Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Tuesday, February 22, 2011

DRAMA Gemilang ~ TV3

kalau korang peminat tengok drama TV.. mesti korang pernah tengok drama Gemilang yang tersiar kat tv3 setiap isnin jam 9 malam yang dah mula ditayangkan bermula 24 januari yang lalu..

Bagi peminat-peminat drama Melayu bolehlah mengikuti sinopsis drama Gemilang di bawah.

Sinopsis Drama Gemilang TV3

1977 Sekolah swasta yang pertama di pedalaman yang diusahakan oleh seorang anak muda yang berwawasan. Matlamatnya mudah untuk mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran tapi perjalanannya masih belum pasti.

Saifullah membuka Institut Gemilang supaya dia boleh memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolahnya.

Dia tahu dia mampu untuk mengubah hidup pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripda mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri.

Saifullah, Umar, Asma dan Ruhana adalah guru-guru yang pertama di sekolah itu di mana mereka akan bekerja sebaik mungkin untuk masa depan pelajar-pelajar mereka. Konflik, permusuhan, cinta dan benci akan hadir antara cikgu-cikgu ini.

Cerita ini kadangkala lucu, kadangkala menyentuh hati tetapi sentiasa memberi inspirasi. Antara pelakon dalam drama Gemilang ialah Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.



kalau korang berminat nak donwload citer ni, mungkin boleh jenguk2 kat blog SEDUT.ORG

hmm... kat sini aku nak share kan jugak OST drama ni.. iaitu lagu Suatu Ketika yang dinyanyikan oleh Adi Mentor 4....
lagu ni best.. berbentuk spiritual dan bersemangat...
aku post pasal entry ni pon sebab asben aku yang minat sesangat kat lagu ni.. dia paksa aku cari MP3 dan liriknya untuk dia..
katanya meremang bulu roma bila dengar lagu ni..

so.... jom kita dengar dan hayati lagu ni.. layanzzzzz...



ni plak lirik lagu tuh....
hope korang enjoy... betul jugak, banyak kali dengar, aku makin suka kat lagu nih.....

Suatu ketika…
Kita pernah tertawa…
Suatu ketika…
Kita pernah berduka….
Memori lalu…
Tersemat di hatiku….
Buat azimat perjalananmu….

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita….
Jadi pedoman untuk semua….
Takkan mengalah sebelum melangkah…

Impian…. menjadi haluan cita…
Rintangaannn….. membakar azam di jiwa……
Dan cinta…. bukan hanya kata-kata….
Harapan….semua anak merdeka….
ooohhhhh……

walau seribu halangan melanda..

kita harungi tanpa lelah terasa

walau seribu halangan melanda

simpulkan di dada terus membara..






No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...