mula2 aku dah pikir nak tukar tarikh appoinment.. tp.. macam susah je nak ke KLinik Sikamat dan tukar tarikh.. satu lagi ia akan turut menyusahkan pihak klinik.
soo. hari tu, aku ke sekolah macam biasa. pagi tu ada gerko uniform. lepas gerko sepatutnya lepas gerko terus kelas aku. pkul 8.40 sampai 9.40.. tapi.. pensyarah tu call. dia kata tak dapat nak datang awal dan mintak aku anjak waktu kelas jadi pukul 9.10 sampai 10.10...
hmm.. aku dah pikir.. habis la.. mesti lambat ni..
tapi cam mana pon, aku setuju je.. terus ceal ngan cikgu yang sepatutnya dan kelas aku bermula jam 9.10...
alhamdulillah kelas berjalan lancar.
markah pon alhamdulillah..
lepas tamat je kelas, aku tros berkira-kira nak jumpa GB nak mintak eluar sekolah. tapi aku tengok ada slip kelas ganti.. adooyaiii.. cam ne nak kuar skolah.. huhu..
dengan terpaksa, aku serah kelas ganti tu aku kpd kawan aku.. hmm.. cian dia.
aku kuar sekolah untuk ke klinik pkul 11.00.. sampai klinik, aku tngok ramainya orang. nak cari parking pon susah. yer lah.. kawasan rasah memang besar.
lepas buat pendaftaran, kena tunggu sekejap untuk ambik darah. lepas selesai ambik darah, tunggu lagi untuk buat scan.
pengalaman pertama buat ultra scan, nampak baby sy.. kecik aje... panjang diameternya baru 13 mm..
doktor cakap, denyutan jantung dia dah mula bkmbng dan normal. alhamdulillah..
lpas dapat gambar scan, kena keluar dari klinik kesihatan dan pergi ke klinik pergigian untuk check dentist.
ambik nombor dan tunggu lagi....
haaii.. banyakkan proses nak jadi ibu ni.. heheh
pkul 1ptg baru settle... lepas settle, singgah kedai beli air dan balik semula ke sekolah untuk gerko dan 1 murid 1 Sukan.. sampai pukul 4.
hmm.. letih.....
Perkembangan fetus - hamil 7 minggu
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
Sekarang panjang embrio dalam setengah inci / 1.25 sentimeter, saiz sebiji anggur, dan ia mempunyai jari tangan dan jari kaki yang jelas, namun berselaput. Ia seakan-akan biji kacang yang berlompat-lompat, memecut dan berhenti, kemudian memecut semula. Hati bayi terus mengeluarkan jumlah sel darah merah yang banyak sementara menunggu sumsum mengambil alih peranan ini.
Minggu kelapan menandakan permulaan tahap perkembangan yang amat giat. Antara minggu ini dan minggu ke-20 bayi anda membesar dengan pantas, dan bahagian tubuh badan yang terbentuk semasa minggu-minggu pertama kehidupannya (seperti jantung dan otak) mula berkembang dan menjadi lebih khusus dan rumit. Pada masa ini, gigi dan lelangit sedang membentuk, manakala telinga terus berkembang. Kulit fetus amat nipis, dan saluran darah jelas ternampak.
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Anda sekarang berada dalam keadaan geliang-geliut trimester pertama, di mana ramai wanita berungut tentang ketidakselesaan dan sakit-sakit. Anda mungkin tak dapat menahan muntah, sebab anda sedang menghidapi mabuk hamil, sebahagian daripada akibat hormon-hormon kehamilan dalam badan anda. Anda mungkin terasa hendak kencing lebih kerap dari biasa - uterus anda yang berkembang menekan pundi kencing anda, dan hormon juga menjejaskan imbangan cecair dalam badan anda. Semua ini akan berkurangan apabila kehamilan anda berlanjutan. Senaman adalah baik bagi anda. Rujuklah bahagian kecergasan untuk mengetahui apakah bentuk senaman yang selamat ketika hamil.
• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim
kak intan ! da ade isi ke ?? surprisingly subhanallah !! mabrookk :DD
ReplyDelete