Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU 2011


SELAMAT HARI GURU bagi tahun 2011 kepada semua insan bergelar pendidik di Malaysia.
tema sambuatan hari guru pada tahun ini adalah ;
GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA

Besar jugak pengertiaannya tuh.. bukan senang nak jadi guru pada masa sekarang ni.. walaupun aku masih belum bergelar guru tapi berada dalam keadaan sekarang dan dengan pengalaman yang baru secubit ini.. aku tetap merasakan cabaran guru masa kini adalah besar. masa telah berubah dengan pantas dan begitulah juga dengan institusi perguruan di mana beban kerja guru semakin bertambah yang memerlukan tahap kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Jika dahulu insan bergelar guru menjadi sanjungan sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Tetapi malangnya hari ini guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Kadangkala ada guru yang disaman di atas perbuatan guru itu yang tidaklah berat mana berbanding segala pengorbanan yang telah dicurahkan. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menuding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.

Ketidakfahaman guru tentang peranan guru menyebabkan mereka menganggap guru hanyalah mengajar mata pelajaran tertentu dan anak mereka perlu lulus mata pelajaran tersebut tetapi guru juga berperanan mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Malangnya hari ini, ibu bapa lebih mementingkan kecemerlangan dari akademik semata-mata dan menganggap pembentukkan sahsiah terpuji tidak penting dan inilah sebabnya anak-anak mereka tidak boleh ditegur, walaupun melakukan kesalahan.


jom kita dengar pulak lagu tema HARI GURU pada tahun ni...




boleh tahan... walaupun ramai yang komen kurang bersemanngat berbanding lagu tema tahun lepas tapi bagi aku masih boleh diterima.. tak sabar aku nak dengar komen asben aku nyanyi lagu ni di sekolah.. ehehehe....

dikesempatan ini....
aku nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada insan-insan guru disekelilingku..

kepada kedua ibu bapaku yang telah mengajar aku bertatih dan bercakap.

kepada guru tadikaku di tadika KEMAS kota setia tahun 95/96 yang begitu sabar melayan dan mengajar kami mengenal huruf dan 123.... kerana cikgu tadika ni la aku dapat markah BM 96 peratus ke atas setiap kali ujian masa darjah 1.

kepada guru-guru sekolah rendahku yang comel2 belaka.. SK kota setia.. seronok rasanya masa menjadi kanak-kanak... ingat lagi kitaorng masuk tarian boria masa tahun satu.. masa tu kena pakai baju kebaya.. balik umah paksa mak belikan baju kebaya.. hehe.. masa tu belanja sekolah cuma 30 sen jer. tapi cukup. siap boleh simpan 10 sen untuk beli ais pong masa balik sekolah. start darjah 5, aku minat sangat belajar matematik.. sebab mak cik aku tolong siapkan keje sekolah dengan gambar rajah pecahan yang cantik. lepas dari itu, aku memang suka matematik. rapat ngan cikgu matematik sipa boleh dapat 2 susu kotak percuma setiap hari. hehe... masa UPSR.. cikgu-cikgu bagi semangat yang penuh pada kami. bawak gi kem dan macam2 program. buatkan kami kad semangat yang tertulis impian UPSR kami tapi hajat aku nak dapat 5A tak kesampaian.. cuma dapat 4A IB jer. tapi alhamdulillah...

kepada guru-guru sekolah menengahku... SKM sungai ranggam... kat sini aku menimba banyak pengalaman yang mendewasakan. dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5.. aku rasa aku sangat berbangga menjadi pelajar di sekolah ni... masa tuh, setiap tahun aku mesti dapat satu jawatan.
tingkatan 2 aku jadi penolong ketua kelas dan masuk MKT. tingkatan 3 aku dah jadi pengawas sekolah sampai tingkatan 5. tingkatan 4 aku dinobatkan sebagai tokoh sahsiah kat sekolah.
dapat kepercayaan guru untuk tolong diorang.. aku ingat lagi cikgu PK pentadbiran sekolah kami yang garang tu mintak aku tolong dia semak kertas ekonomi STPM.. masa aku banyak dihabiskan kat sekolah. waktu cuti pun kat sekolah. kalo tak de kelas mesti 'sibuk' tolong cikgu koperasi. haha..
masa di sekolah menengah la baru belajar mengenal cinta.. tak sangka ada jugak yang berkenan.. siap ada yang wish selamat berjaya dalam SPM sedangkan aku baru tingkatan 3 masa tuh. hahahaa.. tak sangka jugak aku dilamar cikgu sendiri. selama ni ingat gurauan, terjadi depan mata.
so... tak lupa SELAMAT HARI GURU bertakhta SAYANG buat suami tercinta... kerana incik asben aku ni jugak la aku bakal bergelar guru..

kepada para pensyarah IPRM... terima kasih kerna mendidik kami ilmu pendidikan untuk menjadi seorang pendidik.

kepada rakan-rakan aku (PSVIAN ambilan Januari 2009)... semoga kita semua dapat menjadi seorang guru masa depan yang berfikiran glokal. aku rasa cabaran guru masa depan mesti lagi mencabar dari sekarang. kalau tak cukup ilmu dan pengalaman di dada.. payah kot kita nak berkompromi dengan situasi.. kadang2 bila fikir seriau jugak aku rasa. budak2 zaman sekarang advance melebihi kita. saper nak dengar saper.. aku pon tak pasti. itu lah cabaran kita.

kepada guru-guru dalam famili aku... sangat bayak rasanya.. family terdekat adalah family mertua aku ni lah.. dah ada 6 orang guru dalam adik beradik suami aku termasuk yang ipar. dan salah seorangnya baru jer jadi menantu baru 2 hari lepas. boleh la nak panggil kami keluarga guru. hehe..

justeru aku nak hadiah korang semua dengan lagu ni...



aku suka dengar lagu ni sebab muzik dia kot. lunak suaranya. sedap di dengar. maksudnya pon mendalam....
semoga kita semua menghayati maksud GURU, CIKGU DAN PENDIDIK ni dalam erti kata yang sebenar. bukan semata cikgu yang mengajar tulis dan baca. semoga kita semua tabah dan dapat melengkapkan diri masing-masing...

ameen..


semalam sebelum aku balik ke maktab.. mak ayah dan adik aku datang umah aku masa aku tengah bersiap-siap nak balik. mak datang sbb nak wish hari guru kat kami. adik aku pun nak bagi hadiah.. adik aku yang darjah satu tu.. bagi aku sepotong kuih bahulu yang dia makan semalam dan ingat aku.. walaupun hanya kuih bahulu.. tapi besar maknanya bagi aku.. betapa aku rasa.. aku amat jarang berjumpa diorang lepas kawen ni.. cuma masa aku balik hari tu, aku bagi hadiah kat diorang semua yang menyambut hari jadi bulan 4 dan 5 termasuk hari jadi adik bongsu aku iaitu hari ni.. sama dengan hari guru. cita-cita dia pun nak jadi cikgu sama mcam kak dan abg longnya.. yer lah.. semoga Yan buleh jadi cikgu satu masa nanti.. insyaALLAH..


No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...