Followers
About Me

- intan_isna
- NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.
Tuesday, August 25, 2009
PBS SEMESTER 2
Tuesday, August 18, 2009
kepenatan.......

Saturday, August 8, 2009
masa menentukan..
aku tak shopping pun.. kali ni just beli barang yang aku rasa menjadi keperluan..
aku beli ink printer untuk print assigment yang dah beratur minta disiapkan..
then, aku teringat yang aku pernah berhajat nak belikan ayah aku seluar baru sempena hari raya ni..
tapi aku pun dah lupa berapa saiz pinggang abah sebenarnya.. aku call umah tanya adik aku...
adik aku cakap saiz 28.. hahhh?? keciknya pinggang abah.. rasanya satu ketika dulu, pinggang abah tak la sekecil ini.. memang aku nampak badan abah dah kurus sedikit berbanding dulu.. yelahh masa dah merangkak tua..
suatu ketika dulu, aku ingat lagi... aku la yang selalu tolong abah kat kebun bila abah potong buah sawit.. aku la yang selalu angkut buah sawit tuh.. jangan ingat badan aku kecik, aku tak larat tau.. hehehe...
abah cakap kalo nak duit kena la kerja.. jadi kami adik beradik dah terbiasa kalau nak ape2 kena usaha dan cari duit sendiri.. cuma sekarang, aku sedih bla adik lelaki aku malas ke sekolah waktu petang sebab nak kumpul duit beli barang yang dia nak.. Mak selalu marah.. aku pun bengang jugak.. tapi yelahh.. aku pun paham.. kadang2 kesempitan hidup mendorong kita jadi lebih berdikari. dulu, susah sangat nak tengok muka aku kat umah.. biasanya masa aku habis kat sekolah je.. hujung minggu baru tolong abah sekejap. pagi kat sekolah.. petang masak untuk family.. malam dengan buku2 atau buat hal aku sendiri.. mungkin sebab tu aku rasa diri aku jauh dari famili.. yelahh.. barang sekolah dan yurang sekolah pun aku bayar sendiri.. semuanya guna duit biasiswa yang aku dapat dari tajaan PETRONAS sebanyak RM1200 setahun..
dan sebab itu jugak, sampai sekarang setelah aku menerima elaun, aku jadi tak reti nak meminta duit daripada family mahupun suamiku sendiri.. terpulang pada mereka nak beri atau tidak...
berbalik pada abah.. kadang2 aku kesian tengok badan abah yang semakin kurus.. dah tak macam dulu.. saiz pinggang pun dah makin kecik.. tak macam my hubby.. rasanya saiz seluar dia dah naik kot.. dari 30 jadi 31.. then sekarang dah 32 rasanya.. habis semua seluar keje kena tukar yang baru.. senang hati agaknya suamiku itu.. hehehe..
hmm... banyak dah bezanya antara dulu dan kini.. aku juga perasan banyak perubahan dalam diri aku yang berbeza dengan dulu dan kini..
itu lah dikatakan kitaran waktu.. semalam adalah kenangan, hari ini satu realiti, esok mejadi harapan..
Friday, August 7, 2009
Pada Rasa Seorang Ibu..
berikut laporannya....
Bayi hancur dimakan biawak
Oleh SHAHRULANOOR ISHAKshahrulanoor.ishak@kosmo.com.my
KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.
Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.
Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.
Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.
"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.
"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.
agaknya, sebagai seorang yang boleh berfikir rasional dan waras, apa perasaan kita sebagai salah seorang ahli komuniti.. aku amat tersentuh dengan apa sahaja berita dan cerita yang melibatkan kanak-kanak dan wanita atau seorang ahli keluarga.. benar kata orang, pengalaman itu mendewasakan.. aku yang diajar berdikari sejak kecil rasanya cukup untuk aku memandang pada alur sebuah pergerakkan keluarga.. semakin aku menginjak dewasa, semakin aku sedar dimana letaknya keluarga..
apa lah dosa bayi yang tidak mengetahui apa2.. dimana letak kewarasan seorang ibu ketika itu?? apa cukup terlepas beban malu di dunia?? namun diakhirat kelak tetap dipertanggungjawabkan..
