Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Sunday, February 3, 2013

AL-KISAHnyaaa


pejam celik pejam celik... kita dah pon melangkah ke bulan kedua dalam tahun 2013..
cepat jer masa berlalu kan....
bila awal tahun semua orang pakat duk tanam azam baru.. entah tercapai atw tidak hujung taun nanti, belakang kira... ermmm... azam tahun lepas tercapai tak?? ke bawak ke tahun ni??? hihihihihi..
apa2 pon moga berbahagialah hidup kita menongkah arus kehidupan sehari-hari menuju masa depan.

bercakap pasal azam dan harapan ni, alhamdulilah ALLAH perkenankan permintaanku pada azam awal tahun lalu...

alhamdulillah ALLAH perkenankan hasrat dan harapanku untuk mempunyai cahaya mata... ameen.. syukur...

cerita pasal proses kehamilan dan kelahiran anakku ini, aku sangat bersyukur, ALLAH permudahkan semuanya untuk aku harungi..
bermula dengan saat aku rasa aku dah pregnant bila badan rasa tak sedap.. dan dari tanda2 yang aku google dari internet seperti sakit pinggang dan bengkak payudara, aku tergerak hati nak wat test sendiri. walau pada mulanya adalah negatif.. tapi aku tetap nak cuba lagi.. dan pagi itu, test yang aku buat sebelum bersiap untuk ke sekolah, akhirnya positif... orang pertama tahu keputusan ini adalah rakan2 serumahku..
dari situ, bermula episod kehamilan ku iaitu pada awal mac 2012...

perkahwinan jarak jauh membuatkan aku belajar hidup berdikari... pergi buat buku merah buat pertama kalinya ditemani rakan sepraktikum, jaja n ilah. masa bukak buku merah, kandunganku berusia 5 minggu dan dijangka bersalin pada 1 dec 2012.
menghitung detik mingu demi minggu... memasuki fasa trimester... tidak mendatangkan masalah besar buatku..mengidam tidak, alahan pon takde.. pergi ke klinik untuk check up setiap bulan juga aku lakukan sendirian.. walau kekadang timbul iri hati bila lihat ada isteri ditemani suami semasa di klinik... cuma sekali.. semasa kandungan memasuki 7 bulan dan masa untuk melakukan ultrasound scan.. suami ku minta keizinan utk pulang awal pada hari jumaat dan terus memandu ke seremban dan sempat teman aku buat scan mengikut temujanji doktor iaitu pada jam 2.45 ptg..

sepanjang tempoh kehamilan, alhamdulillah, aku tidak mengalami sebarang alahan truk mahupun mengidam. semua terasa biasa padaku.. makan pon macam biasa jer.. cuma kekadang bila abang datang seremban baru la abg suakan aku dengan macam2 makanan.. hihi..
urusan pergi ke kuliah juga berjalan seperti biasa.. takde lecturer yg perasan sehinggalah kandungan masuk ke bulan ke-6..
kebiasaan yang aku alami membuatkan aku tak kisah, berjaga hingga larut malam menyiapkan presentation, assignment dan kajian tindakan.. cuma kekadang, bila sakit pinggang menyerang, terasa amat perlukan suami di sisi.. ada kalanya, emosi terganggu... tidur sambil berendam air mata..
emosi yang tidak menentu, mungkin dapat dikesan oleh rakan serumah... hhuuhu.. maaf yee korang.. seriusly masa tu rasa, menyampah, terasa, n tak de mood sangat ngan korang.. tp masih boleh dikawal.. huhuuhu... sori yeee.

masuk 3 bulan... bercuti ke Langkawi with frens... siap naik kapal terbang lagi... nice memories!
4 bulan ~ masih tak nampak..

5 bulan


6 bulan ~ raya aidilfitri

7 bulan ~ buat pembentangan seminar kajian tindakan... ( bijakkk anak ibu)
Menjelang masuk ke bulan kelapan, permata hati ni selamat dilahirkan.. yee... tak cukup bulan lagi..baru 34 weeks masa tu.. baby dah tak sabar nak kuar.. hehe..
kelahiran baby saya bermula dengan turun air ( pecah ketuban) selepas 2 hari balik dari seremban untuk cuti hari raya korban iaitu pada 25 oktober 2012. sekali lagi ALLAH permudahkan proses kelahiran ini..
selepas turun air, tanpa rasa sakit, saya telefon suami yg sedang berkerja n ke hospital dengan ambulans.
tak lama menunggu, terus dimasukkan dalam Labour room dan tak lama kemudian terus sakit nak bersalin dan alhamdulillah, baby selamat dilahirkan secara normal dengan 3-4 kali teran dan tanpa jahitan. Alhamdulillah.......

selepas dilahirkan, baby dimasukkan ke NICU selama 2 hari.. nasib baik cuma 2 hari..
selepas boleh dibawa pulang, baby dikesan ada jaundis ( yup... hampir setiap baby akan menghidap jaundis).. Jaundis baby saya agak lama sebelum berada ditahap normal. Prologne Jaundice my baby berlarutan hingga 40 hari dan pernah mencecah bacaan tertinggi sehingga 350 dan ulang alik hospital utk rawatan fototerapi.. rentetan itu, my baby harus berjumpa doktor pakar kanak2 setiap 3 bulan.. namun, setakat ini, perkembangan my baby adalah normal.. Alhamdulillah... syukur...





kini my baby dah masuk 3 bulan, sangat seronok melihat perkembangannya di depan mata...
inilah permata kurniaan ALLAH...
semoga IRDINA SAFFIYA IDRIS membesar dengan baik, sihat, solehah, bijak, cerdas, rajin dan membanggakan ke dua orang tuanya.. ameen...

4 Hari


1 bulan ~ nampak kurus n struggle jaundis

2 bulan ~ dah nampak chubby sket

3 bulan ~  dah pandai senyum n ajak sembang


p/s: moga adik2nya nanti pon akan memudahkan dan menyenangkan ibunya juga.......... INSYAALLAH.....

2 comments:

  1. Smg fmly intan sentiasa diberkatiNya

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH.. terima kasih..
    moga ALLAH memberkati kta semua..

    ReplyDelete

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...