salam semua..
lama jugak aku tinggalkan blog ni.. hihi..
untuk pengetahan, aku sudah pon selamat melahirkan permata hatiku ke dunia ini... alhamdulillah..
yaaa bagi yang mengikuti perkembangan kehamilan ku, mesti terkejut sbb sepatutnya tarikh due ada lg sebulan..
yup... anak saya pre matured dan lahir masa usia 34 minggu kehamilan..
okeh.. meh saya stori sket, trilogi ketibaan puteriku ini...
23 oktober 2012 - aku dan semua pelajar semester 8, akhirnya selesai menamatkan kursus KISSM dibawah kelolaan maktab.. juga selesai mndngar taklimat dan perjumpaan terakhir bersama pengarah maktab. lega rasanya. selesai satu lagi langkah utk menamatkan dunia pengajian di IPG.
petang tu, kira-kira jam 6 aku ngan Anip terus gerak balik kampung degan kereta personaku ituh.. berhenti rehat di Restoran Jejantas sungai buloh dan sampai di teluk intan kira-kra pkul 9.30 malam. incik asben sy dah tungu depan hosptal teluk intan sbb risau nanti aku akan drive sensorang dalam keadaann tngah sarat. lepas antar anip kat umah dia, aku n asben terus balik umah ikot kampung gajah. aku drive kete sambil follow dia. seperti kebiasannya. hihi..
24 oktober 2012 - aku sedar pagi tuh, tengok incik asbenku dah siap berbaju kemeja nak ke sekolah... aduhh lewat aku bgun pagi tu.. soo hanya sempat buatkan abg air nescafe je... lepas antar abg gi keje kat pintu.. aku sambung tdo blik. penat..
tengah hai tu, abg msej tak balik mkan tengah hri sbb pegi jenguk kebun sawit dan dia suruh aku siap2 sebab lepas dia balik mgkin nak kuar beli barang baby.. ermm soo... aku pon sambng rest n tak masak pon...
abang balik pkul 3... lepas solat zohor, dia rest sekejap.. lepas asar baru kami kuar.. sebenarnya kalo nak diturutkn, aku pon malas nak kuar... tapi memandangkan masih ada kelengkapan baby yang tak de lgi dan ditambah dengan nak beli lauk untuk sambut raya haji.. maka keluarlah jugak gi shopping kat pasaraya TF..
masa kat TF, ramainya orang.. mengah rasanya bawak perut. tp nasib baik semua kelengkapan baby yang dicari jumpa...
lepas balik ke rumah, aku terus capai baju kerja abg untk diseterika sbab esok abg sekolah. lepas dah penat berdiri iron satu baju, baru sedar esok adalah hari khamis n sepatutnya kena pakai baju batik. maka aku berdiri lg setengah jam iron baju batik kain rayon yang susah digosok tu.. huhuhu.. berpeluh2 den.. hihi
pkul 12 malam terus masuk tdo sbb abg kena tdo awal utk keje esok. lepas menunaikan t/jawab 'bersama' suami... aku langsung tak boleh tdo.. sedangkan incik asbenku sedap dibuai lena. bermula jam 2 pg, aku terasa senak di perut.. ia datang dan pegi membuatkan tdo aku langsung tak lena.. kejap pusing kanan, kejap pusing kiri, kejap tdo bawah kaki.. huuhu.. mmg tak selesa tp mlas nak kejutkan abg.. akhirnya alarm pon berbunyi jam 6 pg.....
25 oktober 2012 - abg terus bagun mandi, solat n bersiap nak ke sekolah.. tapi aku masih tak tinggalkan katil.. tengok muka aku yg berkerut tahan sakit, abg nyaris tak nak gi sekolah... aku ckap aku OK je... abg sapukn air doa selamat kat muka ngan perut ku.. hp diletak kat sisiku kalo2 ada emegency.. then abg gi sekolah tnpa sarapan... sbb tak larat.. soo aku baring je dan akhirnya terlena juga.. aku terjaga semula jam 9 pg..terasa tempat tdo n kain yang aku pakai basah lenjun... hati ku mula tak sedap. aku terus bangun nak ke bilik air.. air menitis tanpa henti.. aku terus terdetik..dh tiba masa ni... aku capai beg baby n kemas barang baby mana yg patut. ambik satu lg beg dan isi dengan barang n baju aku plak.terus call abg suruh balik... dengar suara dia dah serak2.. mesti tengah risau gle.. hihi.. aku terus mandi dan bersiap.. sampai je abg kat rumah, dngan perasaan nervous abg terus masukkan beg yang aku kemas dalam kete dan pimpin aku masuk kete..
sempat pulak abg tanya... nak ke hosptal terus atw nk ke klinik dulu.. aku cakap terus je la ke hospital tp abg nak jugak ke klinik dulu.. sampai klinik, jururawat tu terus check bukaan rahim.. dia suruh bukak kaki.. masa tu... waaaaa maluuuu.... orang tengok kte punya.. huhu...
