ermmm.. masa hari raya baru ni pon aku wat kuah kacang jugak masa hari raya kedua...
then masa, kelas KAMI buat potluck raya.. aku pun buat kuah kacang sbb bleh masak awal dan tak perlu bangun awal pagi nak masak..
tak sangka pulak, kawan2 boleh terima dan sedap katanya.. alhamdulillah...
haaa... disebabkan ada yang mintak resepi..haaa... ni nak cerita sket ni...
sebenarnya resepi kuah kacang yang aku buat tu adalah inovasi aku sendiri.. biasalah bila masak,aku main masuk n campak je bahan2 dia selagi rasanya boleh diterima tekak.. biasanya aku tak pernah ada sukatan yang khas terhadap masakan aku lebih-lebih lagi masakan lauk ni.. ehehe..
aku bagi nama resepi ni KUAH KACANG BONDA sbb dia adalah gabungan cara masak mak aku iaitu stail jawa dan mak mertua aku iaitu stail peghak sejati..
ok... panjang dah pengenalan dia..mehhh...jommm kita tengok resepi plak.....
RESEPI KUAH KACANG BONDA
BAHAN-BAHAN
- kacang tanah ~ disangan tanpa minyak dan dibuang kulit
- cabai merah
- bawang besar
- bawang putih
- udang kering
- halia
- serai ~ dititik ~ biasanya dalam 3 batang camtu la.. rasa dan bau serai ni layang buat mengancam..hehe
- ayam yang dipotong kecil ~ tak perlu la banyak sangat macam nak masak rendang tu.. letak sekadar untuk membangkitkan rasa ayam.
- santan kelapa
- asam keping
- kiub pati ayam maggi atau knorr
- garam dan gula secukup rasa
- Minyak dan rempah tumis seperti kayu manis, bunga cenglih dan buah pelaga
CARA MEMBUAT:
- Okeh mula2 kisar kacang yang telah dibuat kulit tu.. ikut la kesukaan... ada yang suka kuah kacang dia halus. ada yang suka sederhana halus atas kasar sket... soo.. ikut la citarasa anda..
- kisarkan bahan kisar seperti cabar merah, bawang besar, bawang putih,halia dan juga udang kering. kisar sampai halus.
- kemudian, panas kan minyak.. tumiskan rempah tumis iaitu kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sampai naik bau.
- lepas naik bau, masuk kan bahan yang dikisar tadi dan tumis sampai pecah minyak..
- lepas pecah minyak, masukkan gula.. yang ni pun bergantung kepada citarasa masing-masing. ada yang suka manis, ada yang suka pedas sket.
- kemudian masukkan ayam yang telah dipotong kecik. potong macam kita nak buat sup tu..
- lepas ayam dah sedikit kecut, boleh masukkan sedikit air dan kacang tanah yang telah kita kisar tadi.
- air tu bergantung la pada kita, nak buat kuah kita cair atau pekat..
- kacau kuah kacang sampai sedikit menggelegak.. lepas tu boleh la masukkan santan kelapa.
- teruskan kacau dan masukkan sekeping asam keping.. jangan banyak2, takot nanti masam plak jadinya..
- cuba rasa dan masukkan la garam, gula, dan bahan perasa sehingga cukup rasanya...
- kacau lagi untuk beberapa ketika dalam api yang sederhana kecik.. dan boleh la tutop api....
- selesai........... oohhh lupa plak, ramuan rahsia.... masaklah dengan hati iklas dan penuh kasih sayang... hehe....
ermmm... biasanya aku ambik masa dalam setengah jam untuk masak kuah ni... ikot la... lagi lama kita masak, lagi mesra bahan dia, lagi sedapp... jgn sampai hangit sudah.. hehehe...
ermmmm cam ne?? allaaa.. senang jer kan....
ni nak bagi tau kat mana stail bonda2 aku tu.. hehee... mak aku suka masak kuah kacang letak ayam tp tak letak santan....
mak mertua aku plak masak kuah kacang agak cair dan letak santan tp tak letak ayam...
maka, jadi la inovasi sy iaitu gabungan kedua2nya...
selamat mencuba semua!!!!
kalo tak sedap bagi tau saya... kalo sedap bagi tau kawan erkk... hehehhee
thanx for the recipe ye.~ ^^
ReplyDeleteharus cuba ni! :)
Memng sedap dah cube pon
ReplyDelete