Perghh.. tajuk bunyi cam kontroversi jer kan.. hehe..
yer la.. sedar tak sedar rupanya dah hampir sebulan aku tak balik umah.. biasanya 2 minggu atau 3 minggu sekali aku akan balik menjenguk apa yang ada kat kampung halaman tuh.. walaupun untuk 2 hari jer.. hheehe...
ni dah nak masuk minggu keempat aku kat maktab dalam semester ni rupanya..
hmm... dah langgar rules ni.. haha.. sori my incik asben, puasa lebih sikit.. ups! hehe..
ermm.. memandang masih di awal semester dan kerja pun masih belum menimbun, jadi aku ada banyak amsa terluang yang boleh aku menerawang jauh sambil rindu-rinduan ni. hahaa...
maka, bila rindu tangan mesti nak godek2 album gambar dalam harddisk aku ni.. nak ubat rindu la kononya.. huhu..
yer laa.. sebab nak mesej selalu pun tak boleh sngat.. dia asyik busy jer.. malam pulak tdo awal.. lagi-lagi awal tahun persekolahan ni.. sekolah tengah giat nak buat sukan.. sampaikan aku dengar my incik asben dah tak pernah iron baju formal untuk ke sekolah kecuali hari jumaat. asyik pakai T-shirt sukan jer sepanjang hari.. addoooii.. mesti badan n muka dia dah legam sbb asyik berpanas kat padang jer... alaaa.. tak encem la B... huhu..
bila aku tengok balik gambar kami ni, banyak jugak rupanya kami habiskan masa berdua sepanjang cuti disember lepas..
hmm.. ni nak share ngan you all sikit.. tp mana yang kurang berkenan tu, saya mohon ampun sesangat yer..
ni kat cameron.. cam biasa la. setiap kali cuti hujung taun, cameron ni dah macam destinasi wajib pegi setiap hujung taun..
cuma bila nak berjalan, kena la pilih hari selain sabtu dan ahad sebab setiap sabtu incik asben aku ni kena training budak2 olahraga dia..
ni plak masa kat lumut.. baru lepas hantar salah seorang pelajar SMK sungai ranggam kat jeti Lumut, sebab pelajar tu ada kem bakat sukat selama seminggu di Pulau Pangkor.
yang ni adalah aktiviti petang-petang bila boring..biasanya kalau lepas balik dari rumah mak aku.. kami akan singgah tepi sawah dan lepak2 sekejap..
ermm.. yang ni, rasanya masa nak kuar tengok wayang.. cerita Narnia kalau tak sulap masa tuh..
hehehe... kuar pakai baju kurung... ni kat teluk batik. masa ni baru jer lepas balik kenduri rumah pengetua sekolah.. rumah dia kat manjung.. so.. alang2 dah sampai.. jalan la ke sini makan aiskrim.. hehe
yang ni masa nak pergi hantar rombongan mempelai abg ipar aku ke johor.. ini ada kisah disebaliknya.. pagi sebelum pegi tuh, konon2nya aku merajuk ngan laki aku ni.. sampaikan waktu bekfast kat umah mak mertua aku pun aku bleh nangis.. huhu...
semuanya gara-gara dia tegur aku bawak kete main hentam jer.. hmmm... aku kecewa sebab bukan dia nak support malam kondem plak.. huhu.. pastu dalam kete aku langsung tak cakap ngan dia.. sampai lah kat KL. waktu benti rest.. dia pujuk aku n kiss tangan aku depan orang ramai.. huhuhu.. meeeluuu...
ni lepas selesai majlis bertandang di johor.. hala nak balik, rombongan singgah melaka.. so boleh la melunaskan apa yang laki aku idam sangat tuh. dia nak masuk muzium Samudera ni..
sepanjang duk maktab ni, entah berapa kali dah aku jejak kaki ke bumi melaka ni.. hmm..
rasanya yang ni waktu nak ambik pelajar smk sungai ranggam yang ada latihan intensif sukan peringkat negeri di SMK King Edward, Taiping. so sementara budak tu hbs program.. kami pun ronda-ronda la dulu..
tu la antaranya cuti hujung taun kami.. rasanya adalah lagi yang aku tak jumper gambarnyer.. hehe.. tapi banyak jugak la kami habiskn masa dengan tak lekat dirumah sepanjang cuti ni.. kadang-kadang sampai dapur rumah pun tak berasap satu hari..
hmmm.. memang camtu kot adat orang bercinta jarak jauh kan.. tinggal dua tahun jer lagi aku belajar kat maktab ni. tak sabar nak tunggu tahun depan sebab aku nak pasang azam yang paling special.. hehee... tunggu setahun lagi dan aku akan cakap pasal azam special aku ni.. hehehe..
ouh yaa... cakap pasal Percintaan Jarak Jauh (PJJ) ni... aku ada terbaca pasal satu artikel tentang tips percintaan jarak jauh..
haaa... ni yang nak share ngan you alls..
jom kita tengok sikit.. kena ke tak kena..
