im, ilah, jaja dan tasha |
lepas perjumpaan bersama pensyarah tadi, kawan aku yang empat orang ni dah semangat nak tengok movie yang dah lama diidam2 kan oleh si tasha ni iaitu filem Nur Kasih The Movie yang baru jer keluar panggung pada 19 mei iaitu semalam..
aku pon macam berminat jugak nak tengok citer tu sbb nak tau jugak apa sambungan dari rentetan drama Nur Kasih yang lalu.
tapi............................ memandangkan 'poket' aku yang semakin nipis ni. aku rasa tak mampu. walaupun Im cakap aku baru jer dapat 'hasil' tapi 'hasil' yang aku terima ni bukanlah untuk kegunaan 'berjoli' seperti ini... asben aku bg cukup2 n ngam2 je untuk hidup selama 2 minggu.. itu pun aku rasa sempit sangat dah.. nak kata aku makan banyak.. tak jugak. hohoho..
ehh melalut sudah.. ok2.. sambung balik pasal tengok wayang...
di sebabkan diorang nak kuar makan kat luar.. so, diorang cuma teman jer la aku, pikah n cipol ni makan kat kafe sampai pukul 12 t/hari.
sampai je kat bilikk.. aku terus duduk mengadap laptop. stengah jam kemudian.. tetiba asben aku mesej...
asben : sayang....
aku : yeeee.... dah balik skolah ker?
asben : ermm baru sampai umah ni... syg... ada ex-student abg pempuan ajak abg tengok wayang citer nur kasih the movie masa cuti nanti.. boleh tak??
perghh.. menyirap darah aku rasa.. lama aku tenung mesej tu..
then aku terus reply..
aku : abg... kawan sy pun ajak jugak. tuh diorang tengah siap tuh... tapi saya tak ikot tau.... tau knape? sbb sy nak tngok ngan abg.. so, abg pilih la nak tngok ngan sape.
(dalam hati dah sebak.. sob..sob..)
asben : yeke... bagus la.. abg nak tengok ngan kedua2nya.....
dalam hati aku cakap... waaa.. sampai hati dia.. huhuhu... lama aku nak balas mesej tu..sampai asben aku mesej lagi
asben : marah ker? laaaa awak ni... awak la ex-student tu.... hehehehe... jgn marah ek.. abg gurau jer..
cehh.. betapa la tadi aku rasa sebak nak nangis macam ada batu besar atas kpala rupanya terkena aku hari ni.. adoooiiii.. nak kena btol asben aku nih.. huhu..
pelik kan? macam mana asben aku boleh baca fikiran aku pasal nak tngok citer tu masa ni..
hmmm.... ni la orang cakap 'serasi' kot.. perkara ni dah banyak kali berlaku kat kami...
moga-moga ALLAH kekalkan keserasian kami nih....
ermmm.. cakap balik pasal Nur Kasih ni... ramai yang dah pergi memnonton citer ni kata citer ni best!! soo.. tu yang buat sedikit tergoda nak tengok jugak citer ni..
meh kita selongkar ape sangat yang buat orang tertarik nih..
''Setelah Adam berjaya mendapatkan cinta Nur..setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya..setelah Sarah benar – benar insaf… apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta" nantikan Nur Kasih The Movie…
penghasilan filem ini bukan sekadar memandang kepada populariti sirinya tetapi ianya untuk memenuhi permintaan 19 juta pengikut siri Nur Kasih untuk menyaksikan kesinambungannya melalui filem. Rata-rata mereka menyatakan tidak mencapai tahap kepuasan maksima dengan episod terakhir siri tersebut. Ianya bagai tergantung dan meninggalkan persoalan yang tidak mampu mereka sudahi. Mereka mahukan lebih lagi. Sekali lagi kerjasama gabungan suami isteri yang telah berjaya mencipta karya indah ini dituntut untuk menyuntik lagi kekuatan cerita kegemaran ramai ini menjadi sebuah filem yang mendedahkan segala-galanya yang tersirat di dalam siri Nur Kasih.Rasai satu kesyahduan indah bak bait-bait lirik lagu temanya, Nur Kasih, yang turut dinyanyikan kembali oleh Tiz Zaqiah, ‘Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…’ Filem ini akan membawa anda untuk berfikir sejenak apakah sebenarnya yang sudah anda lakukan sepanjang kehidupan ini, adakah anda menikmatinya atau sekadar membiarkan ia berlalu begitu saja. Yang jelas, setiap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya. Hanya mata hati yang ikhlas akan dapat merasakan nikmat ujian yang diturunkan Tuhan.
ehsan sensasi selebriti |
Ehem ehem, romantiknya Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dalam gambar ni… hehe...
Tiz Zaqyah yang membawa peranan Nur akan lebih beremosi dalam filem ini dan watak Adam oleh Remy Ishak pastinya akan mengimbau kembali kegemilangan drama ini seketika dulu.
Mampukah filem ini meraih fenomena luar biasa sebagaimana yang diharapkan?
ermmmm cam best jer kan??? OK.. soo.. nantikan komen aku lepas tengok citer ni.. tapi ntah sempat ke tidak... hope sembat.. aku tak kira.. asben aku kena bawak jugak.... hohoho....
k... adios!
No comments:
Post a Comment