SALAM...
okeh hari ni hari isnin.. lepas habis perhimpunan kat sekolah, aku kuar untuk pegi appointment dengan klinik Kesihatan sikamat. aku sampai kat klinik dalam pkul 8.45pg.. aku tngok dah ramai yang menunggu.. aku ambil nombor giliran.. nombor 1023 dan nombor sekarang adalah 1009...
hmmm... menunggu lama lah jawabnya....
lepas menungu untuk setengah jam, nama aku dipanggil. pergi kat kaunter satu, untuk buat buku merah. check urine test, timbang berat, ukur tinggi, check tekanan darah. semua ok. alhmdulillah. cuma berat badan je ringan sangat.. kurang berat badan.. since pregnant, berat badan aku cuma naik setengah kilo....
selesaikan stage yang pertama tu, kena bawak kad untuk pemeriksaan setrusnya... hmmm.. menunggu lagi....
sampai lenguh pinggang rasanya menunggu... duk belek kertas nombor bila la nak sampai giliran kita.. pening dah rasa bau ubat... huhu....
tengok la.. ramainya yang menunggu...
lepas angka giliran keluar, aku masuk bilik pemeriksaan 4 untuk buat check.. akak nurse yang cantik tngah tunggu. hehe.. lepas dia tanya 2-3 soalan dan bagi tau aku dah pregnant 6 minggu, dia kata nak buat check darah.. alhamdulillah, kepekatan darah aku normal. 14.4.....
kemudian, wat internal check, iaitu pemeriksaan payudara dan perut.. akak tu ajar untuk buat pemeriksaan payudara sendiri. kemudian, aku tandatangan untuk ujian pap smear lepas kelahiran nanti...
hmmmm... okeh... selesai peringkat kedua....
pergi pulak ke pemeriksaan yang ketiga iaitu untuk berjumpa doktor. aku tunggu lagi setengah jam.. dan nama aku dipanggil untuk jumpa doktor. Pegawai perubatan lelaki. seorang cina. mukanya persis pelakon korea.. miahahaha... handsome la jugak.. cewaahhhh... marah laki aku.. hehehe...
doctor ni cuma check masalah yang biasa, macam pernafasan, mata, leher dan bengkak kaki kalo ada...
selesai jumpa doctor ni, maka selesai lah... pukul 12.00 tngah hari baru selesai semuanya.. adehhh.. penat jugak rupanya buat urusan buku merah ni.... hmmm..
doctor sarankan untuk wat follow up sebulan lagi dan minggu depan hari rabu kena pergi Klinik Kesihatan Rasah untuk buat pemeriksaan gigi dan scan perut....
oohh yeargh....
SAYA HAMIL 6 MINGGU..
hehe..
No comments:
Post a Comment