Followers
About Me

- intan_isna
- NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.
Thursday, July 31, 2008
TIP MENAWAN HATI..
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
senior vs junior
pagi ni, aku terasa nak merapu sikit.hehehehe....
waktu aku jalan ke kelas, ada seseorang jalan depan aku.. dari cara dia jalan yg aku tengok dr belakang, rasa mesti dia ni cikgu KDP yang tengah ada kusus kat balai ilmu tu.. yela mgkin berumur dalam 20-an. tapi aku terkejut bla dia pusing blakang n panggil aku akak. laa... rupanya junior aku. confirm dia budak junior bla aku nmpak dia pakai tag kuning.
hmmm... nmpak matured budak ni, kalah aku. hehehe
bercakap passal ni, aku tengok macam dah jd suatu yg normal bla pempuan tinggi 'sahamnyai bla baru2 masuk n semakin menurun bla semakin senior. sebaliknya bagi lelaki, semakin senior makin besar la egonya. hehehe.. setuju??? yaa.. give me five! hehehe...
walaupun aku baru 1st time jadi senior dan bergelar plajar IPT ni, tp itula yang aku nmpak kat sini..
bdk2 pmpuan junior aku ni, semuanya nmpak matured dan bergaya. maybe itula yg senior ktaorang rasa waktu kami baru masuk dulu kan?? banyak gak budak batch aku yg saham tinggi waktu baru2 masuk. hehehe..
nak tau tak. walaupun minggu pengurusan belum habis tp dah ada bdk baru ni, kuar makan ngan senior. kira advance skit la dari kami. huhuhuhu..
kalo aku tengok senior laki plak. wah2... mane2 yg single tu makin bergaya nmpaknya...
kalo sebelum ni, gaya rambut tu nmpak kudus je, sekarang ni daah pandai wat fesyen rambut tegak2. kalo dulu asyik pakai tie yang same je, skrang dah macam warna n style plak. hadoyaii... biasa la tu kan.. hehehe..
ada budak kelas aku tu, siap angau lagi. slagi tak dapat nombor budak pmpuan tu, hari2 duk pakse kami bagi tau dia. setiap hari nak sebut dan kaitkan citer ngan dia...
ada seorang lagi ni, senior lelaki aku. setiap hari uk msj aku suh aku jd orang tengah n tolong dia dapatkn seorang budak pmpuan ni.. sikit2 mesti aku yg kena.. hmmm... nak kena btol la dia ni..
itu je la, yang aku bleh komen pasal ni..
jap lagi aku bagi tip untuk yang still single tu ek...
Friday, July 25, 2008
art is unniversal..
well, art ni smthing yang unniversal. everything in this world ada nilai estetikanya yang tersendiri..
art bukan sekadar lukisan atau catan sahaja.. itu hanya cabang daripada seni visual. padahal seni ni merangkumi pelbagai bidang.. menurut kepercayaan Hindu. ada 63 jenis art tau...
k la. malas nak cakap banyak2. takut salah fakta. yela pandaangan manusia yang berbeza-beza itu pun merupakan satu nilai estetik.
masing2 ada pandangan dan persepsi yg berbeza, that's why ada kawan aku yg cakap seni adalah ape yang kita rasa dan ape yang kita ekspresikan. dari situ baru la wujud apriesiasi..
ok la. kat sini aku postkan pasal sand art. ini satu seni yang kita tak boleh simpan tapi kita boleh hayati melalui visual kita...
aku tak la study pasal benda ni, tapi sekali aku pandang, aku jd jatuh hati..
waaaaa.. aku sangat kagum dengan bakat yg orang ni ada. bleh create dengan ape yang terlintas je.
memang la, seni ni orang cakap just do it by imagine it....
kalo bagi kat bebudak untuk jd ABM kta mengajar, sure students akan lbh tertarik. well, tak ramai yang minat art wktu skolah lbh2 lagi skolah menengah. huhuhu..
aku dulu camtu la.. minat sikit je.. hehehhehe....
yang ni, dia wat pasal anilam planet.. wah.. mnakjubkan..
aku ada banyak lagi video pasal ni. kalo nak meh ambik kat aku. heehehehe..
Thursday, July 24, 2008
dua tiga hari nie....
