salam..
dah lama sangat aku tinggalkan blog ni.. banyak cerita nak kongsi sebenarnya tapi masa agak kurang mengizinkan. 
semester ni, dengan jadual dan takwim yang padat ditambah pulak dengan pengajaran mikri yang sangat banyak untuk dikendalikan. lepas tu, dengan projek seni lagi... 
oh ya.. saya lupa nak cerita pasal projek seni saya semest
er ni kan.. ermmm.. di entry yang lain yer..
hari ni rasa macam nak share tentang kebolehan liguistik yang saya ada ni.... hahahah.. cewahhh....
bukan la mahir atau advance sangat cuma rasanya memang amat bertepatan dengan jiwa saya...
yer laa... dari dulu lagi saya impikan nak jadi seorang penulis... masih belom tercapai.. masih dalah keadaan merangkak dan sedikit demi sedikit ke arah itu...
masa juga yang menjadi penghalang di sini..
ermm.. berbalik pada cerita tadi..
pada 12 hingga 14 oktober yang lalu, sempena memartabatkan Bulan Bahasa kebangsaan, aku sekali lagi terpilih untul mewakili maktab dalam pertandingan pantun zon tengah dan zon selatan 2010 anjuran bersama IPG kampus Bahasa Melayu dengan IPG Kementerian Pelajaran Malaysia yang berlangsung IPG KBM tersebut.
cuma nasib kami tak baik.. kami kalah pada pusingan pertama pertandingan kalah mati itu dengan pasukan dari IP temenggung ibrahim..
satu pengalaman yang baru, aku merasa memakai pakaian tradisi adat minangkabau yang melambang negeri kami iaitu Negeri Sembilan.

sempena bulan bahasa kebangsaan itu juga, maktab kami telah menjalankan pertandingan mencipta sajak yang dianjurkan oleh persatuan bahasa melayu.
aku yang telah diamanatkan untuk menjadi wakil kelas ni, terpaksa mencipta sajak pasal bahasa tu satu jam sebelum aku gerak meninggalkan maktab untuk pertandingan pantun tersebut.
banyangkan lah dalam keadaan yang tergesa-gesa, aku cuba jugak untuk menyusun idea dan ilham yang terlintas di kepada saat tuh. aku amanatkan kawan aku untuk hantar kepada urussetia memandangkan memang tak sempat untuk menghantarnya sendiri.
pada minggu hadapannya, selepas kembali dari pertandingan pantun di kuala lumpur dan sempat pulang ke kampung menjenguk suami n family, aku dapat tahu, sajak aku tuh pun tak sempat juga dihantar ke pihak urus setia... aduhh.. lalu aku hantar sendiri. hahaha.. kiranya aku la orang yang paling akhir menghantar karya selepas tamat tarik tutup.
beberapa hari kemudian, bulan bahasa pun sampai ke penghujungnya.. aku mendapat panggilan telefon mengatakan yang aku diminta mendeklamasikan sajak aku tuh sempena majlis penutup bulan bahasa kerana telah terpilih menjadi johan.
wahhh... macam satu keajaiban aku rasa.. sajak yang aku karang dalam keadaan tergesa-gesa dan dihantar selepas melewati tarikh tamat tu akhirnya terpilih menjadi juara.
apapun alhamdulillah.. syukur...

sekurang-kurangnya.. ini lah langkah demi langkah yang aku gilap untuk menjadi seorang penulis...
isyaALLAH satu hari nanti aku akan jadi seorang penulis...
kat sini aku sertakan secebis nukilan yang telah curahkan.....
EPILOGI TEROMBA MELAYU
   
  Aku lahir dari jiwa seorang penutur
  Berpindah dari mulut ke mulut
  Dari rumpun ke rumpun
  Belayar bersama bahtera liguistik
  Menongkah arus masa menuju santun di Nusantara
  Meninggalkan jauh Melanisia, Polinesia dan Austronesia
  Yang selama ini menjadi kerabat
  Mengharung selat dan pantai
  Mencipta identiti sebuah bangsa
  Mencambah serumpun manusia di panggil Melayu.
  Aku lah bahasa mu.....
   
  Aku terus meluncur laju dari bibir ke bibir
  Menjadi agen penghubung
  Menjadi tongkat berdiri sebuah kegemilangan lampau
  Menjadi kunci pelepasan sangkar hegamoni
  Mengangkat sebuah daulat
  Menjulang sebuah darjat
  Menjadi teras maruah bangsaku
  Membentuk gagasan nan unggul
  Ungkapan “ sayangi bahasa ibunda’’ terus berkumandang....
  Argghhhh... aku bangga sekali.
   
  Namun, masa pantas berlalu
  Perjalananku kian perlahan
  Neokolonialisme menerjah gelombang globalisasi..
  Bahtera ku naiki  di perairan pertiwi, 
  Karam tiba-tiba dilanggar kapal Vernakular Eropah
  Kononnya dia pengerak adidunia...
  Aku kelemasan, tangan-tangan mula menuding jari
  Katanya aku semakin ketinggalan
  Mereka sering bertelagah mencipta istilah 
  Dan aku tidak mampu membantu 
  untuk mereka berdiri sama tinggu dengan taksonomi barat
  Kelompok puris-konsevatif dan kalangan liberal tidak lagi serasi
  Golongan kolonis dan nasionalis tidak lagi sebulu
  Pertembungan terjadi antara frasi
  Penggila fonetik, penganut morfologi....
  Semuanya kecundang..
  Anglofilik berdiri mendabik dada bangga
   
  Akhirnya aku mati dalam keranda ilmiahku
  Kematian yang tidak diratapi
  Bahkan, wacana apresiasi juga dilarang
  Minda ini bertambah sedih dan sayu
  Alam cerah dulu bagaikan kelabu
  Sinarnya semakin suram dan pudar
  Bangsaku telah leka.. khayal dan ghairah di pesta globalisasi.
   
  Bangunlah anak bangsaku, 
  Sirami semula pertiwimu..
  Jangan kau kotori fiksasi mindamu
  Mari kita belayar lagi di perairan keagungan melayu
  Sedar lah bangsaku...
  Kerana aku ini semantikmu...
  Aku lah Bahasa mu...
  Layak kau julang dan tunduk taat..
  Kembalikan karma yang dulu
  Laksana gemilangnya Kota Melaka..
  Kerana aku lah Bahasa mu...........    
   
   
   
  Dicipta oleh:
INTAN SURIANA BINTI MOHIDIN
890521-08-5888
PISMP PSV SEMESTER 4 ( AMBILAN JANUARI 2009)
 
No comments:
Post a Comment