Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Thursday, July 5, 2012

18 minggu


Perkembangan fetus - hamil 18 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Panjang bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.

Skan ultrasound semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa skan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkokluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda mendapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas dan boleh dicamkan.


okeh..
hari ni pergi wat check up pada usia kandungan masuk 18 minggu..
biasa pergi hari isnin tapi sebab ada salah date apointmen dari klinik kat changkat lada hari tu, membuatkan jadual check up aku berubah.
hari ni datang sekolah sekejap. sepatutnya aku kena sama2 berada kat badang untuk acara balapan dan padang sempena hari sukan minggu depan..
hmm.. pkul 8 pagi, aku kuar dari sekolah. sampai kat klinik... aduhhhhh.. ramainya orang... penuh...
sebab hari ni adalah hari pemeriksaan dan ambik darah untuk sakit darah tinggi.. dah la kebanyakkannya pak cik-pak cik cina yang tengah menunggu giiran mabik darah. dah la, lelaki.. tak consider pada ibu-ibu ssarat hamil yang berdiri, pastu kuat sembang plak dengan bahasa diorang... haiii naik pening kpala aku....

disebabkan ramainya orang.. soo proses pon jadi agak lambat.
lepas check air kencing, macam biasa tunggu giliran untuk jumpa ngan nurse pegawai perubatan yang akan pantau aku sampai bersalin...

Nurse Roslimda buat prosedur pemeriksaan macam biasa..
mula2 ambik berat...
2 kali nurse suruh aku naik alat penimbang tu.. alamakk.. nurse cakap berat aku statik tak berubah pon.. masih sama macam sebulan yang lepas..... 
ehh... aku jadi confius sekejap.. rasanya baru je timbang berat kat Giant pakai mesin timbang yang skali ngan tinggi n kena masuk 40 sen kalo nak guna tu, dan berat aku dah cecah 45kg... rupanya nurse cakap, penimbang digital macam tu biasanya tak accurate dan kalau kita nak tengok perkembangan yg tepat, kta perlu guna hanya satu timbang sahaja.

hbis bab berat badan, masa check kepekatan darah plak...
darah aku kuar sayup2 je... cair plak tu.. adehh.. skali lagi nurse yang baik hati cakap, HB darah aku dah semakin menurun dan dalam paras anemia...
aduhh.. nurse cakap aku kekurangan zat besi. apa lagi nurse pon bekalkan lah aku dengan pelbagai jenis ubat tambah darah dan vitamin kemudian aku kena datang check skali lagi lepas 2 minggu untuk tengok perkembangan..

haii.. itu lah berita kurang senang sket untuk check up kali ini...
TAPI.................. ada satu yang membuat aku sangat teruja....
masa check up hari ini, nurse bagi aku peluang untuk dengar degupan jantung baby....
macam biasa, aku akan baring untuk pemeriksaan kedudukan janin.. dan nurse sapu ubat sejuk macam nak scan tu kat perut dan guna alat khas untuk dengar degupan jantung baby..yaaaa.. aku dengar... sangat jelas... kuat dan berdegup pantas.. lebih laju dari ibunya. sekitar 140dgm.. laju kan???
hmmm. excited sgt rasa...
dan nurse pon cakap dah boleh scan utnuk sekali lagi.. cuma tarikh yang tepat blom ditetapkan..
tak sabar nak gi scan lagi... mesti baby dah besar...
kan best kalo incik asben dapat temankan masa tu.. 
haiii dugaan sungguh duk berasingan dan berjauhan ni.. huhuhu..

itu lah citer untuk check up kali ni,,,
nurse berulang kali pesan, makan makanan yang tinggi zat besi dan tambah vitamin dalam badan supaya penyerapan nutrisi untuk baby dari uri dan darah berjalan lancar dan tak tinggalkan kompilasi pada kami berdua..
sampai sekolah, aku mesej incik asben... mesti abg risau jugak.. beruang kali dia pesan suh minum air banyak2.. hehehehee...
yer lahh.. salah aku jugak.. dah 2 minggu aku tak minum susu.. sbb hari tu minum, habis semua aku muntahkan balik.. tu yang aku stop sekejap tu.. hehehe..
maaf ye sayang...baby, ibu mintak maaf erk..
sian baby.. yeee.. salah ibu.. ambik ringan sangat pasal makan n minum susu.. kadang2 biar jer perut lapar.. 
bila ibu kat seremban, makan mmg tak menentu...
kalo kat umah, boleh la... merengek2 sikit kat ayah.. nanti ayah suapkan.. hehe..
yee.. lepas ni, ibu akan lebih concern k... huhuhu..
semoga baby sihat dan membesar dengan sempurna...
ibu sayang baby..... tak sabar nak tengok baby yang tengah bergerak n bernyawa dalam perut ibu ni...

No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...