Tuesday, July 22, 2008
filem ayat-ayat cinta
lepas aku baca novelnya, aku jumpe plak lagu dia. nyanyian Rossa.. rasa sebak dgr lagu nih...
tup..tup... aku tau dah ada filem citer ni, waa.. mesti best. aku teringin sangat nak tengok.. mesti boleh wat orang nangis punya...
bagi insan2 jiwang tuh, tengok je citer ni mesti meleleh beb.....
hayati lah citer ni, dan selami nilai islam sebenar dalam citer ni..
ceh promote tuh...
ni aku postkan lirik lagunya.. juga untuk orang tersayang, ketahui lah bahawa diri ini tak sanggup untuk kehilangan diri mu.....
Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati..
sebening cinta diantara cinta yang rumit
bila kenyakinan ku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cinta ku pada mu..
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama..
namun..
harus ku tinggalkan cinta
tika ku bersujud....
citer ari ni..
Monday, July 21, 2008
projek lagi.......
pening2 kpala aku nak pikir untuk wat camne kagi pasal projek art aku ni.. pagi ni, encih Bad masuk and terus tanya pasal arca mobile yang dia dah bagi 3 minggu lepas. wargghh.. macam biasa la aku mesti tak siap. ilah bawak arca dia yang dah siap tu, tp encik Bad komen untuk perbaiki. aku plak, aku rasa ada idea n bleh jadi baik punya. cuma sekarang ni, aku tak tau camne nak menzahirkan imaginasi aku ni.. huhuhuu..
paham2 je la aku ni cepat give up. nanti tak pasal2 smua tu aku campaak dalam tong sampah.. geramnya... knape la aku cam ni ek.. huhuhuhu
dah tu, encik Bad dah suruh start untuk wat sketches projek baru plak. pasni kena wat 2 arca lagi. arca stable ngan arca asemblaj.. aduhai... itu belum ditambah ngan projek dari pak wan yang kena main ngan grafik n komputer tu..
pastu assigment2 untuk subjek2 lain lagi..
hmmmm... pening kpala ni... waaa siapa la nak tolong aku ni... huhuhu...
Wednesday, July 16, 2008
HEPI ANNIVERSARY..
Skrang aku tengah duk kat balai kerapatan untuk tengok budak2 junior wat persembahan, malam ni malam kebudayaan untuk minggu pengurusan pelajar baru..
Ntah ok atw tak persembahan diorang nih… tiba2 teringat time ktaorang wat persembahan mcm diorang ni dulu…….. hadoyaiiii… hehehe…
Hmmm… nak tau smthing tak pasal hari ni….
Sedar tak sedar, rupanya hari ni adalah hari anniversary yang pertama untuk budak2 'kapal selam' batch aku ni.. hehehe.. KPLSPM la.. hari ni, genapla setahun kami menjadi warga IPRM. Taun depan ntah mcm mane nasib kami nih…. Haa, ni nak citer sikit pasal satu mende waktu malam kebudayaan minggu orentasi kami dulu..
Nak tau tak, waktu unit kami wat satu persembahan yang dirasakan memalukan diri sendiri je.. memang la orang tengok biasa je, tp kami ni dah rasa tebalnya muka nih..
Malam tu, kononnya nak wat persembahan sajak n koir la, tp…….
Maklum la, baru je kenal. So ikut je la apa oarng buat. Waktu tu, nina ngan Lydia baca sajak. Dah tu yang lain2 ni, jadi tukang semak sambil wat suara soprono la konon. Rosak lagu Warisan nyanyian Sudirman tu… hahahha..
Kononnya berseni n harmoni la tuh… huhuhu..
Last2 apa yang jd, aduhh… malu tau.. nasib baik la time tu, kwn2 aku ni blom ada pandangan mata yg menawan hati, kira kureng sikit la malu tu. Kalo tidak, mesti jadi tinggalan sejarah yg tak boleh dilupakan.. yela siap kena gelak ngan senior tuhhh.. hua..hua.. padan muka korang…
Sekarang ni, dah setahun kami tinggal sebumbung kan?? Sebumbung ke?? Oh tidak…..
Macam2 dah berlaku.. tentu korang still ingat waktu kita wat sesi luahan perasaan yang berjam2 lamenya tu kan… aduhai… sape la yang menangis teresak2 tuh… hehehe….
