Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Thursday, July 3, 2008

RINDU DAN CINTA....

Setelah beberapa hari saya tak sign in ke halaman blog saya ni kerana masalah wayerless, rasa rindu sangat untuk menghantar post yang baru. rindu nak baca blog kawan2 n blog2 yang selalu saya kunjungi.

HMmmm.. bercakap pasal rindu ni, apa pendapat you all?? bagi korang apa makna rindu???
biasanya pada siapa kita akan rindu??
benarkah rindu itu indah atau sekadar mainan bibir?? masing2 ada persepsi yang berbeza.
dalam kehidupan ini..rindu itu terlalu sakit..bagai jasad yg terbaring kaku..bernafas dalam lesu....tiada siapa yg mengerti apa itu rindu.
ehh.. jiwangnya.... hehehehe..

k la, biasanya bila bercakap pasal rindu ni, kita akan kaitkan rindu dengan cinta.. betulkan??
EEeeeiii... semua orang suka bila cakap pasal ni. hehehe...

kat sini, aku sertakan apa yang aku paham pasal cinta dan apa yang aku dapat tentang pengertian cinta ni...Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.




Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. - Hamka

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.(Dale Carnagie)

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.




No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...