Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Saturday, April 14, 2012

terlaksana sudah hajat makan UDANG GALAH BESAR!


Sempena cuti hari Pertabahan Seri Paduka Baginda yang dipertuan agong ke 14 pada hari rabu hari tu.. incik asben aku dah hanguskan satu hari CRK dia semata-mata nak datang seremban....

abg gerak datang seremban naik bas pada pagi hari selasa. aku plak sekolah hari tu.. waktu abg sampai seremban pkul 3, aku pulak tengah bertungkus lumus siapkan proposal Kajian tindakan untuk hantar petang tu jugak.. lepas tu kena jumpa lecturer penyelia plak sampai pukul 5.30 ptg.. maka terpaksa la abg check-in hotel sesorang dulu. habis jumpa lecturer, aku teros pegi stesen minyak, isi minyak.. beli makan dulu.. baru masuk hotel.. arghh.. penat sangat rasa.. tapi seronok dapat jumpa incik asben tersayang...


tetiba my incik asben tunjuk ice box kat tepi dinding.. hairan juga cam ne bleh ada ice box kat situ.. lepas bukak rupanya UDANG GALAH... besar punya.. waaa.... gembira rasa... hehehe..
rupa-rupanya sebelum abg naik bas untuk ke seremban, sempat lagi dia jalan-jalan kat pasar selasa changkat lada... memang aku pernah cakap.. teringin nak makan udang galah.. tapi tak mau yang kecik.. nak besar. dpat seekor pon jadi lahhh.. haaa... ambek kau.. abg beli sampai 4 ekor udang galah saiz gred B... RM35 harganya......
ermmmm.. seronok rasa!

fresh dari sungai perak... Yaiiyeeee...






malam tu, kami bawak ke restoran Imani seafood, Jalan Klawang, seremban. lepas duduk kat meja, tukar ambik order pon datang nak menjalankan tugasnya..  kami teros tanya boleh tak tolong masakkan..
dia tanya nak masak pe... kami bukak ice box n tunjuk udang galah.. dia senyum je.
dia kata kalo udang galah ni masak goreng pedas la sdap...
hmmmm.. itu lah yang aku nak dengar..
maka dengan perasaan gembiranya kami menyerahkan ice box berisi udang galah tersebut.. hehehee...

lepas beberapa ketika menunggu, nasi ngan beberapa lauk lain pon sampai.. haii.. tak sabar nak tunggu hidangan utama sampai...
bila udang kami sampai, ramai lah pengujung restoran yang menjeling ke arah meja kami.. ada abg kat meja sebelah dah macam berkenan n macam nak order benda sama...
nasib baik dia tak order sbb menu ni tak de dalam list... special.. hehehehee....


udang galah masak goreng pedas.... nyumm




apa lagi... masa santap dengan gembira! tak lupa ucapan trima kasih buat suami tersayang.. hehee


tak habis makan kat situ sbb macam kurang sopan dan tidak selesa untuk makan secara ganas dan bersungguh bila orang pandang.. maka 2 ekor lagi, bungkus n bawak balik makan kat bilik.... baru bleh makan ngan senang hati...


begitu lah alkisahnya pasal udang galah..
hmm.. tapi sebenarnya.. ada lagi yang incik asben sy bawak dari kampung.. abg beli macam2 jenis buah kat pasaraya.. dia kata bagus untuk baby.. haiii.. macam lah kat sini tak de.. tapi aku amat hargai, ketulusan dan keikhlasan abg yang sanggup memberatkan beg naik bas sbb isterinya ni...
salah satu buah yang paling special abg bawak adalah buah delima... mak mertua sy cakap.. baby dalam kandungan suka makan buah delima..
tapi... memandangkan kandungan saya baru berusia 6 minggu... rasanya... ibunya lah yg dapat kelebihan tu.. hehehehe... abg pilih buah delima yg terbaik tau.. RM7 sebiji...
tengok aje warna isinya.. merah dan cantik..
sbb tu orang cakap, merah mekar bak delima!... hehee... ada ke?? ngeeeee...
tak kira lah.... tp seronok rasa dihargai suami macam tu, siap makan suap lagi.. hehehe...





keesokkannya... abg terus balik teluk intan naik bas pkul 11.30 pagi.. lepas kami sarapan sama-sama..
hmm.. jadilah.. sehari bersama suami tersayang..
dapat lah tahan rindu untuk 2 minggu akan datang.....
adat lah jadi suami isteri macam kami.
husband and wife masa cuti......

semoga berbahagia selalu...

3 comments:

  1. mak aih! huaaaaa! bestnya! jeles! hahaha

    ReplyDelete
  2. hehehehe.....
    tak baik jeles...
    sebnarnya cam nak makan lagi..
    jom..kta ramai2 gi melaka plak...
    makan kat muara.. mesti lg best kot..
    wuuuuu

    ReplyDelete
  3. Salam..ape kata saya suggest makan udang galah di restoran D'Tepian Sungai di Telok Intan betul2 dekat lokasi pertandingan memancing udang Antarabangsa baru-baru ini..Udang yang masih hidup boleh di pilih di dalam kolam..Menu istimewa seperti masak lemak cili api, masak asam tempoyak, masak asam pedas, masak pedas dan lagi best kalau di bakar..kata pengacara Maria Tengku Sabri "Udang bakar tersedap yang beliau pernah makan".Kalau anda peminat ikan sungai, anda tidak akan menyesal datang menjamu selera disini. Mintak lah ikan temoleh goreng berlada..fuhh,.!! Dah rasa baru tau..

    Tempahan? Hubungi Man Udang 010-5307713 atau zah 013-2990991

    ReplyDelete

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...