Perkembangan fetus - hamil 15 minggu
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
Anda mungkin tidak sedar ianya berlaku, tetapi penghuni kecil anda kerap tersedu-sedu, satu perlakuan yang dikuasai bayi sebelum bernafas. Bayi tidak mengeluarkan sebarang bunyi sebab trakea mereka bertakung air dan bukan udara.
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Walaupun badan anda telah naik berat antara 5 ke 10 paun / 2.2 ke 4.5 kilogram, berat fetus anda hanya sekitar 2.5 auns / 70 gram. Panjangnya dari mercu kepala ke punggung hampir 4 inci / 11 sentimeter. Kaki membesar sehingga lebih panjang dari lengan, kuku sudah terbentuk sempurna dan semua sendi dan anggota boleh bergerak. Anda mungkin dapat mengetahui jantina bayi anda dengan ujian ultrasound, sebab genital luarannya sudah berkembang sehinggakan doktor sudah dapat memberitahu anda samada anak itu lelaki ataupun perempuan. Jika sebelum ini idea yang anda akan mendapat seorang bayi itu belum begitu nyata, anda akan betul-betul sedar yang ini satu hakikat apabila bayi anda bergerak untuk pertama kali. Ramai bakal ibu merasakan pergerakan (diberi nama "gerakan pertama" di antara minggu ke-16 hingga minggu ke-20. Jika anda sudah biasa hamil, anda akan menyedari perkara-perkara seperti ini lebih awal lagi. Yang anda sangkakan perut berderam-derum mungkin bayi anda bergerak tunggang terbalik. Rekodkan bila anda mula merasakan pergerakan bayi dan beritahu doktor anda apabila berjumpa dengan dia nanti. Kehamilan di tahap pertengahan ini adalah masa yang baik untuk anda mula bersenam.
• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
minggu lepas pergi check kat klinik.. baby dah pulp.. yaii..... sbb sblm ni bla check mesti blom kelihatan lagi..
hehe.. itu maksudnya baby dah besar sket....
berat ibu pon dah naik sekilo setengah.. sblum ni sebulan cuma naik setengah kilo je.. ni dah sampai sekilo setengah..
memang badan dah rasa berat. cepat letih...
asyik nak baring jer... kadang2 cian kat incik asben.. dia plak kena urut kta.. hehehehe.. masa ni la nak manja lebih..
badan pon dah rasa lain.. ada perubahan...
selain saiz perut yg bertambah, saiz payudara pon brtambh. dh sampai kena tukar cup bra.. hmm..
makna kelenja susu mula nak terbentuk dan kadang2 keluar cecair badan..
bab makan.... lebih suka makan yang ranggup2.. atw benda2 yang bergoreng... masakan sendiri pon agak kurang selera.. selera nak makan masakan orang lain. uuu..
kalau ikot kan memang baby dah start gerak.. tapi btol la.. aku sendiri pon confius.. adakah aku dah rasa gerakan.. sbb kadang2 ada rasa gerakan tp macam perut yang berkeroncong sbb lapar pon ada...
takpe tunggu lagi sampai gerakan tu dapat dirasa..
ermm.. orang cakap kta kena cakap ngan baby.. sooo.. kadang2, ada gak try cakap ngan dia.. tp tak tau nak cakap per.. nak citer masalah, suka, duka??? haii.. cam kekok la plak.. hehehehe..
ayah baby pon.. cuma selalu usap n wish gud nite sblum tdo...
No comments:
Post a Comment