ingat tak sebelum ni aku pernah citer pasal linguistiku iaitu pasal sajak yang aku cipta sempena bulan bahasa kebangsaan 2010.
ermm ni aku nak citer pasal satu lagi kejayaan aku.. alhamdulillah.
kali ni pasal sajak sempena bulan kemerdekaan pulak..
seperti yang sedia maklum aku jadi KU sem ni.. so.. masa minggu pertama kami menjejak kaki semula ke maktab selepas selamat menjalani praktikum dan berhari raya, aku menjalankan tugas KU semula. masa tngah jalan balik dari kelas, kami semua terpandang iklan atau memo yang tertulis....
semua unit kelas diwajibkan menghantar penyertaan pertandingan mencipta sajak sempena bulan kemerdekaan Malaysia...
sebut je cipta sajak.. ermmm semua wat tak tau.. tunjuk kat pulak.. heheehhe...
aku tengok tarikh cuma ada masa 3 hari jer lagi...
wahhhhh sempat ke nak mengarang sajak dalam masa 2 hari ni...
ermmm... apa2 pon.. malam tu aku cuba jugak.. ada la dalam 2 jam aku cuba fokus pilih ayat terbaik untuk hasil kan sebuah sajak ni..
aku siap dibantu oleh syamimi dan isi rumah ni untuk dapatkan main idea dan jalan citer macam mana yang nak aku sampaikan..
akhirnya siap juga.. dan aku hantar kepada penyelaras pertandingan iaitu dr Maridah Alias pada keesokan harinya.
masa kami semua beraya ke rumah pensyarah seni kami ( encik Mazlan).. tetiba ada budak junior bg tau, sajak aku terpilih untuk dideklamasikan.. alhamdulillah dapat johan lagi...
ahhhh sudahhh... sapa plak nk baca ni.. aku bab tulis boleh laa.. nak baca ni.. pikir seribu kali laaaa...
aku cuba offer n tanya kat kawan2 aku.... aku tak la memaksa cuma berharap jer.. hehe...
alhamdulillah... nasib baik.. sahabat aku Aminina sudi nak tolong bacakan...
then... aku terfikir... apa salahnya aku cuba baca jugak.. mana tau boleh.. hehe...
last aku ambik keputusan untuk deklmasi sajak bersama-sama ngan Nina.. dalam masa kami tengah buat preparation, tak sangka yang Tasha pon nak join sekali.. waaaa... itu sudah kira bagus....
maka.. pada satu petang ahad, selepas pulang dr open house.. kami bertiga pun berlatih dibawah bimbingan Nina.. aku bimbang jugak sebenarnya sbb masa tu aku tengah batuk.. suara pon rock alaa Ella gitu.. hehe
pada masa kejadian iaitu sambutan bulan kemerdekaan dan jamuan raya peringkat maktab, akhirnya kami bertiga telah berjaya mendeklamasikan sajak tersebut.. hehe.. cheeewaaahh..
walaupon masa dibelakang pentas... tak bleh diam sbb dah masing-masing debor... cuma nina yang berpengalaman sket.
tapi aku bersyukur sangat... alhamdulillah.. kawan2 aku sangat membantu...
terima kasih sangat kepada Aminina hj Jemaat dan Nurul natasha Nadia erk..
tak lupa jugak kepada semua kawan2 aku yang ada membantu.. secara langsung atau tidak langsung.
TRIO ~ Tasha.... Nina....Intan... |
tupperware....... eeeiii maceehh.. |
ermmm... ini lah dianya nya sajak yang kami bacakan yang sempat aku buat dalam satu malam.
TAJUK : KEMILAU PASCA MERDEKA
Oleh
: Intan Suriana Mohidin
Berkurun kita berburu
mencari makna kata..
Berkurun kita keliru
mengenal makna wira..
Berkurun kita delema berhias
seloka
Jebat dan Tuah, siapa yang
patut dipuja?
Panji mana patut dijaja?
Menjelang ogos menjelma
Si ayah mencuci dinding,
mengilap motokar
Mengibar panji Malaysia
penuh kebanggaan
Si ibu mengintai jiran sebelah
Bersaing memilih tekstil
terbaik
Menjahit persalinan merdeka
mewah
Ambang merdeka berkelip
indah
Bersama gegak gempita
Pemuda pemudi bersorak
gembira
melaung
melalak merayakan kemerdekaan
namun musuh bukannya di seberang sempadan...
musuh sebenar rupanya berdiri bersebelahan..
namun musuh bukannya di seberang sempadan...
musuh sebenar rupanya berdiri bersebelahan..
Seindah percikan bunga api
Semarak itu jiwa muda
bergelora
Apa dihirau malam yang
memekat
Di setiap corong, lorong dan
lohong
Berteman kasih
berdarmawisata
Mendendang wira arjuna
Ahhhhh... Merdeka oh Merdeka..
Demikian lah sekelumit
senario
Sebuah ambang pasca
merdeka..
Relevankah makna
direalisasi?
Apa erti terkesan dihati?
Di daerah merdeka yang permai
ini,
Kita berdiri teguh mencakna
maruah bangsa
Mengangkat daulat pertiwi
Dibawah rahmat yang maha Esa
Siap siaga bukan sekadar
sedar di mata
Telus mengharungi cabaran
Menghayati tindakan dan
kewajipan
Menyelinap ke tiap rangka
visi dan misi
Jangan sampai tergadai
diselar pertualangan
Yang sering datang
bertandang mesra
Sedang hati diulit dengki
khianat
Kini mendepani generasi bijak
bestari
Dengarkan dan ajarkan
perjuangan silam
Jangan sampai terbiar hingga
alpa..
Harga diri bukan kemajuan
semata
Kebebasan, keadilan dan
teknologi canggih
Tetapi.....
Jua menuntut
pertanggungjawaban di jiwa
Rapatkanlah barisan keramat
berbekal azimat muafakat
Segeralah cantas pucuk
angkuh, rusuh dan minda ampuh
Membilas noda mengukuh
generasi pasca merdeka
Kukuh dan jitu
Kita lah bangsa anak-anak
pasca merdeka
Menyambut 54 tahun merdeka
dengan perisian penuh penghayatan
Berbekal memori sejarah
terbinanya sebuah warisan
Nukilan :
INTAN SURIANA BINTI MOHIDIN
UNIT : PSV/PJ/BM
AMBILAN : JANUARI 2009 (
SEMESTER 6)
p/s ~ sajak ini adalah hak milil persendirian.. okeh.. sebarang copy harap minta atau maklum..
~ aku masih berharap dan bercita2 nak penulis.... ' - "
salute :)
ReplyDeletemacehhh... hehehe
ReplyDeletepinjam sajak nih yer..!! ade pertandingan kt skull....
ReplyDeletepinjam sajak,tq
ReplyDeletenice! aku copy sajak! nak guna untuk sajak merdeka! thankss!
ReplyDeletekita pun nak copy utk sajak merdeka jgk. tq
ReplyDeletedoakan terbaik utk saya..
ReplyDeleteSaya nak pinjam juga sajak ni ya..ada pertandingan sajak pd bulan Ogos ni..terima kasih.
ReplyDeleteasslam.. akak sy nk mtk izin copy sajak nih utk hari kemerdekaan
ReplyDelete