Pertama sekali aku nak ucapkan ;
SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SELAMAT MELANGKAH KE GERBANG ALAM
RUMAHTANGGA
Kepada saudari memey norsyida dan pasangannya yang telah selamat diijabkabulkan pada o4 februari yang lalu.. Memey ni salah seorang rakan seangkatanku di maktab perguruan ni. cuma dia lain unit.
Tahniah... aku ucapkan kerana telah berjaya menyempurnakan salah satu fitrah manusia yang dianugerahkan ALLAH kepada kita. semoga kita semua dipermudahkan jalan untuk mengukuhkan keimanan kepada NYA..
doaku buat kalian dan semua pasangan suami dan isteri, semoga kita semua dikurniakan kebahagian dan keharmonian berkeluarga daripada yang maha Esa. moga kita dapat melayari bahtera ini dengan aman damai serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..
jadilah kita pasangan yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingat di kala bahagia dan saling membantu dan menyempurnakan ibadat kepada yang Maha Esa.. InsyaALLAH.
puan Memey Norshida dan pasangan, Ghazali
entah kenapa, aku suka tengok gambar orang sanding.. sejuk jer rasa.. seronok tengok orang bahagia.. teringat masa aku dulu.. macam baru semalam jer duduk bersanding.. hehe...
alhamdulillah rasanya aku bahagia dan semoga berkekalan hinga ke syurga.. cuma masih sabar menanti detik kemunculan cahaya mata..
walaupun adakalanya berendam air mata duka, tapi biasalah tu.. asam garam dalam kehidupan. baru lah cukup rasa.
macam orang selalu cakap, sedangkan lidah selalu tergigit inikan pula suami dan isteri.
macam tu lah.. setiap kali terjadi perkelahian, ia membuka ruang untuk kita berfikir kat mana silapnya.. bagi aku.. betapa kefahaman, sikap rasional dan persediaan serta toleransi kita amat penting untuk menjalin sebuah perhubungan kasih sayang ini..
sekadar mengimbau detik manis.. hehe
cakap pasal persediaan ni, aku selalu dengar ramai kawan-kawan aku takut nak kawen muda. kononnya tak bersedia, tak de duit, nak belajar dulu n bla bla bla.....
bagi aku alhamdulillah.. perkahwinanku bukanlah satu bebanan. cuma kadangkala kita perlu melakukan pengorbanan.. itu lah nilai yang perlu dibayar untuk satu nikmat yang lain..
bukan aku nak membangga diri bahawa aku berkahwin dengan seorang yang telah berkerja dan berkemampuan dalam segala segi untuk melengkapkan kehidupan..
tapi bagi aku.... aku percaya... ALLAH pasti akan permudahkan urusan kita dan tunjukkan kita jalannya tatkala kita mengambil sesuatu keputusan.
maka...... apa lagi yang pasangan couple selalu tunggu.. bagi aku tiada alasan untuk kita mendahulukan mana yang wajib sebagai ibadah demi untuk kebaikan kita juga..
dulu aku memang pernah berfikir bahawa berkahwin di alam pengajian tanpa pekerjaan dan pendapatan tatap mungkin akan mendatangkan kesulitan dikemudian hari. tapi bila aku refleksi balik dan setelah aku fahami apa yang dimaksudkan dengan kata-kata dari kawan aku, NISA melalui tulisannya dan luahannya padaku.. aku mula paham tentang sebuah perhubungan cinta di landasan yang betul..
InsyaALLAH, nanti aku ceritakan dengan panjang pasal ni erk..
sekian dulu... tunggu yang seterusnya..
No comments:
Post a Comment