jururawat tu ckp. bukaan dan 3 cm... mmg kena bersalin hari ni jugak. diorang dah marah2 kenapa tak terus ke hospital... aku terus disuntik dengan steroid untuk kuatkan dan percpatkan pertumbuhan peparu baby supaya matang...
tp ada baiknya singgah klinik dulu, sempat la jururawat kat klinik tu cal hospital supaya bersedia sambut kelahiran bayiku yg pra matang ni..
aku dihantar ke hospital dengan ambulans... pengalaman duduk dalam ambulans, terlambung2 sbb dia bawak laju sgt.. kalo cam tu orang blom nak bersalin pon leh terberanak.. haha..
sampai kat dewan bersalin, aku disuruh tukar baju pink dan sekali lagi bidan n doktor kat situ check bukaan rahim.. bukaan dan cecah 4 cm... aku diberikan katil sbelum masuk labour room.. smentra suami n family ku tunggu kat luar.. sempat makan nasi utk tambh tenaga nak bersalin nanti.. tp nasi di makan dah rasa tawar.. huhu..
jumpa family sblom masuk labour room.. |
dalam labour room, kontraksi dah semakin kerap.. perut semakin kerap mengeras... mukaku pon berpeluh2 dalam bilik air cond.. sempat aku mintak sehelai kertas dr jururawat utk kipas muka..
masuk pukul 5, kontraksi yang aku rasa makin kerap n rsa mencucuk2.. sakit pinggang sesngat, meter bip yg dipasang kat prut pon makin laju.. aku terus disuntuk dengan ubat bius tahan sakit kat peha.. beberapa minti lepas tu, aku rasa ngantuk n beberapa orang doktor, bidan termasuk doktor pakar kanak2 duk keliling katil..
doktor cakap kepala baby dh nampak n suruh aku teran...
aku teran sekuat hati.. teringat pesan mak, perasaan biar relaks n masa teran jgn angkat ponggong...
akibat ubat bius tu, aku teran dalam keadaan mamai2.. doktor siap marah bila aku teran sambil tutop mata..
lepas 4-5 kali teran, akhirnya aku dapat rasa baby ku kuar... terus longlang n lega rasanya.. doktor angkat baby n terus tnya apa jantina baby. dalam keadaan mamai aku jawab 'girl' dgn pelahan. my baby terus dimandikan dan masa tu baru aku dengar tangsanya yg pertama.
lahirnya cahaya mataku pada jam 5.25 petang....
setrusnya aku biarkan apa yang jururawat buat kat aku.. aku terus trlena utk setengah jam kemudian.. pkul 6 petang, aku tersedar bla katil aku ditolak kluar dr labour room.. sjuk seluruh badanku masa tu.. sampai kat luar wad aku tengok laki aku masih menunggu dan terpinga2.. dia tak tau pon isterinya dh bersalin... hehehe...
aku ditolak masuk ke wad GA 1B.. wad kelas 1 utk peskit dengan Gerenty Letter (GL)sebagai pegawai kerajaan. laki aku plak terus naik ke NICU untuk azankan puteri kami..
lepas azankan baby.. lakiku melawat semula aku di wad n bagi makan n minum utk recover tenaga.. walau br beberapa jam bersalin, aku dah boleh berjalan ke bilik air.. alhamdulillah senang n mudah sebb aku bersalin normal tnpa sebrang jahitan...
menjelang maghrib, laki aku pulang ke rumah dengan bwk skli uri byi kerana sudah tamat waktu melawat sudah pun tamat..
mak aku datang sekejap antar nasi lauk ikan merah....
arghhh bermula la fasa berpantng ku... hihi..
26 oktober 2012 - semua muslimin dan uslimat menyambut hari raya aidiladha tahu 1433 hijrah.. berpakaian baju kurung, bersolat sunat di masjid dan makn rendang.. tapi aku beraya di hospital saje.... hihi
27 oktober 2012 - aku meneruskan sesi berpantang dirumah.. pakai bengkung, berpilis dn bertungku.. tapi baby masih di taan di NICU..
tak dilupa hari ni adalah ulang ahun perkahwinan kami yang ke empat....
kami sambut dengan perasaan kasih sayang dengan hadiah kehadiran puteri kami..
happy anniverssary ke-4 abang!!!
petang tu, hospital cal dab bg tahu baby kami dah keluar dr NICU dan ditempatkan di wad penjagaan rapi kanak-kanak dan aku diminta ke sana utk menyusukan bayiku...
dan masa itulah kami diberi tahu, bayi kami ada jaundis.....
tahniah. awal sehari dari birthday kite. :)
ReplyDeletehehe.. trima kasih....
ReplyDeletehapy beday utk awak jgk yeee..