Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Saturday, June 30, 2012

17 minggu - 4 bulan


Perkembangan fetus - hamil 17 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia



Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan. 

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar. Pada masa-masa anda bosan dan terasa seolah-olah kehamilan anda tiada kesudahannya, ia memberi peringatan manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40 minggu. 

Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah. 

Adakah anda mendapati sukar untuk menyelesakan diri apabila masuk tidur? Rujuk tip-tip kami tidur semasa trimester kedua. 

Sekiranya anda belum lagi menjalankan amniosentesis dan bertujuan untuk mengambilnya, minggu ini adalah masa yang sesuai. Satu keuntungan: Anda akan dapat melihat dan merenung bayi dengan baik melalui skan ultrasound yang digunakan untuk prosedur ini



masuk minggu ke-17 atau genap lah usia kandungan 4 bulan.
aku mula menjalani internship selama 4 minggu bermula minggu ini.
hari pertama lepas perhimpunan, guru pebimbing dah tanya, brape bulan dah kandungan..
aku jawab la dah genap 4 bulan. dia tanya lagi, ada alahan ker? ermm rasanya aku ok jer sepanjang kehamilan ni. takde masalah besar pon. 
cikgu pembimbing aku cakap, masa dia dengar taklimat program internship di maktab, pihak maktab bagi peringatan supaya pihak sekolah tak merahsiakan kalau ada guru pelatih yang hamil. tapi alhamdulillah, rasanya kak naza ( guru pembimbing ) masih mahu merahsiakan.
justeru itu, timbul sikit risau di hati ni..
yer lahh aku tau duk maktab tak leh pregnant.. aku harap kandungan aku ni boleh dirahsiakan sampai aku tamat pengajian dan aku dapat meneruskan pengajian macam biasa tanpa sebarang halangan.. 
( hahhaaaa.. tu la dulu excited sgt paksa incik asben buat baby awal2..hehehheehe, tp tak pe aku sangat gembira sekarang dan tak sabar nak jadi ibu..)
harap semuanya lancar.

dalam minggu ni, memang rasa cepat penat kat sekolah. rasa nak cepat balik rumah n tidur. nak rest sepanjang masa. pinggang pon dah semakin kerap lenguh. tidur pon dah mula tak selesa. susah nak cari posisi tidur yang selesa sebab perut dah terasa tegang. nak selunjur kaki pon dah rasa tegang dah.. 
hmmm.... dari segi gerakan, yup.. ada rasa kibasan-kibasan halus dalam perut, sesekali rasa macam blurp-blurp gelembung udara, dan sesekali rasa cam shot letrik.. kadang belah kiri, kadang belah kanan. 
hmmm.. baby dah ada gerak2... tp kekadang confius jugak.. ye ke tidah.. hehehhee..
incik asben pon dah selalu pesan  makan banyak, minum air, minum susu, makan ubat, makan buah dan macam2 lagi..
yang paling manis bila abg wish gud nite waktu malam, terselit jugak wish untuk baby.. seronok sgt baca bila terteta perkataan baby..
walau hanya take care n be good baby!.. rasa macam nak senyum sampai telinga.. bahagia kan.. alhamdulillah.

berat badan sekarang dah cecah 45.5kg.. hmm.. agak cepat berat meningkat . ok la tu.. hehe..
perut pon dh ada perubahan. seronok sgt tengok perut sendiri masa mandi. hehe.. lagi seronok bila incik asben slalu usap n tdo dekat ngan perut.. 
arghhh.. tak sabar nak jumpa abg lagi minggu depan.. huhu... 
rasa hari2 nak tdo sbelah abg...

apa2 pon semoga kandungan ni sihat dan akan lahir sebagai zuriat yang soleh dan sentiasa membahagiakan ibu bapanya.. insyaALLAH.. 
moga semua berjalan lancar.
ameen.

1 comment:

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...