Tuesday, July 15, 2008
result MUeT
sampai kat library, aku terus on laptop kesayangan aku ni... belom panas lagi aku duduk, bdak2 ni dah kecoh2.. rupanya result muet dah kuar.. bla dgr result diorang, aku jadi cuak sgt. resah dow.. huhuhu...
aku ngan ilah terus check guna SMS.. lame dah aku antar tapi dia x reply pun. lagi la menambahkan kegelisahan. huhuhu...
then, aku try skali guna hp suhaib sebab maybe dia x leh check guna hp celcom, so kena guna maxis..
tak sampai 5 minit ilah hantar msg tu, kami dah dapat result muet kami...
aduhhhh.. agak kecewa dengar result tu..
aku just dapat band archieved : 3
(sori syg band sy rendah je....)
ilah pun dapat band same cam aku gak. yela kami kan sentiasa je tersama.. hehehe.. serasi la..
memang kecewa la sikit dapat result tu kalo nak dibandingkan ngan sepul yang dapat band 5, jaja, nina, ijad dapat band 4. tapi aku pun tak leh nak salahkan sape2, aku tau aku memang lemah la waktu ujian speaking ari tuh.. aduhai bla aku nak lancar n yakin ckp bi depan orang ni...
dah tu aku tak wat prepare secukupnya.. wkt jwb essay pn ada smthing wrong gak.. hmmm... redo je la mende yang dah lepas... huhuhu..cedih :(
aku ngan ilah dah decided nak ambik skali lg cuma tak tau bla. tengok la waktu dah masuk tahun ijazah nanti..
muet ni kan penting, mana la tau kalo aku tergerak hati nak sambung wat master ke nanti.. hehehe.. kalo ada rezeki la..
wat orang2 yang aku sayangi, doa je la prestasi aku dalam english ni akan meningkat... amin. hehehe.. poyo kan..
k la, tahniah wat yang dah berjaya tuh... untuk yang kena ripid tu, sabar ek...
ALL DA BEST TO YOU... ;o)
Monday, July 14, 2008
pendaftaran junior baru...
pendaftaran hari ni biasa je.. tak la semeriah waktu unit kita dulu. hehehe... ala biasa la sebab unit yang baru ni ada sikit je.. tak macam kita dulu yang skali ngan KPLI tuh sampai satu tahap waktu ada gak seorang kwn aku ni panggil aku akak. ada ke patut.. hehehe..
tp bdk kali ni nmpak matured skit, kira tergugat la.. hehehe.. yeke??
unit PSV dapat jadi urus setia bahagian makanan. hai kenyang la sape yang duty sepanjang minggu ni... aku pun escape satu kelas ari ni, kononnya jadi penyambut tetamu la.. tapi x la bertugas sangat. tp bertugas tau. hehehe..
last2 dpat tau pn Azibah bg keje banyak. hmmm... struggle la malam ni ek.. penat sungguh wat ABM ni..
petang waktu Pak Wan plak, tetiba je, dia nak wat mesyuarat tergempar pasal pameran. mana la aku tau nak wat mesyuarat hari ni.. nasib baik aku ready nak wat presantation untuk pmbntangan bajet... adusssss... sakit kepala aku nak pikir pasal duit korang ni tau... susahnya jadi bendahari ni.. masalah aku sendiri pun belum settle... ini la dugaan..
tp kalo slalu mcm ni, boleh kena migrain aku tau... korang tak kesian ke kat aku.. huhuhu..
eh k la, jam dah dekat pkul 5 ni, aku kena cau dulu sebab ada gerko la ptg ni... ini pun satu hal. aku jugak kena wat presentation pasal ping pong... hehehe.. dah tu, paham2 je la ngan dr Puma tuh, mesti nak punctual n cukup 2 jam br habis.. hmm, mesti tak sempat nak tengok citer Ezora. heheheh.. redo je la..
k. see u again...
SELAMAT DATANG JUNIOR BARU.........
Friday, July 11, 2008
makna Hadiah...
JAM TANGAN………Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
CINCIN………….Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG………….Tanda mesra
RANTAI LEHER …….Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG………….Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT…………..Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN…….Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG………….Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI…….Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR…..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU……………Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA……………Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ……..Semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN ………Mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN………Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat..
haa... mesti korang ni dah tersenyum sorang2 ek.. weh, cover sikit weh!! hehehe..
Thursday, July 10, 2008
roomate ku yang 'macho'
Tuesday, July 8, 2008
iklan.......................
Monday, July 7, 2008
WHY I WILL NEVER VISIT A VERY RICH MAN
Once while visiting a very rich friend, the maid approached me and…..
Question : “What would you like to have…? Fruit juice, Soda,Tea, Chocolate, Capuccino, Frapuccino, or Coffee?”
Answer : ” Tea please”
Question : ” Ceylon tea, Indian tea, Herbal tea, Bush tea, Honeybush tea, iced tea or green tea?”
