Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Thursday, May 19, 2011

RESEPI SPAGETTI BOLOGNESE

ini adalah percubaan pertama saya masak spagetti. sebabnya saya tak berapa makan sangat 'makanan barat' yang ni.... tapi atas permintaan incik asben maka ini lah hasilnya.. alhamdulillah menjadi.. 



masa saya kat maktab.. (akan balik kampung pada hujung minggu tu) tiba-tiba my incik asben saya telefon semata2 nak bagi tau dia teringin nak rasa spagetti lepas tengok iklan kat tv (iklan 1,2, 3 Prego yang anak chef wan tuh).. so.. dia pun tanya aku.. boleh tak buat hujung minggu ni.... ermmm sebagai seorang isteri yang baik aku terus kata 'yess of corse! everything for u' ...    hehehehehe....
jap2 tu jugak aku teringat spagetti yang aku makan kat balai islam malam sebelum tu hasil sentuhan rasa oleh kawab aku.. ijad... bagi aku spagetti yang ijad masak tu boleh diterima oleh isi perut aku yang kadang2 memilih makan nih.. hohoho...
maka keesokkan harinya masa dalam kelas terus suruh ijad tuliskan resepi.. dan dengan khusyuknya memahami 'penerangan' ijad cara nak masak spagetti. hehehe.....


malam tuh.. aku cal incik asben... bagi tau dia bahan2 yang perlu dia 'shopping' untuk memasak apa yang dia nak tuh... sepanjang duk kat pasaraya.. setiap kali nak ambik bahan mesti cal aku dulu.. kikik..  lepas aku balik dan sampai rumah. dia terus heret aku pergi dapur dan bukak peti ais.. nak tunjuk lah bahan yang dia dah beli. 


so jom kita belajar resepi nak masak spagetti bolognese yang telah dicedok daripada kawan aku nih..

RESEPI SPAGETTI BOLOGNESE

bahan-bahan : 


1 peket jejari spagetti
1 tin Tomato Puri (ijad cakap guna kimball)
1 botol sos Spagetti tradisional (kimball jugak)
lada kisar (aku guna cili boh)
bawang putih - aku guna 1 labu dan dimayang halus
bawang besar - aku guna yang saiz sederhana dan dimayang halus
bebola ayam (aku tak guna pon)
daging hancur *optional - boleh guna ayam atau daging lembu 
( aku guna daging burger lembu keluaran Ramly coz my hubby suka)
cendawan butang dalam tin
sepeket keju chesdale
lada hitam - ditumbuk
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

bahan-bahan yang aku sediakan


cara membuatnya :

p/s : pilih kuali atau periuk yang dalam dan lebar supaya nanti kuah tak melimpah atau memercik keluar masa disediakan...

1.  panaskan minyak dan tumiskan bawang yang telah dimayang tadi sampai agak kekuningan dan naik bau.
masukkan lada kisar dan kacau sampai pecah minyak. pada masa yang sama masukkan gula. kalau tak nak rasa kuah yang terlampau masam maka eloklah lebihkan sikit gula. kacau sampai warna merah berubag gelap.
2.  kemudian tuangkan sos spagetti tradisional dan tomato puri. dan kacau lagi dengan api yang sederhana kecil.
pada masa yang sama, di dapur yang berlainan, panaskan daging burger yang dah dikeluarkan dari frezzer stengah jam lebih awal sblm masak utk mengelakkan daging beku. tuangkan sesudu minyak masak dan hancurkan daging tersebut sampai halus.
3.  setelah kuah tadi dah hampir mendidih, masukkan daging tadi bersama-sama dengan cendawan butang yang telah dipotong.kacau lagi secara perlahan-lahan.
4. kalau nak cari dan tak terlalu pekat, boleh masukkan sedikit air dan cuba rasa. rasanya tak perlu letak banyak sangat garam sebab rasa sos tu dah ada masam.. letak la mengikut citarasa anda. sama ada nak masam atau agak manis sedikit.
5. kemudian masukkan lada hitan yang telah ditumbuk halus tadi. ( kalau suka pedas, boleh letak banyak)
6. renehkan kuah atas api yang perlahan untuk beberapa ketika. lagi lama lagi bagus yang penting api mesti perlahan.
7. akhir skali, masukkan 5 keping keju chesdale ke dalam kuah. biarkan keju cair dan kacau pelahan-lahan.
then siap la kuah spagetti nih. 

untuk sediakan spagetti;
panaskan air dalam periuk sehingga mendidih. masukkan lidi spagetti dan biarkan lembut mengikut tempoh masa yang tercatat kat peket spagetti tuh. kalau tulis 15 minit. so tunggu la sampai 15 minit.
bila dah kembang dan lembut. tuangkan dalam penapis. sementara panas tu letakkan sekeping keju chesdale dan gaulkan sampai rata. then siap.

cara hidangan :
pusingkan spagetti di atas pinggan dan curahkan kuah ke atasnya...
- then, sedia di makan..
hehehehe...











siaplah SPAGETTI BOLOGNESE hasil air tangan saya.. hehehe..


masa hidang kat asben untuk makan malam sebelum bertolak ke kedah keesokkan harinya..
komen dia... ermmm.. sedap.. thanx sayang... ( ini lah kata2 yang slalu ditunggu seorang isteri.... setuju tak? sila angkat tangan!) hehehe..
aku mampu tersenyum jer.. gembira.. hehe..
then asben aku cakap lagi.. 
"buat satu pinggan lagi.... "


hah? pelik dah aku.. tak kan nak tambah sampai kena guna pinggan lain... rupanya dia nak bagi kat jiran sebelah umah kami nih (seorang cikgu bujang)...
hahaha...


keesokkannya.. aku bawak spagetti nih jadi bekalan masa berhenti makan sepanjang ke kedah.. hati aku gembira lagi bila tengok anak2 buah n abg ipar aku suka makan.. hehehe...
alhamdulillah.. thanx ijad!


k la.. see u later.
daa..

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...