SMK SUNGAI RANGGAM, kota setia, teluk intan, perak...
kat situ lah aku pernah bertapak.. 5 tahun aku menjadi warganya cukup mengajar aku erti sebuah kehidupan dan mengenal komuniti.. melatih diri berkeyakinan dan membentuk jati diri.
tahun 2006 aku melangkah pergi meninggalkannya dengan berbagai perasaan..
tapi sekarang.... kira 4 tahun kemudian, aku rasa amat sedih dengan peristiwa yang terjadi kat skolah aku ni..
satu kejadian buruk yang aku rasa menghantui warganya...
HISTERIA.. yaaa.. memang menghantui....
dulu mungkin kita pernah dengar serangan histeria yang berlaku di beberapa buah sekolah sekitar negeri pahang dan terengganu.. bermula dari detik itu, sekolah aku turut menerima nasib sama dan masih berlarutan sehingga sekarang dah hmpir setahun lebih. dah banyak ikhtiar di lakukan tapi belum menemui penyelesaian dan "damai" antara mereka.
setiap hari bila my incik asben balik dari sekolah, mesti dia akan ceritakan kejadian histeria kat skolah pada hari tuh..
pada awalnya, pelajar yang jadi mangsa tak la ramai.. cuma seorang dua.. tapi bila ustaz atau ustazah tenangkan dan bawa pelajar tersebut pulang ke rumah. maka selesai lah kes tersebut. tapi semakin lama bilangan pelajar yang menjadi "mangsa" ni semakin meningkat. bila masuk jer pukul 12 tengahhari semua guru-guru dan pelajar kena bersedia siapa dikalangan mereka yang akan menjadi mangsa. dan biasanya pelajar yang akan kena tuh adalah pelajar yang sama..
di awal tempoh kejadian ni dulu, memang keadaan bpleh dikawal. mangsa tersebut tidak lah bersikap agresif. kerana menurut sumbernya, mungkin 'jin' yang meminjam badan mereka ni, masih muda umurnya.. lebih kepada nak main2 jer.. bila sekolah menjemput orang yang berpengalaman untuk menguruskannya, maka keadaan kembali terkawal. pelajar tersebut boleh sambung belajar semula dalam keadaan normal..
tapi masa asben aku pegang jawatan ketua disiplin di sekolah, kes histeria ni semakin teruk. pelajar yang menjadi mangsa semakin meningkat dan mula bertindak agresif. diorang yang kena ni semua perempuan.. masih di menengah rendah. tapi.. kekuatan mereka boleh mengalahkan beberapa orang guru lelaki. mereka ni menhentak tangan mereka dan memecahkan apa sahaja di sekitar mereka. paling senang nak pecah mestilah cermin tingkap. habis semua cermin tingkap kat kelas tu berderai. kemudian tangan yang berdarah tu dirang lap dan palitkan kat baju diorang. macam diorang seronok plak main darah. bila kejadian cam ni berlaku.. semua guru tak dapat mengajar.. semua murid keluar kelas dan berkeliaran nak tengok apa yang terjadi..
berkali-kali juga asben aku rotan,pukul dan ambik tindakan kat pelajar dia. kadang-kadang, asben aku balik ke rumah dalam keadaan tension dan marah-marah.. sian jugak aku tengok dia..
ermm.. sambung balik pasal histeria..
biasanya pelajar yang jadi mangsa ni, akan ditenangkan oleh guru-guru atau pelajar-pelajar dan bawak ke surau sekolah.
ada satu kes, kat surau pun dia 'mengamuk' jugak sampai pecah kaca sliding door.. cubalah korang bayangkan kaca sliding door yang tebal tu boleh ditumbuk ngan sebelah tangan jer oleh seorang perempuan..
bila keadaan dah semakin teruk, pihak sekolah terpaksa jemput pihak polis, pihak klinik dan hospital untuk berkampung kat sekolah untuk kejadian macam ni..
dah macam-macam usaha pihak sekolah lakukan.. bacaan yassin kat sekolah dah banyak kali dah.. tak terbilang.. solat hajat beramai-ramai pun penah buat. kenduri doa selamat dan aqiqah pun dah buat.. tapi masih buntu..
