tapii.. apakan daya.. tiket terlampau mahal samapi tak terjangkau dek duit elaun yang tinggal ciput.. hehe..
makaaa.. percutian elianto ditangguhkan dan aku pun balik la kampung menemui incik asben terchenta.. hehe..
aku sampai kat kampung dah malam masa tu. lepas makan kat pekan teluk intan, singgah rumah mak aku.. jumpa abah, mak ngan adik-adik sekejap... lepas tu singgah pulak rumah mertua.. jumpa ayah ngan mak. lepastu baru la balik rumah sendiri jumpa katil yang dirindui.. eheehhee..
kemas barang mana yang patut dan tidur awal sbb keesokan harinya kena bangun awal.. hehe...
tarikh : 16 september 2011
okeh.. bangun awal.. tapi tak sempat wat breakfast. aku wat air.. n incik asben kuar gi kedai beli nasi lemak.. hehe.. lepas dah bersiap n bekfast.. angkut barang masuk dalam kete. tepat 8 pagi, kami berkumpul kat masjih kampung gajah sbgai tmpat berkumpul untuk rombongan hari keluarga SMK sungai ranggam 2011 ke negeri Kedah darul Aman..
seronok aku dapat jumpa bekas cikgu2 aku dulu... ramai yang puji aku makin kurus.... ahakkkk puji ke tuh... hohohoho...
ermmm untuk permulaan kami gerak dengan 7 buah kereta dari perak.. sebab ada cikgu aku yang dah gerak lebih awal kat kedah.
destinasi kami adalah Gunung Jerai, Kedah...
sampai kat kaki gunung Jerai pun dah tngah hari.. kalo ikot tentatif.. naik puncak dulu baru check in kat penginapan.. masa tu pon dah tengahhari, sooo yang lelaki meninggalkan isteri masing2 kat taman permainan kat situ untuk menunaikan solat jumaat.. hehe..
aku pon rancak sembang ngan isteri2 cikgu aku ni.. memandangkan semuanya cikgu termasuk la aku yang bakal jadi cikgu.. jadi topik perbincangannya tak lari dari dunia pendididkan..
lepas habis sembahyang jumaat, kami semua dibawa naik ke Puncak Gunung Jerai dengan menaiki van ikot laluan jalan berturap. ustaz aku yang juga selaku ketua rombongan cakap, tinggi gunung jerai lebih kurang 900 meter dari paras laut. sampai je kat puncak, udara dingin menerpa... ermmm sejuk..... lebih kurang macam cameron higgland.. tapi apa yang buat aku terpegun, boleh nampak pemandangan sawah padi negeri kedah dari atas gunung... cuma sayang.. masa tu dah musim menuai.. so.. tak nampak la suasana menghijau pokok padi..
terpesona sekejap dengan pemandangan alam ciptaan Tuhan ni...
baru sampaii... perot dah lapar...........huhu |
cam ala2 landskap jepon plak... hehe |
pulau bidan... macam pmpuan ngandung bentuknya.. |
kedah menghadap laut..... nampak tak pantai merdeka kat situ????? |
keluarga SMK sg ranggam 2011 |
lepas turun dari puncak.... cikgu saad n family yang gerak dari Baling, baru sampai...
then, kami terus check in kat tempat penginapan, D' Yan Chalet, Titi Hayun, yan Kedah...
best jugak tempat ni..dekat ngan air terjun popular kat sini iaitu air terjun Titi Hayun.
sepatutnya malam tu ada aktiviti BBQ.. tapi ntah cam ne.. kami datang2 dah siap berbakar ayamnya. apa lagi sental je laa..lepas kenyang... masing2 boleh buat aktiviti sendiri..
hari kedua : 17 september
okeh hari ni ada sukaneka.....
lepas sarapan.. acara sukaneka pon dimulakan..
incik asben aku cuit aku n cakap.. "yangg.. kita kena menang banyak hadiah tau"...
ermmm yer la tuh.. biasanya bila dah cakap awal2 mesti tak jadi.. tapi nak sedap hati.. kami enjoy je main permainan sukaneka.. rupanya laki ni AJK hadiah... patot la nak bolot hadiah..
tapi akhirnya.. kecundang jua rupanya kami... hampeh jer.. tak dapat pape.. iskk.... cian incik asben saya.. hehe..
cikgu ghaffar.. |
cikgu norsham.. |
acara kanak-kanak ~ tiup belon.. |
kuarga cikgu saad |
lepas habis mandi manda dalam pukul 10.30 pagi.. balik bilik.. kemas barang n checkout...
destinasi seterusnya... Pekan Rabu di Alor setar dan Muzium Padi. kemudian lepas habis melawat kat muzium padi.. kami singgah kejap kat taman rekreasi gunung kriang... then, teros ke jitra untuk menginap di hotel berjaya, jitra... memandangkan ahli rombongan adalah guru iaitu penjawat awam.... maka kami dapat duduk di hotel 4 bintang dengan diskaun sebanyak 25 peratus.. hehehehe..
hari ketiga : 18 julai
ahad
okeh.. dah tiba hari terakhir... pagi2 kami check out dari hotel. ketua rombongan kami kata.. tak payah bekfast dekat horel sbb dia dah deal ngan mak mertua dia utuk jmput kami semua makan pagi kat rumah keluarga mertuanya kat gurun kedah..
maka, pagi itu, kami ambik masa 1 jam lebih nak patah balik dari jitra ke Gurun. sampai je kat sana, makanan telah sedia terhidang untuk kami. dan keadaan yang hunyai renyai2 tu menambahkan lagi selera kami makan nasi lemak dengan mee goreng yang dimasak oleh mak mertua ustaz naim.
lepas makan dan kemas mana yuang patot, aku ngan incik asben trpaksa mintak diri lebih awal sbb aku kena sampai kat perak sebelum pukul 4. ini kerana, aku kena balik ke seremban pada hari yang sama.. sekitar jam 1 tngahhari, kami dah tiba di Taiping.. alhamdulillah ada masa lagi nak balik rumah sebelum naik bas ke seremban. kami singgah rumah mak mertua aku untuk makan tngahhari. kemudian aku balik ke rumah sendiri. mngemas barang dan tukar baju.. on da way nak ke teluk intan, singgah rumah mak aku jap. sempat salam ngan abah, emak ngan adik2 aku yg kecik jer. then teros ke teluk intan naik bas..
penat sangat badan ni rasa.... sebelum bas dari teluk intan jalan, air mata aku menitis atas bas.. mngkin sbb penat sgt... dah mula rinduu abg... dan sedih tak dpt jumpa mak n adik2 dgan lbh lama...
aku cuba tahan tak menangis dlm bas.. maluuu dowh orang tengok.. huhuuhuh... tp tetap tak tertahan... jenuh la aku cover ngan tangan.. hohohoho.. laki aku dah geleng kpale je kat tepi bas...
aku sampai KL dalam pukul 7 malam.. then, aku teros ambik bas ke seremban. aku sampai rumah sewa pukul 9.30 malam... fuhhhh mmg longlai rasa badan...
bway... thanx kat hubby sbb dpt gi bercuti ke kedah masa tu....
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.