Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Wednesday, April 4, 2012

Result UPT..... dub dab dub dab....

salam sayang......


rentetan daripada keadaan badan yang aku rasai, aku mula mengesyaki sesuatu. aku mula search kat internet tanda-tanda awal kehamilan.. dan rasanya beberapa tanda yang dinyatakan memang ada pada aku.
lagipon hubungan suami isteri kami 2 minggu lepas masa cuti penggal tu memang antara yang terbaik dan dalam keadaan aku tengah subur. memang aku dah tekad tak mau merancang lagi. memandangkan aku dah di tahun akhir dan perasaan jeles yang sangat sukar aku bendung bla tengok orang pregnant.. maka... aku syorkan kat incik asben aku yang aku dah ready nak hamil..
mulanya memang laki aku agak tak setuju.. tapi aku bulatkan tekad.. akhirnya laki aku setuju..
maka slama seminggu itu, kami tak sia-sia kan.. kalau selama ini kami bazirkan dan buang semua benih anak2 kami.. tp kali ni tidak lagi..
buat pertama kalinya.. laki aku rasai pengalaman seperti para suami lain.. memancutkan air mani dalam rahim isterinya. dengan harapan ianya akan membenihkan hasil.

seminggu lepas cuti, aku mula terfikir andai aku pregnant.. aku buat UPT sendiri kat rumah. masa tu aku buat masa petang lepas balik sekolah. tapi hasilnya negatif.. nak kata kecewa tu memang la kecewa tapi aku belom putus harapan... selagi belom period.. aku tau masih ada harapan...

masa berlalu.. tanda2 hamil seperti yang search kat internet memang ada.
aku mula check satu persatu 10 tanda awal kehamilan...


1. Rasa lapar yang berpanjangan

yang ni memang ada.. memang aku cepat lapar.. tapi orang tak pregnant pon boleh cepat lapar gak kan.. hmm..

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

yang ni aku kurang pasti masa tu.. sbb rasanya cam sama je.. huhu

3. Kerap membuang air kecil

yang ni.. memang yee.. aku perasan aku kencing lebih 6 kali sehari.. tak macam kebiasaannya... mula aku gembira sket.

4. Merasa tidak bermaya


rasa penat ni memang ada.. kadang2 tu bukan main lama aku nak siapkan 1 RPH.. buat sikit pastu rest pastu sambung balik.. lastnya tak siap.. sambung kat sekolah.. huuhu

5. Sakit dan tegang pada buah dada

sakit breast ni btol skali.. aku memang rasa breast aku jadi sensetif skit bla disentuh. selain aku rasa semakin berisi dan tegang... ermm tanda makin kuat.. hehe.


ermmm cukup la 5 erk.. nak tau lebih lanjut tengok kat link tu.. hehe.. 
seminggu kemudian iaitu seminggu lepas aku buat UPT yang pertama... aku buat sekali lagi UPT... kali ni aku buat awal pagi lepas bangun tdo... dengan perasaan bedebar aku tengok result dia POSITIF......
rasa cam tak percaya.. aku tngok banyak kali... memang positif.. 2 line yg sangt jelas.. lembik lutut rasa masa tuh.. sepanjang mandi aku tersengih sorang2...

habis mandi.. aku bagi tau housemate aku... yeargg... diorang bakal jadi mak cik....
hehehe..
aku mesej laki aku yang tengah cuti hari tu.. aku cuma mesej.. mintak dia senyum sepanjang hari.. mungkin dia pon blur apa tujuan aku tapi biarlah suprise.. hehe

kebetulan hari tu adalah hari jumaat dan aku akan balik kampung untuk kenduri naik buai Haziq dan tahlil arwah ayah...
tak sabar rasanya nak balik bg tau kat incik asben..

petang tu sempat lah aku jumpa pensyarah penyelia untuk kajian tindakanku..

aku nak bas dari seremban pkul 8 malam.. tapi malam tu rasanya perjalanan paling lama penah aku naik.. seremban-kl-ipoh-manjung... ambik masa selama 7 jam.... dah macam perjalanan pegi balik je.. sakit pinggang duduk dalam bas tu bukan main lagi... huhuu..
pukul 4 pagi baru aku sampai kat manjung... sian laki aku tunggu lama kat stesen bas tu dengan keadaan hujan renyai-renyai... ermmm keciannnn diaa...

dari stesen bas nak balik umah ambik masa 45 minit lagi....
adooi..
kat umah baru aku sampaikan brita tu.. seperti dijangka laki aku cuma senyum sbb dia memang dah jangka akan dikhabarkan dengan berita tu.. dia senyum tak habis sambil mengeluarkan kata-kata chentanya... hahaha....

dah dekat subuh baru ktaorang tdo sekejap..
then bangun dan prepare untuk majlis naik buai yang start pukul 10 pagi.

itu lah alkisah aku dah positif hamilku... ehhehe..



to be continue.......


No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...