pihak JPN hantar seorang pengamal perubatan islam untuk selesaikan masalah ni..
aku masih ingat, semua guru-guru lelaki diminta datang waktu malam untuk bantu ustaz ni buat 'pembersihan' dan 'pemindahan'.. hampir pukul 1 pg baru asben aku balik ke rumah.
selang beberapa hari selepas upacara tuh.. keadaan sekolah aman sekejap. guru boleh mengajar tanpa was-was dengan jam yang menunjukkan pukul 12. bilangan pelajar hadir ke sekolah pun kembali normal.
tapi... 'keamanan' tuh tak lama... kejadian lama berulang kembali.. sampaikan calon SPM yang mengambil peperiksaan tidak dibenarkan mengambil peperiksaan di sekolah. mereka terpaksa ditempatkan di sekolah rendah berdekatan dan juga klinik kesihatan... semua pengawas peperiksaan pun berat hati nak jaga calon SPM ni.
masa di Klinik kesihatan, ada seorang pelajar ni 'diserang'.. nurse kat situ terus suntik ngan dos pelali.. tapi tak jadi apa2 pun kat pelajar tuh.. sampai lah ke dos suntikan pelali yang seterusnya.. kalo orang normal tuh, mungkin dah hmpir koma kena pelali..
nak tak nak, nurse dan doktor yang tak percaya perkara mistik ni, terpaksa mengakuinya...
tahun ni, asben aku letak jawatan sebagai ketua guru disiplin dan menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang sukan. terbeban katanya. risau tak dpat kawal perasaan..
tahun ini juga, kejadian ni masih berlarutan bahkan semakin membimbangkan dan amat teruk.
ramai ibu bapa risau keselamatan anak-anak. maka ibu bapa pindahkan anak mereka ke sekolah lain. ada dikalangan mereka adalah pelajar Elite skolah yang menjadi harapan.
kes terbaru, seramai 20 orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki diserang dalam masa yang sama.
pelajar lelaki tersebut adalah salah seorang atlit sekolah.. ibu bapa dia ambik tindakan untuk pndahkan ke sekolah lain di selangor. sementara menguruskan proses perpindahan...
pelajar tersebut datang ke sekolah dengan berseluar pendek dan membawa pisau di tangan. sampai sekolah dia masuk bilik guru dan letak pisau tuh kat leher sendiri..
guru-guru terpaksa tenangkan dia yang sememangya tak tenang tuh.. then, dia mengamuk terus gi ketuk cermin kete pengetua sekolah.. beberapa orang pelajar perempuan pulak dah 'terpengaruh' ngan dia dan turut bertindak ganas.. aduhhhh... tragis.....
semua pelajar yang masih 'sihat' diarah balik seawal jam 11.15 pg.. cam tak guna jer datang sekolah..
tak dapat aku bayangkan.. kesian sangat aku rasakan kepada para pelajar terutamanya yang nak periksa dan para gurunya.. masing2 tertekan..
aku tak nak sekolah yang aku sayang ni jadi betambah teruk.. di sini lah aku mengenal kehidupan..
bersama rakan-rakan, mengenal pengalaman dan menimba ilmu untuk mencorak masa depan dan membina kerjaya..
sebahagian classmates aku... spm 2006
kat sini juga aku mengenal cinta.. erti kasih sayang dan setia...
dari sini juga lah aku dikurniakan sebuah kehidupan berumah tangga dan pembimbing hidup dari ALLAH, menjadi sisi kepada seseorang...
my asben yg tercayang..
justeru itu, aku harap sangat para pembaca yang budiman sekalian, doakan lah kesejahteraan dan kedamaian kepada bekas sekolahku ini..
semoga keadaan kembali dalam keadaan baik seperti dahulu. seperti zaman aku masih duduk di bangku sekolah tersebut.
hulurkanlah doa seikhlas hati dan bantuan dari pihak yang lebih mengetahui amat di alukan.
SEMESRA TETAP UNGGUL.........
sedih la intan bace entry ko kali ni..nak menitis air mate aku...em...ak doakan smuge sume cepat kembali seperti beser.ni sume ujian Allah wat hambaNYa.kite kene yakin kan...insyallah..ak rindu sangat zaman kite skolah dulu...
ReplyDelete