Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Tuesday, June 19, 2012

HAMIL MINGGU 16


Perkembangan fetus - hamil 16 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci. 

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. 

Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda. 



masuk minggu ke 16.
aku mulakan sementer baru... semester akhir dalam pengajianku.. arrghhhh.. tak lama lagi tamat la aku blajar 5 tahun setengah kat tanah beradat, bumi seremban, negeri sembilan ni.. 
ermmm.. untuk permulaan semester baru ni.. cam biasa abg akan hantar aku naik kereta tros sampai seremban.
padahal malam tu, abg baru balik dari sarawak. abang pegi sarawak untuk 4 hari.. sekolah abg buat rombongan ke sana.. seronokkan!! huhu.. tp orang luar tak leh ikot.. mulanya dulu, abg tak nak pergi sebab memandangkan abg akan sampai rumah pada hari ahad iaitu hari terakhir cuti aku dan aku perlu balik seremban. hmmmm.. tapi abg kena pergi jugak.. dan aku dah berkira2 untuk ponteng hari isnin sbb nak tunggu abg balik jugak.
namun alhamdulillah, rupanya negeri sembilan cuti pada hari isnin yakni semalam sempena cuti ganti bagi israk mikraj yang jatuh pada hari ahad. maka selamatlah aku, tak perlu ponteng kuliah..
sepanjang abg kat Sarawak.. haiii rinduuu sangat rasa hati ni.. tdo malam mesti tak lena bila abg tak de untuk dipeluk.. huhuuhu....
abg flight dari kuching pkul 7 ptg dan sampai LCCT dalam pkul 9.30 malam.. tp.. bas yang akan bawak rombongan balik ke Perak sampai lewat. pkul 11 malam baru rombongan gerak dari LCCT. sampai kat sekolah dalam pkul 3 pagi. sepanjang perjalanan abg suruh aku tdo dulu. tp tetap tak lena selagi abg tak sampai kat umah.. ( masa tu aku duk umah mak mertua)
pkul 3.30 pagi baru abg sampai umah mak mertua. sembang2 kejap.. tros kami balik umah kami. abg bersihkan badan n sempat tengok game bola EURO (Ned vs Por). hehe
pkul 4 pagi baru kami tdo.. baru lega dan lena bila tdo bawah lengan suami.. hehe.. ( itu lah nikmat kahwin.. alhamdulillah)
sian abg.. tdo sekejap.. pastu dah kena bangun pagi untuk pergi sekolah. nasib baik aku dah iron baju keje abg awal2 lagi.. 
sepanjang abg pergi sekolah, aku packing barang untuk balik seremban. kemas rumah mana yang patut.. basuh pinggan dan baju yang tertinggal... haii.. perut dah agak berat. letih pon mula cepat terasa. 
pkul 12 tngahhari baru aku siap semua dan aku kunci rumah dan gerak tinggalkan rumah ngan kereta persona ku ke rumah mak mertua.. mak dah siap masak.. hehe.. datang tros makan.. wahhh baik pnya menantu.. lpas makan.. sembang jap ngan mak, tros salam n gerak semula ke rumah mak aku kat sg ranggam.. mak mertua aku pesan, JANGAN BUAT KEJE BERAT... bg tau maktab kalo kena terlibat aktiviti lasak.... haii.. yer la mak..
lepas jumpa adik aku kat tmpat keje dia dan bg belanja skit, aku gi umah mak aku plak.. kat umah mak, makan lagi.. mak suh makan jugak walau aku dah makan.. pkul 2.00 ptg, abg habis sekolah.. aku salam mak, abah dan adik2 n ambik abg kat sekolah. hmm.. rupanya abg nak balik umah dulu sbb nak mandi n tukar baju.. kami balik semula ke rumah mak aku.. abg pn sempat makan nasi n solat dulu kat umah.. lepas tu baru kami gerak ke seremban kira-kira jam 3 ptg.. mak aku pulak pesan.. DAH TAK PAYAH PAKAI KASUT TINGGI. jangan naik turun tangga...  yee mak....


kami teros gerak ke seremban.. sebnarnya aku sian kat abg.. tengok abg drive.. aku tau abg penat.. lelah pon tak hilang lagi.. tp nak wat cam ne...  kami benti rehat 2 kali kat Hentian Ulu Bernam n Hentian seremban. kami sampai Seremban pkul 9 malam... tros ke terminal 1.. abg akan naik bas pkul 10 malam utk balik Perak.
hati aku mula sebak.. rasa tak mau pisah ngan abg.. abg cakap aku makin sensetif. bila mata selalu bergenang...
rasa tak leh dengar abg cakap I AM GONNA MISS U.. huhuhu.. cedihhh.....
masa abg naik bas.. air mata lagi tak tertahan.. tak hirau dah orang sekitar tu.. tapi aku cuba jugak tahan air mata dari mengalir.. waaaaaa... rasa tak mau bg abg balik Perak.. huuhu....
tapi nak wat cam ne.... 


hujung minggu ni, sepatutnya aku kena balik.. mak mertua buat kenduri arwah kat rumah.. tapi.. aku rasa macam terlalu rush.. baru 5 hari kat seremban dah nak balik semula.. sooo.. mungkin aku tak balik.... maaf mak.. uuhuhu
dan aku akan bersedia untuk ke sekolah untuk menjalani intership bermula isnin depan selama 4 minggu...
hahhhhhhh...

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...