Followers

About Me

My photo
NAMA : Intan Suriana bt Mohidin, lahir pada 21 mei 1989.. anak sulung dr 7 adik bradik.. seorang isteri kepada suami yang sangat penyanyang.. seorang ibu kepada permata hati kurnia ALLAH.. anakanda pertama tersayang, Irdina Safiyya bt idris. Tamat pengajian dalam jururan Pendidikan seni Visual dari IPG kampus Raja Melewar, Seremban.

Friday, February 22, 2013

rezeki Irdina


semua rezeki dan keenakan dunia ini datang daripada ALLAH yang maha Pemurah.. Allah la punca segala rezeki. tiada siapa pula boleh mencapai rezeki kecuali atas izinNYA. rezeki adalah asbab untuk manusia hidup dengan selesa dan baik di dunia ini. Tafsiran rezeki yang asas ialah makan minum. selebihnya ialah pakaian, tempat tinggal dan keluarga serta apa yang mampu dinikmati oleh diri kita.

anak-anak juga rezeki dari ALLAH.. bukan hanya sekadar untuk membuktikan kejantanan para suami yer... setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh ALLAH. dan ibu bapanya sama-sama 'menumpang' rezekinya juga.. 

Ada juga kes insan tidak mensyukuri kurniaan ALLAH ini dengan tindakan kejam seperti membuang anak mereka di merata tempat sehingga menyebabkan kematian. Ini bermakna dia juga membuang rezeki bersama anak tersebut.

Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah Kulup Hamzah berkata, anak adalah hadiah daripada ALLAH. Setiap anak juga memang ada rezekinya yang perlu dicari oleh ibu bapanya.

Menurutnya, masyarakat jangan salah faham apabila mengatakan setiap anak ada rezekinya. Maknanya, setiap rezeki yang ada pada anak tersebut harus diusahakan oleh ibu bapanya untuk mencari.

“Bukan hanya menunggu rezeki itu datang bergolek bersama anak selepas dilahirkan. Mungkin ada yang memakan masa lama atau sekejap sahaja selepas bayi dilahirkan. Itu semua ketentuan ALLAH.

“Memang ALLAH telah tentukan setiap anak ada rezekinya. Tetapi jika tidak diusahakan ibu bapa yang menjaganya, maka rezeki itu tidak ditemui,” katanya kepada penulis.




bercakap pasal rezeki anak ni...
alhamdulillah.. hadirnya Irdina dalam keluarga kami pon membawa rezekinya juga...
pertama, gajia ayahnya sebagai guru juga meningkat setelah memegang title DG 44.. 
sepanjang Irdina dalam pantang pon tak orang yg datang menjenguk juga tak putus bg saguhati buat Irdina..
dan selesai berpantang, Irdina dah dapat kumpul lebih RM600.. alhamdulillah..
lalu ayah buat Irdina akaun Tabung Haji.. hehe.. sekarang Irdina ada duit yg lebih bnyak dari ibunya dalam akaun Tabung haji.. hehe.. Ibu asyik masuk kuar je..  haha..
ni pon Alhamdulillah. ada lg duit Irdina yg tak masuk dalam buku.. ayah simpan n tak sempat lg nk ke bank...



ramai yg cakap.. nape tak belikan gelang ker, rantai ke.. beli emas la baru nampak hasilnya..
ermmm.. bg ibu.. nanti la dulu.. irdina pon kecik lagi.. InsyaALLAH Irdina besar sket, ibu belikan.. hehe..
simpan dalam bank pon lagi selamat kan.... boleh guna untuk kegunaan masa depan Dina jugak,..
harapannya.. moga ALLAH sentiasa merahmati dan melimpahkan rezeki dan kejayaan buat Irdina Safiyya dam keluarga amnya.. ameen...


No comments:

Post a Comment

mana tau berguna untuk korang bersantai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...