Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Sunday, June 17, 2012

RESEPI - Nasi Lemak Kukus + sambal ikan bilis manis



assalammualaikum semua.....

hai teringin nak makan nasi lemak kukus? tercari2 resepi?
haaa.. meh sini.. ni aku nak share pengalaman aku masak nasi lemak kukus ni..
walaupun pengalaman pertama... alhamdulillah menjadi dan tidak menghampakan...
macam biasa lah bla aku nak start masak mesti pergi berguru ngan mr google kan.. aku search beberapa resepi nasi lemak kukus dan cuba comparekan... yer lahhh.. banyak membaca luas pengalaman.. hehehe

haaa... ni lah resepi yang aku dah dapat dan disuaikan dengan kesesuaian.. hhehe..

RESEPI / CARA MASAK NASI LEMAK KUKUS

BAHAN-BAHAN



  1. 4 cawan beras ( untuk 4-5 orang makan)
  2. santan pekat ( sebiji kelapa)
  3. beberapa keping hirisan halia
  4. garam n gula secukup rasa
  5. daun pandan
CARA-CARA

  1. Basuh beras sebersihnya.. dan rendam dalam air bersih 3-4 jam.. sehingga beras nampak sedikit memanhang dan kembang. kalo nak masak pagi, elok lah direndam dari malam.. atw semalaman.. bangun pg dah boleh teros kukus..
  2. basuh beras sepintas lalu dan panas air dalam pengukus anda.. bla air dah menggelegak, kukus beras tadi dalam pengukus yang dah dilapik daun pisang jika suka. semasa mengukus, cucuk beras dengan cari supaya nampak macam berlubang2 untuk pengewapan. kukus selama lebih kurang 20 minit.
  3. selepas 20 minit dikukus, angkat beras tadi dan gaulkan dengan santan yang telh dicampur dengan sedikit garam, gula dan hirisan halia. gaulkan keatas beras dalam keadaan panas dan biarkan beras yang telah bersalut santan seketika dalam masa lebih kurang 15 minit.
  4. setelah dibiarkan 15 minit, kukus semula beras tadi disertakan dengan beberapa helai daun pandan. kukus semula beras tadi sehingga beras kelihatan menjadi nasi, kelihatan berderai, cantik dan santan habis terserap pada beras.
  5. seperti biasa semasa mengukus, lubangkan beras dengan jari, supaya beras masak sekata...
  6. SELAMAT MENCUBA!

dah ada nasi lemak, kena lah ada sambalnya kan..
hmm.. bagi selera aku la.. makan nasi lemak sedap digandingakn dengan sambal ikan bilis yang agak manis... baru sesuai dngan rasa lemak nasi...
meh aku share resepi sambal ikan bilis aku plak..


RESEPI SAMBAL IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN



  1. ikan bilis siap dikupas
  2. bawang besar
  3. cili kering
  4. bawang merah
  5. bawang putih
  6. halia
  7. sedikit belacan
  8. 2 sudu besar gula
  9. garam secukup rasa
  10. sedikit air asam jawa
  11. minyak untuk menumis
CARA-CARA

  1. goreng ikan bilis bersama bawang besar yang telah dihiris untuk seketika. tak perlu sampai garing. cukup sekadar nampak kelayuan...
  2. sementara itu, kisarkan cili kering, 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, sepotong halia dan sedikit belacan.
  3. tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dengan api pelahan. kacau sesekali. apabila kelihatan sedikit garing, tambahkan air mengikut kuantiti kuah ang kita mahu.. biarkan lagi sehingga mendidih dan nampak pecah minyak dan warna kelihatan merah cantik.
  4. masukkan 2 sudu besar gula, garam dan sedikit air asam jawa. rasa disuaikan mengikut cita rasa anda. 
  5. setelah puas hati, masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah digoreng tadi..
  6. kacau untuk seketika untuk rasa diserap..
  7. setelah sambal nampak pekat, boleh la tutup api...




3 comments:

  1. Nk tnye ni.. :)
    ape maksud seperti biasa semasa mengukus,
    lubangkan beras dengan jari,
    supaya beras masak sekata..

    Lps tu,
    mse nk kukus nasi tu msokkn trus dlm pengukus yg dilapik daun pisang @ msokkn dlm loyang dlu bru msok dlm pengukus? Cmtu ke?? Cer explain at kite.. :D

    ReplyDelete
  2. okeh... masa nak mengukus mestilah guna pengukus yang berlubang2 tu kan.. tak perlu guna loyang lain...
    jaadi.. lapik la dulu dengan daun pisang..
    kemudian.. ratakan beras yg dah direndam tu atas daun pisang tu..
    bila dah ratakan..
    kita cucuk la dengan jari / wat bulatan sebesar jari supaya ada ruang utk wap naik melalui celah2 beras tu...
    kalau masih kabur, mgkin boleh search gambar cara nak kukus nasi ni..

    hope membantu...

    ReplyDelete
  3. Salam kenal dan singgah sini. Blog saya https://cararesepi.blogspot.my/

    ReplyDelete

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...