terlanjur bicara aku berkata pasal alam perkahwinan ni, aku rasa terpanggil nak berkongsikan sesuatu mengenai tambatan dua hati ni..
aku dah acapkali mendengar bahawa membina perkahwina
n bukanlah sesuatu yang mudah. perlu melengkapkan diri dengan banyak hal..
yaaaa.... memang tepat.. tatkala kaki melangkah ke gerbang perkahwinan.. telah terhampar dihadapan kita sebuah tanggungjawab. tanggungjawab kepada pasangan, keluarga mertua, keluarga dan ipar duai.
hmm.. betul la tu kan.. kalo orang tak bersedia lagi macam mana nak kawenkan?
tapi... sampai bila tak bersedianya??? bukan ke persediaan tu kita yang kena buat.. bukan sekadar menanti jer. aku ada seorang kawan, berjanji tak nak kawen sebab takut tidak bersedia.. tapi pada masa yang sama mempunyai kekasih hati. jadi apa kita nak labelkan dengan bercinta tanpa bernikah tuh?
kadang-kadang, mata aku ni pun dah naik bosan dan muak tengok pasangan couple tuh.. di kawasan kejiranan aku misalnya.. masih kecil umurnya, masih menyarung seragam untuk menuntut ilmu tapi saban petang berpelukan dan berdua-dua naik motor dengan orang yang bukan mahramnya.. bukankah tak manis dipandang? bahkan buat dosa kering kat orang duk mengutuk dia..
itu baru segelintir yang kita nampak yang masih di awal usia.. agaknya macam mana pulak gelagat yang lebih dewasa? dah lagi banyak terdedah dengan pengalaman demi pengalaman dan pengetahuan.. kadang-kadang aku pun sedih tengok situasi cam tuh.. tak tau la macam mana nak tegur... nak aje aku pasang lagu 'kalau Berpacaran' yang Meor hassan dan Ana Raffali nyayi tuh..
bila aku tengok pasangan yang dah sah menjadi suami isteri dan halal haknya, pasti aku tersenyum sendiri melihat kemesraan mereka. dalam hati aku berdoa moga kebahagiaannya dan kebahagiaanku berkekalan hingga ke syurga..
macam tu lah, bezanya pandangan aku..
aku selalu cakap dalam hati, biar lah mereka yang berpacaran ni, bukan sekadar nak berfoya-foya dan bermaksiat.. biar lah seiring dengan syariatNYA..
tapi sekarang, aku tengok ramai juga yang berkahwin di usia muda.. aku harap perkahwinan yang dibina tu bukan sekadar mengikit trend bahkan biarlah ikhlas kerana ALLAH untuk
memikul sebuah tanggungjawab dan amanah, serta untuk menghalalkan mana yang haram sekaligus melengkapkan fitrah manusia yang telah ALLAH kurniakan.
memang suatu ketika dulu aku pernah menulis berkaitan status, kewangan dan perkahwinan.
tapi akhirnya aku mula merubah semua persepsi tu melalui sahabatku,
nisa.sahabatku ini telah berkahwin dengan seorang lagi rakanku yang mana mereka ini sebaya dan kedua-duanya masih melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.
bagi aku apa yang dia buat dan apa yang telah dia sampaikan ada kebenaranya.. bagaimana dia menerangkan pada aku tentang sebuah tarbiyah dan perhubungan.
kat sini setelah mendapat persetujuan dia, aku kongsikan sikit apa yang telah merubah persepsi aku tuh..
harap kalian dapat mengmbil iktibar dan manfaatnya..
klaw ikut pndapat kite sesiapa sahaja yg dah bercople atau dah ade pkwe dan makwe wajib berkahwen wlaupun xde duit.... so klaw xnak kawen kne putus. sbb islam
mengharamkan couple... kite rase sgt rugi sbb kite xtaw kbenarannye sblum ni
klau la kite tau awal2 kite akn berkahwen atau pn kite xkn melibatkn dri dlm percintaan... jd skang kite yg dah tau hukum wajib menyampaikan pd org lain... sesiapa yg dah ade couple silakan berkahwen.. klaw rase duit jd masalah jgn couple.. itu sahaja... mudah... tp islam itu tak membebankan... duit bkn halangn dlm perkahwinan... malah seberkat2 perkahwenan itu yg paling murah belanja atau mahar nye... itu bkn ckp kite tp Pesan dari Rasulullah SAW...
haram hukum nye klaw kite msg or call dengan orang yang bukan mahram kita tanpa perkara penting. maksud kte pakwe dan makwe.. lepas faiz ditarbiyah..dy mule sedar yg care perhubungan kitorang ni salah.. mule2 kite memang xdapat terima keputusan faiz utk xmsg or tak call kite hanye sekadar nak berbual2 kosong... kite sedeh sgt.. tp lame2 kelamaan kite mula faham... kite bersyukur sgt2 kerana faiz menyedarkan kite
akan hakikat cinta sejati.... katanye klaw berkawan dan di iringi niat utk benikah insyaAllah xde masalah.. kitorang juga sedar cinta itu anugerah dr Allah... jd sewajarnya kta mencintai Allah terlebih dahulu sblum mencintai org lain kerana Allah itulah pemberi hadiah iaitu perasaan cinta dm diri manusia...mase kite rase tertekan dan x boleh terima tindakan faiz yg cube menjarakkan perhubungan kitorang kite memang rase teruk sgt.. kite rase sedey knape dy buat mcm tu.. tp jawapan faiz ckup mudah.. dy kate pada kite.."anti...anti kena yakin..klau kite tlong agama Allah..Allah pasti akan tlong ana dan anti.." jawapan tu ckup membuka mata dan hati kite bahawasanye kita ada Allah tempat mengadu... dan faiz minta kita berdoa utk permudahkan pernikahan kitorang..pada mulanye kite kate itu musthail..tp faiz skali lg jawab"xde perkara yg mustahil pada Allah anti" setiap kali kite bersedih dy akan ckp"anti rujuk surah al baqarah ayt 216..anti pasti akan temui
jawapan pd kesedihan anti.." alhamdulillah..semakin hari kite semakin phm apa yg faiz cube lakukan.. meninggalkan larangan Allah iaitu tidak melakuakan perhubungn dgn bukan mahram dan menjaga ikhtilat itulah sdalah satu cara kita menolonh agama Allah...alhamdulillah..Allah itu maha besar..maha mendengar... Allah tahu apa yg terbaik untuk setiap hambanya..dan Allah juga lah yg berkuasa membuka hati setiap manusia..Allah jugalah yg membuka hati kedua ibu bapa kitorang utuk melihat syarak melebihi adat..
Akhirnya aku paham dan sama-sama dapat iktibarnya daripada apa yang dia katakan dan aku terima tindakan dia untuk nikah gantung itu sebgai satu langkah yang bijak..
aku masih berharap, pasangan atau couple kat luar tu pun dapat kesedaran macam ni.. mungkin kita boleh berkongsi apa yang kita tahu...
Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.
Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.
Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.
baca selanjutnya..........
gambar hiasan.
last but not least, aku nak ucapkan Selamat menempuhi gerbang Perkahwinan kepada semua pasangan yang telah berkahwin.. moga kita semua diredhai ALLAH senantiasa dan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh sabar.
dan semoga ada sesuatu dari entry ini yang mendatangkan iktibar buat pembaca sekalian
aku sekadar berkongsi apa yang aku rasa patut dikongsi..
P/S : ermmm.. hope korang bukak la link aku bg tuh..
No comments:
Post a Comment