betapa air mata aku jatuh tatkala membaca dan menulis bingkisan ini..
aku jadi terfikir bagaimana agaknya seorang pelajar sekolah menyembunyikan perut yang memboyot membawa kandungan dari pengetahuan ibu bapa dan warga sekolah sehingga melahirkan bayi..
di mana letak silapnya??
persoalannya, mengapa mesti bayi itu yang menjadi korbannya?? aku seorang isteri, aku juga mahu menjadi ibu.. betapa aku bersabar menanti saat aku untuk dilabel sebagai seorang ibu..
aku tahu, aku masih perlu menanti dan meneruskan kehidupan menghabiskan sisa pengajian yang aku kutip buat masa depan aku, keluarga dan anakku nanti..
aku besyukur kerana aku terlepas dari berada dalam dunia remaja yang penuh panca roba dan lubang2 alpa. walaupun sekadar mengemis di pinggiran namun aku besyukur dengan duniaku sekarang..
pada rakan2 diluar sana, mungkin yang sebaya dan seangkatan usia denganku.. bijak dan pandai2 lah menjaga diri.. keputusan ada digenggaman kita.. kita yang merancang masa depan kita.. aku tahu, aku bukan sesiapa untuk memberi peringatan dan amaran namun sekadar meluahkan rasa.. janganlah kita terlalu taksub pada cinta dunia..
cinta pada bunga, bunga akan layu
cinta manusia, manusia akan pergi
cinta ALLAH, itu yang abadi..
cinta abadi itu cinta ILAHI..
cinta ibu bapa cinta selamanya..
cinta saudara hanya di dunia..
cinta sesama insan, perlu dibajai dengan ketaqwaan dan keimanan....
moga kita semua berjaya dan diberkati ALLAH sentiasa..
Monday, August 3, 2009
KENAPA KAMU DI HATI KU>>>
ada seseorang yang aku kenali (lelaki) hantar mesej ni kat aku.. mula2 baca cam terkejut jugak..
tertanya2, ditujukan untuk aku ke??? tapi mungkin tidak kottt...
kalo benar ditujukan untuk aku, maaf lah andai aku telah tersilap duga..
rasanya, lepas baca berulang kali, mesej ni lebih berunsurkan ketuhanan...
so, jom kita hayati..
yang penting, aku amat tersentuh waktu membacanya....
thank kepada pemberinya.. huuhuhu..
Slowly, slowly, you entered my heart.
Your desire spread through me.
Along my path, in my sights,
Now, in every direction, there is you and only you.
There's a storm of emotion in the rise and fall of my breath;
The beating of my heart is like an earthquake.
What madness, what sort of obsession is this?
What can I say of my state now?
My heart, my soul, my whole world,
All my desire is you.
Beloved, I am coming to tell you.
The dream I've beheld?
I am bringing it to show to you.
You are my heart's peace.
Sunday, August 2, 2009
shopping!!!
Saturday, August 1, 2009
A moment at Genting Highland.. (second Day)
tenang n privacy. hehehe..
masuk je ke dalam theme park tu, macam kanak2 kami terus berlari2.. soronok sangat dapat main2.. first sekali adalah swing.. yang ni biasa je.. tapi ada gak yang terketar.. cian kawan aku si rafhan, hampir nangis dia..
seterusnya, kami cuba semua permainan kat situ yang kami rasa nak main. hehe..
ada yang ala budak2 n ada yang mencabar.
tengok orang naik space short, cam gerun je.. tapi kalo tak cuba mana tau rasanya.. aku ngan jaja pun gi la cuba.. mula2 dah rasa debar.. aku tau dia akan naik tinggi. bila sampai atas, aku nampak permandangan waktu pagi yang masih berkabus lagi.. semuanya nampak kecik je.. wahhh memang cuak.. peha dah menggigil sebenarnya time tuh. pastu dia jatuh terhempas. aku tak terkata melainkan jerit nama kawan aku Tya kat sebelah.. ya Allah, debar sangat weh.. dah rasa melayang sangat time tuh.. kalo jatuh... hmm paham2 sendiri je la.. nak tercabut jantung... tapi itulah pengalamannya..
seram... seriau tau!!
seterusnya naik cyclon.. ni pun agak mencabar jugak kot.. yelah.. aku nak rasa tapi pada masa yang sama aku pikir camne kalo aku terjatuh.. ahhh tidakkk.. aku tak sanggup. tu yang berkerut2 muka tahan takut. nak jerit tapi tak terkeluar. hehe...
mula2 semua muka ceria je... senyum bukan main...