1) Simpan gambar pasangan di tempat yang paling mudah dilihat.
Tak kiralah nak lekat kat dinding ke, selit bawah bantal ke, mana-mana lah asalkan di tempat yang memang kita akan hadap hari-hari. biasanya orang akan letak dalam dompet atau letak gambar dalam frame kat meja.. yang ni memang aku buat.. biasanya orang cakap kena letak gambar pasangan kita tu gambar yang paling kacak/jelita..
ermm.. memang cam tipikal kan.. yer laa.. saper yang tak penah buat kan.. Tapi, sedar tak sedar, tiap kali nak keluarkan duit, perkara tipikal ni lah yang akan sentiasa ingatkan kita betapa Tuhan dah kurniakan seorang insan terhebat, terkacak/tercantik di mata kita, dan ter-segala-macam-lagilah untuk kita.
Jadi, tak perlu lah nak toleh pada yang lain. Jangan jadikkan alasan tinggal berjauhan untuk kamu berfoya-foya carik orang lain demi mengisi kesunyian, kononnya.
2) Dating - keluar secara berdua-dua dengan pasangan anda.
Tak dapat seminggu sekali, buat dua minggu sekali takpun sebulan sekali. Ikut kesesuaian. Dan, dating di sini bermaksud berdua saja. Yang double/triple date tu bukan dating. Itu bersosial namanya. hehe.. aku ngan incik asben memang la selalu kuar.. yer laa.. tengah berdua.. hehe..
3. Raikan setiap hari-hari penting.
Cara sambutan ataupun besar mana hadiah, tu bukan keutamaan. Yang penting ingatan antara satu sama lain. Selain tarikh harijadi dan ulangtahun perkahwinan, jadikan setiap hari-hari biasa yang dilalui bersama sebagai penting. bab suprises ni aku memang surrender.. haha.. biasanya incik asben aku lebih pandai wat suprises..
hope berkekalan cam tuh.. insyaALLAH..
4. Masa berkualiti
Habiskan masa hujung minggu berdua kat rumah dengan lakukan aktiviti baru pun dikira sebagai berkualiti jugak. Contohnya, bercucuk-tanam pokok cili. Layankan je. Buatlah apa saja yang boleh jadikkan hari-hari yang kamu berdua lalui benar-benar berkualiti. macam aku, biasanya kami akan habis waktu berkualiti ni masa minum petang.. best aper.. lagi-lagi bila dia tolong belikan pisang goreng yang aku suka makan.. hehehe..
5. Ghairah sentiasa.
Wahhh... Asal sebut ghairah je, mula lah tu nak fikir sampai cerita dalam selimut. Ghairah di sini merujuk kepada ghairah bercinta. Tak kiralah walau dah berapa lama usia perkahwinan kamu. Jadikan seolah-olah baru mula-mula bercinta. Jangan sia-siakan segala bentuk teknologi telefon, sms, webcam, internet yang ada. Biar pasangan sentiasa berasa dekat dengan kita.
6. Percaya pada kententuan Tuhan.
Mohon DIA pelihara perhubungan kita agar sentiasa di bawah lindungan kasih sayang-Nya. Jauhi daripada malapetaka, bencana, fitnah serta hasad dengki. Dan, berkekalan hingga ke akhirnya.
dan mungkin doa ni dapat membantu kalian..
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِي اَلْفَهَا وَوُدَّهَا وَرِضَاهَا بِي، وَاَرْضِنِي بِهَا، وَاجْمَعْ بَيْنَنَا بِأَحْسَنِ اِجْتِمَاعٍ وَاَيْسَرِ ائْتِلاَفٍ فَإِنَّكَ تُحِبُّ الْحَلاَلَ وَتُكْرِهُ الْحَرَامَ
Allâhummarzuqnî alfahâ wa wuddahâ wa ridhâhâ bî, wa ardhinî bihâ, wajma` baynanâ biahsani ijjtimâ`in wa aysari'tilâfin, fainnaka tuhibbul halâla wa tukrihul harâm.
Ya Allah, kurniakan padaku kelembutan isteriku, kasih sayang dan ketulusannya, redhai aku bersamanya. Himpunkan kami dalam rumah tangga yang paling baik, penuh kasih sayang dan kebahagiaan, sesungguhnya Engkau mencintai yang halal dan membenci yang haram.
semoga perhubungan munakahat yang kita bina ini diredhai ALLAH hingga ke syurga.. insyaALLAH.. ameen..
No comments:
Post a Comment