku wat hal..hehe)
M.I.A : kenape awk beriya2 sgt nk pg?
aku : tak de la pape. just nak relaks2 ngan diorang jer.. tempat tu kan tempat riadah family jer?
M.I.A : malam2 family dok rumah la.. kutu rayau banyak laa..
aku : hmmmm..
M.I.A : abg risau keselamatan awak.. kalo awk bukan sapa2 pd abg lain cerita. awk isteri abg..
Aku : yee.. tau.. sbb tu sy mintak izin.
M.I.A : mmg awk just tnya tp awk amat berharap abg benarkan. abg blh benarkan dgn 3 syarat. pertama, inilah kali terakhir abg benarkan awak kuar mlm2, kedua blik sblm subuh. lg awal lg bagus. ketiga awak kena msj abg selalu.abg takkan tdo sampai awak dah ada kat maktab semula..

huuhuhu.. dengan perasaan terharu dan gumbira aku dapat kebenaran itu..
maka kami gerak dari seremban dalam pukul 11 malam..

sampai jer kat sana, dengan perasaan sedikit perak dan kekaguman, kamera kami tak henti snap gambar..

ermmm... kami semua.. eh tapi rasa cam ada yg tertinggal kot.. pikah.. hahaa..
naseb dia la kena tinggal.




ada banyak lagi gambar sebenarnya.. kalo nak tengok boleh tengok kat album jaja


bila kaki dah lenguh brjalan dan orang dah mula lengang.. kami pun angkat kaki la.. nak balik jgk.. sblm balik sempat makan fries kat mcD.

muka ngantuk dah semua.. pukul 4 pg masa ni..

macam yang asben aku janji, dia memang tak tdo. sian dia tengok movie sorang2.. biasanya mesti dia akan suruh aku buatkan air teh untuk dia.. rasa bersalah pulak. huhu.. sampai la pukul 5.30 pg lepas aku masuk maktb semula.
aku call dia.. suara sedih jer.. aku tanya dia, dia marah ker. dia kata marah la jugak..
huhu.. nampaknya aku balik nanti mesti berlaku perang air mata lagi... huhu..

aper2 pon tetap nak cakap, SERONOK DAH DAPAT PEGI I-CITY... hehehe..

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...