hahhaha... apa dah jadi daa... apsal muka semua berkerut tuh... hehehe... aku tak pe laa, aku saje je tuh.. hehe..
naik rebena cup.. hahaha... ni untuk sape2 yang cuba nak menambahkan pening kepala. memang sesuai. hehee...
arghhh... pening2 la main mende nih...
jalan2 nampak ada birds... apa lagi mestilah nak tangkap gambar. tapi penjaga tu cakap, kita kena beli gambar yang dia tangkap dulu baru boleh tangkap gambar banyak2 guna kamera sendiri.. harga gambar tu RM15.. lepas tu, kamera sendiri pun rancak mensnap. siapa aku dapat kenangan lagi.. kena kepit ngan burung yang warna biru tuh.. lebam weh... sampai sekarang tak ilang lagi.. huhuhu..

smile.......
ni burung kuning yanh kecik n comel... bila kita usik badan dia, dia bunyi.. hehehe..
next, pirate ship.. dia ala2 buaian la.. tapi boleh buat kita terdorong ke depan. kalo tak kuat iman, bergetar jugak perut weh... huhu...
lagi kami naik sungai rejang boat.. aku naik bertiga ngan ilah n tasya.. sian kami habis basah baju. paling teruk, tasya lah.. akibatnya kami mengalami kesejukan yang teruk. hehehe...
pastu, pasal kami naik fly dragon.. dia ala2 roller coaster tapi sekejap dan pendek je.. tapi itu pun boleh wat muka aku ni berkerut.. hehehe..
dah penat main,jalan dan tangkap gambar, peryt pun dah lapar. so, makan time... hhehe.. cam biasa la, fast food tetap jadi pilihan. kali ni, pizza hut menjadi pilihan hidangan makanan tengahhari kami...
korang nak tau tak, itu lah kali pertama aku makan Pizza hut tau.. suka hati kalo nak cakap aku ketinggalan sket tapi itulah hakikatnya.. kiranya menjadi kenangan jugak la gi genting ni sebab dapat makan pizza Hut for the first time. hehe...
lepas perut kenyang, kami sambung aktiviti ngan game yang ringan2 je.. do kami gi tengok 3D movie. walaupun, hanya cerita dokumentari yang selama 15 minit lebih kurang, aku tetap rasa best.. macam tu rupanya tengok wayang 3D.... hehee... benda tu btol2 depan mata. aku tengok kawan2 aku alih kepala ke kiri dan ke kanan waktu tengok movie tu... hehehe....
kiranya ktaorang try semua game yang ada kat situ selagi nmpk best n kami mampu nak main. hehe..
hmmm.... actually banyak lagi gambar nak post tapi tak larat nak upload laaa.. hehe... pukul 6 petang kami gerak meninggalkan genting highland.. turun semula dan ready to back to maktab terchenta..kami naik bas ke seremban dari pasar seni.. kami naik bas 2 tingkat.. kami semua duk kat tingkat bawah.. best cam kenderaan sendiri jerk.. hehe...
time tu, semua dah penat.. pikir kena cepat balik sebab esok ada kelas laaa.. dah la kena gi perhimpunan...
dalam bas.....
sampai depan maktab kira2 pukul 11.oo malam.. kami isi perut kami yang dah i hari lebih tak jumpa nasi nih.. lepas makan baru masuk maktab. kira-kira 12 lebih..
hmm.... percutian yang memenatkan tapi BEST!!!!!
nanti kita gi lagi ek......
mana tau berguna untuk korang bersantai..
- DiarY INPuT. (13)
- HolidaY (11)
- JOM MAKAN-MAKAN (6)
- lirik lagu favourite ku.. (10)
- mesti baca (6)
- tips (10)