Answer : ” Ceylon tea”
Question : “How would you like it? Black or white?
Answer : “white”
Question : “Milk, or fresh cream?
Answer : “With milk”
Question : “Goat’s milk, or cow’s milk”
Answer : “With cow’s milk please.
Question : “Freezeland cow or Afrikaner cow?”
Answer : “Um, I’ll just take it black.”
Question : “Would you like it with sweetener, sugar or honey?”
Answer : “With sugar”
Question : “Beet sugar or cane sugar?”
Answer : “Cane sugar”
Question : “White, brown or yellow sugar?”
Answer : “Forget about the tea, just give me a glass of water instead.”
Question : “Mineral water, tap water or distilled water?”
Answer : “Mineral water”
Question : “Flavored or non-flavored?”
Answer : “I think I’ll just die of thirst”
Thank you!
Friday, July 4, 2008
Kem perpaduan muhibbah, Port Dikson.
Kem ni di namakan Program Perpaduan Muhibbah Pautan Kasih. Mulanya kami ni, digembar-gemburkan dengan berita kononnya, kami kena g kem ibadah macam sem satu ari tu. Ramai yang tak pegi sebab masing2 dah ada plan sendiri.. tapi bila dah kata diwajibkan, kena la relakan hati… hehehe…cian kat korang kan…

Sampai kat sana, rupanya cuma kami dan JKKKP dari jelebu sahaja yang terlibat sebagai peserta program.
Boleh la tahan tempat ni, berdepan dengan pantai. Aktiviti sepanjang program ni pun tak la padat sangat. So, bebudak ni ada masa nak wat aktiviti sendiri.kami dapat satu apartment yang menempatkan kami satu unit. Apa lagi kecoh la dibuatnya.. Hehehe….
Dari segi pengisian program ni, ia lebih kepada mengenali siapa pemilik kehidupan, bagaimana mengamalkan islam sebagai cara hidup, cara membina jati diri sebagai insan merdeka, dan aktiviti mengeratkan kasih sayang sesama ahli dalam komuniti. Banyak aktiviti yang mengajar kita supaya lebih bersyukur dengan apa yang kita ada dan berusaha memperbaiki kelemahan diri untuk hidup yang lebih baik di masa akan datang. Eratkan ikatan kasih sayang kita dengan orang yang banyak menaruh harapan pada kita, khususnya ibu kita.

Apa yang best bagi kami adalah, kami tak payah keluarkan duit untuk belanja makan selama 3 hari. Hehehe.. boleh la save sikit… apa lagi time macam ni la nak makan puas-puas…
Kami gerak balik ke maktab lepas zohor. Itupun, ada lagi yang terjun laut n swimming pool sebelum bas sampai.. lepas gian ek, korang ni?? Aku tak bersubahat k… waktu ktaorang sampai maktab, hujan tengah turun dengan lebatnya..
Habis basah lencun beg kami…

Thursday, July 3, 2008
Hati Ini....
lepas bercakap pasal rindu dan cinta ni, tetiba terasa nak post smthing buat insan tersayang..
I think he is a very gud man for me. he is a caring person. Walaupun, tak semua pasal dia aku pahami dan bukan semua pasal aku dia ketahui. I don't want to lost him. I LOVE HIM....

RINDU DAN CINTA....
HMmmm.. bercakap pasal rindu ni, apa pendapat you all?? bagi korang apa makna rindu???
biasanya pada siapa kita akan rindu??
benarkah rindu itu indah atau sekadar mainan bibir?? masing2 ada persepsi yang berbeza.
dalam kehidupan ini..rindu itu terlalu sakit..bagai jasad yg terbaring kaku..bernafas dalam lesu....tiada siapa yg mengerti apa itu rindu.
ehh.. jiwangnya.... hehehehe..
k la, biasanya bila bercakap pasal rindu ni, kita akan kaitkan rindu dengan cinta.. betulkan??
EEeeeiii... semua orang suka bila cakap pasal ni. hehehe...
kat sini, aku sertakan apa yang aku paham pasal cinta dan apa yang aku dapat tentang pengertian cinta ni...Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.(Dale Carnagie)
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
mana tau berguna untuk korang bersantai..
- DiarY INPuT. (13)
- HolidaY (11)
- JOM MAKAN-MAKAN (6)
- lirik lagu favourite ku.. (10)
- mesti baca (6)
- tips (10)